Selasa, 24 Julai 2012

Hobi terbaru Isteri saya.. Cantik Tak? (Bah. 1)

with 3 comments
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Sejak akhir-akhir ini isteri saya telah mempunyai satu hobi baru.. Iaitu menghasilkan pelbagai jenis hiasan yang dibuat dengan menggunakan kertas-kertas warna... Hiasan ini dikenali sebagai Quilling.. 

Beliau mula meminati seni ini, setelah diperkenalkan oleh rakan sepejabat beliau.. 

Bila dah cuba buat sekali.. dan berjaya menghasilkan "gubahan" seni yang cantik, beliau telah ketagih untuk menghasilkan pelbagai jenis "gubahan" quilling lagi dan lagi..

Pada pendapat anda cantik tak Quilling yang isteri saya hasilkan seperti dalam gambar di bawah?



Tak sangka pula hasil seni isteri saya ini turut diminati oleh rakan sekerja beliau yang sedang dalam proses membuka sebuah Cafeteria di Kuala Lumpur.. Dan telah menempah beberapa design Quilling daripada isteri saya untuk diletakkan sebagai hiasan di Kafeteria beliau nanti.. 


Sungguh tak disangka.. Murah rezeki isteri saya.. Setakat ini dah ada beberapa design Quilling yang berjaya isteri saya hasilkan.. 

Insya Allah sekiranya ada kelapangan masa, saya akan memaparkan design demi design Quilling yang berjaya isteri saya hasilkan di blog ini secara satu persatu..

3 ulasan:

  1. kreatif nya..mmg cantik sgt kalau buat hiasan..

    BalasPadam
  2. rindu dengan puan.. :)

    cantik & kreatif.. :)

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra