Khamis, 4 Mei 2017

Hadiah Hari Guru 2017

with 22 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tak lama lagi hari Guru.. Biasanya time hari Guru, anak-anak yang sibuk minta kami beli kan hadiah.. Nak bagi hadiah pada cikgu sorang satu..

Setiap tahun juga, kelam kabut kami dibuatnya... Sebab tak tahu nak belikan hadiah apa yang sesuai untuk diberikan kepada guru.. Biasanya last minit punya pilihan, kami terjah jer dekat mana-mana kedai cenderamata berhampiran... Beli borong sejenis item sampai  lebih 20 unit.. Sebab cikgu ramai.. Cikgu sekolah pagi dan cikgu sekolah petang... Beli hadiah yang sama jer semua supaya nampak sekata masa nak bagi hadiah pada cikgu-cikgu nanti... Hehehe...


Hadiah Hari Guru 2017

Bila dah selalu sangat beli Hadiah hari Guru di saat-saat akhir, rasa stress juga sebab kadang tu dah tak ada pilihan nak bagi hadiah apa?

Jadi, untuk tahun ini... Alhamdulillah... Dah ada sedikit kesedaran... Buat persediaan awal..

Sekarang ni dah siap pun hadiah hari guru untuk anak-anak bawa ke sekolah pada 16 May nanti...

Jeng... Jeng... Jeng...

Hadiah Hari Guru 2017
Hadiah Hari Guru 2017


Seni Khat Kuhfi + Tulisan rumi Selamat Hari Guru menjadi pilihan untuk hadiah hari guru tahun ni..

 
Alhamdulillah... Dah siap sekotak hadiah hari Guru 2017.. Tinggal nak bagi jer pada cikgu-cikgu..

Tempahan Cenderamata Pelangi Craft Kembali lagi..

Nak dijadikan cerita... Tiba-tiba tempahan Pelangi Craft Isteri saya rancak kembali..

Setakat ni dah Ada beberapa orang yang dah PM nak tempah "hadiah" daripada isteri saya.. Berikutan mereka suka tengok seni Khat Kuhfi + rumi yang isteri saya hasilkan..

Hasilnya setakat ini:

Seni Khat Kuhfi + Tulisan rumi (4 dalam 1) bersaiz A4

Seni Khat Kuhfi + Tulisan rumi bersaiz 5R (Harga RM15 seunit tidak termasuk kos penghantaran) 

Apa pendapat anda?



Daripada niat asal cuma nak buat hadiah hari guru... Tiba-tiba ada pula yang request nak tulis nama anak-anak dan framekan untuk dibuat hiasan... 

Menarik jugak idea tu... Bila dah siap nampak cantik pulak hasilnya..

Setakat ni masih ada beberapa tempahan yang isteri saya sedang siapkan..

Kalau ada yang berminat nak tempah, bolehlah Whatsapp isteri saya 016-5426627

Serba Sedikit Tentang Pelangi Craft

Siapa yang rajin mengikuti perkembangan blog ini, tentu tahu tentang kewujudan Pelangi Craft..

Suatu masa dahulu isteri saya pernah aktif buat sesuatu hasil seni yang kreatif.... Dan hasilnya saya kongsikan di blog ini dan juga fanpage Pelangi Craft.. 

Pernah di beri peluang masuk akhbar harian Metro oleh Wartawan harian metro..

Isteri saya dalam akhbar Harian Metro untuk Seni Gulungan Kertas (Quilling)

Pernah terima bermacam-macam jenis tempahan daripada mereka yang berminat nak cari hadiah istimewa untuk diberikan kepada insan istimewa..

Cuma... Bila dapat anak ke 4 hari tu, isteri saya stop sekejap... dah tak sempat dah.... Sibuk jaga anak... Sibuk dengan urusan kerja... jadi, dah lama tak ambil sebarang tempahan....

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba kali ni Pelangi Craft kembali aktif semula tanpa disangka... Tak ada buat sebarang promosi pun.... 

Syukur Alhamdulillah.. Rezeki..

Apa yang boleh saya kata... Good luck saya ucapkan kepada isteri saya... Semoga beliau sempat nak siapkan tempahan-tempahan pelanggan sebelum hari guru nanti.

Info Berkaitan:


22 ulasan:

  1. menarik sangat. good idea. sy lebih suka diy juga hadiah ni. hehehe.,

    BalasPadam
  2. Cantik dan kreatif..

    Boleh buat duit banyak..

    BalasPadam
  3. Wow! OK jugak ek buat hadiah hari guru. Saiz pun senang nak dibalut.

    BalasPadam
  4. Kreatif. Susah jugak nak baca haha

    BalasPadam
  5. Memang menarik kalau bagi hadiah DIY ni. Sebab unik dan tak cantik. Tapi mcm ada lompong kat kufi tu tuan.. ada ruangan tak betul2 penuh.

    BalasPadam
  6. Idea yang menarik muntuk hadia pertukaran guru

    BalasPadam
  7. Harap maaf.. tempahan hadiah hari guru 2017 dah penuh... oder terpaksa di tutup buat sementara waktu.. tapi kalau nak buat tempahan selepas hari guru boleh lagi..

    BalasPadam
  8. hadiah hari guru yg menarik..bestnya bila jadi orang kreatif

    BalasPadam
  9. Teringin nak beli rumah ketiga tapi komitmen makin besar.

    BalasPadam
  10. Haha.. masih blur lagi ni nak bagi hadiah apa kat cikgu...

    BalasPadam
  11. tunggu budak bagi hadiah aje la macam biasa.

    haha..

    BalasPadam
  12. warna warni dan seni khat...sejuk mata memandang

    BalasPadam
  13. Cantik sangat khat ini! Mesti akan menjadi kenangan indah guru² yang menerimanya nanti.

    Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar guru!

    BalasPadam
  14. bagus idea ni.. bagi bunga dah clise sgt

    BalasPadam
  15. cantik sangat... memang kreatif isteri awak... idea yang sgt bagus ni...

    BalasPadam
  16. Thank you very much for sharing information that will be much helpful for making coursework my effective.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra