Rabu, 25 Julai 2012

Pertarungan sengit di antara Eyriqazz Vs Denaihati

with 17 comments
Untuk menyemarakkan lagi Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati ini, saya ingin mengajak anda untuk memberi sokongan dalam pertarungan sebenar antara Eyriqazz Vs Denaihati ini di Blog Coretan Anuar..


Nampaknya pada ketika ini Eyriqazz sedang bertarung dengan begitu sengit sekali dengan Denaihati.. Sungguh tidak disangka pertarungan mereka berlarutan sehingga sampai ke tahap ini..  

                   Penyokong Eyriqazz (Klik Di Sini)     Vs     Penyokong Denaihati (Klik Di Sini)


Eyriqazz dan Denaihati sedang menunjukkan kekuatan masing-masing dengan berbalas tumbukan di antara satu sama lain..


Eyriqazz Cuba untuk membuat tendangan Helikopter, Tetapi Denaihati berjaya tunduk untuk mengelak daripada terkena tendangan tersebut..

Denaihati cuba menendang dengan menggunakan kedua belah kaki.. Dengan mudah Eyriqazz berjaya mengelak tendangan tersebut 

Eyriqazz menggunakan teknik berjalan di atas dinding untuk mengelak serangan yang dilakukan oleh Denaihati.. Mahal teknik ini.. Peminat GTO bolehlah buat teknik ini.. ;)

Denaihati melakukan serangan bertubi-tubi dengan menggunakan teknik tumbukan terbang.. Eyriqazz memasang kuda-kuda untuk berhadapan dengan serangan tersebut..


Eyriqazz berjaya mengelak tendangan terbang yang dilancarkan Oleh Denaihati.. dan dalam masa yang sama berjaya menendang Denaihati.. Kemudian, pertarungan ini telah tergendala.... ;)

Tengah best layan aksi-aksi pertarungan antara Eyriqazz Vs Denaihati.. Tiba-tiba pertarungan tergendala pula.. Siapa yang akan memenangi pertarungan ini? Adakah Eyriqazz atau Denaihati?

Alamak.. Ini yang susah nak teka ni.. Pertarungan belum habis lagi ni.. Macamana nak tentukan siapa yang menang?

Aksi-aksi pertarungan diantara Eyriqazz Vs Denaihati telah berhenti setakat itu sahaja.. Keputusan Perlawanan ini akan ditentukan  oleh anda.. Melalui sokongan yang akan anda berikan untuk menentukan siapa yang akan menang dalam pertarungan antara Eyriqazz Vs Denaihati..

Bagaimana caranya untuk anda menentukan siapa yang menang?

Caranya mudah sahaja.. Anda hanya perlu klik pada perkataan Penyokong Denaihati atau Penyokong Eyriqazz yang terdapat berhampiran gambar pertarungan di atas.. Sekiranya anda menyokong Denaihati, anda klik pada perkataan Penyokong Denaihati.. Dan sekiranya anda menyokong Eyriqazz, anda klik pada perkataan Penyokong Eyriqazz..

Setiap klik yang anda lakukan akan membawa anda kepada entri yang menyokong Denaihati atau menyokong Eyriqazz.. Pada entri yang anda pilih, anda perlu menulis komen (sokongan) yang anda berikan kepada mereka.. Hasil sokongan yang anda berikan akan menentukan siapa yang layak memenangi Pertarungan ini..


Pemenang di antara Eyriqazz Vs Denaihati akan ditentukan berdasarkan entri mana yang akan mendahului dalam senarai Artikel paling Diminati yang terdapat di sidebar blog Coretan Anuar seperti dalam rajah di bawah:

Hadiah Yang Disediakan Untuk Pemanang Pertarungan ini ialah:

  • Hadiah wang tunai RM100 bagi pemenang di antara Eyriqazz Vs Denaihati 
  • Hadiah wang tunai RM100 untuk orang yang paling kuat memberi sokongan kepada pemenang

Pertarungan ini akan diadakan sepanjang berlangsungnya Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati 
Dengan erti kata lain, pertarungan ini akan bermula daripada sekarang sehingga 30 Ogos 2012


Pemenang akan ditentukan berdasarkan entri mana yang akan mendahuli dalam  Artikel Paling Diminati ( di antara entri Penyokong Eyriqazz atau entri penyokong Denaihati) dalam tempoh tersebut.. 


Sekiranya entri Penyokong Eyriqazz berjaya mendahului entri Penyokong Denaihati dalam senarai Artikel paling Diminati.. Ini bermaksud Eyriqazz yang akan memenangi pertarungan tersebut dan berjaya memperolehi wang tunai RM100 tersebut.. Begitu jugalah sebaliknya sekiranya entri Penyokong Denaihati berjaya mendahului Entri Penyokong Eyriqazz..


Setelah pemenang pertarungan di antara Eyriqazz Vs Denaihati berjaya diketahui, saya akan memilih seorang penyokong terkuat yang menjadi pemangkin kepada kemenangan tersebut..


Caranya mudah sahaja, saya akan mengira siapa yang meninggalkan komen terbanyak pada entri pemenang.. Pemenang (penyokong) tersebut akan berjaya memenangi wang tunai RM100..


Sekiranya anda berhajat untuk memenangi wang tunai tersebut sila pastikan anda memberikan sokongan sepenuhnya kepada blogger (Eyriqazz atau Denaihati) yang anda minati.. Berusahalah sebaik yang mungkin untuk memastikan blogger tersebut memenangi pertarungan ini dan dalam masa yang sama berikan sokongan moral sepenuhnya supaya anda berjaya menjadi pengomen terbanyak untuk entri yang anda sokong..


Semoga Berjaya..


"Majulah Sukan/Blog Untuk Negara"


Hadiah-hadiah untuk Pertarungan ini ditaja oleh Discount Hari2 dan Sembang hari2


P/S : Pertarungan ini diadakan hanyalah untuk suka-suka sahaja bagi memeriahkan Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati.. Diharap tiada mana-mana pihak yang tersinggung dengan keputusan pertarungan ini nanti.. 

17 ulasan:

  1. Balasan
    1. Tq.. hehehe.. Jemputlah sokong diri sendiri.. Mana tahu rezeki Eyriqazz menang RM100..

      Padam
  2. Balasan
    1. Terima kasih.. Jemput sokong mana yang berkenan antara Eyriqazz Vs Denaihati.. Nak sokong dua-dua pun boleh.. ;)

      Padam
  3. wahh,,dah macam smackdown tu.

    BalasPadam
  4. ha ha. boleh letak video orang lidi tu sekali.

    BalasPadam
  5. Terbaikla..pertarungan epik nih..

    BalasPadam
  6. pehhh...terbaik dari ladng gandum,. pernah nampak katun nih,.. hehehehe... nice bro,. tergelak 20 minit seketika,. :P

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum,
    Hu huhu ada jugak tendangan helikopter tu...

    BalasPadam
  8. Wow..Bestnya..first time tengok.. :)

    BalasPadam
  9. hahaaa... sangat kreatif laa bro!

    BalasPadam
  10. wah, nak join la contest ne bro.macam best je..huhu

    BalasPadam
  11. Selamat berjaya dengan contest SEO ini yang akan berakhir tidak lama lagi.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra