Khamis, 4 Oktober 2012

Bertemu Dr Fatin Liyana di Restoran Ana Ikan Bakar Petai, Bangi

with 16 comments
Seronoknya rasa di hati apabila dapat bertemu dengan Dr Fatin Liyana sewaktu menikmati makan malam bersama keluarga di Restoran Ana Ikan Bakar Petai, Bangi pada hari Sabtu Lepas..  


Dapat duduk meja bersebelahan pula tu.. Masa awal tu tak perasan pula orang yang duduk di sebelah meja saya adalah Dr Fatin Liyana, blogger terkenal di Malaysia tu.. 



Tapi apabila pandangan kami bertembung secara tidak sengaja, berdegup rasa di hati.. Terpesona seketika melihat keayuan wajahnya.. 

Secara jujurnya saya mengakui.. Dr Fatin Liyana sememangnya mempunyai keayuan secara semula jadi.. 

Itu tanda kebesaran Allah..  Bertuah sungguh tuan yang empunya badan bernama Fatin Liyana.. dah lah cantik.. Bijak pula tu.. Ini semua rezeki kurniaan Allah yang seharusnya kita syukuri.. 

Hajat di hati untuk meperkenalkan diri sebagai salah seorang blogger picisan terpaksa di tahan akibat persaan malu yang mula menebal..

Lagipun pada ketika itu saya menikmati makan malam bersama isteri, anak-anak, adik ipar dan bakal adik ipar saya.. Manakala Fatin Liyana pula duduk semeja bersama 3 orang rakan beliau..

Sudah pasti beliau mahukan "priversi" tersendiri sewaktu bersama rakan-rakan menikmati makan malam di restoran Ana Ikan Bakar Petai yang menyajikan hidangan yang lazat dan menyelerekan.. ;)

Hajat di hati untuk mengambil gambar Dr Fatin Liyana juga terpaksa dibatalkan disebabkan isteri saya tidak mempersetujuinya.. Beliau beranggapan, tidak wajar dan tidak kena pada tempatnya sekiranya saya mengambil gambar Dr Fatin Liyana pada ketika itu..

Lagipun timbul juga perasaan malu dihati apabila nak mengambil gambar Dr fatin Liyana dengan hanyaa menggunakan kamera telefon bimbit.. Sudah pasti gambarnya tidak secantik kamera DSLR.. 

"Takperlah bukan rezeki saya pada ketika ini untuk bersua muka, bersembang dan mengambil gambar Dr Fatin Liyana".. Bisik hati kecil saya..   

Tapi nak dijadikan cerita.. Kedua anak lelaki saya tanpa segan silu pergi bertandang ke meja Dr. Fatin Liyana.. "keramahan" yang ditunjukkan oleh kedua anak lelaki saya terhadap Dr Fatin Liyana telah memaksa pandangan kami bertembung juga..

Dengan begitu bersahaja, Haikal dan Adam menyapa Dr. Fatin Liyana dengan kerenah mereka yang tersendiri.. Anak-anak saya ni agak nakal dan mudah mesra dengan orang lain walaupun orang yang tidak di kenali.. 

Tapi mujur pula Dr. Fatin Liyana ni sporting.. Beliau melayan kerenah anak-anak saya dengan sabar dan baik sekali.. Sejuk hati saya melihatnya..

Saya berdoa di dalam hati semoga satu hari nanti kami dikurniakan seorang anak perempuan yang baik, cantik dan sebijak Dr. Fatin Liyana.. Amin..


Nampak tak Cara Dr. Fatin Liyana duduk dekat belakang Haikal tu?
Sama tak macam cara dia duduk dalam gambar di bawah ini?

Sumber  :  (Klik Di Sini)


Ternyata tips yang dikongsikan di blog beliau tentang cara duduk untuk mendapatkan tulang belakang yang menarik merupakan Tips Original... Beliau sendiri telah melaksanakan teknik tersebut pada setiap masa..Bukan hanya lakonan semata-mata. ;)

Pada kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada Dr. fatin Liyana sekiranya kehadiran anak-anak saya ke meja makan beliau pada ketika itu mengganggu privasi beliau dan rakan-rakan..

Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kesudian Dr. Fatin Liyana melayan kerenah anak-anak saya yang agak nakal... Sekiranya ada perbuatan mereka yang menyinggung hati Dr Fatin Liyana harap dimaafkan..

Walaupun tidak berkesempatan untuk bersembang atau berkongsi idea tentang penulisan blog dengan Dr. Fatin Liyana.. Tapi dapat berpeluang berbalas senyuman dengan beliau pun sudah memadai.. ;)

Semoga jika ada kesempatan.. Diharap kita dapat berpeluang untuk berjumpa lagi di lain kali.. Tapi diharapkan pada ketika itu saya lebih bersedia untuk bertemu beliau sebagai seorang blogger.. 

Semoga video di bawah dapat memberi gambaran betapa gembiranya Adam dan kami semua dapat bertemu dengan Dr Fatin Liyana.... Hehehe



Adam dan Haikal bersama sepupu mereka Kalisya..

P/s: Walaupun tak berpeluang untuk menjadi Blogger popular seperti Dr. Fatin Liyana, dapat  berpeluang menganjurkan Pertandingan Anugerah Blog Paling Paling Popular pun dah kira bersyukur


16 ulasan:

  1. awat tak posing bergambar skali dngan dia :P

    BalasPadam
  2. La... awat tak pergi tegur dia... Xpun buat2 pengsan.. Sure dia akan bagi bantuan punye

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha. betul tu bro, awat tak tegut kan. Buat-buat pengsan pun ok juga.

      Padam
  3. Ala...ruginya tak jumpa personal,samalah dulu pernah alami situasi sebegini. Kita redha sajalah.

    BalasPadam
  4. Arghhhhhhh.. Kenapa gua sorang je yang tak pernah jumpa dia??????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahun 2014 & 2015 AE dah semakin femes, confirm selalu jumpa. Tapi sayang dia dah kawin :P

      Padam
  5. Ya Allah keciknya dunia haha..tak sangka bebudak comel tu anak encik..kemain si haikal tunjuk souvenir beli dekat aquaria, si adam pon taknak kalah. thanks sangat sangat sebab susah-susah je buat entry ni. saya ni orang biase je pon, lenkali tegur je ok, takyah segan. dengan satu family encik pon saya boleh tangkap gambar tau. apapon salam perkenalan. kirim salam org rumah!


    p/s : sy masih bergelar medical student, malulah encik pgl doctor. >_<

    BalasPadam
  6. wah, jumpa fatin liyana! mesti lg comel kat luar dari dalam blog kan?


    salam jumaat... :)

    BalasPadam
  7. wah best nya dapat jumpa FL secara live kan..phat ni bila la dpt jumpa sesape pun hehe

    BalasPadam
  8. Tak pe, ada rezeki boleh jumpa lain kali..

    BalasPadam
  9. mesti ramai yg tak puas hati, yg paling2, AE.
    bro dah boleh jadi paparazi...heee

    BalasPadam
  10. Hurmm.... sonok kan bile FL dah terjah blog nie... Nice....

    BalasPadam
  11. best la dapat jumpa blogger popular...tapi rugi tak ambil gambar bersama untuk dibuat kenang-kenangan...

    BalasPadam
  12. ruginya tak ambik gambar dengan Dr Fatin Liyana tu..
    kamu dah menang..jom terjah blog akak..dah lama dah akak umumkan

    BalasPadam
  13. Hehe...betul kan bro..kita bila kita tak sempurna, ras segan jugak nk berhadapan dengan mereka yang sempurna..hehe..untung anak-anak bro..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra