Jumaat, 27 Disember 2013

Survey : Yuran penyertaan untuk mengadakan Kursus Quilling?

with 5 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Baru-baru ini saya berpeluang pergi ke sebuah kedai Craft yang terletak di 1 Utama, Petaling Jaya..

Semasa sedang menunggu isteri saya membeli stok barangan Quilling, saya terpandang satu iklan yang ditampal pada dinding cermin kedai tersebut... 

"Class Introduction To Quilling" berdurasi 2 jam dengan bayaran RM250.00.. 

"Boleh tahan juga harga kelas ni.. Senang betul orang dekat bandar nak buat duit" Bisik hati kecil saya.. 


Class Introduction To Quilling..


Apabila saya melihat isi kandungan kelas ini yang tertera pada iklan tersebut, saya dapati lebih kurang sama dengan design-design Quilling yang pernah isteri saya hasilkan sebelum ini.. 

Sebelum ini isteri saya pun ada merancang nak buat kelas Qulling untuk rakan-rakan yang berminat, di samping membuka penyertaan kepada penduduk di sekitar Daerah Sabak Bernam.. 

Pada mulanya isteri saya nak adakan kelas tersebut secara Percuma.. Tetapi apabila memikirkan para peserta yang bakal menghadiri kursus tersebut nanti tidak mempunyai sebarang peralatan Quilling, jadi isteri saya berhasrat untuk mengenakan yuran sebanyak RM50/RM60/RM80/RM100 seorang...   

Saya rasa harga tersebut berpatutan dengan pekej kursus yang diberikan iaitu:
  • Hand Out
  • beberapa peralatan Quilling yang akan dibekalkan kepada peserta 
  • makan dan minum untuk setiap peserta

Selepas selesai mengikuti kursus ini, para peserta boleh menghasilkan design-design Quilling seperti yang terdapat dalam pautan-pautan berikut:



Bagaimana dengan pendapat anda?

Adakah yuran penyertaan sebanyak RM50/RM60/RM80/RM100 untuk setiap peserta ini di kira mahal?

Sekiranya ada sebarang pendapat atau cadangan, boleh tuliskan pendapat atau cadangan tersebut pada ruangan komen di bawah.. TQ

5 ulasan:

  1. pehh..leh tahan gak harganya tu.

    BalasPadam
  2. bagi saya rm50 tu berpatutan...lagipun siap dengan makanan dan minuman kan..kalau rm250 tu memang mahallah..

    BalasPadam
  3. Wahhh ada kursus pulak dah..hehehe

    BalasPadam
  4. rm50 siap nota, bahan dan mkn minum.. sgt berpatutan

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra