Selasa, 16 September 2014

Hobi Terbaru Isteri Saya, Cantik Tak? (Bahagian 46)

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Rasanya dah lama saya tak update segmen Hobi Terbaru isteri saya.. Dekat 4 bulan segmen tersebut sepi tanpa khabar berita.. Kali terakhir saya update segmen tersebut ialah pada 25 April 2014, pada Bahagian yang ke 45.. Lepas tu dah tak berupdate sehinggalah sekarang.. 

Begitu juga halnya dengan Status terkini dekat Fanpage Pelangi Craft.. Dah lama juga tak berupdate.. Sekarang ni puan isteri agak sibuk dengan pelbagai urusan keluarga dan urusan-urusan lain di tempat kerja.. Termasuk menyeimbangkan jadual kerja kerja saya yang agak sibuk sejak kebelakangan ini, sehinggakan isteri saya tidak mempunyai kesempatan untuk berkraf.. 


Dalam tempoh "menyepi" ini ada juga pelanggan yang ingin membuat tempahan.. Tetapi isteri saya terpaksa menolaknya dalam jangka masa terdekat ini, sehingga keadaan kembali stabil semula.. Mungkin selepas tahun 2014 melabuhkan tirainya, di saat pelajar politeknik bercuti dan di saat Baby Naila sudah semakin membesar.. 

Dalam tempoh "menyepi" tersebut, sempat juga isteri saya menyiapkan hantaran perkahwinan untuk salah seorang adik beliau yang akan melangkah ke alam perkahwinan pada hujung minggu ini..

Inilah dia rupa gubahan hantaran perkahwinan hasil sentuhan tangan isteri saya.. 





















Bagaimana dengan pendapat korang? Cantik tak?

Atau sekiranya ada sebarang idea penambah baikan.. Boleh tuliskan di ruangan komen entri ini..  

Untuk mekluman anda, isteri saya sebenarnya baru belajar buat gubahan hantaran perkahwinan ini..  Jadi, masih di peringkat amatur.. Beliau siapkan gubahan hantaran perkahwinan ini dengan tujuan untuk mengurangkan kos perbelanjaan perkahwinan adik ipar saya.. Melalui hasil survey yang telah kami lakukan, untuk menyiapkan satu set hantaran perkahwinan ini, boleh tahan juga harganya.. Jadi, bila dapat buat sendiri macam ni, banyak jugalah kos yang dapat dijimatkan...  

Walaupun baru pertama kali menyiapkan gubahan hantaran perkahwinan ini, tak sangka pula ada yang suka dengan sentuhan tangan isteri saya... Hehehe..

So, jangan lupa yer... Sekiranya ada sebarang idea penambah baikan tentang gubahan hantaran perkahwinan yang telah isteri saya siapkan.. Bolehlah tuliskan di ruangan komen di bawah.. Semoga dengan komen yang diberikan, akan dapat membantu isteri menghasilkan gubahan hantaran perkahwinan  yang lebih baik lagi pada masa akan datang... In Shaa Allah.. 

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra