Isnin, 26 Ogos 2013

Hobi Terbaru Isteri Saya : Cantik Tak? (Bahagian 16)

with 5 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah... Semakin bertambah lagi design Quilling yang telah berjaya isteri saya hasilkan... Semakin banyak tempahan, semakin banyaklah design baru akan terhasil... 

Gambar di bawah menunjukkan design Quilling terbaru yang telah ditempah oleh seorang pelanggan, untuk dihadiahkan kepada suami sempena menyambut hari ulang tahun kelahiran suami tercinta... (Perempuan lagi)... 






Nampaknya kaum perempuan zaman sekarang ni rajin mencari sesuatu 'kelainan' untuk dihadiahkan kepada insan-insan istimewa dalam hidup mereka... Tempahan-tempahan lain yang sedang isteri saya siapkan, kebanyakannya kepunyaan kaum wanita untuk dihadiahkan kepada emak, suami, dan lain-lain...


Kepada sesiapa yang berminat nak buat tempahan, kena buat awal-awal... Sebab pada bulan Oktober ni isteri saya dah nak bersalin.. Beliau takut tak sempat nak siapkan, sekiranya tempahan dibuat pada saat-saat akhir.. 

P/s: Sekiranya nak buat tempahan Quilling, anda boleh menghubungi saya dengan menggunakan No. Telefon dan email seperti berikut... 016-5425547 dan nuargto@gmail.com


5 ulasan:

  1. oh macam menarik jer produk tuh , 1st time den tengok dan dengar pasal Quilling nih...

    BalasPadam
  2. errr baru 1st time dengar pasal quiling ni.. heee.. menarik gak design :)

    BalasPadam
  3. Emm cantik-cantik belaka hasil isteri bro nih..hehe..

    BalasPadam
  4. Cantik..kreatif isteri bro...

    BalasPadam
  5. Wah kreatif sungguh. Minat dan kesungguhan. Teringat beberapa tahun dahulu saya pernah melawat kilang Siemens ada satu bahagian dimana operatornya adalah wanita. Saya bertanya kenapa tiada operator lelaki untuk seksyen tersebut. Menurut pihak Siemens tugas diseksyen tersebut sesuai untuk wanita kerana pemasangannya rumit, wanita sesuai untuk diberikan tugas tersebut kerana mereka teliti dan sabar.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra