Khamis, 30 Ogos 2012

Don't Judge a Book By Its Cover

with 10 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Saya percaya tentu anda pernah mendengar istilah bahasa Inggeris yang berbunyi "Don't Judge A Book By Its Cover".. Dalam Bahasa Melayunya bermaksud "Jangan menilai buku berdasarkan muka hadapan buku tersebut".. 

Istilah tersebut memberi maksud yang mendalam terhadap dua ebook yang telah saya hasilkan pada tahun 2010 dan 2011 bertajuk:
  1. Mencari Sumber Pendapatan Di Internet, dan
  2. 7 Strategi Tambah Wang Saku





Please.. Don't Judge a Book By Its Cover.. 

Sekiranya anda perhatikan, Muka hadapan kedua-dua ebook ini memang tidak cantik.. Maklumlah saya bukanlah seorang pakar dalam bidang designer.. Nak upah designer pun rasa tak berbaloi, disebabkan ebook ini dihasilkan untuk diberikan secara percuma kepada pengunjung blog saya..  

Saya menghasilkan dua buah ebook ini setelah mendapat maklum balas daripada survey yang pernah saya lakukan di blog Sembang Hari2 kira-kira dua tahun yang lepas.. 

Dalam Survey tersebut, saya mendapati sebahagian responden yang tidak suka membaca disebabkan mereka sukar untuk mendapatkan bahan bacaan..

Bila terbaca maklum balas tersebut, saya rasa terpanggil untuk menghasilkan bahan bacaan yang boleh diberikan secara percuma kepada pengunjung blog saya, supaya pengunjung blog saya berasa "luahan hati mereka" di hargai.. ;)

Pada masa itu saya terfikir, kalau saya nak tulis ebook tentang perkara yang saya ajar di dalam kelas, tentu tidak ramai orang yang berminat nak membacanya.. paling ramai pun tentu para pelajar kelas saya sahaja yang berminat nak membaca ebook tersebut.. So, tak jadilah nak tulis ebook tentang apa yang saya ajar di kelas.. 

Kebetulan pula pada ketika itu, saya sangat berminat untuk mempelajari cara untuk menulis blog dan cara untuk menjana pendapatan melalui internet.. Banyak juga bahan bacaan yang telah saya beli seperti buku dan ebook tentang bidang ini.. 

Bila saya membaca sebahagian besar ebook dan buku yang saya beli, dapatlah saya kongsikan sedikit ilmu tersebut.. Maka daripada situlah bermulanya idea untuk menghasilkan ebook :
  1. Mencari Sumber Pendapatan Di Internet, dan
  2. 7 Strategi Tambah Wang Saku

Setelah ebook pertama saya siapkan pada tahun 2010, saya memberikan ebook ini secara percuma kepada para pengunjung blog Sembang hari2.. Kira sebagai survenior lah tu.. ;)


Syukur Alhamdulillah.. Pada tahun berikutnya (2011) saya berjaya pula menyiapkan ebook 7 Strategi tambah wang saku.. Ebook tersebut juga saya berikan secara percuma kepada para pengunjung blog saya..


Tujuan ebook ini diberikan secara percuma bukan disebabkan untuk mengejar keuntungan semata-mata.. Tak dapat sebarang keuntungan pun apabila kita telah bertungkus lumus menghasilkan ebook, kemudian kita memberikan ebook tersebut kepada orang secara Percuma.. 

Tapi saya akan rasa berpuas hati dan dihargai, apabila ada orang yang sudi membaca hasil tulisan saya melalui ebook tersebut..

Apabila kedua-dua ebook ini diberikan secara Percuma, saya berharap ramai orang akan mendapatkannya dan seterusnya membaca kedua-dua ebook tersebut.. Maklumlah ebook Percuma..

Tapi ternyata sangkaan saya meleset.. Setelah hampir dua tahun ebook tersebut diberikan secara PERCUMA.. Setakat ini cuma ada dalam lingkungan 200++ orang sahaja yang telah mendapatkan ebook tersebut..

Rasa sedih juga bila mengenangkan keadaan tersebut..  Saya pernah meluahkan 'kesedihan' tersebut kepada beberapa orang sahabat.. dan meminta pendapat daripada mereka, bagaimana untuk menarik orang ramai supaya membaca ebook yang saya hasilkan..

Maklumbalas yang saya terima daripada rakan-rakan, menyarankan supaya saya menjualkan sahaja ebook tersebut.. Berdasarkan pendapat mereka, biasanya orang tidak berminat untuk mendapatkan benda Percuma.. Mereka lebih berminat untuk mendapatkan benda yang berbayar..

Email di bawah mengandungi salah satu pendapat yang diberikan oleh salah seorang rakan saya:


Tak sangka pula..  itu pendapat yang saya terima daripada rakan-rakan saya.. 

Termenung saya memikirkan pendapat tersebut.. Sebelum ini saya berusaha untuk menghasilkan ebook percuma disebabkan "permintaan" yang saya rasakan daripada para pembaca blog saya.. 

Tapi apabila saya memenuhi "Permintaan" yang saya rasakan tersebut, rupanya mereka tidak berminat mendapatkan apa yang telah saya usahakan.. 

Sekali lagi saya nyatakan.. Please.. Don't Judge a Book By Its Cover..

Sebelum hari raya baru-baru ini, saya ada membeli sebuah ebook setebal 40 muka surat daripada seorang blogger pada harga RM37.00..  

Setelah membaca isi kandungan ebook tersebut, saya rasa terkilan disebabkan saya rasa tidak berbaloi dengan apa yang saya dapat berbanding nilai yang telah saya bayar..  

Pada masa itu saya terfikir.. Info yang terdapat dalam ebook saya jauh lebih bermanfaat daripada ebook setebal 40 muka surat yang saya beli pada harga RM37.00..

Masa tu baru saya terfikir akan kebenaran pendapat kawan-kawan saya.. 
"Orang lebih berminat untuk mendapatkan benda berbayar berbanding benda percuma"

Jadi sekarang ni saya nak cuba menguji kebenaran pendapat-pendapat yang diberikan oleh rakan-rakan saya..  

Ebook Mencari Sumber pendapatan di internet ini mengandungi info yang padat tentang langkah asas yang perlu anda tahu untuk menjadi seorang usahawan internet.. 


Mencari Sumber Pendapatan Di Internet
(115 Muka Surat)

Ebook setebal 115 Muka Surat ini mengandungi 8 bab yang mengandungi maklumat seperti berikut:

    Bab 1: Kepentingan Mempelajari Ilmu Keusahawanan
    Bab 2: Keperluan Menceburi Bidang Perniagaan
    Bab 3: Keselamatan Urusan Jual Beli Di Internet
    Bab 4: Produk Fizikal vs Produk Digital Dalam Perniagaan Internet
    Bab 5: PLR, MRR dan RR merupakan produk digital yang menguntungkan
    Bab 6: Bagaimana untuk menjual produk MRR?
    Bab 7: Menjual Produk di Internet Sebagai Usahawan Internet Sebenar
    Bab 8: Menghasilkan Produk Sendiri

Sebelum ini saya memberikan ebook ini secara PERCUMA.. tapi pada hari ini saya berhasrat untuk menjualnya pada harga pengenalan RM10 sahaja..

Ebook 7 Strategi Tambah Wang Saku mengandungi info tentang pengurusan kewangan yang perlu anda ketahui untuk membantu anda menjadi seorang Jutawan dalam tempoh 30 tahun dari sekarang atau lebih awal daripada tempoh tersebut..

7 Strategi Tambah Wang Saku
(73 Muka Surat)

Ebook setebal 73 Muka Surat ini mengandungi 7 bab yang mengandungi maklumat seperti berikut:
    Bab 1: Strategi Pengurusan Wang
    Bab 2: Strategi Selesaikan Hutang
    Bab 3: STrategi Menggandakan Wang Melalui Simpanan
    Bab 4: Strategi Jutawan dalam Perniagaan
    Bab 5: Strategi Perniagaan Melalui Internet
    Bab 6: Strategi Jutawan Melalui Perniagaan Gaya Pos
    Bab 7: Strategi Jutawan dalam Pelaburan Hartanah
    
Ramai orang yang suka membaca ebook ini.. Banyak testimoni yang telah saya perolehi melalui facebook dalam beberapa group pengurusan kewangan dan pelaburan.. Saya juga turut mendapat testimoni daripada pembaca blog saya.. 

Gambarajah di bawah menunjukkan salah satu testimoni yang telah saya terima di blog saya..


Sebelum ini saya memberikan ebook ini secara PERCUMA.. tapi pada hari ini saya berhasrat untuk menjualnya pada harga pengenalan RM10 sahaja.. 

Harga pengenalan RM10 untuk sebuah ebook bagi saya sangat berpatutan dengan hasil usaha saya menghasilkannya..

Harga pengenalan untuk mendapatkan dua buah ebook tersebut, sama dengan harga pengenalan untuk sebuah ebook yang berjudul Rahsia Instagram seperti dalam gambar di bawah:


Ebook ini cuma setebal 26 muka surat sahaja.. Tetapi dijual pada harga RM20.00.. Kelebihan utama ebook ini berbading dua ebook yang saya hasilkan adalah pada muka hadapannya yang cantik..

Jadi, sekali lagi saya berharap kepada anda supaya: 

"Don't Judge a Book By Its Cover "

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan kedua-dua ebook yang saya hasilkan pada harga pengenalan, sila lakukan pembayaran ke akaun 151463014877 (Maybank) – Muhamad Anuar Bin Marsib. 

Bagi yang menggunakan online banking, masukkan email saya (untuk mempercepatkan urusan verification) – nuargto@gmail.com
 
Selepas anda melakukan pembayaran emailkan kepada saya maklumat seperti di bawah menerusi nuargto@gmail.com :
  •     Nama :
  •     Email :
  •     Jumlah bayaran:
  •     No. Telefon:
  •     Bukti pembayaran : Nama, nama Bank, Tarikh Transaksi
Semoga anda mendapat banyak info daripada kedua-dua ebook tersebut.. 

Hasil jualan melalui ebook ini akan dijadikan sebagai hadiah Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2 yang akan diadakan dalam tempoh 3 bulan iaitu pada bulan Oktober sehingga Disember 2012..

Sumber : (klik di sini)

Sekiranya pembeli kedua ebook saya merupakan seorang blogger, anda akan disenaraikan sebagai penaja untuk Pertandingan ini. Jadi url blog anda akan disenaraikan pada entri pertandingan, dan semua peserta pertandingan akan meletakkan url anda ke blog mereka nanti..

Melalui cara ini secara tidak langsung akan membantu anda mendapatkan link percuma daripada blog-blog yang turut menyertai pertandingan ini nantai.. Berdasarkan pengalaman saya pada tahun lepas, terdapat lebih 400 blog yang telah menyertai pertandingan ini.. 

Sekiranya perkara ini turut berlaku pada Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2, anda akan berpeluang mendapatkan 400 backlink secara percuma melalui blog-blog tersebut.. dan secara tidak langsung akan membantu menaikkan populariti blog anda di laman web Google..  ;)

10 ulasan:

  1. strategi yg bagus... walaubagaimanapun sy lebih suka yg free..;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih di atas respon yang awak berikan.. Saya boleh beri ebook ini secara percuma, sekiranya awak membantu saya memasarkan ebook ini di blog awak.. Kemudian hasil promosi yang awak lakukan boleh menghantar sekurang-kurangnya 200 trafik ke blog saya..

      Padam
  2. sy setuju. sy pn nk yg free jgk. hehehe

    BalasPadam
  3. Kalau jual mungkin orang yang nak daptk ebook ni lebih menghargai ebook tu daripada dpt percuma.yela kan dah kena bayar mesti kena simpan elok2.hehe

    BalasPadam
  4. harga mampu milik,tpi xsemua org suka mbaca ebook kan?!..tpi eca nak....yg free cmna eh?heheheh :)

    BalasPadam
  5. wahh, serius lps ni nak menuntut ilmu dari Anuar la psl ebook ni.. terbaik!

    BalasPadam
  6. oooh..dah ade harge patut r nk donlod td xleh....kat sini
    http://www.coretananuar.com/2012/07/sebahagian-besar-rakyat-malaysia-di.html?showComment=1354678903198#c1458024264739886776

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra