Jumaat, 24 Ogos 2012

Tips SEO : 7 Strategi Untuk Berada Di Page Pertama Google

with 47 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tujuan Artikel ini ditulis adalah untuk menyokong Contest SEO Eyriqazz VS Denaihati, disamping untuk berkongsi sedikit ilmu tentang "Search Engine Optimization" atau nama singkatannya SEO yang saya ketahui..

Sebagai seorang penulis blog atau pemilik laman web, sedikit sebanyak kita perlu mempelajari dan mempraktikkan teknik SEO..

Penguasaaan terhadap SEO penting supaya kita dapat meletakkan blog/laman web kita berada di Page pertama enjin pencarian seperti Google, Yahoo, MSN dan sebagainya.. Dan seterusnya boleh memberikan trafik secara percuma ke blog kita melalui enjin pencarian tersebut..

Sebagai contoh, anda boleh melihat gambar di bawah:



Dalam gambar ini menunjukkan blog Sembang Hari2 berjaya berada di page pertama , ranking ke 3 untuk keyword Readers Digest..  

Hasil daripada keyword tersebut telah menyumbangkan trafik yang agak banyak kepada blog sembang hari2 menerusi laman web Google.com.my 


 Sebelum ini saya beranggapan perkara ini berlaku secara kebetulan sahaja disebabkan saya tidak begitu memahami SEO dan bagaimana ia berfungsi..

Tetapi apabila saya menyertai Cabaran SEO Eyriqazz Vs Denaihati, saya mula mengkaji dan mempelajari bagaimana 'kebetulan' ini boleh berlaku?

Untuk meletakkan blog kita berada di Page pertama hasil carian Google seperti dalam gambar di bawah, memang saya akui ianya bukannya mudah..


Kita perlu mempunyai pengetahuan, teknik  dan strategi tertentu tentang SEO.. Sebenarnya saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang SEO seperti kebanyakan peserta lain.. 

Banyak lagi perkara yang masih perlu saya pelajari untuk memperbaiki tahap penguasaan SEO blog saya.. Tanpa penguasaan SEO yang baik, kedudukan blog kita sentiasa tergugat untuk mendapat kedudukan yang baik di enjin pencarian..

Baru-baru ini saya ada membuat satu Survey menerusi blog dan juga Facebook tentang kedudukan Blog saya untuk Keyword Eyriqazz Vs Denaihati..

Hasil maklum balas survey yang berjaya saya perolehi menunjukkan 70% responden menyatakan blog Coretan Anuar berada di Page Kedua.. menakala hanya 30% sahaja yang menyatakan blog Coretan Anuar berjaya berada di Page Pertama enjin carian google Malaysia untuk keyword Eyriqazz Vs Denaihati.. Berikut merupakan sebahagian maklum balas survey yang berjaya saya perolehi:







Maaf yer, sekiranya kesemua tulisan di atas agak kurang jelas untuk di baca.. Anda boleh klik pada gambar yang berkenaan untuk memudahkan anda membaca sebahagian maklumbalas yang berjaya saya perolehi dalam survey yang saya buat terhadap keyword Eyriqazz Vs Denaihati..

Berdasarkan hasil survey tersebut, saya telah cuba mempraktikkan beberapa kemahiran dan strategi SEO yang saya ketahui untuk berada di Page pertama Google..

Syukur Alhamdulillah.. Setelah melaksanakan strategi-strategi tersebut akhirnya blog Coretan Anuar berjaya berada di page pertama, walaupun kedudukannya sentiasa tidak stabil disebabkan persaingan yang diberikan oleh blogger lain begitu sengit.. Lebih-lebih lagi saingan yang diberikan oleh blogger-blogger yang pakar dalam SEO.. Terasa kerdil sangat diri ini untuk bersaing dengan mereka.. 

Tapi saya akan cuba sebaik mungkin untuk memberi saingan kepada mereka, memandangkan tempoh Contest ini masih agak lama lagi.. 

Jadi pada artikel kali ini saya ingin berkongsikan 7 strategi untuk berada di Page pertama Google.. 

Strategi Pertama: Memilih Domain Berkaitan dengan Keyword

Domain blog/laman web berkaitan dengan keyword yang dicari oleh pengguna akan memudahkan blog/laman web diindex oleh enjin pencarian untuk berada di Page pertama..

Strategi ini sesuai digunakan untuk mempromosikan blog/laman web yang menjual sesuatu produk atau perkhidmatan.. Tapi tidak sesuai untuk digunakan semata-mata untuk memenagi sesuatu Contest atau cabaran SEO.. Ini kerana ianya tidak adil untuk para peserta lain yang bersaing secara sihat dengan hanya menulis entri Contest di blog mereka..

Sebagai contoh untuk Keyword Eyriqazz Vs Denaihati, anda boleh membeli Domain blog seperti berikut:
  • www.eyriqazzvsdenaihati.com
  • www.eyriqazzvsdenaihati.net
  • www.eyriqazzvsdenaihati.com.my
  • www.eyriqazzvsdenaihati.my
  • www.eyriqazzvsdenaihati.info
  • www.eyriqazzvsdenaihati.org
  • dan sebagainya..
Jadi saya tidak menyarankan anda mendapatkan Domain seperti dalam senarai di atas semata-mata untuk memenagi cabaran SEO Eyriqazz Vs Denaihati.. Kalau anda nak lakukan juga terpulang, saya tak boleh nak halang.. Tapi nanti akan ada pihak yang tidak berpuas hati sekiranya anda berjaya memenangi Contest ini seperti yang berlaku dalam Contest SEO  Lelaki Kacak yang pernah dianjurkan oleh blog Titan..

Strategi ke 2 : Banyakkan Keyword dalam Entry

Sebagai contoh bagi Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati, anda perlu menulis keyword "Eyriqazz Vs Denaihati" pada:
  • Tajuk entri/Artikel
  • Ayat pertama pada perenggan pertama. Kalau boleh tulis keyword pada permulaan ayat lagi baik.. Sebagai Contoh (klik di Sini
  • Pada pertengahan Artikel/Entri.. Lagi banyak Keyword, lagi bagus
  • Pada ayat terakhir perenggan terakhir. Sebagai Contoh (klik di Sini
  • Letakkan label entri/Artikel dengan Keyword..
Walaupun kita perlu memperbanyakkan keyword dalam artikel/entri yang kita hasilkan.. Tapi jangan sekali-kali menulis keyword secara membuta tuli sehingga pembaca tidak memahami perkaitan diantara keyword tersebut dengan ayat yang kita hasilkan.. ;)

Strategi ke 3 : Melabelkan gambar-gambar atau Video dengan Keyword

Setiap gambar atau video yang kita upload pada sesuatu entri/artikel, kita perlu meletakkan keyword.. Sebagai contoh, anda boleh (klik di Sini

Kesemua gambar atau Video kita perlu save sebagai: 
  • Eyriqazz Vs Denaihati.jpg, 
  • Eyriqazz Vs Denaihati.gif, 
  • Eyriqazz Vs Denaihati.bmp,  
  • Eyriqazz Vs Denaihati.mpeg, 
  • Eyriqazz Vs Denaihati.mov
  • dan sebagainya
Strategi ke 4 : Menulis entri/artikel yang berkualiti

Tujuan kita menulis blog adalah untuk memberi seberapa banyak informasi atau maklumat kepada orang ramai.. Dengan menghasilkan artikel yang berkualiti seperti laman web wikipedia, akan menjadikan artikel kita di sukai oleh pengguna internet dan sekali gus boleh mengukuhkan kedudukan kita di engin pencarian google..

Menulis Artikel yang berkualiti dapat diibaratkan sebagai sebuah kedai makan yang menyajikan hidangan yang menyelerakan kepada para pelanggan.. Sekiranya para pelanggan menggemari menu yang dihidangkan mereka akan berada lama di kedai makan anda untuk menikmati makanan.. 

Begitu juga dengan artikel yang berkualiti.. sekiranya pengunjung blog anda menyukai artikel anda, mereka akan berada lama di blog anda untuk membaca artikel tersebut dari mula sehingga habis.. Dan berkemungkinan mereka akan membaca artikel yang anda tulis secara berualng-ulang kali..

Strategi ke 5: Meletakkan button laman web Jaringan Sosial pada setiap Artikel/Entri

Untuk menarik minat pembaca memberikan respon kepada artikel/entri anda, saya syorkan anda supaya meletakkan button laman web jaringan sosial seperti berikut:
  • Facebook Like/Share Button (Klik Di Sini)
  • Google + Button
  • Tweeter Button
Pada zaman sekarang kebanyakan laman web/blog ada meletakkan button-button di atas  untuk medapat sokongan daripada pembaca terhadap hasil tulisan mereka.. Dengan sokongan yang diberikan secara tidak langsung dapat menarik minat orang ramai untuk membaca artikel tersebut..

Strategi ke 6: Ping entri/artikel ke beberapa laman web

Setelah anda siap menghasilkan sesuatu entri/Artikel, jangan lupa pingkan artikel tersebut ke bebarapa laman web.. Cara ini akan membantu mempercepatkan proses penghantaran entri anda kepada enjin pencarian..  

Selain itu, melalui kaedah ini juga akan dapat memberikan trafik secara percuma ke blog anda.. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, Anda boleh merujuk pada bahagian kanan blog saya, untuk mendapatkan senarai laman web yang boleh membantu anda pingkan entri anda dengan mudah.. Selamat mencuba.. ;)


Strategi ke 7 : Hantar Link Entri Anda ke Blog yang mempunyai PR yang tinggi.

Strategi terakhir ialah, anda perlu rajin meninggalkan komen di blog-blog yang mempunyai Page Rank (PR) yang tinggi.. Untuk pengetahuan anda setiap blog mempunyai PR tertentu.. Sebagai contoh:
  • Blog Denaihati mempunyai PR4
  • Blog Ariffshah mempunyai PR4
  • Blog BroFramestone mempunyai PR4
  • Blog Cik Epal mempunyai PR4
  • Blog Ben Ashaari mempunyai PR4
  • Blog AbangEnsem mempunyai PR3
  • Blog Zarul Umbrella mempunyai PR3
  • Blog Eyriqazz mempunyai PR3
  • Blog Lanun Sepet mempunyai PR3
  • Blog Coretan Anuar mempunyai PR2
  • dan lain-lain..
Setiap kali anda meninggalkan komen, jangan lupa untuk meninggalkan link blog anda ke blog-blog yang mempunyai PR yang tinggi.. 

Bagi blog yang mempunyai Comment Luv, pada ruangan komen.. Link entri terkini blog anda akan di paparkan secara automatik setiap kali anda meninggalkan komen.. Jadi, senang kerja anda.. Dah tak perlu nak fikir macamana nak tinggalkan link blog anda..  Anda hanya perlu meninggalkan komen dan seterusnya hanya perlu klik pada kotak Comment Luv dan seterusnya Publish komen anda.. 

Bagi blog yang tidak mempunyai ruangan Comment Luv, anda boleh menggunakan HTML kod seperti  berikut setiap kali anda menulis komen.. 
<a href="http://www.coretananuar.com/2012/06/cabaran-seo-eyriqazz-vs-denaihati.html">Eyriqazz VS Denaihati (Klik Di Sini)</a>
  • Warna Biru adalah Link entri blog anda
  • Warna ungu adalah Tajuk entri yang ingin anda paparkan..

Berikut merupakan hasil yang akan anda perolehi pada setelah meninggalkan komen dan meletakkan kod HTML di atas: 



Tapi sebelum anda melakukan cara ini, sila pastikan pemilik blog tersebut mengenali anda terlebih dahulu.. Sekiranya pemilik blog yang ingin anda tinggalkan komen langsung tidak mengenali anda, mereka akan mengganggap anda melakukan spam terhadap kotak komen blog mereka..

Persoalan: Sekiranya semua orang menggunakan 7 Strategi ini, bagaimana google nak menentukan blog siapa yang layak berada di Page Pertama?

Sekiranya semua orang menggunakan strategi ini, Google akan melihat beberapa kelebihan lain yang ada pada blog kita, seperti:
  • Page Rank blog kita
  • Berapa banyak undian yang diterima daripada pembaca untuk button laman sosial terutamanya Button Google +
  • Berapa ramai orang yang suka membaca artikel blog kita
  • Plugin-plugin lain yang boleh dilakukan oleh blog yang menggunakan platform Wordpress
  • Menggunakan Software, perisian atau kod tertentu (Saya masih dalam proses untuk mempelajari strategi-strategi ini)  
  • dan sebagainya..
  • Selain itu anda juga boleh mengupah pakar-pakar SEO daripada luar negara yang lebih mahir.. 
Sekian sahaja daripada saya untuk kali ini.. Diharapkan artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda supaya kita dapat bersama-sama mempelajari SEO..


47 ulasan:

  1. Begitu merendah diri tuan blog ini,walau pun sedikit ianya adalah ilmu yang akak a an kongsi....halalkan ilmunya.

    BalasPadam
  2. bnyk gila ilmu tahu hari nie.. bertuah badan :)

    BalasPadam
  3. Salam.
    Kalau saya tengok di google.my blog ini di page2 lagi.., kena tingkatkan usaha bro. ;)
    rasanya ayat "banyakkan keyword" tu lebih baik tukar kepada sila pastikan anda menjaga keyword density dalam post anda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. btul2..jgn terover sgt..nnt dikatakan spam pula..huhu

      Padam
  4. Waahh..hebat Anuar main SEO... tak reti la saye...tp sy cube la jugak applykan mane yg boleh...thanks ye! ;)

    BalasPadam
  5. hoho..dah nak habis dah benda ni..lama tunggu..siapa yang akan menang kali nih. hoho..

    BalasPadam
  6. saya rasa bro salah anggap berkaitan EMD utk domain tu.. tidak semestinya hanya domain yg mempunyai keyword sahaja boleh rank.. sbnarnya apa2 website domain skalipun boleh rank dengan syarat strategi onpage & offpage SEO yang berkesan.. tidak semestinya bergantung kpd EMD semata-mata.. sy boleh buktikan jika ada contest seo dimasa akan datang insyaAllah..

    BalasPadam
  7. Terima kasih diatas ilmu yang dikongsikan. Saya akan cuba praktikkan tips yang diberikan. Just nak tambah, sebelum buat entry cuba kaji dulu keyword yang nak digunakan di google adword: keyword tool

    BalasPadam
  8. As salam,
    Alhamdulillah. Dapat ilmu seo hari ni.

    Terima kasih saudara anuar

    BalasPadam
  9. haritu dah baca,tapi kali ni baca buat kali kedua..tahniah..:) info yg berguna..:)

    Siapa Maria Ozawa? (Klik Di Sini)

    *try tips yg admin bg..(tinggal link,hehe tq2)

    BalasPadam
  10. Tips mende ko pun terkapai2 hihihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.. Sebenarnya saya pun masih terkapai2 dalam mempelajari seo.. Saya mempraktikkan apa yang saya faham tentang seo melalui contest ini dan sayaberkongsikan hasilnya kepada para pembaca blog saya.. Syukur alhamdulillah dgn bantuan info2 sedikit sebanyak telah membantu blog saya tersenarai sebagi pemenang top 5 contest seo eyriqazz vs denaihati..bagi saya pembelajaran tentang seo tidak akan ada kesudahannya sehingga saya berjaya menemui semua jawapan yang masih berlegar2 dalam fikiran saya.. Kalau tuan ada ilmu tentang seo boleh beri tunjuk ajar kepada saya.. Saya sedia untuk belajar..

      Padam
  11. Boleh guna tip2 ini utk masuki contest SEO. Apa macam?? boleh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh sahaja.. Tiada masalah.. Tujuan kita menulis blog adalah untuk berkongsi ilmu yang kita tahu.. Kalau anda rasa artikel ini bermanfaat, anda boleh praktikkan info tersebut untuk menyertai cabaran SEO..

      Padam
  12. Upah pakar SEO dari luar negara? Wow!

    BalasPadam
  13. terima kasih sudi berkongsi ilmu :)

    BalasPadam
  14. tq...ilmu yang sangat bernilai...thanks sudi berkongsi info...saya masih baru lagi dalam dunia blogging ni...bnyk lagi yang tak tahu...dengan entry ni membantu saya untuk up ranking blog saya...tq...

    BalasPadam
  15. important>>>>>
    http://bit.ly/XCVF1L

    BalasPadam
  16. assalam ziarah tuan blog :)
    terima kasih di atas pengongsian artikel dan tips yang sangat-sangat menarik.
    insyaallah, tips ini akan saya praktikkan.
    boleh pinjam artikel tak? :)

    and also, saya lagi tengah mengikuti contest, anjuran denaihati.com, hopely sama dapat bantuan klik button G+1 segmen >>> http://www.puangojes.blogspot.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian.html <<< terima kasih ya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam... Nak kongsi artikel boleh... Semoga kita dapat bersama-sama memperbaiki SEO... ;)

      Padam
  17. masih agak blur tentang seo ni.. -.-

    BalasPadam
  18. wahh byk ilmu di sini.. terima kasih

    BalasPadam
  19. saya masih x brp nak fhm ping artikel tu.. dia automatik lps kita sign up atau kita mmg kena pi letak link kat sana? mcm busuk ping tu kita kena pi letak link...fenin..

    BalasPadam
  20. terima kasih atas perkongsian anda, huhu semestinya berkesan untuk blog lisa

    BalasPadam
  21. Hebat penerangan. Nampaknya pemilik blog semakin memahami strategi SEO. Sebenar terpulang kepada tujuan utama untuk blogging. Ada yang menulis blog kerana ini berkongsi sesuatu kepada alam maya tanpa mengharap apa keuntungan daripadanya.

    Tak salah bermain SEO terpulang kepada niat masing-masing. Apa pun perkongsian ilmu SEO yang diberikan mantap mampu membuka mata kepada yang serius blogging.

    BalasPadam
  22. terima kasih atas perkongsianya.. Ilmu yg berguna

    BalasPadam
  23. Info menarik tentang seo..terima kasih kerana kongsikan

    BalasPadam
  24. salam,

    saya sangat2 memerlukan bantuan. alamat web saya tidak dijumpai semasa membuat carian google. Boleh bantu saya bagaimana saya hendak keluarkan alamat website saya menggunakan carian google atau lain-lain search engine.
    T/kasih.

    BalasPadam
  25. Terima kasih banyak-banyak atas ilmu yang dikongsikan. Cukup berguna !

    BalasPadam
  26. Terima kasih hro...byk lg nak kena belajar bab seo ni...

    BalasPadam
  27. oh, begitu.
    terima kasih berkongsi.

    BalasPadam
  28. Terima kasih atas info tuan berkenaan seo..saya akan cuba aplikasi tips ini untuk blog saya johor bahru homestay.

    BalasPadam
  29. Perkongsian yang sangat berguna... tq bro...

    http://supernifzvitamin.com/tips-elakkan-tekanan-darah-tinggi/

    BalasPadam
  30. Perkongsian yang sangat berguna.. terima kasih

    BalasPadam
  31. jemput ke http://penginapanaaminin.blogspot.com/2014/11/bilik-penginapan-semurah-rm40-homestay.html

    BalasPadam
  32. Terima kasih kerana berkongsi info yang hebat.. :)

    BalasPadam
  33. Terima kaseh dgn ilmu yg dikongsikn.saya maseh baru dlm dunia blogger.perlu tunjuk ajar lg.x nak main belasah je.

    BalasPadam
  34. terima kasih atas ilmu yang hebat ini, sangat membantu

    BalasPadam
  35. sangat bermanfaat ilmu ini, bagi kami para newbie
    trima kasih..

    BalasPadam
  36. alhamdullilah...ada gak part sy buat seo ni dan berjaya juga

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra