Jumaat, 13 Julai 2012

Pengalaman Berharga Bersama Jutawan Internet : Irfan Khairi

with 12 comments

"Siapa nak Jadi Jutawan, Sila angat tangan"...

Itu antara salah satu kata-kata Irfan Khairi untuk memberi semangat kepada para Peserta "Career Clinic" Sempena Program Kebolehpasaran Graduan Politeknik KPT 2011 yang berlangsung di Dewan Serbaguna PSIS pada 14 September 2011..

Naik gamat dibuatnya Dewan Serbaguna PSIS, bila kebanyakan peserta mengangkat tangan sambil memberi sorakan gemuruh... Rupa-rupanya hampir kesemua peserta program tersebut (pelajar politeknik) bercita-cita untuk menjadi jutawan... 

Ini merupakan satu petanda yang baik untuk generasi muda negara kita.. Untuk membantu negara mencapai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.. 

Tapi nak jadi Jutawan bukannya senang Dik... Kena banyak belajar.. Kena rancang strategi betul-betul... Dan yang paling penting, jangan sesekali berputus asa apabila melalui kegagalan demi kegagalan dalam setiap usaha yang kita lakukan...



Sebenarnya Program bersama Irfan Khairi ini dah berlangsung pada tahun lepas... Saya pernah menulis artikel tetang Pengalaman bersama Irfan Khairi ini di kedua-dua blog saya iaitu Sembang hari2 dan Coretan Anuar... 

Saya menulis kembali entri berkaitan Irfan Khairi ini untuk 'recall' kembali informasi yang telah saya perolehi semasa mendengar ceramah yang telah beliau sampaikan.. Walaupun program ini dah lapuk, tapi saya rasa masih releven untuk berkongsikan sedikit ilmu yang saya perolehi sepanjang pengikuti program tersebut.... 

Dalam Program selama satu hari tersebut, Irfan Khairi  sempat berkongsikan pengalaman-pengalaman beliau, tips-tips motivasi, serta kisah-kisah kejayaan orang-orang yang berjaya termasuk diri beliau yang telah berjaya menjadi jutawan internet ketika berumur 25 tahun...



Menurut Irfan Khairi kebanyakan orang-orang yang berjaya telah meletakkan matlamat yang ingin mereka capai sewaktu masih muda lagi.. Kiranya dalam lingkungan umur para peserta program ini iaitu diantara 16 hingga 20 tahun... Fikirkanlah satu matlamat jangka masa panjang yang releven, dan jangan sesekali memikirkan halangan untuk mencapaianya...

Contohnya Lagenda seni Mempertahankan diri terkenal iaitu Bruce Lee..  Selama ini kita melihat Bruce Lee sebagai seorang yang pakar dalam seni mempertahankan diri.. tetapi kita tidak tahu rahsia di sebalik kejayaan beliau.. 

Sebenarya Bruce Lee telah menulis satu matlamat yang beliau ingin capai di atas sehelai kertas kosong ketika bermur 16 tahun.. Kemudian beliau telah menyimpan kertas yang berisi matlamat tersebut dalam sebuah peti besi berkunci... Berkunci tu.. Ini menunjukkan betapa penting dan bernilainya matlamat yang ingin beliau capai.. 

Stelah beliau meninggal dunia, peti besi tersebut pun dibuka oleh ahli keluarga beliau.. Ahli  keluarga beliau mendapati dalam peti besi tersebut terdapat sehelai kertas yang mengandungi matlamat Bruce Lee iaitu ingin menjadi seorang yang pakar dalam seni mempertahankan diri di dunia... Akhirnya beliau berjaya mencapai matlamat yang diimpikan.. ;)

Berdasarkan kisah kejayaan Bruce Lee ini, untuk menjadi seorang yang berjaya kita perlu memulakannya dengan matlamat. Sebaik-baiknya tulis matlamat kita pada sehelai kertas kosong supaya matlamat tersebut berada dalam minda kita.. Kemudian, kita perlu mengatur strategi dan perancangan untuk mencapai matlamat tersebut.. Apablia kita telah menulis matlamat di atas kertas, minda separa sedar kita akan membantu kita mencapai matlamat tersebut..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berikutan kisah kejayaan Bruce Lee ini.. Irfan Khairi telah memberikan Tugasan pertama kepada para peserta Program Kebolehpasaran Graduan ini iaitu.. Para peserta dikehendaki menulis di atas sehelai kertas tentang tiga perkara berikut..
  1. Apa matlamat yang nak dicapai?
  2. Bila hendak mencapai matlamat tersebut?
  3. Bagaimana hendak mencapai matlamat tersebut?
Setelah semua peserta selesai menulis tiga perkara tersebut di atas sehelai kertas, 4 orang Peserta telah dipanggill kehadapan secara sukarela untuk berkongsi maklumat tentang 3 perkara tersebut kepada para peserta lain yang memenuhi Dewan tersebut... 

Ingatkan panggil sajer-sajer jer.. Rupanya Siap dapat hadiah duit raya lagi daripada Irfan Khairi.. Bertuah sungguh mereka ni.. Bila dengar dapat duit raya, maka berebutlah para peserta yang sukarela nak datang ke depan.. 

Pada awalnya Irfan Khairi nak tiga orang peserta sukarela sahaja.. Tapi panggil 3 orang, empat orang yang datang...;)

Semasa mereka membentangkan 3 perkara tersebut, Dua daripada empat orang peserta  sukarela tersebut mendapat tepukan dan sorakan gemuruh daripada para hadirin kerana mempunyai isi kandungan maklumat yang sangat menarik... 

Seorang daripadanya merupakan peminat dunia fesyen. Peserta tersebut ingin menjadi seorang pereka fesyen terkenal pada satu hari nanti dan memiliki butik sendiri.. Strategi yang akan beliau lakukan ialah... Beliau akan melakar sekurang-kurangnya satu design rekaan fesyen beliau pada setiap hari...  Apabila dah tamat belajar nanti, banyaklah koleksi design fesyen beliau untuk dikomersialkan... ;)

Seorang lagi peserta ingin membuka syarikat pembinaan sendiri.. Kemudian beliau ingin membeli saham Kelab pasukan Bola Sepak Menchester United secara sedikit demi sedikit sehingga berjaya menjadi pemegang saham terbesar Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris tersebut... Dahsyat matlamat yang ingin dicapai oleh peserta ini... Semoga beliau berjaya mencapai matlamat "luar biasa" tersebut..

*P/s: Saya mengesyorkan anda supaya menulis tiga perkara tersebut pada sehelai kertas... Saya juga ada menulisnya.. Tapi isi kandungannya adalah rahsia, tak boleh bagi tahu... ;)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apakah yang menyebabkan Bill Gates, Warren Buffet dan Michael Dell menjadi Billionnare??


Jawapannya adalah sama sahaja iaitu "melakukan sesuatu perkara berdasarkan apa yang kita minat"... 

Bill Gates seperti yang kita semua sedia maklum merupakan seorang pakar perisan.. Beliau menjadi seorang Billionare setelah melakukan kerja-kerja yang beliau minati, walaupun tidak memiliki pendidikan tinggi...

Warren Buffet seorang yang pakar dalam bidang pelaburan.. Beliau mula terlibat dalam bidang pelaburan sejak dari zaman persekolahan lagi.. Disebabkan terlalu meminati urusan jual beli, beliau telah menjual botol Coca Cola ketika berumur 6 tahun dan mula membeli dan menjual saham ketika berumur 11 tahun.. 

Micheal Dell pula seorang yang sangat meminati komputer walaupun ayah beliau mengiginkan beliau menjadi seorang doktor.. Disebabkan terlalu meminati komputer, beliau telah berusaha mengumpul wang melalui pelbagai cara (berkerja sambilan) untuk membeli sebuah komputer.. 

Berkat kesungguhan beliau, akhirnya beliau berjaya memperolehi komputer yang diinginkan ketika berumur 15 tahun.. Kemudian, beliau telah mencerai beraikan kesemua perkakasan komputer tersebut dan setelah itu beliau berusaha memasangya semula.. Untuk menjadikan diri beliau mahir dalam bidang perkomputeran, beliau pernah menawarkan perkhidmatan memperbaiki komputer tanpa mengenakan sebarang bayaran...

Berdasarkan kisah kejayaan ketiga-tiga orang Billionnare ini.. Jelas menunjukkan, minat terhadap sesuatu perkara menjadi pemangkin utama kepada seseorang untuk mengecapi kejayaan yang luar biasa.. Jadi mulai dari sekarang, cuba kita mengenal pasti minat kita..  Kemudian berusaha mengkomersialkan minat tersebut supaya menjadi sebuah perniagaan...


Tips untuk menjadi seorang yang pakar dalam sesuatu bidang berdasarkan "Zulu Principle"..
  1. Apabila anda membaca sebuah buku dalam bidang anda, anda akan menjadi orang yang paling hebat dalam kalangan rakan-rakan anda
  2. Jika anda membaca 5 buah buku dalam bidang anda, anda akan menjadi pakar dalam kalangan jiran-jiran anda
  3. Jika anda membaca 25-30 buah buku dalam bidang anda, anda akan menjadi paling pakar dalam dalam satu daerah
  4. Untuk menjadi seorang yang pakar dalam Malaysia, anda perlu membaca sekurang-kurangnya 200 buah buku dalam bidang anda..


Sebagai Contoh:
  1. Yusuf Haslam mempunyai 1500 buah buku tentang Board Casting dalam perpustakaan di rumah beliau
  2. Irfan Khairi mempunyai lebih 1000 buah buku dalam perpustakaan beliau
  3. Chef Ismail mempunyai lebih 1000 buku masakan.. 

Jadi untuk berjaya dalam sesuatu bidang, kita perlu banyak membaca.. Lebih banyak kita membaca, lebih banyak ilmu yang boleh kita perolehi... Sebenarnya galakan untuk membaca ini telah diterapkan sekian lama dalam ajaran Islam... Iaitu melalui wahyu Pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui Maikat Jibril berbunyi Iqra' (bacalah)  .. 

Tapi agak sedih jugalah bila kita baca statistik, rupanya ramai rakyat Malaysia yang tidak suka membaca.. Bila tidak membaca macamana nak tambah ilmu?? Saya rasa faktor ketiadaan wang tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak membaca...

Sebabnya banyak bahan bacaan disediakan secara percuma di perpustakaan seluruh negara termasuk permukaan desa... Terdapat akhbar-akhbar disediakan secara  percuma di  merata-rata tempat seperti di perpustakaan, kedai makan, ruang menunggu dan sebagainya .. Terdapat Banyak blog yang wujud diinternet bertujuan untuk berkongsi maklumat secara percuma.. Terdapat pelbagai tajuk ebook disediakan secara Percuma walaupun penulis ebook tersebut bertungkus lumus secara beberapa bulan untuk menyiapkannya.. 


Sebenarnya ada banyak lagi ilmu yang dikongsikan oleh Irfan Khairi dalam Program selama satu hari tersebut.. Tapi cukuplah setakat ini sahaja perkongsian saya di Blog ini.. Info selebihnya biarlah saya praktikkannya terlebih dahulu sebelum saya berkongsi keberkesanannya kepada pembaca blog ini...


Lagi pun kalau saya nak kongsikan kesemua ilmu yang telah beliau sampaikan di blog ini, nanti marah pula Irfan Khairi..Sekiranya saya dah sampaiakan kesemua ilmu tersebut di blog ini, nanti orang dah tak nak menghadiri kursus-kursus yang beliau adakan... ;)


Jadi kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang strategi keusahawanan melalui internet sehingga membolehkan  Irfan Khairi menjadi jutawan internet ketika berumur 25 tahun rajin-rajinkan diri menghadiri kursus beliau... Sekiranya berminat nak tahu dengan lebih lanjut tentang beliau anda boleh klik pada pautan di bawah...



Sekiranya anda berminat untuk mempelajari ilmu keusahawanan internet secara Percuma, saya syorkan anda memuat turun koleksi ebook Percuma di pautan berikut:


12 ulasan:

  1. bestnye dapat datang ke majlis ni.solehah teringin nk dgr motivasi dari irfan khairi ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekiranya ada kesempatan, saya syorkan Solehah supaya pergi mendengar Ceramah/perkongsian ilmu yang disampaikan oleh pakar-pakar dalam sesuatu bidang yang Solehah minati..

      Insya Allah, Solehah akan menyukainya.. ;)

      Padam
  2. tahniah menghadiri seminar beliau. pasti banyak pengalaman yg dikongsikan dan dapat dimanfaatkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. Banyak juga perkongsian ilmu yang disampaikan oleh IK semasa program tersebut diadakan.. Kata orang memang berbaloi saya menghadiri program tersebut.. ;)

      Padam
  3. pasti best dapat menghadiri seminar dengan orang hebat seperti beliau...

    betul usaha tanpa lelah itu penting untuk berjaya..

    BalasPadam
  4. nk jdik mcm irfan khairi jugak la..hehe

    BalasPadam
  5. Bestnye dapat join talk orang hebat2..Mesti sgt byk gile bende dpt kan... best best.. :)

    BalasPadam
  6. byk ilmu irfan khairi ni..aku baru beli ebook yg dijual oleh irfan khairi.. tengok link ni ..http://www.irfankhairi.com/mentor?a_aid=0d23a046 ..ada ebook jutawan irfan

    BalasPadam
  7. bestnye jadi org hebat. huhu~

    BalasPadam
  8. Alhaamdulillah..terima kasih kerana berkongsi :)

    BalasPadam
  9. Perkongsian yg baik..ilmu yg bermanfaat telah anda kongsi..semoga kehidupan anda lebih berjaya

    BalasPadam
  10. Perkongsian yg baik..ilmu yg bermanfaat telah anda kongsi..semoga kehidupan anda lebih berjaya

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra