Selasa, 2 Julai 2013

Hobi Terbaru Isteri saya : Cantik tak? (Bahagian 11)

with 7 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Huh... Dah lama saya tak bercerita tentang perkembangan Hobi Terbaru Isteri saya.. yang suka menghasilkan perkara-perkara kreatif seperti kad Ucapan, Frame dan sebagainya dengan menggunakan teknik Quilling..

Sebenarnya dah lama isteri saya tak Berquilling ni.. Sejak beliau mengandung anak ke 3.. Tetapi baru-baru ni isteri saya tergerak hati untuk menghasilkan sentuhan seni kreatif untuk dihadiahkan kepada dua orang anak terunanya Adam dan Haikal...


Jadi pada entri kali ini, saya ingin berkongsikan gambar sentuhan seni Kreatif tersebut..



Sentuhan Seni Kreatif Pertama, dihadiahkan untuk anak Sulung kami, Haikal.. 
Cantik tak? Apa pendapat anda?



Sentuhan Seni Kreatif Kedua, dihadiahkan untuk anak KeDua kami, Adam.. 
Cantik tak? Apa pendapat anda?

Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan cenderamata Kreatif ini daripada isteri saya, anda boleh menghantar email kepada saya untuk memberikan beberapa maklumat seperti berikut :
  • design yang anda mahukan (Bentuk bunga, Material, warna dan sebagainya)
  • Tulisan yang ingin anda letakkan pada kulit hadapan dan belakang cenderamata ini
  • Isi kandungan tulisan pada bahagian cenderamata
  • Tarikh cenderamata tersebut akan diberikan kepada penerima
  • dan maklumat tambahan lain yang ingin diletakkan pada cenderamata tersebut

Emailkan butiran maklumat tersebut kepada saya menerusi alamat email nuargto@gmail.com

Harga cenderamata boleh dirunding.. harga bergantung kepada design dan jenis material cenderamata yang digunakan.. 

7 ulasan:

  1. cantik..
    nnti makin lama mkin banyak la keluar ni...

    BalasPadam
  2. Hehe..hobi macam ni memang menarik kan...cantik nya..hehe

    BalasPadam
  3. memang kena kreatif buat benda macam ni

    BalasPadam
  4. Bagus ide kreatif bukan mudah untuk menghasilkan sesuatu yang menarik.

    BalasPadam
  5. Salam..

    Rajin isteri awak...Kreatifffffffff!

    BalasPadam
  6. Cantik.. Kalau buat jadi cenderahati nie memang laku. Cube jual kat facebook.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra