28 Mentor Industri memberi Bimbingan kepada 726 pelajar PSIS dalam PSIS-PNHB Industry Excellence Mentorship Programme

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dalam Post kali ini saya ingin berkongsikan tentang satu program PSIS-PNHB Industry Excellence Mentorship Programme yang sangat bermanfaat kepada 726 pelajar semester akhir Politeknik Sultan Idris Shah dari 5 jabatan akademik dan 10 program pengajian iaitu:
  1. Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar
  2. Diploma Kejuruteraan Awam
  3. Diploma Seni Bina
  4. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
  5. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
  6. Diploma Kewangan Islam
  7. Diploma Sains Kesetiausahaan
  8. Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal
  9. Diploma Pengurusan Pelancongan
  10. Diploma Teknologi Maklumat
PSIS-PNHB Industry Excellence Mentorship Programme melibatkan 726 orang pelajar semester akhir dan 28 Mentor Industri
PSIS-PNHB Industry Excellence Mentorship Programme melibatkan 726 orang pelajar semester akhir dan 28 Mentor Industri

Program ini bermula pada 14 September hingga 9 Oktober dan melibatkan 28 mentor industri yang akan membimbing pelajar semester akhir Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) bagi memperolehi pendedahan terhadap realiti dunia pekerjaan, pembangunan kerjaya, budaya kerja serta kompetensi yang diperlukan dalam persekitaran pekerjaan sebenar.

Statistik PSIS-PNHB Industry Excellence Mentorship Programme
Statistik PSIS-PNHB Industry Excellence Mentorship Programme

Program yang julung-julung kali dilaksanakan ini merupakan hasil kerjasama PSIS dan Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) yang telah dilancarkan oleh Pengerusi Emeritus dan Penasihat Kehormat PNHB, Tan Sri Dato' (Dr.) Rozali bin Ismail di Dewan Seri Lang, PSIS pada hari Isnin, 14 September 2026.

Tan Sri Dato’ Dr. Rozali Ismail melancarkan PSIS-PNHB Industry Excellence Mentorship Programme
Tan Sri Dato’ Dr. Rozali Ismail melancarkan PSIS-PNHB Industry Excellence Mentorship Programme

Ucapan Aluan oleh Puan Haslinda Binti Abd Hamid, Pengarah PSIS
Ucapan Aluan oleh Puan Haslinda Binti Abd Hamid, Pengarah PSIS

Program ini merupakan inisiatif yang dicetuskan oleh Tan Sri Dato' (Dr.) Rozali bin Ismail sendiri pada tahun 2025, kemudian disusuli oleh pembangunan struktur program pada tahun yang sama. Seterusnya pada tahun 2026 bermula dengan padanan Mentor dan Mentee dan akhirnya pelaksanaan program selama 2 minggu (14 September - 9 Oktober 2026) 

Cetusan Program bermula pada tahun 2025 dan berjaya di realisasikan pada tahun 2026


Tan Sri Dato' (Dr.) Rozali bin Ismail yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Industri, Politeknik Sultan Idris Shah turut memainkan peranan sebagai Chief Mentor dengan berkongsi pengalaman, pandangan dan inspirasi kepada para pelajar.

Barisan Kepimpinan Pelajar (JPP) PSIS menyambut kehadiran Tan Sri Dato' (Dr.) Rozali bin Ismail sambil diiringi oleh Puan Haslinda Binti Abd Hamid (Pengarah PSIS) dan Encik Mohd Azrin Bin Ramli (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, PSIS)
Barisan Kepimpinan Pelajar (JPP) PSIS menyambut kehadiran Tan Sri Dato' (Dr.) Rozali bin Ismail sambil diiringi oleh Puan Haslinda Binti Abd Hamid (Pengarah PSIS) dan Encik Mohd Azrin Bin Ramli (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, PSIS)


4 Sasaran utama membina Graduan Lebih bersedia untuk melangkah masuk ke Industri:
  • KEYAKINAN + GROWTH MINDSET
       Meningkatkan keyakinan dan pemikiran berkembang dalam kalangan pelajar.

  • KEMAHIRAN INSANIAH
       Bimbingan kemahiran insaniah yang relevan dengan keperluan industri.

  • KESEDIAAN KERJAYA
   Meningkatkan kesediaan pelajar menghadapi latihan industri dan alam pekerjaan.

  • JARINGAN PROFESIONAL
       Membangunkan jaringan profesional awal antara pelajar dan industri.


4 Sasaran utama membina Graduan Siaga Industri
4 Sasaran utama membina Graduan Siaga Industri


Kerjasama strategik PSIS dan PNHB ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak dalam merapatkan jurang antara pendidikan dan industri dalam memperkukuh pembangunan bakat, hubungan strategik dengan industri serta kesiapsiagaan graduan menghadapi keperluan pasaran pekerjaan.

Program ini melibatkan 3 kumpulan iaitu Mentor Industri, Pensyarah penilai dan Mentee/Pelajar
Program ini melibatkan 3 kumpulan iaitu Mentor Industri, Pensyarah penilai dan Mentee/Pelajar

Para pelajar yang mengikuti program itu yang akan berlangsung selama empat minggu akan dibahagikan kepada 13 kelas dan dibimbing oleh 28 mentor industri.

Perlaksanaan PSIS-PNHB Industry Excellence Mentorship Programme selama 4 minggu
Perlaksanaan PSIS-PNHB Industry Excellence Mentorship Programme selama 4 minggu


Penganjuran program ini turut memperkukuh peranan PSIS sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja kompeten dari segi teknikal, malah memiliki kemahiran insaniah, profesionalisme, daya saing dan keupayaan menyesuaikan diri dengan perubahan industri, ”ujarnya lagi.


Tan Sri Dato' (Dr.) Rozali bin Ismail menandatangani buku pelawat disaksikan oleh Puan Haslinda Binti Abd Hamid (Pengarah PSIS) dan En Shabudin Bin Mohamad Nor (Timbalan pengarah Akademik, PSIS)
Tan Sri Dato' (Dr.) Rozali bin Ismail menandatangani buku pelawat disaksikan oleh Puan Haslinda Binti Abd Hamid (Pengarah PSIS) dan En Shabudin Bin Mohamad Nor (Timbalan pengarah Akademik, PSIS) 

Sesi Meet and Greet antara mentor dan mentee turut berlangsung pada hari pelancaran sebagai langkah awal membina hubungan serta komunikasi profesional.

Senarai Mentor Industri yang terlibat dalam menjayakan Program ini.

1) YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. Rozali bin Ismail 
Executive Chairman
Puncak Niaga Holdings Berhad 

2) YBhg. Dato' Amran Mohamad 
Managing DirectorGeostrength Engineering SDN BHD 

3) YBrs. Pn. Faridatulzakiah binti Mohd Bakhry 
Group Chief Exective Officer
Puncak Niaga Holdings Berhad

4) YBrs. Pn Nur Natasha Tan Sri Rozali 
Chief Human Resourse & Administration OfficerPuncak Niaga Holdings Berhad

5) YBrs. Pn. Lim Mun Lee
Chief Finance Officer
Puncak Niaga Holdings Berhad

6) YBhg. Dato’ Jalaludin Hashim 
Executive Director
YLI Holdings Berhad

7) YBhg. Prof. Dato’ Dr. Is.Mohd Zainul Fithri bin Dato’ Othman 
 Executive Director,Special Functions
Puncak Niaga Holdings Berhad

8) YBrs. En. Seah Heng Chin 
Managing Director
YLI Holdings Berhad

9) YBrs. En. Aidil bin Tan Sri Abdul Aziz 
Chief Operation Officer
Puncak Niaga Holdings Berhad

10) YBrs. Ar. IDR. Rosnizal Bin Baharum 
Architect
Rosnizal Architect

11) YBrs. En. Taufik Afendy bin Othman 
Managing Director
TRIPLC Berhad (Construction, Property Developmen and Project Management)

12) YBrs. Pn Nur Dayana Tan Sri Rozali 
Executive Director Human Resources and Administration 
YLI Holdings Berhad

13) YBrs. En. Lo See Yong 
Operation Director
Damini Corporation SDN BHD

14) YBrs. En. Mohd Ismail bin Masri 
Suasa Efektif (M) SDN BHD 
(Public and Private Managing Director Parking Facilities) 

15) YBrs. En. Saifuddin Sa’ngib 
ManagerCorporate Line (M) SDN BHD 

16) YBrs. Encik Aizat Tan Sri Rozali 
Administrative and Corporate Affairs OfficeMa'ahad Tahfiz Ismail

17) YBhg Dato’ Jalil Abd Karim 
Executive ChairmanYLI Holdings Berhad 

18) YBrs. En MD Razali Bin Mohamad 
General Manager
Delta Perdana SDN BHD

19) YBhg Dato' Samsuri Rahmat 
Advisor
YLI Holdings Berhad

20) YBrs. En. Muhammad Imran bin Abdullah 
Managing Director
Topline Media SDN BHD

21) YBrs. Pn. Shamsiah Hashim @ Abu Bakar 
Executive Director
YLI Holdings Berhad 

22) YBrs. En Anwar TanSri Rozali 
Puncak Alam Housing SDN BHD 
(Property Managing Director Development)

23) YBhg. Dato’ Borhanudin bin Ramli 
Damini Corporation SDN BHD 
(Water Meters, Water & Wasterwater Treatment Chemicals) 

24) YBrs. IDR. Abdul Latif bin Taplil 
Architect
Diana Latif Design

25) Prof. Madya Zaini bin Affandi 
Timbalan Pengetua Akademik
Ma'ahad Tahfiz Ismail

26) YBrs. En. Azmi bin Mohd 
Managing Director
Haluan Prisma SDN BHD

27) YBrs. En Sofian Bin Salleh 
General Manager
Delta Perdana SDN BHD

28) YBrs. En. Abdull Jalil Md. Khir 
Corporate Affair Director
Puncak Alam Housing SDN BHD


Tan Sri Dato' (Dr.) Rozali bin Ismail 

Barisan mentor-mentor Indsutri 


Tan Sri Dato' (Dr.) Rozali bin Ismail memperkenalkan semua 28 mentor Industri kepada mentee semasa Majlis Pelancaran

Melalui pendekatan mentorship, pelajar berpeluang mendapatkan pandangan secara langsung daripada profesional industri berkaitan keperluan sebenar majikan, budaya kerja, etika profesional, komunikasi, pembangunan kerjaya dan kemahiran yang diperlukan untuk kekal relevan dalam pasaran pekerjaan.

Sesi Tan Sri Dato' (Dr.) Rozali bin Ismail bertemu dengan mentee di dalam bilik kuliah



Sesi Tan Sri Dato' (Dr.) Rozali bin Ismail bertemu dengan mentee di dalam bilik kuliah

Sesi Tan Sri Dato' (Dr.) Rozali bin Ismail bertemu dengan mentee di dalam bilik kuliah
Sesi pertemuan Tan Sri Dato' (Dr.) Rozali bin Ismail bersama mentee di dalam bilik kuliah

Interaksi ini turut membantu membina keyakinan diri, memperluas jaringan profesional serta memahami cabaran dan peluang dalam dunia pekerjaan sebenar.






Dalam masa yang sama sesi pertemuan semua mentor bersama mentee di dalam bilik kuliah masing-masing

PSIS-PNHB Industry Excellence Mentorship Programme merupakan platform yang menghubungkan pelajar secara langsung dengan golongan profesional industri bagi memperoleh pendedahan terhadap realiti dunia pekerjaan, pembangunan kerjaya, budaya kerja serta kompetensi yang diperlukan dalam persekitaran pekerjaan sebenar.

Barisan AJK Program ini bergambar kenangan

Turut hadir ke program ini ialah Timbalan Pengarah Unit Pembangunan Profesional, Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK), Roszita Shamsuddin; dan Jawatankuasa Penasihat Industri PSIS.


Gambar kenangan Tan Sri Dato' (Dr.) Rozali bin Ismail bersama Timbalan Pengarah Unit Pembangunan Profesional, Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK), Roszita Shamsuddin, Pengarah PSIS, Timbalan Pengarah Akademik PSIS, barisan AJK dan pelajar

Untuk rekod, PSIS merupa­kan institusi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang terbuka kepada individu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memenuhi syarat-syarat tertentu.

Pengambilannya terbuka kepada semua tanpa peringkat umur yang menawarkan 10 program Diploma dan 1 program Asasi Teknologi Kejuruteraan berdasarkan permintaan industri keperluan semasa. 

Penulis dan rakan-rakan penulis bergambar kenangan bersama Tan Sri


Terima kasih di ucapkan kepada Tan Sri Dato' (Dr.) Rozali bin Ismail di atas inisiatif ini... Di atas kesudian membawa rakan-rakan mentor dari Industri untuk berkongsi ilmu, kepakaran dan pengalaman kepada pelajar-pelajar akhir di PSIS.
Secara jujurnya kami sangat-sangat berterima kasih di atas komitmen ini..
Sebagai balasannya hanya doa yang dapat kami titipkan..
Semoga Tan Sri, Datuk-datuk, Profesor, Dr, tuan, puan sentiasa di panjangkan umur, di murahkan rezeki.. Dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya dan sentiasa Diberikan nikmat kesihatan yang baik dan berpanjangan... 
In Shaa Allah.. Aamiin..  


Info berkaitan:


Sedikit info tentang YBhg. Tan Sri Dato' (Dr.) Rozali bin Ismail, Pengerusi Emeritus & Penasihat Kehormat, Puncak Niaga Holding Berhad. .. Beliau merupakan seorang Usahawan berwawasan dan pemimpin korporat dengan lebih daripada 35 tahun pengalaman dalam bidang perundangan, perbankan Islam, pembangunan hartanah, kejuruteraan alam sekitar dan pembinaan, pengurusan air dan air sisa, pengurusan kemudahan dan perkebunan. Pengasas PNSB Water Sdn Bhd dan Pengerusi Eksekutif PNHB, dengan rekod terulung yang memenangi anugerah dalam inovasi, perkhidmatan awam, dan infrastruktur lestari. Diiktiraf secara serantau dan antarabangsa kerana kecemerlangan kepimpinan dan sumbangan kepada pembangunan Negara. .. .. Latar Belakang Pendidikan • Sarjana Muda Undang-Undang (LL. B), Universiti Malaya, 1981 • Doktor Falsafah (Kepujian) Kecemerlangan dalam Pengurusan Sumber Air di The Open International University for Complementary Medicines and Medicina Alternativa Institute, 2004 ... Anugerah dan Penghormatan • Pelantikan sebagai Jaksa Pendamai (“JP”) pada tahun 2010 Jaksa Pendamai (JP), bersempena dengan ulang tahun ke-72 Yang di-Pertua Negeri Melaka • Dianugerahkan Panglima Setia Mahkota (“PSM”) oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang membawa gelaran “Tan Sri” pada tahun 2000 • Dianugerahkan Darjah Kebesaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (“DSSA”) oleh almarhum Sultan Selangor yang membawa gelaran “Dato” pada tahun 1996 • Dianugerahkan gelaran Kolonel Kehormat Regimen Jurutera Diraja ke-60 (RAJD) Pakar Bekalan Air – 16 Januari 2009 • Dianugerahkan gelaran Jeneral Brigadier Kehormat, Komander Regimen Jurutera Diraja ke-60 (RAJD) Pakar Bekalan Air – 4 Julai 2011 ... Pengalaman Profesional • Pengerusi Emeritus dan Penasihat Kehormat, Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) – 1.7.2026 – Kini • Pengerusi Eksekutif, Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) – 1997– 30.6.2026 • Pengerusi Eksekutif, TRIplc Berhad (Pengurusan Fasiliti – anak syarikat milik penuh PNHB) • Pengerusi Eksekutif, Danum Sinar Sdn Bhd (Perladangan – anak syarikat milik penuh PNHB) • Pengerusi Eksekutif, Puncak Niaga Construction Sdn Bhd (Pembinaan – anak syarikat milik penuh PNHB) • Pengerusi Eksekutif, Puncak Management Services Sdn Bhd (Perkhidmatan – anak syarikat milik penuh PNHB) • Naib Pengerusi Eksekutif Bahagian Minyak & Gas PNHB • Penasihat Undang-Undang, Lembaga Pembangunan Bandar (UDA), 1981 • Penasihat Undang-Undang, Bank Islam Malaysia Berhad, 1983 • Pengamal Undang-Undang dalam Korporat, Hartanah, undang-undang Perbankan, 1987-1994 .. Pencapaian Dalam Bidang Korporat • Menyertai Bank Islam (M) Berhad pada tahun 1983. Pelopor dalam mengkonseptualisasikan institusi perbankan Islam pertama di Malaysia. • Pengasas Puncak Alam Housing Sdn Bhd, syarikat pemaju yang membangunkan sebuah bandar seluas 3,114 ekar yang dikenali sebagai Bandar Baru Puncak Alam di Daerah Kuala Selangor, di Negeri Selangor. Bandar tersebut kini menampung kira-kira 50,000 penduduk. • Menubuhkan firma guaman sendiri, Messrs Rozali & Co, pada tahun 1987 dan beramal sebagai Peguam dan Pengacara selama tujuh tahun, dengan kepakaran dalam undang-undang korporat, hartanah, dan perbankan. • Pengasas Puncak Niaga Water, menceburi perniagaan utiliti dan kemudiannya diberi kepercayaan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengurus 29 loji rawatan air untuk seluruh negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kemudian, diberi kepercayaan untuk membekalkan air terawat kepada 7.5 juta pengguna di seluruh negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Selain itu, syarikat juga menguruskan 3 empangan air utama di negeri Selangor. Dengan kepimpinannya, Puncak Niaga telah memperoleh pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa terutamanya dalam industri air dan dikenali sebagai "Pakar Air Malaysia". • Puncak Niaga Holdings Berhad, sebuah syarikat pelaburan, telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad pada 8 Julai 1997.

Catat Ulasan

0 Ulasan