Khamis, 8 Januari 2015

Hadiah Istimewa untuk Perkahwinan Dr Fatin Liyana dan Dr Anwar Fazal

with 18 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..



Kesan daripada majlis Pertunangan tersebut, telah memberikan limpahan trafik kepada blog Coretan Anuar, dan seterusnya membuka lebih banyak pintu rezeki kepada blog ini.. Syukur Alhamdulillah.. ;)

Siapa sangka, entri-entri yang pernah saya tulis berkaitan Dr Fatin Liyana dan Dr Anwar Fazal, mampu menarik ribuan pembaca ke blog ini.. Ini menunjukkan kedua-dua Doktor perubatan ini mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Pengalaman Pertama bertemu Dr Fatin Liyana di Restoran Ana Ikan Bakar Petai Bangi, pastinya merupakan satu pengalaman berharga buat kami sekeluarga, yang tidak dapat kami lupakan sampai bila-bila..

Masih teringat lagi, bagaimana Dr Fatin Liyana melayan kerenah dua orang Hero saya Adam dan Haikal.. Cukup ramah, ceria, sabar dan ikhlas beliau melayan mereka.. Dari situ saya dapat lihat beliau mampu menjadi seorang Doktor yang baik, dan juga seorang isteri yang baik dan penyayang.. Bertuah betul Dr Anwar Fazal dapat memperisterikan seorang wanita sebaik dan secantik beliau..  Tahniah Dr Anwar Fazal, sebab berjaya menjadi lelaki terbaik dalam kangan yang terbaik buat Dr Fatin Liyana.. 


Hadiah Istimewa untuk Perkahwinan Dr Fatin Liyana dan Dr Anwar Fazal 


Sebagai tanda ingatan tulus ikhlas daripada kami, dan sebagai tanda penghargaan di atas trafik-trafik yang disumbangan oleh Dr Fatin Liyana dan Dr Anwar Fazal kepada blog ini.. Saya dan isteri telah bersetuju untuk memberikan Hadiah Istimewa untuk Perkahwinan Dr Fatin Liyana dan Dr Anwar Fazal

Hadiah istimewa yang akan dihasilkan sendiri oleh Isteri saya, melalui kreativiti yang pernah beliau hasilkan sebelum ini..  

Cuma masalahnya, tak tahu nak bagi hadiah yang sesuai untuk majlis perkahwinan mereka.. 

Jadi, saya nak minta pendapat daripada rakan-rakan pembaca blog ini.. Hadiah macamana yang paling sesuai untuk diberikan kepada kedua pasangan pengantin ini, di majlis perkahwinan mereka nanti?


















Saya mohon bantuan anda untuk 'undi', hadiah mana yang paling sesuai untuk dihadiahkan kepada pasangan pengantin Dr Fatin Liyana dan Dr Anwar Fazal?..  

Cara nak undi mudah sahaja.. Anda cuma perlu letakkan nombor yang terdapat pada gambar-gambar di atas diruangan komen entri ini.. 

Gambar mana yang mendapat undian terbanyak akan dipilih, dan isteri saya boleh memulakan kerja-kerja beliau untuk menghasilkan Hadiah Istimewa untuk Perkahwinan Dr Fatin Liyana dan Dr Anwar Fazal 

Terima kasih di atas bantuan yang diberikan.. ;)

18 ulasan:

  1. Jemput vote yer.. tentu ada yang lebih arif dan tahu citarasa Dr Fatin Liyana. ..

    BalasPadam
  2. lawa-lawa pula semuanya, Saya undi no 8. :D 

    BalasPadam
  3. nak undi no 14... btw kreatif betul 

    BalasPadam
  4. Wahhh kreatif sangat isteri tuan anuar. Saya vote no5

    BalasPadam
  5. aku dah lama minat dengan khat kufi..dan aku pernah cuba-cuba nak buat sendiri khat khufi nie..jadi vote no.4..hehehe..kalau tengok hasil tangan isteri bro..saya pilih no.13..yg tu lawa

    BalasPadam
  6. semuanya best2lah....

    tp hasil tgn isteri tu unik juga buat hadiah. sentuhan istimewa gitu :)

    BalasPadam
  7. semua cantik2 belaka...murni pilih no. 4

    BalasPadam
  8. semua cantik2..sy suke no 3

    BalasPadam
  9. semua cantik2.. choose yang ada gambar mreka berdua. deco. mesti lovely

    BalasPadam
  10. saya rasa nom.3 dan 4 la..sebab nampak formal sikit.tak serabut..

    BalasPadam
  11. 3 & 12 sebab FL minat warna pestel gituu .Btw ,hobi yg cukup berseni ,tahniah memiliki isteri yg sgt kreatif :) www.puterymemory.com

    BalasPadam
  12. No 3 tu cam menarik sangat..tapi kalau bab suruh pilih macam ni..mula la mata jadi kabur..sebab semuanya cantik-cantik belaka..

    BalasPadam
  13. Banyaknya...rambang mata nak pilih...tapi saya suka yang nombor 5 dan nombor tu.

    cara mencegah sakit sendi

    BalasPadam
  14. agak susah untuk memilih..semua lawa2 belaka..erm no.4 la..

    BalasPadam
  15. Tahniah kepada mereka berdua. Akhirnya penantianku selama ini berakhir .... hahahaa

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra