Khamis, 30 April 2015

Hobi Isteri Saya (Bahagian 55) : Koleksi Kad Ucapan Istimewa Hari Guru 2015

with 4 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bulan Mei merupakan bulan penghargaan kepada guru-guru dan kaum ibu di Malaysia.. Rasanya, rata-rata rakyat Malaysia dah tahu tentang tarikh sambutan Hari Ibu dan Hari Guru bagi tahun 2015. Betul kan? ;)

Atau ada yang masih tidak tahu, bila tarikh hari Ibu dan Hari Guru di Malaysia?


Hari ibu akan disambut pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei pada setiap tahun.. Pada tahun ini, tarikh tersebut jatuh pada 10 Mei 2015.

Manakala tarikh hari Guru tahun 2015 pula masih kekal sama seperti tarikh hari Guru tahun-tahun sebelum ini iaitu pada 16 Mei 2015

"Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita."


Beruntunglah guru yang terdiri dalam kalangan kaum-kaum ibu.. Hari Ahad 10 Mei sambut hari Ibu, kemudian pada hari Sabtu 16 Mei pula dapat ucapan "Selamat Hari Guru".. Tentu rasa sejuk hati, bila menerima ucapan-ucapan tersebut daripada anak-anak dan anak-anak murid.. ;)

Walaupun saya bukan seorang guru, tapi saya pernah merasai ucapan-ucapan tersebut... Hmmm... memang terharu dibuatnya... 

Kalau tak percaya, bolehlah tanya dekat Cikgu Titan... Apa perasaan beliau bila murid-murid bagi ucapan Hari Guru pada setiap tahun?

Disebabkan saya seorang lelaki... Confirm bukan seorang Ibu... Jadi ,dalam entri kali ni banyak berkisarkan tentang Hari Guru.. 

So, Jangan kecil hati ye, kaum-kaum Ibu yang membaca entry ini... Lagipun ramai yang beranggapan "Setiap Hari Merupakan Hari yang sangat Istimewa Untuk Ibu.. Pengorbananmu disanjung tinggi, jasamu tetap disanubari"...  Salam kasih sayang daripada saya untuk semua ibu-ibu di seluruh Malaysia.. ;)

Oklah.. Berbalik semula kepada cerita hari Guru...

Tema hari guru pada tahun ini ialah  "Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak"

Ayat simple... Tetapi mempunyai maksud yang cukup mendalam...

Semoga semua guru-guru di Malaysia dapat memenuhi Tema Hari Guru pada tahun ini, untuk mendidik anak-anak murid di sekolah...

Sempena Sambutan Hari Guru 2015, isteri saya ada menyiapkan Koleksi Kad Ucapan Istimewa Hari Guru 2015..

Setakat ini dah ada beberapa design Kad Ucapan hari Guru yang telah disiapkan oleh isteri saya... 

Koleksi Kad Ucapan Istimewa Hari Guru 2015
Koleksi Kad Ucapan Istimewa Hari Guru 2015

Hari Guru lambat lagi... Ada lebih kurang 16 hari sebelum hari guru...

Koleksi Kad Ucapan Istimewa Hari Guru 2015

Jadi, sekiranya ada yang berminat nak buat tempahan Kad Ucapan hari Guru.. Anda boleh menghubungi isteri saya... Tempahan dibuka sehingga 8 Mei 2015 sahaja, untuk memberi ruang kepada isteri saya menyiapkan tempahan yang diterima dan menghantar tenpahan tersebut melalui pos... Maklumlah nak hantar melalui pos pun agak memakan masa juga... Kalau ada yang buat tempahan lewat daripada 8 Mei, dikhuatiri kad tersebut tidak sampai ke tangan anda ketika Hari Guru nanti... 

Oklah.. Sementara itu, jom cuci-cuci mata tengok Koleksi Kad Ucapan Istimewa Hari Guru 2015 yang telah siap setakat ini..

Kad Ucapan Istimewa Hari Guru 2015
Kad Ucapan Hari Guru 2015 #1

Kad Ucapan Istimewa Hari Guru 2015
Kad Ucapan Hari Guru 2015 #2

Kad Ucapan Istimewa Hari Guru 2015
Kad Ucapan Hari Guru 2015 #3

Kad Ucapan Hari Guru 2015 #4

Kad Ucapan Hari Guru 2015 #5

Kad Ucapan Istimewa Hari Guru 2015
Kad Ucapan Hari Guru 2015 #6

Kad Ucapan Istimewa Hari Guru 2015
Kad Ucapan Hari Guru 2015 #7

Kad Ucapan Istimewa Hari Guru 2015
Kad Ucapan Hari Guru 2015 #8

Kad Ucapan Istimewa Hari Guru 2015
Kad Ucapan Hari Guru 2015 #9

Kad Ucapan Istimewa Hari Guru 2015
Kad Ucapan Hari Guru 2015 #10

Koleksi Kad Ucapan Istimewa Hari Guru 2015
Koleksi Kad Ucapan Istimewa Hari Guru 2015

Hmmm... Macamana? Ada yang berminat tak?

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan kad-kad ucapan Hari Guru ini, atau ingin membuat tempahan kad ucapan hari Guru yang lain... Anda boleh PM isteri saya di Fanpage Facebook beliau menerusi pautan berikut:
=> https://www.facebook.com/pelangicraft

In Shaa Allah, isteri saya akan cuba memenuhi tempahan Kad Ucapan Istimewa Hari Guru 2015 anda... 

P/S : Hari bapa lambat lagilah.. Hari bapa bagi tahun 2015 disambut pada 21 Jun 2015.. Tolong simpan tarikh tersebut dalam remider HP anda baik-baik... Bila dah sampai tariknya nanti, Jangan lupa bagi hadiah pada saya ye... TQ... hehehe.. ;)

4 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra