Isnin, 16 Mei 2016

Program Waqaf Al-Quran 2016

with 16 comments
Assalamualaikum w.b.t..

Syukur Alhamdulillah, sekarang kita sudah berada di 9 Syaaban 1437 H.. 

Ini bermaksud, tinggal lebih kurang 20 hari lagi, kita bakal menyambut 1 Ramadhan yang penuh dengan keberkatan..
In Shaa Allah, semoga kita sama-sama dipanjangkan umur supaya berpeluang menunaikan Rukun islam ke 3 selama sebulan di bulan Ramadhan... Sama-samalah kita doakan ye..

Pada kesempatan ini, marilah terlebih dahulu kita sedekahkan Al-Fatihah kepada rakan-rakan atau saudara mara kita atau saudara seislam kita yang tidak dapat turut serta bersama kita berpuasa di bulan Ramadhan kali ini... Termasuk juga sahabat-sahabat seagama kita yang terkorban di Syiria, Palestin, Mesir dan sebagainya... Al-Fatihah... 

Ternyata Allah lebih menyayangi mereka.. Mari kita sama-sama doakan semoga mereka beroleh mati Syahid.. Ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal dengan amalan Solleh.. In Shaa Allah..

Satu hari nanti, akan sampai juga masanya untuk kita mengikut jejak langkah mereka.. Dan pastinya kita juga berharap agar ada anak-anak, saudara mara, atau sahabat handai kita yang sudi mendoakan kesejahteraan kita semasa berada di alam Barzah nanti.


Program Waqaf Al-Quran 2016

Oklah.. berbalik kepada cerita tentang Program Waqaf Al-Quran 2016 yang dianjurkan oleh BookCafe.com. Program ini diadakan bertujuan untuk membekalkan Al-Quran  ke masjid/surau, institusi pendidikan, rumah kebajikan, atau kepada orang perseorangan bergantung kepada permintaan pewakaf.

Sumber : Klik Di Sini

Terdapat 2 kaedah Waqaf Al-Quran yang boleh anda sertai, bergantung kepada jumlah naskah Al-Quran yang ingin anda Waqafkan... Iaitu:
  • 1 - 19 Naskhah : Bookcafe akan kumpul & carikan lokasi wakaf yang sesuai. 
  • 20 Naskhah ke Atas : Anda boleh tentukan ke mana Al-Quran perlu diwakafkan atau serahkan kepada pengurusan BookCafe.
Jadual di bawah pula menunjukkan kadar harga Naskah Al-Quran mengikut bilangan Naskah yang ingin diwaqafkan.
Sumber : Klik Di Sini

Jadi, sekarang ni bergantung kepada keikhlasan hati anda dan juga kemampuan masing-masing. Sekiranya anda mempunyai lebihan rezeki, bolehlah waqafkan lebih daripada 20 naskah Al-Quran. Anda boleh tentukan kemana Al-Quran tersebut ingin diwaqafkan.

Tetapi, kalau anda rasa kurang berkemampuan... tak perlu nak waqafkan banyak-banyak.. Cukup sekadar memadai mengikut kemampuan anda.. Tetapi penghantaran Waqaf Al-Quran akan ditentukan oleh pihak BookCafe.com.  

Dengan melaksanakan Waqaf Al-Quran pada penghujung bulan Syaaban.. In Shaa Allah, Al-Quran yang bakal anda waqafkan akan di baca secara beramai-ramai oleh penerima waqaf di sepanjang bulan Ramadhan nanti... Dan secara tidak langsung akan menjadi amal jariah secara berterusan kepada kita, sebagai bekalan kita di akhirat nanti.... 

In Shaa Allah.. 

Info Wakaf Al-Quran Bookcafe 2013-2016

Alhamdulillah, sehingga kini sebanyak 3,373 Al-Quran, 680 Yasin, dan 650 buah buku berjaya dihantar kepada 49 organisasi penerima wakaf sepanjang kempen 2013 - 2016.

Sumber : Senarai Penerima Waqaf Al-Quran 2013-2016

Tahun 2015
  • 2692 naskhah Al-Quran dihantar kepada 27 organisasi.

Tahun 2013 - 2014:
  • 680 naskhah Al-Quran dihantar kepada 12 organisasi.
  • 680 naskhah Yasin dihantar kepada 5 organisasi.
  • 650 naskhah buku dihantar kepada 5 organisasi.

Syukur Alhamdulillah, sambutan program Waqaf al-Quran pada tahun-tahun sebelum ini cukup menggalakkan. Terlalu ramai hamba-hamba Allah yang sangat bermurah hati, sudi menghulurkan 'sumbangan' untuk menjayakan program ini. 


Cara-cara menyertai Program Wakaf Al-Quran Bookcafe 2016

Sekiranya anda juga ingin turut serta seperti mereka.. Berminat untuk menyalurkan sumbangan wakaf anda. Ikuti langkah-langkah berikut:

1. Sila Klik pada gambar di bawah:


Sumber : Klik Di Sini


2. Cari dan klik pada banner Wakaf Al-Quran BookCafe 2016. (Seperti dalam gambar di bawah)


3. Isikan Organisasi Penerima Wakaf, Alamat Penerima Wakaf, No Telefon dan Nama Untuk Dihubungi. Isi "BOOKCAFE" pada semua tempat kosong sekiranya ingin amanahkan kepada Bookcafe untuk membahagikan Al-Quran Wakaf ke organisasi yang telah dipilih.

4. Klik pada butang Beli Sekarang/Add to Cart

5. Klik pada Checkout

6. Login (untuk pelanggan berdaftar) atau Checkout as guest sekiranya tidak mahu berdaftar.

7. Ikut arahan selanjutnya sehingga selesai pembayaran.
Permohonan untuk penerima Wakaf masih lagi dibuka. Hubungi orders@bookcafe.com.my , 03-61850718 & 016-6611972 (whatsapp) untuk perbincangan lanjut.


Semoga amal jariah anda di dunia ini akan diterima oleh Allah S.W.T... In Shaa Allah.. 


"Dan apabila matinya seseorang anak Adam itu, maka terhapuslah segala amalannya di dunia, melainkan tiga perkara iaitu:
  • sedekahnya yang berterusan, 
  • ilmu yang memberi faedah, dan 
  • anak-anak soleh yang mendoakannya kelak."
-Hadis Sohih-

Info Berkaitan : 

16 ulasan:

  1. bagus la program wakaf begini..peluang untuk memperolehi amal jariah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup... Diharap program seumpama ini akan dilaksanakan secara berterusan pada masa-masa yang akan datang... In Shaa Allah..

      Padam
  2. Balasan
    1. Program Waqaf Al-Quran ini boleh disertai secara online, mengikut langkah-langkah seperti berikut:

      1. Layari laman web BookCafe.com

      2. Cari dan klik pada banner Wakaf Al-Quran BookCafe 2016.

      3. Isikan Organisasi Penerima Wakaf, Alamat Penerima Wakaf, No Telefon dan Nama Untuk Dihubungi. Isi "BOOKCAFE" pada semua tempat kosong sekiranya ingin amanahkan kepada kami untuk membahagikan Al-Quran Wakaf ke organisasi yang telah kami pilih.

      4. Klik pada butang Beli Sekarang/Add to Cart

      5. Klik pada Checkout

      6. Login (untuk pelanggan berdaftar) atau Checkout as guest sekiranya tidak mahu berdaftar.

      7. Ikut arahan selanjutnya sehingga selesai pembayaran.
      Permohonan untuk penerima Wakaf masih lagi dibuka. Hubungi kami di orders@bookcafe.com.my , 03-61850718 & 016-6611972 (whatsapp) untuk perbincangan lanjut.

      Padam
  3. Progamnya keren banget nih, saya sangat mendukung semoga sukses yah..

    BalasPadam
  4. time bulan ramadhan nanti mesti ramai yg cari saluran2 untuk berwakaf....memang satu kempen yang bagus....

    **saya akan letak blog encik dalam senarai bloglist saya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih... Kita cuba share mana yang terbaik... Inilah antara peranan seorang penulis blog dalam masyarakat...

      Padam
  5. Balasan
    1. In Shaa Allah... Sama-samalah kita doakan ye..

      Padam
  6. Amalan (baca quran) yang dilakukan orang lain, pahala dapat juga kepada orang yang mewaqafkan al-quran walaupun dia dah meninggal.

    BalasPadam
  7. salah satu cara mendapat pahala berpanjangan dan berterusan, semoga menjadi amalan utk kita terus membaca dan mewakafkannya

    BalasPadam
  8. sarana untuk beramal jariyah nih

    BalasPadam
  9. Semoga yang wakaf amalnya diterima..dan diberkahi hidupnya didunia akhirat

    BalasPadam
  10. Semoga Al Quran bisa bermanfaat bagi yang diberikan, Amiin

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra