Selasa, 17 Mei 2016

Hadiah Hari Guru 2016 : 20 Idea Ice Breaking Super (Ebook Percuma)

with 1 comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Semalam baru sahaja selesai Sambutan hari Guru di semua sekolah di seluruh Malaysia. Baik di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah, saya dapat rasakan suasana kemeriahan sambutan Hari Guru pada tahun ini melalui Group-group Whatsapp.

Ada sahaja rakan-rakan lama yang bertugas sebagai guru, berkongsi gambar-gambar sambutan hari guru di sekolah masing-masing.. 

Terdapat pelbagai cara sambutan hari guru mengikut tema yang ditetapkan di sekolah masing-masing. Ada Cikgu yang memakai Costume ala-ala Ciderella, ada yang memakai jubah macam pak arab, berpakaian seperti seorang doktor, askar, polis tentera dan sebagainya...   

TAHNIAH... Memang menarik... ;) 

Selayaknya kalian yang bertugas sebagai seorang guru dapat merasai kemeriahan tersebut... setelah bertungkus lumus mendidik anak bangsa sehingga berjaya.


Hadiah Sempena Hari Guru 2016 : 20 Idea Ice Breaking Super (Ebook Percuma)

Sumber : Klik Di Sini


Sempena haru guru tahun ni, ada hadiah Ebook Percuma berjudul 20 Idea Ice Breaking Super untuk diberikan kepada guru-guru dan pendidik di Malaysia... Ebook ni bukan saya yang tulis tau... tetapi ditulis oleh saudara Hasmadi Bin Hasbi. 

Saya cuma tolong sampaikan sahaja info ini, supaya dapat memberi manfaat kepada orang lain... ;)

Dalam ebook ini mengandungi koleksi Ice Breaking yang sesuai untuk digunakan dalam program-program motivasi, kepimpinan, Team-Building, Soft Skills dan sebagainya. 

Diharap melalui ebook ini akan dapat meningkatkan kreativiti seorang guru atau pendidik.. supaya mempunyai pelbagai idea ketika menganjurkan program-program yang saya nyatakan di atas ..

Berminat untuk mendapatkan Ebook ini secara PERCUMA? 


Semoga Bermanfaat..


Info Berkaitan:

1 ulasan:

  1. Elok juga setiap guru dapatkan ebook modul ice breaking super ni. Idea-idea baru yang banyak membantu.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra