Ahad, 24 November 2013

Hobi Terbaru Isteri Saya, Cantik Tak? (Bahagian 24)

with 3 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Macam tak percaya... Dalam tak sedar, Slot Hobi terbaru isteri saya di Blog Coretan Anuar dah masuk Bahagian yang ke 24.... Dan slot ini nampaknya akan terus berkembang sehingga ke episod yang ke......... (berapa pun saya tidak tahu)

Ya!! Slot Hobi Terbaru Isteri saya akan terus dipaparkan di Blog Coretan Anuar, selagi isteri saya terus mendapat tempahan atau berjaya menyiapkan design-design Quilling yang baru....  

Design Quilling terbaru yang isteri saya hasilkan pada kali ini, ditujukan khas buat owner kedai Rika Trading, yang terletak di Sungai Besar Selangor... 

Isteri saya menyiapkan design istimewa ini khusus untuk kedai Rika Trading sebagai tanda penghargaan yang di atas sokongan yang diberikan oleh owner kedai tersebut terhadap hobi terbaru isteri saya sehingga berjaya masuk dalam akhbar Harian Metro... dan juga kerana sudi mendaftar sebagai Merchant dalam program Mykad Smart Shopper... 

Inilah hasil sentuhan tangan yang berjaya isteri saya hasilkan khusus untuk  Rika Trading

Teknik Quilling yang menarik minat owne Rika Trading


Sebuah kad ucapan khusus untuk Owner Rika Trading



Apa pendapat anda tentang kad ini? Cantik tak?

Betapa gembiranya hati owner Rika Trading apabila menerima hadiah istimewa pemberian isteri saya...  Beliau meminta isteri saya mengajar beliau beberapa teknik kekemasan untuk menyiapkan kad ini... Dan beliau berharap satu hari nanti isteri saya boleh meluangkan masa untuk membuat kelas Quilling di kedai beliau.... 

Terharu isteri saya mendengar permintaan tersebut... Isteri saya akan cuba berkongsi kemahairan beliau, mana yang termampu... Masih banyak lagi ilmu yang perlu isteri saya pelajari untuk menjadi salah seorang pakar dalam bidang ini... Sebenarnya masih lagi ramai yang pakar di luar sana, dan isteri saya ingai belajar dengan salah seorang daripada mereka... 


Ada rezeki terbaru menanti saya dan isteri saya.... Owner Rika Trading akan membekalkan kepada saya bahan-bahan dan peralatan Quilling untuk dijual di internet... Tugas saya hanya perlu mempromosikan bahan-bahan dan peralatan tersebut melalui blog, laman web atau facebook... Kemudian saya akan mendapat komisyen untuk setiap jualan yang terhasil...

Sebelum ini isteri saya membeli bahan-bahan dan peralatan Quilling melalui internet, disebabakan sukar untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut di kedai-kedai yang terdapat di Malaysia... 

Hasil tinjauan saya dan isteri melalui internet.... Barang-barang dan peralatan Quilling yang dibekalkan oleh Rika Trading jauh lebih murah berbanding harga jualan yang terdapat dalam pasaran sekarang..

In Shaa Allah, sekiranya ada kelapangan masa, saya akan cuba menjual bahan-bahan dan peralatan Quilling secara online, manakala isteri saya terus fokus menyiapkan tempahan pelanggan.... 

P/s: Setakat ini masih ada lagi beberapa tempahan Quilling yang masih belum isteri saya siapkan.. Nak tengok Design terbaru? Tunggu.... Sekiranya nak buat tempahan Quilling, anda boleh menghubungi saya dengan menggunakan No. Telefon dan email seperti berikut... 016-5425547 dan nuargto@gmail.com


3 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra