Selasa, 25 September 2012

Rahsia Kejayaan Pemenang Top 5 Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati

with 49 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izinnya saya dapat menyertai Cabaran Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati.. yang merupakan pengalaman pertama saya menyertai Contest SEO sepanjang hampir 3 tahun terlibat dalam penulisan Blog..

Syukur Alhamdulillah.. Sepanjang menyertai Contest ini, ada sahaja ilham yang tercetus  di minda saya untuk mengatur strategi demi strategi bagi memperbaiki kedudukan blog saya di laman web Google Malaysia, sehingga terpilih sebagai salah seorang pemenang Top 5 cabaran ini..

Sebenarnya saya tidak menyangka akan terpilih sebagai salah seorang pemenang Top 5 cabaran ini, memandangkan kedudukan blog saya di laman web Google Malaysia sentiasa berubah dari semasa ke semasa seperti perubahan turun naik harga pasaran saham..

Apabila mengenangkan kehebatan teknik yang dipraktikkan oleh Forblogger.net, saya rasa terlalu kerdil untuk berkongsi strategi yang saya lakukan sepanjang menyertai Contest ini..  Maklumlah, banyak strategi yang telah saya usahakan untuk berada di tempat terbaik dalam Contest ini, jika hendak dibandingkan dengan Forblogger.net..

Berdasarkan pemerhatian saya, Forblogger.net mempunyai rahsia kejayaan yang tersendiri kerana dapat bertahan begitu lama di rank pertama google dengan entri yang simple dan bersahaja.. Adakah ada strategi tertentu disebalik gambar awek cun tersebut??..Ataupun mungkin disebabkan kehebatan teknik Black Hat SEO yang dipaktikkannya.. Secara jujurnya saya tak sabar nak membaca rahsia kejayaan forblogger.net dalam Contest ini..

Saya masih teringat lagi Suatu masa dahulu ada seorang usahawan internet menjual ebook tentang Black Hat SEO ini.. Pada masa tu tak terfikir pun nak beli ebook tersebut.. Kalau tak boleh juga gunakan teknik ini untuk bersaing dengan Forblogger.net..  

Baiklah.. untuk memenuhi tuntutan penganjur Contest ini iaitu Bro Eyriqazz, jadi saya cuba untuk berkongsi strategi demi strategi yang telah saya lakukan sepanjang menyertai Contest ini..

Sebelum ini saya pernah berkongsikan Tips SEO : 7 strategi yang boleh kita lakukan untuk berada di Page Pertama Google..  7 Strategi ini saya perolehi daripada 3 individu yang pakar dalam menghasilkan laman web dan dalam menulis blog iaitu Irfan Khairi, Lanun Sepet, dan Saudara Faiz..

Saya percaya 7 strategi tersebut hanyalah ilmu asas dalam SEO.. 

Walaubagaimanapun syukur Alhamdulillah.. Setelah melakukan 7 strategi tersebut telah membolehkan blog Coretan Anuar berada di Page Pertama Google Malaysia untuk Keyword "Eyriqazz Vs Denaihati"..

Pada ketika itu, saya berasa lega sesangat.. Disebabkan sasaran pertama untuk menempatkan blog Coretan Anuar di Page pertama telah berhasil.. 

Sasaran yang seterusnya ialah untuk mestabilkan kedudukan blog Coretan Anuar semasa berada di Page pertama.. Ini disebabkan walaupun Blog Coretan Anuar berjaya berada di Page Pertama tetapi kedudukannya masih tidak stabil kerana hanya berada dalam kedudukan 3 tempat terbawah sahaja iaitu berada di sekitar Rank ke 8, 9 dan 10.. Malah ada kalanya dihumban kembali ke Page ke 2..

Dalam pada itu saya melihat kedudukan blog beberapa peserta lain seperti Cik Tom, ForBlogger.net, Prof Hariz dan Azri.my terus stabil..

Lama saya memerhatikan keadaan tersebut.. 

Pada ketika itu saya terfikir, tentu ada sesuatu strategi yang boleh saya usahakan untuk menstabilkan kedudukan blog saya di Page pertama..

Saya cuba mencari jawapannya pada kejayaan teknik SEO Irfan Khairi.. Tentu ada sesuatu rahsia SEO yang diamalkan oleh  Irfan Khairi  selain daripada ilmu yang beliau kongsikan semasa berada di PSIS..

Maklumlah.. Menurut kata orang tua-tua.. Apabila tok guru mengajar silat, kebiasannya mereka akan menyampaikan 8 daripada 10 jurus yang mereka ketahui.. Lagi 2 jurus sengaja disimpan sebagai jurus rahsia.. Jadi untuk mendapatkan 2 jurus rahsia tersebut biasanya kena cari sendiri ataupun kita akan menemuinya setelah menimba pengalaman demi pengalaman sepanjang melaksanakan 8 jurus tersebut.. Itu bisik hati kecil saya.. Kuncinya di sini adalah "terus berusaha tanpa berputus asa"..  

Sebagai usaha seterusnya, saya cuba menguji keberkesanan SEO blog Coretan Anuar dengan menggunakan SEO Workers.. Hasil ujian tersebut menunjukkan blog Coretan Anuar hanya mendapat skor SEO sebanyak 26% sahaja.. Hasil analisis menunjukkan tiada data tentang H1-H6 di blog Coretan Anuar.. Biar betul.. Patutlah kedudukan blog Coretan Anuar sangat tidak stabil untuk keyword Eyriqazz Vs Denaihati, walaupun berjaya berada di Page pertama Google.. 

Tetapi secara jujurnya saya tidak tahu macamana nak Set H1-H3 di blog saya.. Setahu saya H1 adalah Header untuk blog atau tajuk Entri blog.. H2 pula adalah Sub Header yang boleh di set pada paparan editor blog.. Kemudian H3 dan H4 adalah Minor Heading yang juga boleh diset pada paparan Editor blog.. Dan H5 dan H6 adalah isi kandungan Artikel/Entri.. Itu yang saya faham berdasarkan hasil maklumat yang saya perolehi melalui Google..

Tetapi malangnya setelah melakukan setting-setting tersebut dan menguji SEO blog Coretan Anuar, hasilnya tetap sama.. Hasil analisis masih menunjukkan blog Coretan Anuar tidak mempunyai data tentang H1-H6..

Untuk mencari jalan penyelesaian saya cuba mencari Kooding yang dapat membantu saya Set H1-H6 blog Coretan Anuar.. Biasanya apabila ada masalah yang melibatkan kooding memang saya "angkat tangan" disebabkan saya langsung tidak faham tentang kooding.. Jadi, saya perlu mencari rujukan yang betul-betul boleh dipercayai supaya tidak tersalah langkah seperti yang pernah saya alami sebelum ini..

Pada ketika itu terlintas difikiran saya untuk membeli Ebook "SEO Untuk Semua" yang ditulis oleh Ariff Shah.. Saya berharap selepas membaca ebook tersebut akan membantu saya untuk menyelesaikan masalah H1-H6 dan lain-lain kooding berkaitan dengan SEO yang saya tidak ketahui..

Tetapi setelah selesai membaca ebook "SEO untuk Semua", saya dapati apa yang saya cari tiada dalam ebook tersebut.. Saya berasa kecewa.. Saya ada meluahkan kekecewaan tersebut dalam artikel Don't Judge a Book By Its Cover (Klik Di Sini)..

Untuk memuaskan hati saya, saya membaca kali kedua ebook tersebut untuk mencari info yang dapat membantu saya memperbaiki teknik SEO yang saya praktikkan.. 

Syukur Alhamdulillah.. Ada juga info dalam ebook ini yang dapat membantu saya menguasai SEO.. Sekiranya anda berminat nak tahu info tersebut, saya syorkan anda membaca sendiri ebook "SEO untuk semua".. 

Setelah mendapat info tersebut, saya cuba melaksanakan strategi baru supaya pengunjung blog saya berminat:
  • Untuk mencari info demi info tentang cabaran SEO Eyriqazz Vs Denaihati..  
  • Membaca Entri  Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati daripada mula sehingga tamat dalam tempoh masa tertentu.
Dan saya cuba mencari jawapan kepada dua persoalan berikut:
  • Bagaimana untuk menarik minat mereka membaca artikel tersebut? dan
  • Apa perkaitannya diantara pembaca entri blog dengan SEO?
Untuk menjawab persoalan tersebut, saya cuba membuat beberapa andaian tentang strategi pemasaran yang dilaksanakan oleh google berdasarkan strategi pemasaran yang dipraktikkan oleh bebrapa syarikat yang saya ketahui..

Dalam strategi pemasaran, sesebuah syarikat/organisasi/pasukan akan cuba meletakkan "produk terbaik" mereka di bahagian hadapan supaya berjaya mendapat skor/pulangan terbaik dalam strategi yang dilaksanakan.. Sebagai contoh:
  • Produk terbaik untuk syarikat KFC adalah Ayam goreng
  • Produk terbaik untuk syarikat McDonald adalah Burger
  • Produk terbaik Syarikat penerbitan Akhbar adalah Berita paling Hot/Sensasi yang boleh melariskan jualan Akhbar
  • Produk terbaik untuk laman web enjin pencarian adalah Info yang bermanfaat kepada pengguna internet
Berdasarkan andaian saya.. Info yang bermanfaat dianggap sebagai produk terbaik google untuk meyakinkan pengguna internet supaya menjadikan google sebagai enjin pencarian paling diminati di dunia.. Untuk maklumat lanjut, anda boleh membaca artikel Persamaan di Antara Menulis Blog dengan memancing Ikan (Klik Di Sini).. 

Berdasarkan maklumat yang berjaya saya perolehi.. Google akan menaikkan kedudukan entri blog kita apabila google beranggapan entri tersebut memberi manfaat kepada pembaca..

Bagaimana cara Google menilainya?

Cuba anda membayangkan satu situasi yang berlaku di alam nyata, sekiranya tugas seorang blogger sama seperti tugas seorang jurrnalis/reporter dan Mr. Google adalah majikan anda..

Gambar dan Dialog di bawah mungkin dapat membantu anda menggambarkan situasi berikut:


Blogger : "Mr Google. saya telah menyiapkan satu artikel untuk disiarkan diblog saya.. Boleh tak artikel saya diletakkan pada rank terbaik di page pertama Google untuk keyword Eyriqazz Vs denaihati?"

Mr. Google : " Saya kena Review dulu artikel awak.. Sebab sekarang ni saya ada menerima 122 artikel yang hampir sama dengan artikel awak.. "

Mr. Google : "Saya berpuas hati dengan artikel yang awak hasilkan.. Dalam artikel tersebut awak ada mempraktikkan teknik asas SEO.. Baiklah saya letakkan artikel blog awak di Page pertama"

Blogger : "Terima kasih Mr. Google.. Tapi kenapa artikel blog saya berada setakat di Rank terakhir page Pertama?"

Mr. Google : " Saya seorang Bisnessman.. Saya perlu menjaga hati pengguna internet untuk membekalkan artikel berkualiti kepada mereka.. Sekiranya pengguna internet berpuas hati dengan info yang mereka perolehi melalui hasil carian google, mereka akan terus memilih google sebagai enjin pencarian yang mereka minati"

Mr. Google : " Disebabkan itu untuk membolehkan artikel blog awak berada dalam senarai Top Rank Page pertama, awak kena pastikan blog awak mempunyai info yang bermanfaat dan dapat menarik perhatian pembaca"

Blogger : " Macamana Mr. Google nak tahu samada sesuatu artikel yang dilawati melalui hasil carian google bermanfaat ataupun tidak?"

Mr. Google : " Kami dapat mengesan samada sesuatu artikel tersebut bermanfaat ataupun tidak melalui masa mereka berada pada sesuatu artikel.. Sekiranya pengunjung meninggalkan artikel blog anda dalam masa beberapa saat, kami mengandaikan mereka tidak membaca artikel tersebut dan kemungkinan besar artikel tersebut tidak memberi sebarang manfaat kepada mereka.." 

Mr. Google: "Jadi kami akan menurunkan sedikit skor rank artikel blog tersebut dan menaikkan skor rank artikel yang lebih bermanfaat "

Blogger : " Berapakah masa yang Mr. Google tentukan untuk memastikan artikel tersebut bermanfaat (di baca) oleh pengguna internet?"

Mr. Google : " Kita boleh mengesan berapa lama masa yang diperuntukkan oleh pengguna internet berada di satu blog/laman web untuk membaca artikel.. Lebih lama masa yang diperuntukkan oleh pengguna internet berada pada satu blog setelah mencari keyword melalui google, kami akan menganggap laman web tersebut mengandungi info yang bermanfaat bagi keyword tersebut.. Jadi untuk memperbaiki kedudukan rank artikel blog anda, anda perlu menarik perhatian pengunjung internet supaya membaca artikel tersebut sekurang-kurangnya selama 60 saat"

Saya berharap dialog ini dapat memberi gambaran kepada anda.. tentang keperluan artikel yang bermanfaat bagi sesuatu keyword adalah strategi pemasaran yang dilaksanakan google untuk menjadikannya enjin pencarian nombor satu dunia..  

Disebabkan itu Blog Irfan Khairi boleh mendominasi beberapa Keyword untuk meletakkan blog beliau di ranking pertama dan kedua google disebabkan blog beliau mengandungi info yang sangat bermanfaat.. ;)

Jadi di sini saya kongsikan Strategi yang saya lakukan untuk menarik perhatian Mr. Google dan untuk menarik perhatian pembaca..

Strategi Ke 8 : Mewujudkan Persekitaran SEO Eyriqazz Vs Denaihati

Strategi ini saya laksanakan setelah melawat beberapa blog seperti Blog Cik Tom, Blog Hati Putera, Azri.my, dan lain-lain..

Saya dapati terdapat banyak Keyword tentang Eyriqazz Vs Denaihati berada di blog mereka.. Melalui cara ini akan dapat menambat pengunjung blog untuk mencari info tambahan lain tentang Eyriqazz Vs Denaihati yang terdapat di blog mereka.. Jadi saya mengikut jejak langkah mereka dengan meletakan Keyword Eyriqazz Vs Denaihati pada :

1) Descriptive Blog


2) Pada salah satu Page blog Coretan Anuar

3) Pada Side Bar Blog Coretan Anuar

4) Pada Bahagian Footer Blog Coretan Anuar

5) Menghasilkan Artikel-Artikel Sokongan yang menyokong artikel yang didaftarkan.. 

Sebenarnya saya sendiri pun tak tahu strategi ini berhasil ataupun tidak.. Tapi saya praktikkan juga strategi ini setelah melihat para peserta handalan Contest ini mempraktikkannya.. 


Strategi Ke 9 : Mengadakan Contest dalam Contest

Saya ada mengadakan dua mini Contest untuk menyokong Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati..

a)  Pertarungan Sengit Di Antara Eyriqazz Vs Denaihati

Contest ini tidak mendapat sambutan kerana tidak mendapat sokongan padu daripada penyokong Eyriqazz Vs Denaihati.. Kesudahannya pertarungan sengit ini berakhir tanpa ada sebarang pemenang.. 

Apabila tiada pemenang, maka tiadalah penyokong yang berjaya memenangi hadiah yang diperuntukkan untuk penyokong bertuah.. Jadi hadiah sebanyak RM200 yang diperuntukkan untuk mini Contest ini akan digunakan sebagai hadiah Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2..

b)  Kuiz Tergempar Eyriqazz Vs Denaihati

Tujuan kuiz tergempar ini diadakan adalah untuk menambat hati pembaca blog Coretan Anuar.. supaya membaca entri pertandingan daripada mula sehingga tamat untuk mencari jawapan terhadap 10 soalan yang disenaraikan.. Melalui Kuiz ini juga saya berharap ada pengunjung blog saya yang membaca entri pertandingan secara berulang kali..

Sambutan yang diberikan untuk kuiz ini agak menggalakkan.. Tetapi hanya ada seorang peserta sahaja yang berjaya meneka dengan tepat untuk sepuluh soalan tersebut.. Jadi baki hadiah sebanyak RM90 juga akan digunakan sebagai Hadiah Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2..

Setakat ini sahaja perkongsian tentang 9 Strategi yang saya praktikkan untuk membolehkan blog saya tersenarai sebagai Top 5 Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati.. Saya percaya tentu ada banyak lagi tips lain yang akan dikongsikan oleh para pemenang top 5 yang lain.. 

Terima kasih saya ucapkan kepada Eyriqazz dan para penaja di atas hadiah kemenang ini.. Hadiah ini juga akan digunakan untuk dijadikan hadiah Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2..

Bagi  saya menang kalah adat pertandingan.. Saya ucapkan tahniah kepada para pemenang Contest ini.. Bagi yang tidak berjaya jangan berputus asa.. Boleh cuba lagi dalam Contest SEO seterusnya.. 

Mungkin anda boleh menguji SEO blog anda dalam Pertandingan ANugerah Blog Paling Popular 2 yang akan diadakan tidak lama lagi..

Sedikit Info Tentang Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2

Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2 dijangka akan diadakan dalam tempoh tidak sampai sebulan daripada sekarang... Iaitu pada 1 Oktober hingga 30 Disember 2012..

Objektif Pertandingan ini ialah :

"Untuk menguji Pengaruh Google+, Facebook Like dan Tweeter button terhadap SEO"


 
nantikan kemunculannya...... 

Pertandingan pada kali ini dijangka lebih mencabar berbanding pertandingan yang diadakan pada tahun lepas.. Disebabkan penilaian pemenang pada kali ini akan dibuat melalui beberapa kriteria seperti berikut:

1) Cabaran SEO 
2) Undian pada button google+, Facebook, dan Tweeter
3) Artikel terbaik blog peserta sepanjang tahun 2012

Ternyata cara penilaian pemenang pada kali ini lebih flexible dan sangat berbeza berbanding penilaian Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular pada tahun lepas.. 

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi penaja Pertandingan Anugerah blog Paling Popular 2, anda boleh menghubungi saya menerusi email: nuargto@gmail.com

Kelebihan Menjadi Penaja Pertandingan ini:
  • Setiap penaja Pertandingan ini akan mendapat Hadiah istimewa daripada blog Coretan Anuar dan 
  • link blog/laman web anda akan turut diiklankan di blog para peserta Pertandingan ini nanti..
Hadiah terkumpul Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2 setakat ini telah mencecah RM970.00.. Berikut merupakan senarai hadiah yang dicadangkan untuk Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2 berdasarkan jumlah hadiah yang berjaya di kumpul setakat ini:
  • Tempat Pertama  : 1g Emas 999 + RM50
  • Tempat Kedua     : Wang Tunai RM100
  • Tempat Ke 3       : Wang Tunai RM70
  • Tempat Ke 4-5    : Wang Tunai RM50 bagi setiap pemenang
  • Tempat Ke 6-10   : Wang Tunai RM30 bagi setiap pemenang
  • Tempat Ke 11-20 : Wang Tunai RM20 bagi setiap pemenang.
  • Entri Pilihan Terbaik Tahun 2012 : Wang Tunai RM50
  • Entri Blog Popular 2 Terbaik : Wang Tunai RM50
Insya Allah..  Hadiah Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2 akan bertambah dari masa ke semasa.. 


Ini disebabkan hadiah tersebut akan dikumpulkan hasil daripada komisyen-komisyen yang berjaya saya perolehi dalam tempoh 3 bulan (September hingga November) melalui blog Coretan Anuar, sembang hari2, Discount hari2, Hasil Jualan Ebook dan juga para penaja yang sudi menyumbangkan hadiah untuk pertandingan ini..

P/s: Pak Ya Homestay tidak menjadi penaja Untuk Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2 bagi memberi peluang kepada pihak lain yang berminat untuk menjadi penaja bagi Pertandingan ini..

49 ulasan:

  1. tahniah abg anuar coz bejaya jd top 5..:) thanks gak perkongsian yg sgt berguna.. selalu jugak terjah blog ni untuk carik info2 especially seo even sy xpndai bab2 ni..tp suka baca,hehe anyway..keep up the good work...mennatikan tips2 dr kamu.>:)

    http://zaxx-in-da-house.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.. Sebenarnya saya pun tak berapa pandai tentang seo.. Saya mencuba beberapa strategi yang saya perolehi melalui sumber2 yang boleh saya percayai.. Syukur alhamdulillah..

      Padam
  2. membaca artikel ni, banyak perkara yang dapat dipelajari, ada beberapa idea pula timbul untuk dicuba, mungkin boleh mendatangkan hasil. terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  3. Masa bro tidak mengizinkan bro menguasai sepnuhnya SEO pada blog sendiri dengan keyword yang mampu menjana trafik mencacak.

    Hanya mampu menuai trafik sedikit demi sedikit asalkan post pada 2-3 tahun lepas masih berada di page pertama google :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro antara blogger yang dah terkenal di alam cyber... Trafik blog bro tentu dah stabil.. Blogger yang masih belum dikenali seperti saya perlu berusaha lebih gigih untuk sampai kekedudukan seperti blog bro, eyriqazz,red mummy,denaihati,abang nara dan sebagainya..

      Padam
  4. tahniah bro kerana menjadi top 5 contest seo eyriqazz vs denaihati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.. Saya ucapkan tahniah kepada awak juga kerana berjaya menjadi salah seorang pemenang contest ini..

      Padam
  5. Tahniah bro kedudukan terbaik.. Apa pun dunia internet memnag luas dan setiap kali banyak perubahannya... memang sukar untuk menyertai pertandingan sebegini, lebih2 lagi bagi mereka2 yang harus akur diatas penggunaan blog sebagai sumber tambahan pendapatan.. namun entri peserta semua memang terbaik... dan harap dengan penjelasan sebegini dapat mempraktikkan teknik dan olahan yang lebih relevan.. tidak menggunakan jalan short-cut. Blog kita, imej kita dan sumber inspirasi kita juga. Adakah kita ingin mengetepikan usaha kita memajukan blog dengan melakukan teknik bertentangan??

    BalasPadam
  6. tahniah bro dapat tempat kedua cabaran SEO yh hebat ni.

    BalasPadam
  7. tahniah bro atas tempat kedua untuk cabaran SEO yg hebat ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.. Ucapan tersebut saya forwardkan kepada semu pihak yang telah membantu saya memahami seo samada secara langsung atau tidak langsung termasuk tuan denaihati sendiri..

      Padam
  8. mmg kreatif.. tahniah la bro.. mmg macam banyak je keje nak kena buat semata-mata untuk menang cabaran tu... awak memang deserve le menang

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. Yasy saya ni bukanlah pakar dalam seo.. Sebenarnya strategi2 yg saya lakukan sebenarnya try and error sahaja.. Tetapi memandangkan byk strategi yg telah saya usahakan, nampaknya ada juga strategi yang berhasil..

      Padam
  10. tahniah. memang layak blog ini jadi pemenang. sejujurnya tengok penulisan pun dah nampak kesungguhan yang di lakukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.. Usaha tangga kejayaan.. Pelajarannya di sini, kita perlu berusaha dgn bersungguh 2 utk mendapatkan sesuatu walaupun ianya sukar.. Seperti dlm contest ini..

      Padam
  11. perkongsian ilmu yang sungguh berinformasi.....kalau SEO memang kena banyak usaha yang berterusan....

    BalasPadam
  12. Tanniahlah dapat kedudukan top 5. Ia bukan satu tugas yang mudah untuk sampai peringkat tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.. Betul tu bukannya senang nak berada dlm senarai top 5 ni..banyak usaha yang perlu dilakukan..

      Padam
  13. tahniah, memang power.. tak sia2 segala usaha tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.. Sebenarnya blog awak lagi power.. Cuma nasib pada kali ini mungkin menyebelahi saya disebabkan kesudian pengunjung blog saya sudi membaca entri pertandingan.. Saya percaya sekarang ni kedudukan blog saya dah semakin jatuh..

      Padam
  14. Salam...untuk berjaya & beroleh kemenangan...kesungguhan perlu ada!

    BalasPadam
  15. Tahniah Tuan. Anda antara yang terbaik.

    BalasPadam
  16. Tahniah. SEO expert ni. Info yang di bagi tu memang bermanfaat. Nanti nak ikut la contest tu. hehe

    BalasPadam
  17. Taniah tuan, rasa sedikit sebanyak dapat lah tips yang berguna dari sini

    BalasPadam
  18. tahniah!! banyak bebenor yang perlu dibuat untuk SEO

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.. Betul tu memang banyak perkara yang perlu diusahakan untuk bersaing dalam cabaran seo.. Dalam perkongsian kejayaan forblogger pun ada byk usaha yg telah beliau lakukan walaupun entri beliau nampak simple..

      Padam
  19. banyak betul info yang diberikan dalam artikel ini...terima kasih...tapi saya masih lagi belum berani nak bermain dengan SEO...berblog pun sekadar suka2 sahaja..

    BalasPadam
  20. Tahniah bro,,. Tak sia2 usaha tu... Usaha tangga kejayaan,. Hehe

    BalasPadam
  21. Tahniah anuar....berbaloi usaha gigih tu :)

    BalasPadam
  22. tahniah !! terima kasih atas penulisannye ,baru faham sekarang tentang seo ...sebelum ini tak tahu langsung ... baru berjinak2 nak amik thu ...

    BalasPadam
  23. terbaik lah bro! terima kasih atas perkongsian tuan ,sememangnya sangat berkesan untuk lisa yang cetek ilmu ini.huhu ,apa-apapun taniah !

    BalasPadam
  24. Hebat ilmu SEO yang dikongsikan. Boleh dijadikan rujukan pada masa hadapan.

    BalasPadam
  25. entri ini sangat bermanfaat.
    sha minta izin kongsi ya

    BalasPadam
  26. sangat informatif, banyak ilmu yang saya dapat dari sini

    BalasPadam
  27. Thanks for the nice Blog post. Looking forward to see more posts.

    BalasPadam
  28. Thank you for such a nice content. i really appreciate the digging that you have done for us. Duitsland vakantie

    BalasPadam
  29. Thank you for posting this article, it is useful, great job. Chorwacja Pula apartamenty prywatne

    BalasPadam
  30. Hair Transplant in Hyderabad | Hair Transplant Cost in Hyderabad | Dr.Yv Rao Clinics

    Get a Low Cost Hair Transplant in Hyderabad, Dr YV Rao Clinic is the Best Hair Transplant Clinic to offer the affordable Hair Transplant Cost in Hyderabad by the Best Cosmetic Hair Surgeons

    https://www.dryvrao.com/hair-transplant-in-hyderabad

    BalasPadam
  31. This is actually quite decent post you shared, I like the post, a debt of gratitude is in order for sharing.. visit site

    BalasPadam
  32. IVF Treatment in Kharmanghat | Fertility Treatment in Hyderabad | Mira Fertility

    Looking for Best IVF Treatment in Hyderabad from No 1 IVF Treatment Center in Hyderabad Call Mira Fertility, Hyderabad and We Offer IVF Treatment Cost in Hyderabad

    https://www.mirafertility.com/ivf-treatment
    https://www.mirafertility.com/

    BalasPadam
  33. IVF Treatment in Hyderabad, Kharmanghat | Fertility Treatment in Banjara Hills | Mira Fertility

    Mira fertility IVF Center provides IVF, IUI, ICSI, test tube baby with in vitro fertilization infertility treatment clinics in Hyderabad India

    https://www.mirafertility.com/

    BalasPadam
  34. moved here n5l49e9u03 replica ysl bags replica bags ru l5m76y3f41 replica bags us replica gucci handbags b9i60o1n39 replica bags uk check my source g1s28t5s64 replica ysl 7a replica bags meaning

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra