Ahad, 28 Disember 2014

Hobi terbaru isteri saya, cantik tak? (Bahagian 49)

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Diharap semua pembaca blog ini sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera... walau di mana jua anda berada..

Syukur Alhamdulillah... Hari ini berkesempatan untuk menulis blog yang ditinggalkan sepi tanpa sebarang info terbaru selama seminggu..

Terdapat beberapa draft yang tidak berjaya disiapkan disebabkan agak sibuk dengan pelbagai urusan seperti:
  • Majlis Perkawinan Adik Ipar
  • Bawa anak-anak dan anak-anak pak mertua pergi bercuti
  • Baca berita-berita banjir yang berlaku di seluruh Malaysia 
  • dan lain-lain
Kesian saya melihat nasib yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir, terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur (Kelantan, Pahang, dan Terengganu).. Banjir kali ni merupakan banjir terburuk dalam Sejarah.. 

Tidak ada siapa pun yang mahukan bencana alam seperti ini berlaku... Tetapi dengan kehendak Allah S.W.T ianya berlaku... Pastinya ada sebab kenapa ia berlaku, dan hanya Allah S.W.T yang lebih mengetahui jawapannya..

Kita sebagai hamba perlu tabah dan sabar dalam menghadapi ujian ini.. Pasti ada hikmah disebaliknya.. 

Jangan membuat sebarang andaian dan spekulasi liar untuk mencari publisiti berkaitan bencana alam ini, sehingga boleh menimbulkan konflik... Semua orang ada hati dan perasaan.. Tolong jaga hati dan perasaan orang lain.. 

Kita perlu saling hormat menghormati.. supaya masalah yang berat dapat sama-sama dipikul dan yang ringan sama-sama kita jinjing, tanpa perlu menuding jari kepada mana-mana pihak..  Tanpa ada perbezaan agama, bangsa dan fahaman politik... 

Syukur Alhamdulillah... Ramai rakyat Malaysia yang prihatin untuk menghulurkan bantuan bagi membantu mangsa-mangsa banjir.. Ada yang mendermakan pakaian, menghulurkan tenaga, wang ringgit, makanan dan sebagainya..

Bagi yang tidak berkemampuan untuk menghulurkan bantuan, mereka turut membantu melalui doa dan solat hajat yang dilakukan di seluruh negara.. Syukur Alhamdulillah... Semoga doa kita semua dimakbulkan dan dengan izin Allah S.W.T banjir dapat segera pulih seperti sedia kala... 

Oh Ya!!

Berbalik semula kepada tajuk entri ini.. Berkaitan Segmen bersiri Hobi terbaru Isteri saya, pada bahagian yang ke 49..

Kali ni isteri saya berjaya menghasilkan ScrapBook Binding yang baru..

 Cover Hadapan ScrapBook Binding.. Dihiasi dengan Handmade Flower..

 Bahagian Dalam ScrapBook Binding.. Boleh letakkan gambar-gambar kenangan.. ;) 

 Setiap page pada bahagian dalam ScrapBook Binding juga turut dihiasi dengan Handmade Flower..

ScrapBook Binding yang telah siap.. Dibuka untuk Tempahan..

Syukur Alhamdulillah... Setakat ini dah ada dua pelanggan yang membuat tempahan untuk mendapatkan ScrapBook Binding ni sebagai hadiah kenang-kenangan... 

Mungkin sempena hadiah ulang tahun perkahwinan agaknya... Sebab pada hujung tahun dan awal tahun ni, ramai rakan-rakan yang menyambut hari ulang tahun perkahwinan... ;)

Apa pendapat anda tentang ScrapBook Binding ni? Cantik tak?

Sekiranya ada sebarang komen, atau cadangan penambahbaikan... Sila tulis pada ruangan komen di bawah... TQ.. ;)

2 ulasan:

  1. In Shaa Allah. . Tak lama lagi akan terbitkan bahagian yang ke 50 pula.. pada ketika ini isteri saya sedang menyiapkan tempahan pelanggan. ..

    BalasPadam
  2. untung encik dapat isteri yang kreative.
    cantik sangat. boleh buat guest book untuk wedding. kipidap!

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra