Rabu, 9 Januari 2013

Tempahan Quilling terbesar yang pernah diterima..

with 3 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Masih ingat lagikah tentang Hobi terbaru isteri saya yang pernah saya ceritakan sebelum ini? Sekiranya anda ketinggalan untuk membaca kisah hobi terbaru isteri saya, saya syorkan anda klik pada senarai di bawah:
  1. Hobi Terbaru Isteri Saya: Cantik Tak (Bah.1)
  2. Hobi Terbaru Isteri Saya: Cantik Tak (Bah.2)
  3. Hobi Terbaru Isteri Saya: Cantik Tak (Bah.3)
  4. Hobi Terbaru Isteri Saya: Cantik Tak (Bah.4)
  5. Hobi Terbaru Isteri Saya: Cantik Tak (Bah.5)
  6. Hobi Terbaru Isteri Saya: Cantik Tak (Bah.6)
  7. Hobi Terbaru Isteri Saya: Cantik Tak (Bah.7)
  8. Hobi Terbaru Isteri Saya: Cantik Tak (Bah.8)
  9. Hobi Terbaru Isteri Saya: Cantik Tak (Bah.9)


Dalam entri Hobi Terbaru Isteri Saya: Cantik Tak (Bah.9), saya ada menceritakan tentang tempahan Quilling Tanda Ikatan Cinta Suami Isteri untuk bakal pengantin baru.. 

Untuk makluman anda, ini merupakan tempahan Quilling terbesar yang pernah isteri saya terima.. Isteri saya perlu menyiapkan Quilling di atas Frame kayu sebesar 65cm X 40cm..

Untuk menjaga hati pelanggan, isteri saya gagahkan juga untuk menyiapkannya.. Dan, inilah hasilnya.. 


Hiasan Quilling yang berjaya disiapkan di atas sebuah frame kayu sebesar 65cm X 40cm

Tempahan Quilling Tanda Ikatan Cinta Suami Isteri untuk bakal pengantin baru..

Frame ini telah selamat dijual kepada Didi (Radiah) pada harga RM100

Selamat bakal pengantin Baru saya ucapkan kepada Cik Radiah atau nama manjanya Didi dan pasangan.. Terima kasih saya ucapkan kepada Didi, kerana berpuas hati dengan hasil kerja isteri saya..
   

P/s: Sekiranya anda mempunyai sebarang komen atau cadangan penambahbaikan tentang hasil kerja isteri saya.., Anda boleh meninggalkan komen anda di ruangan komen entri ini.. Komen dan cadangan membina sangat di alu-alukan.. Terima kasih..


3 ulasan:

  1. Hasil seni macam ni susah nak komen,sebab bergantung pada kretiviti seseorang,bagi saya cantik dah tu.

    BalasPadam
  2. Cantik dan kreatif. Kalau bab mengomen kerja-kerja seni macam ni, saya kurang pandai.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra