Selasa, 25 November 2014

Hobi Terbaru Isteri Saya, cantik tak? (Bahagian 47)

with 3 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dah lama betul saya tak update segmen Hobi Terbaru isteri saya.. Dekat 2 bulan segmen tersebut sepi tanpa khabar berita.. Kali terakhir saya update segmen tersebut ialah pada 16 September 2014, pada Bahagian yang ke 46.. Lepas tu dah tak berupdate sehinggalah sekarang.. 

Begitu juga halnya dengan Status terkini dekat Fanpage Pelangi Craft.. Dah lama juga tak berupdate.. 


Dalam tempoh 2 bulan kebelakangan ini, sebenarnya ada juga tempahan yang isteri saya terima.. Tetapi isteri saya terpaksa menolaknya, disebabkan sibuk dengan pelbagai aktiviti harian.. 

Kesian tengok peralatan Quilling dan Handmade Card yang tersadai begitu sahaja, disebabkan tidak dapat untuk melaksanakan operasinya, seperti sebelum ini... Ishh.. Ishhh.. Ishh.. Kesian.. Kesian...



Nak dijadikan cerita, selepas selesai semua urusan Pembelajaran & Pengajaran, urusan Final Exam sesi June 2014 dan urusan Pemangkuan Kenaikan Pangkat.. Isteri saya dah mula dapat bernafas lega.. 

Tepat pada masanya, ada rakan sekerja beliau membuat tempahan Handmade Mini Album....  sempena menyambut Hari ulangtahun kelahiran suami tersayang yang ke......


Inilah dia rupa Handmade Mini Album, hasil sentuhan tangan isteri saya.. 









"Kepada suami rakan sekerja isteri saya, saya ucapkan Selamat Hari Lahir.. Semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki... Semoga gembira menerima hadiah hari lahir daripada isteri tersayang.."

Kali ni saya tak dapat nak ulas lebih-lebih, sebab saya sendiri pun saya tak berapa faham.. Sangat Complicated. Hanya orang yang menghasilkannya lebih memahami... Tapi saya suka melihat hasil kreativiti tersebut.. ;)

So, bagaimana pula dengan pendapat anda?

Cantik tak?

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang hasil kreativiti isteri saya, anda bolehlah klik pada dua pautan di bawah: 

[+] http://www.coretananuar.com/search/label/Hobi
[+] https://www.facebook.com/pelangicraft

Selamat Cuci Mata... ;)


3 ulasan:

  1. Cantik sungguh hasil tangan isteri :-)

    BalasPadam
  2. Wah... cantiknya.. Kreatif sungguh. Berapa satu ni? Rasa macam nak tempah lah.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra