Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..



Kesan daripada majlis Pertunangan tersebut, telah memberikan limpahan trafik kepada blog Coretan Anuar, dan seterusnya membuka lebih banyak pintu rezeki kepada blog ini.. Syukur Alhamdulillah.. ;)

Siapa sangka, entri-entri yang pernah saya tulis berkaitan Dr Fatin Liyana dan Dr Anwar Fazal, mampu menarik ribuan pembaca ke blog ini.. Ini menunjukkan kedua-dua Doktor perubatan ini mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Pengalaman Pertama bertemu Dr Fatin Liyana di Restoran Ana Ikan Bakar Petai Bangi, pastinya merupakan satu pengalaman berharga buat kami sekeluarga, yang tidak dapat kami lupakan sampai bila-bila..

Masih teringat lagi, bagaimana Dr Fatin Liyana melayan kerenah dua orang Hero saya Adam dan Haikal.. Cukup ramah, ceria, sabar dan ikhlas beliau melayan mereka.. Dari situ saya dapat lihat beliau mampu menjadi seorang Doktor yang baik, dan juga seorang isteri yang baik dan penyayang.. Bertuah betul Dr Anwar Fazal dapat memperisterikan seorang wanita sebaik dan secantik beliau..  Tahniah Dr Anwar Fazal, sebab berjaya menjadi lelaki terbaik dalam kangan yang terbaik buat Dr Fatin Liyana.. 


Hadiah Istimewa untuk Perkahwinan Dr Fatin Liyana dan Dr Anwar Fazal 


Sebagai tanda ingatan tulus ikhlas daripada kami, dan sebagai tanda penghargaan di atas trafik-trafik yang disumbangan oleh Dr Fatin Liyana dan Dr Anwar Fazal kepada blog ini.. Saya dan isteri telah bersetuju untuk memberikan Hadiah Istimewa untuk Perkahwinan Dr Fatin Liyana dan Dr Anwar Fazal

Hadiah istimewa yang akan dihasilkan sendiri oleh Isteri saya, melalui kreativiti yang pernah beliau hasilkan sebelum ini..  

Cuma masalahnya, tak tahu nak bagi hadiah yang sesuai untuk majlis perkahwinan mereka.. 

Jadi, saya nak minta pendapat daripada rakan-rakan pembaca blog ini.. Hadiah macamana yang paling sesuai untuk diberikan kepada kedua pasangan pengantin ini, di majlis perkahwinan mereka nanti?


















Saya mohon bantuan anda untuk 'undi', hadiah mana yang paling sesuai untuk dihadiahkan kepada pasangan pengantin Dr Fatin Liyana dan Dr Anwar Fazal?..  

Cara nak undi mudah sahaja.. Anda cuma perlu letakkan nombor yang terdapat pada gambar-gambar di atas diruangan komen entri ini.. 

Gambar mana yang mendapat undian terbanyak akan dipilih, dan isteri saya boleh memulakan kerja-kerja beliau untuk menghasilkan Hadiah Istimewa untuk Perkahwinan Dr Fatin Liyana dan Dr Anwar Fazal 

Terima kasih di atas bantuan yang diberikan.. ;)