Isnin, 20 Mei 2013

Hobi Terbaru Isteri saya : Cantik tak? (Bahagian 10)

with 3 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Syukur Alhamdulillah...

Isteri saya telah mendapat semangat semula untuk meneruskan hobinya membuat Kad-kad Kreatif dengan menggunakan teknik Quilling...

Inilah sentuhan terbaru isteri saya... Cantik tak?


Isteri saya berhasrat untuk membuka sebuah gerai menjual Kad Kreatif sempena majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Idris Shah yang akan diadakan tidak lama lagi... Dengar ceritanya, terdapat lebih 1000 graduan yang akan menerima Diploma semasa majlis tersebut nanti...

Kalau dapat 100 orang pembeli atau penempah kad kreatif ini pun dah kira ok.. Dapat juga lepas duit sewa tapak dan boleh dapatlah sedikit keuntungan... 


P/s : Saya suka dengan hasil seni isteri saya... Sebab kerjanya kemas dan teratur.. kalau tak percaya, boleh cuba tempah satu... ;) 

3 ulasan:

  1. memang keratiflah bro..
    wife saya suka mengait masa ini..

    BalasPadam
  2. macam cantik ja macam comel ja

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra