Sabtu, 18 Ogos 2012

Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati

with 81 comments

Eyriqazz Vs Denaihati telah menghangatkan dunia Penulisan Blog Tanah Air. Bila masa pula Eyriqazz vs Denaihati ni? Apa masalah dia orang sebenarnya, sampai nak berlawan-lawan ni? Siapa yang tak puas hati dengan siapa sebenarnya ni? 



Takkanlah disebabkan kedua-dua pasukan pilihan mereka gagal untuk melayakkan diri ke pusingan  seterusnya dalam EURO 2012 pun nak gaduh? Tak sportinglah macam tu.. Nak buat macam mana bola tetap bola.. Disebabkan bola tu bulat, macam-macam kebarangkalian boleh berlaku.. Tu lah.. Siapa suruh pilih pasukan Ukraine dan Belanda  (Jangan marah yer, saya bergurau jer.. hehehe.. Kalau marah nanti lekas tua).. ;) 

Cubalah pilih pasukan Germany atau Sepanyol macam lelaki kacak yang masih kacak.. Boleh terus menanti dengan penuh debaran.. Pilihan lelaki kacak manakah yang akan memenangi  EURO 2012   pada kali ini.. hihihi..  ;)

Itulah respon pertama yang terlintas difikiran saya.. sewaktu membaca tajuk artikel daripada blog Eyriqazz yang terpapar dalam senarai blog yang saya rajin baca.. Suspen juga dibuatnya.. Manalah tahu kalau betul-betul Eyriqazz lawan dengan Denaihati.. Mahu heboh satu Malaysia dibuatnya.. 

Tapi bila saya baca artikel sebenar.. Rupa-rupanya mereka tak gaduhpun.. Bikin suspen jer Eyriqazz ni.. Sebenarnya blog Eyriqazz sedang menganjurkan Contest SEO "Eyriqazz vs Denaihati".. ;)



Saya percaya tentu anda kenal dengan kedua-dua orang blogger ni.. Sekiranya anda tidak mengenali mereka.. mari saya bercerita serba sedikit tentang dua orang blogger terkenal ini..

Bagi pandangan peribadi saya, Denaihati dan Eyriqazz merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan Blog.. Kedua-duanya boleh dijadikan sebagai "sifu" oleh golongan blogger picisan seperti saya, untuk berjaya dalam bidang ini..

Denaihati terkenal sebagai seorang blogger yang pemurah.. Ada sahaja hadiah yang disediakan untuk pengunjung blog Denaihati.. Belum habis tamat satu contest atau segmen, beliau buat lagi contest atau segmen yang lain.. Lepas tu hadiah yang disediakan pun boleh tahan juga mahalnya..

Contohnya macam banner dekat bawah ni.. Denaihati akan menghadiahkan Insentif Backlinks sebanyak RM0.02 untuk setiap trafik yang dihantar ke blog beliau.. 


 Banner

Katakan blog anda boleh menghantar 1000 trafik sebulan ke blog Denaihati.. Pendapatan yang anda berjaya perolehi adalah RM0.02 X 1000 = RM20.00.. 

Walaupun nilai tersebut mungkin tidak sebanyak mana.. Tapi jadilah.. Siapa yang nak bagi.. Lagipun bukannya kena keluar modal untuk menghantar trafik ke blog Denaihati.. Cukup sekadar meletakkan banner ini di blog anda.. dan mempromosikan banner tersebut secara tidak langsung, sambil menulis blog... 

Eyriqazz pula tak kurang hebatnya.. Beliau menganggap  Denaihati  sebagai sifu beliau... Jadi mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi... Dah sifu beliau seorang yang pemurah.. anak didik pun kena turut jadi pemurah juga.. kalau tak, nanti tak lulus periksa.. hihihi..

Eyriqazz terkenal disebabkan kejayaan beliau memperolehi cek bernilai "beribu-riban" daripada nuffnang.. Kiranya  Eyriqazz  ni bertuah macam Red Mummy dan Cik Epal juga lah.. Boleh dapat cek dengan angka yang besar daripada nuffnang.. 

Setiap kali beliau mendapat cek daripada nuffnang, beliau akan kongsikan sebahagian rezeki tersebut dengan pembaca blog beliau.. Satu langkah murni dan terpuji yang harus dicontohi oleh rakan blogger lain.. Semoga beliau terus dimurahkan rezeki...

Bila saya mula mengenali Eyriqazz dan Denaihati ni?

Sebenarnya saya pernah melawat blog Eyriqazz dan Denaihati ni secara tidak sengaja ... sewaktu membuat blogwalking daripada blog ke blog, semasa saya baru berjinak-jinak untuk menjadi seorang blogger..

Tetapi masa tu sekadar melawat sahajalah.. 

Semasa saya melawat blog Eyriqazz masa tu saya ingat blog tersebut kepunyaan Onizuka (GTO).. Cerita tentang cikgu dari Jepun yang "brutal" tu.. 

"Hebat juga Onizuka ni boleh menulis blog dalam Bahasa Melayu" bisik hati kecil saya..  

Sebenarnya saya sangat meminati watak Great Teacher Onizuka (GTO) semasa saya sedang menuntut di IPTA.. Saya pernah menonton hampir kesemua drama bersiri GTO, menonton filem GTO dan saya juga pernah membaca beberapa buku komik GTO.. Memang best..

Memandangkan pada ketika itu saya bakal menjadi seorang pendidik.. jadi, saya pun dah terikut-ikut dengan gaya GTO ni.. Saya cuba mencari baju yanga ada gambar satu bintang besar di tengah-tengah.. Tapi tak jumpa.. Takder bintang pun takperlah.. Janji pakai baju.. ;) 

Bila pertama kali saya membaca blog Eyriqazz, tak sangka pula ada juga orang yang begitu meminati GTO..  

                                         Gambar Hiasan : GTO masa muda-muda dulu.. ;)


Semasa melakonkan Babak Anak Derhaka yang insaf dalam satu drama Pentomen..


Disebabkan kita sama-sama meminati GTO.. Jadi saya nak minta tolong Eyriqazz tanyakan dekat nuffnang... Kenapa status keahlian nuffnang saya tiba-tiba bertukar menjadi ahli biasa?? (hehehe.. Ambil kesempatan nampak..)

Melalui lanun sepet, saya mendapat tahu  Eyriqazz  ni rajin mengikuti beberapa event yang dianjurkan oleh nuffnang samada secara online ataupun event sebenar.. Melalui event yang disertai, secara tidak langsung telah menjadikan Eyriqazz semakin dikenali oleh kakitangan nuffnang.. Tahniah Eyriqazz.. 

Lain kali bila Eyriqazz ada terjumpa dengan mana-mana staf nuffnang, boleh tak minta mereka tolong "tengok-tengokkan" blog saya ni.. hehehe.. Terima kasih..

Saya mengenali blog  Denaihati  juga melalui   lanun sepet  .. Beliau (lanun sepet) mencadangkan kepada saya supaya melawat blog Denaihati untuk mempelajari cara untuk memantapkan SEO..

Menurut   lanun sepet , Blog Denaihati pernah menganjurkan Contest "Hidup seorang blogger"  dan pernah menjadi salah seorang penaja untuk Contest SEO "Aku seorang blogger" anjuran 2day blogger .. melalui kedua-dua contest ini telah menjadikan blog Denaihati "femes" di enjin pencarian google... dan dalam masa yang sama nama blog denaihati terus terpahat di setiap blog yang menyertai 2 contest tersebut..

Kebanyakan blog yang menyertai kedua-dua contest tersebut pula bukan calang-calang blog.. malah ada blog yang mempunyai PR4 juga turut menyertai contest ini.. Jadi paham-paham jerlah bila nama blog denaihati "terukir" pada beberapa blog yang ada PR4.. Semakin stabil kedudukan blog denaihati pada padangan mata pakcik google.. ;)

Kali ni blog Eyriqazz pula yang akan membuat Contest SEO.. Keyword yang diletakkan untuk Contest ini, bagi saya memang Hot.. "Eyriqazz vs Denaihati"..

Bukan senang sebenarnya nak buat satu entri tentang Eyriqazz vs Denaihati ini.. Melainkan kita dah kenal dengan Dua orang blogger 'otai' ni dan tahu apa minat mereka..

Setahu saya  Eyriqazz vs Denaihati  ini pernah sama-sama bertanding dalam contest Abang Ensem di mataku, kontest lelaki kacak.. Dan mungkin juga pernah bertandingan nyanyi lagu karaoke.. Tapi dekat mana saya kurang pasti.. hehehe..

Dan yang pastinya  Eyriqazz vs Denaihati  belum pernah bertanding untuk mana-mana pati dalam pilhan raya dan juga ratu kebaya.. hehehe.. sebab kedua-duanya lelaki.. ;) 

Jadi epada anda yang berminat untuk menyertai Contest ini, boleh baca syarat-syarat berikut:

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Syarat-syarat untuk menyertai Contest ini ialah :
Buat satu entri bebas berkenaan keyword "Eyriqazz vs Denaihati" . Terbuka kepada semua bloggers di Malaysia.  Tajuk entri bebas bergantung kepada kreativiti masing-masing. Setiap bloggers boleh menghantar 1 penyertaan sahaja. 

Sekiranya anda kebuntuan idea nak tulis apa tentang  Eyriqazz vs Denaihati   ini.. Saya syorkan anda baca artikel ini berualng-ulang kali, supaya dapat idea nak tulis apa?
Bila dah berjaya buat satu entri tentang  Eyriqazz vs Denaihati  Linkkan entri tersebut ke entri ini.

Hadiah yang disediakan untuk pertandingan ini memang lumayan.. 

1st Prize - RM500 Cash + ( 20,000 trafik dari Denaihati.com ) + ( iklan banner saiz 125x125 sebulan di blog cik tom)
2nd Prize - RM300 Cash + (10,000 trafik dari Denaihati.com )
3rd Prize - RM200 cash  + 5,000 trafik dari Denaihati.com
4-5th Prize - RM100 Cash + 5,000 trafik dari Denaihati.com
6-7 Prize - RM50 Cash each
8-10 Prize - RM30 Cash
11-20 Prize - RM10 Cash

Entri Pilihan terbaik - RM100 Cash +  iklan banner saiz 125x125 sebulan di blog cik tom)

Terdapat pertambahan hadiah terkini sebanyak RM220.. Ini menjadikan jumlah keseluruhan wang tunai untuk Contest ini telah menjadi RM1,850.00
Cabaran Contest ini berlangsung sehingga 31 August 2012. 
Tinggalkan permalink entri anda di SINI
Pemenang akan ditentukan melalui kata kunci "Eyriqazz vs Denaihati" yang mendapat tempat di Google Malaysia (http://www.google.com.my ) yang akan diambil menggunakan Google Chrome pada tarikh antara 1-10 September 2012.

Pemenang tempat 1-5 Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati dikehendaki revealkan "Rahsia Kejayaan" mereka.. Ini adalah kerana tujuan Contest ini diadakan supaya dapat berkongsi tips SEO untuk semua..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya rasa terpanggil untuk menyertai Contest SEO ini.. walaupun saya tahu blog saya bukanlah sebuah blog yang mempunyai SEO yang hebat.. Malah saya sendiri pun tak pasti sejauhmana kekuatan SEO blog Coretan Anuar..

Kata orang bila tak dipecahkan ruyung mana nak dapat sagunya.. Jadi saya perlu terlebih dahulu mempelajari dan menganalisis SEO blog saya sebelum ini.. iaitu Blog Sembang Hari2.. 

Syukur Alhamdulillah.. Satu Keyword blog  Sembang Hari2  iaitu "Readers Digest" berjaya berada di muka surat pertama enjin carian google sehingga sekarang.. Walaupun ianya mungkin berlaku secara kebetulan sahaja.. ;)

Tetapi persaingan untuk keyword tersebut banyak juga.. Hasil pencarian google menunjukkan terdapat 42.5 juta keyword "Readers Digest" yang berjaya dikesan oleh Google..



Hasil daripada keyword tersebut telah memberikan trafik secara berterusan kepada blog  Sembang Hari2  walaupun blog ini jarang berupdate.. Kadang tu sampai 2 hingga 3 bulan blog ini tidak berupdate.. Disebabkan sikap "pemalas" pemiliknya..  Siapalah agaknya pemilik blog ini yer? hihihi..



Sebelum ini saya sendiri pun tak tahu pasal SEO ini.. walaupun saya pernah membaca beberapa buku dan ebook yang ada menyentuh tentang TAG dan SEO.. Tapi buku dan ebook yang saya baca tu sekadar bercerita tentang SEO sahaja.. Tapi takder pun ditunjukkan secara praktikal macamana nak dapatkan SEO dan SERP yang mantap...  

Mujur pula Irfan Khairi ada datang ke PSIS pada bulan September tahun lalu.. Dalam ceramah yang disampaikan, beliau ada memberi sedikit tips tentang SEO.. Sebenarnya SEO merupakan antara rahsia kejayaan beliau menjadi seorang jutawan.. 



Melalui SEO yang berkualiti telah membolehkan blog beliau terus berada di ranking pertama dan kedua hasil pencarian google.. Beliau berjaya memasarkan perniagaan beliau di internet secara percuma dengan teknik SEO ini..

Pada ketika itu, saya berkesempatan menghadiri ceramah Irfan Khairi secara sambilan sahaja.. maklumlah program tersebut untuk student.. Saya sebagai pengiring sahaja, bagi student yang terlibat dengan program tersebut.. Jadi dapat curi-curi dengar sahajalah... Tapi oklah juga kan.. Dapat dengar ceramah Irfan Khairi secara Percuma.. 


Melalui sedikit tips yang dikongsikan.. Sedikit sebanyak saya tahu tentang SEO.. Tapi saya jarang mempraktikkan tips-tips tersebut pada artikel yang saya tulis.. maklumlah saya menulis blog secara sambilan.. Saya tak dapat nak luangkan masa yang banyak untuk melaksanakan tips SEO yang diberikan oleh Irfan Khairi.. Setakat ini, saya menulis artikel asal siap.. dan boleh dipaparkan.. 

Sehingga kini saya masih mengingati sebahagian daripada Tips SEO tersebut.. dan mungkin terdapat tip seo tersebut yang saya dah terlupa.. Jadi untuk menyertai Contest ini saya cuba praktikkan Tips SEO yang masih saya ingati..

Setakat ini saya masih belum pernah menguji lagi kekuatan SEO blog  Coretan Anuar .. Tak tergamak pun nak uji.. Disebabkan saya menulis artikel pun, tanpa mengikuti Tips SEO yang saya ketahui.. huhuhu

Sebelum ini semasa saya sedang menganjurkan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular, saya dapati SEO blog  Coretan Anuar  bermasalah..

Kesudahannya setiap artikel yang diterbitkan di blog ini tidak diindeks di engin carian google.. Masalah tersebut mungkin berpunca daripada kesilapan saya.. yang suka mencuba Tip-tip SEO yang saya perolehi daripada mana-mana blog..

Setiap kali saya terjumpa sahaja blog yang ada memberikan Tips tentang SEO.. saya cuba aplikasikan tips SEO tersebut di blog saya.. Kesudahannya meta tag dan setting di blog saya sentiasa bertukar dari masa ke semasa... Sehinggalah timbul masalah.. Dan saya sendiri pun tidak dapat mengesan masalah yang timbul, disebabkan saya tiada kepakaran untuk memahami kod HTML.. Saya cuma tahu copy and past sahaja.. ;)

Sekarang ni Alhamdulillah.. SEO Blog Coretan Anuar telah mula pulih.. Itupun di atas bantuan rakan-rakan blogger dan juga beberapa tips yang dikongsikan oleh blog Denaihati.. Kesannya saya dapati Page Rank blog  Coretan Anuar  telah bertukar daripada 0 kepada 1..

Nak menyertai Contest SEO ni sebenarnya seram juga.. maklumlah hadiahnya semakin besar.. Bila hadiah besar, dah tentu ramai blogger yang akan join.. Dan kebanyakan blogger yang join tentunya hebat-hebat belaka... Terasa kerdil sangat diri ini.. 

Walaupun peluang untuk jadi pemenang agak tipis.. Apa salahnya saya mencuba.. Setidak-tidaknya saya boleh belajar cara untuk memantapkan SEO blog Coretan Anuar daripada rakan-rakan blogger lain.. Terima kasih Eyriqazz dan Denaihati kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai contest ini..
Jadi, apa tunggu lagi.. Marilah kita beramai-ramai memeriahkan Contest Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati ini.

81 ulasan:

  1. thanks bro join....

    bro ada homestay ekk? teringin juga nak buat homestay one day...

    saya buat contest ni pun tiru idea titan dan teringin nak belajar juga tips2 seo..bila dah buat contest ni, maybe lebih faham...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima ksih tuan rumah kerana memberi peluang kepada saya menyertai Contest SEO ini..

      Alhamdulillah.. dah ada sebuah homestay.. Semoga tuan dimurahkan rezeki dan berjaya memiliki sebuah homestay..

      Saya pun tak berapa faham sangat pasal SEO ni.. Masa saya buat artikel ni terus saya semak dekat google..

      Saya semak Keyword "Cabaran SEO Eyriqazz vs denaihati" saya dapati berada di ranking terakhir sekali page pertama.. Malam tadi saya cek semula menggunakan keyword yang sama, saya dapati ranking entry saya naik 5 tangga..

      Dalam masa yang sama saya semak juga Keyword "Eyriqazz vs denaihati" sebaik sahaja saya publish artikel ini.. Sedih saya sebab, blog Coretan Anuar berada pada page yang ke 9.. Tapi malam tadi saya semak balik, saya dapati blog saya berada pada page ke 5..

      Saya sedang mengkaji, kenapa boleh jadi macam tu.. Pagi ni belum semak lagi..

      Padam
    2. dari semua artikel untuk contest seo untuk keyword "Eyriqazz vs Denaihati" , ini ialah artikel yang terbaik yg saya baca!

      encik Eryqazz, saya vote untuk artikel ini sebagai post terbaik! *untuk msa sekarang, sebab contest sampai bulan 9, so, hehe, mana tau ada orang buat lagi baik :p

      Padam
    3. Terima kasih di atas sokongan yang awak berikan..

      Padam
  2. good luck bro. dua2 gagal melayakkan diri ke pusingan seterusnya dalam EURO 2012 yer...he he

    BalasPadam
  3. Terima kasih tuan denaihati.. Haah... Sorry yer.. jangan terasa hati dengan artikel yang saya tulis ni..hehehe..

    Harap tuan Denaihati sudi memberi tunjuk ajar kepada saya cara untuk memantapkan SEO..

    TQ..

    BalasPadam
  4. good luck bro...kalau menang belanja ABC ..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.. Insya Allah.. Kalau menang takder masalah.. Saya boleh belanja.. Tapi kenalah datang ke Sabak Bernam..hehehe

      Padam
  5. tumpang backlink boleh..
    singgah2 sini untuk lihat saingan.. :-)
    bersaing secara sihat..

    Eyriqazz vs Denaihati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dipersilakan bro..

      Goddluck Bro.. kalau menang boleh belanja.. hehehe..

      Padam
  6. Salam abg. anuar...

    adam, haikal dan kak su sihat ke abang anuar..

    o'all nie, anak buah cik anne...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam..

      Adam, Haikal dan kak Su semua sihat..

      O'all, Efa, Era, Epi, Ochi, Abang Dan dan Akak semua sihat ker?

      Kirim salam dekat dia orang semua yer..

      Insya Allah.. Kalau ada rezeki nanti, kami akan sampai juga ke Mukah..

      Padam
  7. Semua sihat2 belaka...

    Epi dh ikut Ochi kat Shah Alam, kerja sbgai operator kat Panasonic. Era sekarang dh sambung sekolah kat Kuching. Ambil Diploma In Accounting.

    Tak ada gmbar terbaru Adam dn Haikal ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Epi dengan Ochi dekat Shah Alam lah sekarang ni.. Boleh bagi nombor telefon Epi dengan Ochi tak.. Shah Alam dengan rumah abang nuar tak derlah jauh sangat.. Dalam 2 jam setengah perjalanan jer..

      Padam
    2. Oci - 014-8633023 & 016-5095668, Epi - 013-8485447...

      Kalau tak salah Oci tinggal kat Lot 17...

      Padam
    3. Ok.. Nanti kalau ada masa, Abang Nuar call dia orang.. ;)

      Padam
  8. Balasan
    1. Terima kasih di atas doa tuan.. Semoga Allah memakbulkan doa tuan.. Amin...

      Padam
  9. entry yg menarik!!
    jom sm2 meriahkan..gdluck!

    BalasPadam
  10. pjg lebar..hehe..gud luck bro :)

    BalasPadam
  11. Selamat berjaya bro...panjang betul entri, banyakkan keyword Eyriqazz vs Denaihati

    Eyriqazz vs Denaihati - Siapa Paling Hebat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih..

      Susahnya nak jawab soalan Eyriqazz vs Denaihati Siapa lebih hebat?

      Sebab masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri..

      Tetapi setelah dipertimbangkan dengan mengambil kira beberapa faktor.. saya berpendapat Denaihati lebih hebat..;)

      Padam
  12. blog cikgu dah tak tersenarai lah dalam google...hihihi...terBAIK.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita.. Blog saya pun dah tak tersenarai dalam page 1-5 google..

      Dan mungkin ditendang semakin jauh ke belakang apabila semakin ramai blogger-blogger otai menyertai pertandingan ini... hihihi..

      Padam
  13. wah entry menarik..all the best bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih bro.. Balik dari Jepun dan US jangan lupa bawakan ole-ole untuk saya.. hehehe..

      Padam
  14. Balasan
    1. Dah tertulis panjang lebar.. Nak buat macamana hehehe..

      Padam
  15. Tahniah bro, saya baru jugak join, sama2 kita usaha untuk menguji tahap SEO masing2. Tahinah sekali lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.. Good Luck Puteranazran..

      Diharapkan dengan menyertai Contest ini kita dapat mempelajari sesuatu..

      Terutamanya cara untuk mementapkan SEO blog kita..

      Padam
  16. fuh..baca..dasatnya pengalaman...mak ai..dasat...apa pun tahniah..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan..

      Takderlah dahsyat.. Biasa-biasa jer.. Sebenarnya Ramai lagi blog lain yang jauh lebih dahsyat..

      Saya hanya mencuba untuk melakukan yang terbaik.. ;)

      Padam
  17. entri yang menarik,all the best bro =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.. All the best untuk awak juga..

      Padam
  18. Balasan
    1. Semakin hari bilangan penyertaan semakin bertambah.. Contest SEO ini memang mantap..

      Padam
  19. panjang lebar di tulisnya. details. habis rahsia eyriqazz dan denaihati di korek. hehe. semoga eksperimen pasal seo dapat di teruskan sampai akhir contest. good luck

    BalasPadam
  20. Selamat berjaya kepada bro. :-)

    BalasPadam
  21. Selamt Maju Jaya Bro.
    Memang susah nak menang. Tapi usaha boleh kan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.. Memang saya akui susah nak menang.. Sebabnya saya bukanlah pakar dalam SEO..

      tapi takper, kita perlu berusaha untuk melakukan yang terbaik.. ;)

      Padam
  22. insyaALLAH boleh...slmt maju jaya...blog dah ok...gaya penulisan pon hebat,...:)

    BalasPadam
  23. Terima kasih di atas maklumbalas positif yang saudari berikan..

    Sebenarnya banyak lagi ruang penambah baikan yang perlu saya lakukan untuk benar-benar berjaya dalam bidang ini..

    BalasPadam
  24. so far entri saudara berada di first page..
    dah berhari2 sy perhatikn..
    gud luck bro..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih di atas maklum balas positif yang diberikan.. Sebenarnya saya takut syok sendiri.. Tapi bila awak dah cakap macam tu, bermakna betullah tu.. Terima kasih banyak-banyak yer sebab tolong bagi tahu..

      Semoga awak turut berjaya dalam bidang yang awak ceburi.. Amin..

      Padam
  25. entry yg cukup mantap
    good luck bro anuar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sop.. Saya pun ingin mencuba nasib dan dalam masa yang sama dapat belajar dan menguji kemampuan SEO.. Good Luck untuk awak juga..

      Padam
  26. good luck bro :D keyword Reader Digest blog bro memang super pawa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Azri johan.. Sebenarnya trafik yang berjaya saya perolehi daripada Keyword Riders Digest mungkin tidak disengajakan..

      Sekarang ni rank blog saya untuk keyword tersebut dah semakin jatuh.. Mungkin Saya tahu apa sebabnya...

      sekarang ni saya cuba kaitkan keyword readers digest dengan keyword Eyriqazz Vs Denaihati.. Sekadar satu ujikaji..

      Padam
  27. Balasan
    1. Terima kasih Budak nakal.. Good Luck untuk awak juga..

      Padam
  28. Penyertaan untuk Contest ini semakin meriah.. Good Luck kepada semua peserta.. ;)

    BalasPadam
  29. Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati : Blogger Malaysia sudah hampir ke penghujungnya. Hanya berbaki
    10 hari sahaja untuk 10 September 2012. Selamat Maju Jaya PH ucapkan :)

    BalasPadam
  30. Betul tu.. Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati (Klik Di Sini)akan tamat pada hari ini..

    Tak sabar nak tunggu blog manakah yang berjaya memenangi Contest ini.. Good Luck juga saya ucapkan kepada ProfHariz.. ;)

    BalasPadam
  31. Terima kasih.. Good luck untuk awak juga..

    BalasPadam
  32. This is a topic that's close to my heart... Many thanks! Where are your contact details though?

    Take a look at my site :: vakantiehuisjes frankrijk

    BalasPadam
  33. Your style is so unique compared to other people I've read stuff from. Many thanks for posting when you have the opportunity, Guess I will just book mark this page.

    Feel free to surf to my website travel

    BalasPadam
  34. Wow that was odd. I just wrote an very long comment but after I clicked submit my comment didn't show up. Grrrr... well I'm not writing all that over again.
    Anyhow, just wanted to say wonderful blog!

    My weblog - topvakantiehuizenfrankrijk.wordpress.com

    BalasPadam
  35. Why users still use to read news papers when in this technological globe
    everything is existing on net?

    Stop by my page: vakantiewoningen frankrijk

    BalasPadam
  36. still kurang jelas menda2 nie
    harap ada mentor tlg ajarkan
    http://long-cham.blogspot.com/

    BalasPadam
  37. Hello my friend! I want to say that this post is amazing, great written
    and come with almost all important infos. I would like to see more
    posts like this .

    Here is my weblog :: huis huren frankrijk - -

    BalasPadam
  38. Greetings from Carolina! I'm bored to death at work so I decided to browse your website on my iphone during lunch break. I love the information you present here and can't wait
    to take a look when I get home. I'm surprised at how quick your blog loaded on my mobile .. I'm not even using WIFI,
    just 3G .. Anyhow, fantastic site!

    Also visit my weblog ... vakantiehuisje frankrijk (petrajochstin.livejournal.com)

    BalasPadam
  39. constantly i used to read smaller articles which
    also clear their motive, and that is also happening with this post which I am reading
    at this time.

    Here is my web-site :: particuliere vakantiehuizen (particulierevakantiehuizen.wordpress.com)

    BalasPadam
  40. hi!,I love your writing so much! percentage we communicate more approximately your article
    on AOL? I require a specialist in this area to unravel my problem.
    May be that is you! Looking forward to see you.


    Feel free to visit my web-site :: luxe vakantiehuis

    BalasPadam
  41. I am truly glad to glance at this blog posts which contains lots of useful information, thanks for providing these kinds of information.


    my webpage: vakantiehuizen **

    BalasPadam
  42. Seo dulu dan seo sekarang dah lain. masih belajar lg utk menguasai seo sekarang penguin n panda.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra