Rabu, 20 November 2013

Hobi Terbaru Isteri Saya... Cantik Tak? (Bahagian 23)

with 6 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Musim perpindahan staf Politeknik dan Kolej Komuniti belum lagi berakhir... Masih ada lagi yang dapat berpindah disebabkan kenaikan pangkat dan permohonan rayuan perpindahan diterima...  

Tanpa disangka, ada rezeki melalui tempahan kad yang isteri saya terima disebabkan perpindahan staf... Syukur Alhamdulillah... 

Tempahan kad terbaru yang telah isteri saya siapkan diterima daripada dua penempah yang berbeza... Tetapi kad tersebut akan di berikan kepada individu yang sama, iaitu seorang staf daripada unit peperiksaan PSIS yang bakal berpindah ke tempat kerja yang baru di Politeknik Jeli, Kelantan... 

Sedikit Maklumat Tentang Rakan yang bakal Berpindah..

Sebelum ini beliau pernah menjalankan tugas sebagai pegawai peperiksaan Politeknik, dan kami pernah berjumpa dalam beberapa mesyuarat sewaktu saya memegang jawatan yang sama semasa di Politeknik Mukah Sarawak dahulu... Kiranya rakan setugas lama saya masa muda-muda dulu lah ni....  hehehe...


Tapi bila saya berpindah ke PSIS, saya dah tak berapa bersosial dengan beliau, disebabkan kami duduk di Jabatan yang berbeza... Dah lah berlainan jantina, duduk berlainan Jabatan pula tu... Jadi, sebagai penganut beraga Islam, faham-fahamlah kenapa saya tidak bersosial dengan beliau...

Panjang pula mukadimah saya pada kali ini.... hehehe... Maklumlah terkenang pula kisah masa zaman muda-muda dulu... Dan berikut merupakan gambar dua tempahan kad yang telah isteri saya siapkan untuk beliau... Orang lain yang tempah, tetapi beliau yang bakal menerima kedua-dua kad ini... 

Dari sudut ini anda akan dapat melihat kecantikan pemandangan bunga

Dari sudut ini anda akan dapat melihat kecantikan pemandangan rama-rama

Melalui sudut ini pula, anda dapat melihat keindahan pandangan bunga dan rama-rama secara serentak.. 



Kad Pertama

Kad 1 ditempah oleh rakan-rakan penyelaras peperiksaan Jabatan di PSIS... Kad bersaiz A4, tetapi mempunyai design yang unik... Anda boleh melipat kad ini melalui pelbagai cara untuk dijadikan hiasan, mengikut sesedap mata anda memandangnya... 

Pilihan terletak di tangan anda... Samada nak tengok pemandangan bunga, rama-rama atau kedua-duanya secara serentak sebagai hiasan di meja anda... 










Kad Ke 2

Kad Ke 2 pula tak kurang hebatnya... Mempunyai hiasan bunga yang menarik... Sesuai untuk diberikan kepada wanita sebagai penerimanya... Boleh dijadikan sebagai hiasan di atas meja anda... 

Oklah... Pada kesempatan ini, saya nak ucapkan Tahniah kepada Kak Jia kerana berjaya dapat naik pangkat DH44... Dalam masa yang sama, tahniah juga sebab dapat berpindah  ke tempat kerja yang baru setelah 9 tahun berkhidmat di PSIS... Sekiranya ada salah dan silap disepanjang perkenalan kita harap sudilah dimaafkan.... Semoga lebih berjaya di tempat kerja yang baru, semoga diketemukan dengan jodoh yang sesuai sewaktu berkhidmat di sana.... In Shaa Allah...  

P/s: Setakat ini masih ada lagi beberapa tempahan Quilling yang masih belum isteri saya siapkan.. Nak tengok Design terbaru? Tunggu.... Sekiranya nak buat tempahan Quilling, anda boleh menghubungi saya dengan menggunakan No. Telefon dan email seperti berikut... 016-5425547 dan nuargto@gmail.com


6 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra