Isnin, 5 Januari 2015

10 entri terbaik blog Coretan Anuar Menjelang Tahun 2015

with 10 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Tahun 2014 telah berlalu pergi... Banyak kenangan pahit manis yang dilalui sepanjang tahun 2014... Biarlah seribu kenangan tersebut pergi meninggalkan kita, sebagai bekalan dan sumber inspirasi kepada kita untuk mengorak langkah ke hadapan....

Banyak lagi ranjau hidup, cabaran dan dugaan yang perlu kita tempuhi pada masa akan datang, bermula pada tahun 2015...




Syukur Alhamdulillah... Dalam tak sedar, kini dah 5 tahun saya bergelar sebagai seorang penulis blog secara sambilan... Atau dalam bahasa omputihnya Part Time Blogger..

Sepanjang karier saya sebagai part Time Blogger, tiada sebarang kejayaan besar yang berjaya saya perolehi... Kejayaan kecil-kecil tu adalah, tapi tak adalah sebanyak mana pun... Kalau nak dibandingkan dengan blogger-blogger lain di luar sana, rasa kerdil diri ini...

Tapi, sekiranya anda nak tengok juga perjalanan hidup saya sebagai seorang Part Time Blogger, saya syorkan anda baca di sini


Bagi saya kejayaan kecil atau besar, itu tak penting... Yang penting sekali, kita dapat menulis secara ikhlas dan berkongsi sebanyak mungkin info kepada pembaca blog kita...  

Kalau mereka suka membaca hasil tulisan kita, ia merupakan satu bonus buat diri kita..

Ya betul!! Bukan semua hasil tulisan saya mampu menarik minat ramai pembaca.. Sehingga kini saya dah menulis lebih daripada 1000 entri, dalam banyak-banyak entri tersebut, terdapat 10 entri yang betul-betul orang berminat nak membaca.. Berikut merupakan 10 entri terbaik blog Coreta Anuar,menjelang tahun 2015, berdasarkan jumlah pembaca.. 

10 entri terbaik blog Coretan Anuar menjelang tahun 2015





Sebenarnya saya tak sangka artikel/entri yang telah saya tulis pada 15 Julai 2013 berkaitan dengan pelaburan emas, menjadi entri yang mempunyai jumlah pembaca teramai di blog Coretan Anuar..  



Petikan Akhbar : Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020

Semasa entri ini ditulis, harga emas mula menunjukkan kejatuhan.. Dan saya cuba berkongsi sejujurnya dalam entri tersebut, walaupun saya merupakan seorang dealer bagi sebuah syarikat pengeluar emas.. Nak tahu lebih lanjut tentang entri tersebut, boleh klik pada tajuk entri di atas..


Pada tahun 2013, saya ada menganjurkan satu Contest SEO untuk menghangatkan lagi Keyword "Mykad Smart Shopper" di enjin carian Google.. 

Syukur Alhamdulillah... Contest SEO tersebut mendapat sambutan... Ramai juga rakan-rakan blogger yang sudi menyertai contest tersebut... 


Tetapi, sedikit mengecewakan... Apabila tiada seorang pun peserta yang berjaya menempatkan entri mereka di page pertama google, apabila tempoh contest berakhir... Masa tu keyword Mykad Smart Shopper tengah hot... Cukup sukar untuk dimonopoli oleh para peserta... Walaubagaimanapun, pemenang tetap juga dipilih dalam kalangan peserta yang berjaya mendapat 10 tempat terbaik melalui melalui enjin carian google..

Kisah yang telah berlalu usah lagi dikenang... Biarkan ia menjadi sejarah buat blog ini selaku penganjur contest tersebut...

Sekarang ni kita terus memandang ke hadapan.... 

Beri perhatian kepada Contest SEO yang sedang berlangsung pada ketika ini dengan menggunakan keyword yang kurang persaingan iaitu "Jom Aktifkan Mykad".     


Sebagai penganjur, saya sangat mengalu-alukan penyertaan anda untuk menyertai Contest ini... Terutamanya bagi mereka yang berminat untuk menguji tahap kemampuan SEO blog anda, setelah membeli Kitab SEO Warna Pink hasil tulisan Encik Titan.. 

Inilah masa paling sesuai untuk mempraktikkan ilmu tersebut... Anda dah baca kitab warna pink, kena terus praktikkan.. Dan lihat hasilnya..  Barulah berbaloi anda mendapatkan kitab tersebut...


Tak sangka, ramai yang sudi membaca pengalaman saya dan keluarga ketika kami menyewa di Hotel de Art Shah Alam..



Kami sekeluarga gembira tinggal di hotel ini, walaupun bangunannya tidaklah segah hotel-hotel bertaraf 3-5 bintang.. tetapi Hotel de Art Shah Alam mempunyai keunikannya yang tersendiri.. ;)



Satu masa dahulu entri ini telah menjadi entri terbaik Blog Coretan Anuar untuk satu tempoh yang agak lama.. 


Kini, walaupun bilangan pembaca entri ini sudah semakin berkurangan.. tetapi masih wujud perbincangan daripada para pembeli yang tidak berpuas hati dengan pemaju dan ejen. Kesudahannya terdapat banyak komen nagetif yang ditinggalkan oleh para pembeli

Diharap pihak pemaju dan ejen jualan rumah Banglo Satu Tingkat di batu Gajah Perak ada membaca entri ini, dan cuba berikan respon yang diperlukan oleh para pembeli untuk menjernihkan keadaan..

Kesian dekat pembeli...  Tak baik buat orang macam tu..



Syukur Alhamdulillah.... Allah membuka pintu hati saya untuk menulis blog bermula pada 15 Disember 2009, iaitu kira-kira seminggu sebelum kelahiran anak kedua saya, Adam..


Setakat ini saya dah pernah merasai pahit manis pengalaman menulis blog.. Malah ada blog saya dah ghaib dari alam Cyber, disebabkan tak bayar domain dan hosting..

Bila teringat balik, memang sayang sangat nak melepaskan domain-domain berbayar saya tu.. Tapi bila difikirkan komitmen masa yang sangat terbatas, menyebabkan saya tak boleh nak mencari idea untuk menulis dalam niche area tertentu... Eloklah saya lepaskannya...  Mungkin bukan rezeki saya di situ..

Lagipun saya menulis blog sebagai kerja part time sahaja.. Buatlah sekadar mana yang termampu... Anak-anak dan isteri saya juga memerlukan perhatian saya bila saya berada di rumah... Betul tak?

Sekarang ni pun masih ada lagi beberapa blog saya dah terlalu lama tak berupdate.. Ada satu blog tu dah sampai 2 tahun tak berupdate.. Tapi tak kisahlah, sebab blog-blog tersebut menggunakan domain dan hosting percuma sahaja.. Jadi, tak terasa sangat bila tak berupdate..

Nak tahu senarai blog yang saya ada, boleh baca di sini



Walaupun entri ini sangat ringkas, tetapi ramai juga yang berminat untuk membacanya..


Ketika entri ini ditulis, pengaktifan Mykad perlu dilakukan secara manual.. Rakyat malaysia perlu mengisi borang manual untuk mengaktifkan Mykad..

Tetapi sekarang ni dengan bantuan sistem online, pengaktifan Mykad lebih mudah dilaksanakan... 

Sekarang ni dekat mana-mana tempat dan pada bila-bila masa sahaja rakyat Malaysia boleh mengaktifkan mykad anda melalui laman web berikut:



Hmmm... Malas nak ulas tentang entri ni... Tak sangka ramai pula yang suka membacanya.. 


Kalau anda rasa nak baca entri tak berapa nak senonoh ni, boleh klik pada tajuk entri di atas... Saya tidak pasti samada entri ini perlu dilabelkan sebagai 18SX ataupun tidak..



Selain daripada Ayat Seribu Dinar dan amalan-amalan yang lain, anda juga boleh mengamalkan Selawat Tafrijiyah...



Semoga dengan Izin Allah S.W.T, anda semakin dimurahkan rezeki pada tahun 2015 ini... In Shaa Allah..



3 topi untuk 3 Business Card...

Tapi dalam entri ini, saya ada topi yang keempat..


Nak tahu apa topi yang keempat, jom klik pada tajuk entri di atas..


Entri yang ke 10 merupakan entri yang tidak disengajakan.. Berpunca daripada keyword sesat yang menerjah masuk ke blog Coretan Anuar..

Tak sangka, entri yang saya hasilkan sebagai feedback kepada keyword sesat tersebut, telah membolehkan entri ini kekal di page pertama google untuk beberapa keyword yang ada berkaitan dengan Dr Anwar Fazal dan Dr Fatin Liyana


Disebabkan semakin banyak trafik masuk ke blog ini berikutan keyword-keyword tersebut, maka saya menghasilkan keyword tambahan berkaitan majlis Pertunangan Dr Anwar Fazal dan Dr Fatin Liyana..

Saya rasa cukuplah perkongsian saya untuk 10 entri terbaik blog Coretan Anuar Menjelang Tahun 2015.. 

Saya berharap pada tahun 2015 ini berjaya menghasilkan lebih banyak entri-entri yang berkualiti.. Saya mensasarkan supaya berjaya menghasilkan sekurang-kurangnya 10 entri yang berjaya mendapat 100,000 pembaca (100,000 Views).. 

Sekiranya impian tersebut berjaya menjadi kenyataan, melalui 10 entri sahaja dah berjaya dapat 1 juta views... Doakan kejayaan saya yer.. 

Akhir sekali, saya nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembaca blog ini... Disebabkan sokongan yang telah anda berikan, telah memberikan motivasi kepada saya untuk terus bertahan dalam bidang ini selama 5 tahun..

Bagi saya, 5 tahun bukannya tempoh masa yang sekejap... Semasa saya mula menulis blog dulu, saya pun tak pernah terfikir satu hari nanti saya berjaya mempunyai banyak blog seperti sekarang... Tetapi semua itu tidak mustahil dengan izin Allah S.W.T.. Dengan syarat kita rajin berusaha, dan tidak pernah berputus asa dengan setiap apa yang kita lakukan... 

Saya doakan semoga anda juga berjaya mendapat kejayaan yang anda impikan pada tahun 2015 ini... Good Luck!! 


10 ulasan:

  1. Syukur Alhamdulillah. .. inilah antara keseronokan menulis blog..

    BalasPadam
  2. tahniah buat saudara anuar.....semoga lebih maju dalam dunia blogging... 

    BalasPadam
  3. Terbaiklah bro..jeles rasanya tengok angka tu semua..haha..semoga tahun ni lebih meriah daripada tahun lepas..insyaAllah..

    BalasPadam
  4. view semuanya beribu-ribu...tahniah dan selamat tahun baru.

    BalasPadam
  5. Wahhh.. tinggi betul view..
    Boleh dikatakan kesemua artikel adalah skop yang berlainan.
    ada ala2 gosip, ada yang serius, ada yang lawak...
    Yang penting best semua.

    Semoga tahun 2015 lebih meriah lagi..

    BalasPadam
  6. seronok rasa bila orang seronok baca apa yang kita tulis

    BalasPadam
  7. tak sangka dah 5 tahun jadi blogger..sekarang mesti target jadi blogger seumur-umur

    BalasPadam
  8. semoga tahun baru ni buat bro lagi semangat utk menulis di blog ini.....

    selamat tahun baru bro ...

    Recent Post by MananQayyim : Jangan Tertipu Dengan Majikan Anda.

    BalasPadam
  9. tahniah. fyna pun tak check entri terbaik blogfyna sendiri. hehehe...

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra