Isnin, 19 November 2012

Hobi Terbaru Isteri Saya.. Cantik tak? (Bah. 8)

with 4 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dah lama saya tak bercerita tentang perkembangan Hobi Terbari Isteri saya.. yang suka menghasilkan kad ucapan kreatif (Hand Made)..

Maklumlah masing-masing sedang sibuk dengan kerja masing-masing.. 

Ketika saya sibuk dengan Kejohanan Catur SUKIPT 2012, Isteri saya pula sibuk dengan urusan kerja di pejabat sehinggakan tiada masa untuk menghasilkan kad-kad terbaru hasil sentuhan seni kreatif beliau...


Sebelum beliau mula sibuk, beliau hanya sempat menyiapkan beberapa keping kad yang telah ditempah pelanggan (terdiri daripada rakan-rakan beliau).. Selepas itu, beliau terpaksa menolak beberapa tempahan lagi yang hadir kemudiannya.. 

Jadi pada entri kali ini, saya ingin berkongsikan gambar 3 keping kad yang sempat beliau siapkan sebelum kesibukan melanda..


Kad Pertama.. Cantik tak? Apa pendapat anda?




Kad Kedua pada Bahagian Luar..

Pada Bahagian dalam kad Kedua.. Cantik tak?



Kad Ketiga.. Apa pendapat anda?

Pada ketika ini isteri saya sedang sibuk menjaga peperiksaan akhir dan menanda kertas peperiksaan akhir pelajar..Selepas selesai semua urusan tersebut, beliau berhasrat untuk meneruskan hobi beliau.. 

Dalam pada itu beliau cuba mencuri-curi masa untuk menyiapkan design dua keping kad baru, yang masih belum ditempah oleh sesiapa pun setakat ini.. Insya Allah, saya akan publishkan 2 keping kad tersebut setelah ianya disiapkan nanti..

Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan kad Ucapan (Hand made) daripada isteri saya, anda boleh menghantar email kepada saya untuk memberikan beberapa maklumat seperti berikut :
  • design yang anda mahukan (Bentuk bunga, Material, warna dan sebagainya)
  • Tulisan yang ingin anda letakkan pada kulit hadapan dan belakang kad
  • Isi kandungan tulisan pada bahagian dalam kad
  • Tarikh kad tersebut akan diberikan kepada penerima
  • dan maklumat tambahan lain yang ingin diletakkan pada kad tersebut

Emailkan butiran maklumat tersebut kepada saya menerusi alamat email nuargto@gmail.com

Harga kad boleh dirunding.. harga bergantung kepada design dan jenis material kad yang digunakan.. 

4 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra