Sabtu, 3 Januari 2015

Hobi terbaru isteri saya, cantik tak? (Bahagian 50 dan 51)

with 9 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada rakan-rakan pembaca yang beragama Islam.. 

Perbanyakkan berselawat untuk junjungan besar nabi Muhhammad S.A.W yang amat kita rindui.. Terlalu besar jasa dan pengorbanan baginda bersama para sahabat dalam menyebarkan agama Islam, yang perlu kita kenang sampai  bila-bila..

Melalui pengorbanan besar yang mereka lakukan, telah membolehkan agama Islam bertapak di muka bumi ini... Dan kesannya dapat kita rasai sehingga ke hari ini... Syukur Alhamdulillah... 

Oh Ya!!


Berbalik semula kepada tajuk entri ini.. Berkaitan Segmen bersiri Hobi terbaru Isteri saya, pada bahagian yang ke 50 dan 51..

Kali ni isteri saya berjaya menghasilkan ScrapBook Binding yang baru.. Satu Scrapbook yang disiapkan untuk tempahan seorang pelanggan, dan satu lagi Scrapbook untuk dijual..

 Cover Hadapan ScrapBook Binding.. Dihiasi dengan Handmade Flower..

 Bahagian Dalam ScrapBook Binding.. Boleh letakkan gambar-gambar kenangan.. ;) 

ScrapBook Binding ini telahpun siap sepenuhnya.. Di harap cutomer isteri saya berpuas hati dengan Scrapbook Binding yang telah dihasilkan..

Satu lagi Scrapbook, masih dalam proses pembikinan....

Cover hadapan Scrapbook Binding 



Bahagian dalam Scrapbook Binding

Rama-rama yang berjaya isteri saya hasilkan.. ;)


Scrapbook ini belum siap sepenuhnya... Dalam proses pembikinan lagi... 

Ada yang berminat nak dapatkan Scrap Book ini, apabila dah siap nanti?
Mungkin untuk dijadikan sebagai Hadiah Hari lahir atau hadiah ulang tahun perkahwinan? Sebab pada hujung tahun dan awal tahun ni, ramai rakan-rakan yang menyambut hari ulang tahun perkahwinan... ;)

Apa pendapat anda tentang ScrapBook Binding ni? Cantik tak?

Sekiranya ada sebarang komen, atau cadangan penambahbaikan... Sila tulis pada ruangan komen di bawah... TQ.. ;)

9 ulasan:

  1. Kepada yang berminat nak buat tempahan, bolwh baca entri2 sebelum ini..

    BalasPadam
  2. Cantik! Oh boleh tempah ke? Ok insyaAllah kalau ada yang memerlukan saya akan contact bro :)

    BalasPadam
  3. boleh tempah untuk majlis perkahwinan yeop. hehehe

    BalasPadam
  4. cantik dan kreatif! macam-macam sekarang ni kan kalau ditangan orang yang kreatif semua boleh jadi, tp kalau di tangan Mak Jemah harap maap bab kreatif ni memang tiada bakat hehe

    BalasPadam
  5. Kumpulkan semua koleksi tu, bukak kedai online satu..wahhh mesti menarik ni..hehe..

    BalasPadam
  6. comel molek sangat
    memang kreatif

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra