Jumaat, 7 September 2012

Penghargaan Kepada Penaja Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular

with 12 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Admin Blog Coretan Anuar ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penaja  Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 1.. yang sudi menyumbangkan hadiah untuk menjayakan Pertandingan ini pada tahun lepas.. 



Sebenarnya memang saya tak sangka pada ketika itu, ada juga yang sudi untuk menjadi penaja pertandingan ini.. Maklumlah pada ketika itu blog Coretan Anuar hanyalah sebuah blog baru, yang langsung tidak dikenali dalam dunia penulisan blog tanah air..

Berikut merupakan senarai penaja yang sudi menyumbangkan Hadiah untuk menjayakan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular..


 


Eruwan Gerry Affiliates




::: Net KL
::: Bio Asli




Setinggi penghargaan terima kasih saya ucapkan kepada semua penaja.. Tanpa sokongan dan sumbangan yang diberikan daripada para penaja, mungkin agak sukar untuk saya menyediakan Hadiah-hadiah untuk Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 1..

Di atas sokongan yang diberikan oleh para penaja, dan sambutan yang diberikan oleh para peserta Pertandingan ini pada tahun lepas... Admin Blog Coretan Anuar berhasrat untuk menganjurkan Pertandingan ini untuk kali yang ke dua.. 



Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2 dijangka akan diadakan dalam tempoh tidak sampai sebulan daripada sekarang... Iaitu pada 1 Oktober hingga 30 Disember 2012..

Pertandingan kali ini, dijangka lebih mencabar berbanding pertandingan yang diadakan pada tahun lepas.. Disebabkan penilaian pemenang pada kali ini akan dibuat melalui beberapa kriteria seperti berikut:

1) Cabaran SEO 
2) Undian pada button google+, Facebook, dan Tweeter
3) Artikel terbaik blog peserta sepanjang tahun 2012

Ternyata cara penilaian pemenang pada kali ini lebih flexible dan sangat berbeza berbanding penilaian Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular pada tahun lepas.. 

Untuk merealisasikan Pertandingan ini, saya sedang mencari para penaja yang berminat untuk memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai.. 

Sebelum ini saya menerima sumbangan hadiah dalam bentuk barangan.. Tetapi saya menghadapi masalah untuk mengeposkan  hadiah tersebut kepada para pemenang disebabkan kedudukan pejabat Pos jauh dari tempat kerja saya sekarang.. Jadi untuk Pertandingan kali ini, saya hanya menerima tajaan dalam bentuk wang tunai sahaja..

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi penaja Pertandingan Anugerah blog Paling Popular 2, anda boleh menghubungi saya menerusi email: nuargto@gmail.com

Kelebihan Menjadi Penaja Pertandingan ini
  • Setiap penaja Pertandingan ini akan mendapat Hadiah istimewa daripada blog Coretan Anuar dan 
  • link blog/laman web anda akan turut diiklankan di blog para peserta Pertandingan ini nanti..



12 ulasan:

  1. Boleh la join lg, haha bnyk btl contest skang ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya mengalu2kan penyertaan tuan dalam pertandingan ini.. Nantikanlah kemunculannya..

      Padam
  2. Bro, gua nak jadi tukang sponsor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya mengalu-alukan sekiranya tuan berminat untuk menjadi penaja Pertandingan ini..

      Tapi dalam masa yang sama saya harap tuan juga sudi menyertai Pertandingan ini..

      Padam
  3. adesss nmpk laa ikaa xlayak nk join contest nie...xpe ikaa support mereka yg join :)

    BalasPadam
  4. klu jdi penaja,ble juga tak ikut contest?hehehe

    BalasPadam
  5. bro, saya berminat nak jadi penaja.. emel saya di sini ye --> http://muazfaris.com/contact-me/

    BalasPadam
  6. Teringin nk jadi penaja. Hubungi saya diruangan contact hatiputera

    BalasPadam
  7. mencuba pula kali ini sbg peserta

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dijemput beramai-ramai menjadi peserta pertandingan ini nanti..

      Padam
  8. Insyallah akak menjadi penaja hadiah juga..nanti akak email yer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kak Ina.. Saya sangat mengalu-alukan.. Sekiranya akan berminat nak jadi penaja..

      Padam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra