Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sebelum ini saya tidak pernah terfikir pun satu hari nanti saya akan memiliki 3 Business Card atau "orang kita" panggil kad Perniagaan..
Kad Perniagaan ini sangat penting kepada kita supaya memudahkan rakan, kenalan, pelanggan,bakal prospek,Supplier dan sesiapa sahaja untuk menghubungi kita.. Kebiasannya kebanyakan orang akan ada satu kad perniagaan sahaja... tetapi Saya mempunyai 3 kad perniagaan di atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat untuk dielakkan (Ayat berlapik)...
Setiap Kad perniagaan ini mewakili topi apa yang saya pakai dalam situasi tertentu... Adakalnya saya takut tersalah memberi Business Kad dalam sesuatu tugas atau event yang saya hadiri... Harap dijauhkan daripada kesilapan tersebut...
Nak tahu lebih lanjut tentang hubungan topi-topi dan Kad Perniagaan ini, mari saya terangkan satu persatu....
1) Topi 1: Kad Perniagaan tugas hakiki saya sebagai pensyarah Politeknik..
Digunakan untuk urusan rasmi di Politeknik (Klik Di Sini)
Juga digunakan untuk urusan Kejohanan Catur Sukan IPT (Klik Di Sini)
Kad ini digunakan untuk beberapa urusan rasmi seperti berikut:
- Untuk diberikan kepada pelajar-pelajar saya sekiranya diperlukan
- Untuk diberikan kepada rakan pensyarah di politeknik yang lain atau Kolej Komuniti
- Untuk urusan Didik Berita Harian yang melibatkan berita Harian, Pejabat Pendidikan Daerah, Pengetua Sekolah/Guru Besar, Guru-guru sekolah dan pelajar di sekitar daerah sabak bernam
- Untuk urusan dengan Persatuan catur Malaysia dan rakan-rakan setugas dalam kejohanan catur peringkat IPT
- dan lain-lain tugas rasmi..
2) Topi 2: Kad Perniagaan saya sebagai Dealer Affiliate Junction untuk program MyKad Smart Shopper..
Bahagian hadapan Kad
Bahagian Belakang Kad
Saya merupakan salah seorang Dealer atau rakan pemasaran bagi program MyKad Smart Shopper.. Pihak syarikat I Synergy Universal Holding Sdn Bhd mensasarkan untuk mempunyai 10,000 rakan pemasaran sebelum program ini dapat beroperasi sepenuhnya di seluruh Malaysia menjelang tahun 2014 nanti...
Syukur Alhamdulillah.. Dalam gambar di atas menunjukkan Saya telah tersenarai sebagai rakan pemasaran yang ke 6316.. dan rakan pemasaran semakin bertambah dari masa ke semasa... Berdasarkan jangkaan saya, sekarang ni dah ada hampir 8000 rakan pemasaran program MyKad Smart Shopper di seluruh negara....
Dan berdasarkan satistik semasa yang saya ada menunjukkan terdapat lebih 400 Merchant (kedai) yang telah berdaftar dalam program ini.. Inshaa Allah bilangan Merchant akan bertambah dari masa ke semasa, supaya seluruh rakyat Malaysia dapat menikmati kemudahan ini, walau di mana sahaja anda berada..
Semoga hasrat pihak-pihak tertentu untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Asean pertama yang menggunakan aplikasi MyKad sepenuhnya untuk membeli belah dapat menjadi kenyataan...
Melalui program ini akan mewujudkan Win-Win Situation kepada Dealer/ejen pemasaran, Merchant (pekedai) dan Pengguna MyKad (Seluruh rakyat Malaysia)
Konsep Win-win Situation:
- Merchant (Pekedai) mendapat kos pengiklanan percuma untuk menarik lebih ramai pelanggan (pemegang MyKad) berbelanja di kedai mereka
- Pelanggan (Pemilik MyKad) mendapat Diskaun dan Point ketika berbelanja di Merchant yang telah mengambil bahagian.. cara nak tebus Point (klik di sini)
- Dealer/Ejen Pemasaran mendapat insentif 1% daripada hasil perbelanjaan rakyat Malaysia dan 1% daripada keuntungan kedai yang kita daftarkan..
Berita baiknya pendaftaran Merchant (kedai) dan Pengaktifan MyKad adalah PERCUMA dan tiada yuran tahunan dikenakan kepada pemilik MyKad
Apabila pemilik MyKad berbelanja di mana-mana Merchant yang telah mengambil bahagian, pemilik MyKad akan mendapat Discount seperti dalam resit di bawah.. Dengan erti kata lain, membolehkan semua pemilik MyKad mendapat Diskaun pada setiap hari
Kelebihan menjadi Dealer/ejen pemasaran pula ialah, boleh dapat komisyen 1% daripada perbelanjaan pemilik MyKad... Dan mendapat komisyen 1% daripada keuntungan Merchant (kedai) yang kita daftarkan.. Nak tahu lebih lanjut, boleh tengok dalam gambar di bawah:
Statement di atas menunjukkan Delaer/ejen pemasaran telah berjaya mendaftarkan satu kedai dan 41 pemilik MyKad.. Komisyen yang telah diperolehi oleh Dealer ini ialah sebanyak RM23.63 untuk beberapa transaksi jualan yang telah berlaku... Dan yang menariknya komisyen ini akan terus bertambah saban hari dan berterusan, selagi pemilik Mykad yang kita daftarkan berbelanja... Dan selagi kedai yang kita daftarkan terus berniaga...
Potensi pendapatan berterusan, melalui program ini apabila ianya beroperasi sepenuhnya pada tahun 2014 nanti ialah:
1) Katakan anda berjaya mendaftarkan 1000 MyKad, dan setiap MyKad berbelanja RM100/bulan, Pendapatan anda ialah:
RM100 X 1000 X 1% = RM1000
2) Katakan anda berjaya mendaftarkan 10 buah kedai, dan setiap kedai memperolehi keuntungan sebanyak RM10,000 sebulan, pendapatan anda ialah:
RM10,000 X 10 X 1% = RM1000
Walaupun sekadar mendapat pendapatan pasif RM2000 sebulan, kira oklah tukan... Dan yang menariknya Pendaftaran Kedai dan Pengaktifan MYKad hanya boleh dilaksanakan oleh ejen pemasaran sahaja.. Tak mustahil anda boleh mendaftarkan lebih daripada 1000 MyKad dan lebih daripada 10 buah kedai, disebabkan Pendaftarn untuk pekedai dan MYKAD adalah PERCUMA...
Kalau program MyKad Smart Shopper ini tak bagus:
- Belum tentu MDEC sudi bagi RM1.5 juta untuk membangunkan sistem ini
- Belum tentu MSC dapat meniktiraf sistem ini
- Belum tentu CEO syarikat ini boleh mendapat gelaran Dato ketika berumur 34 tahun
- Belum tentu boleh mendapat pelbagai pengitirafan di peringkat ASEAN dan antarabangsa walaupun program ini masih dalam proses pembangunan..
Nak dapatkan lebih banyak info tentang MyKad Smart Shopper, saya syorkan anda sertai Contest SEO MyKad Smart Shopper ;)
3) Topi 3: Kad Perniagaan saya sebagai Dealer GSR..
Rujukan : Klik Di Sini
Bahagian Belakang Kad Perniagaan
Saya menyertai Syarikat GSR2U untuk mengoptimumkan keuntungan dalam pelaburan emas... Sebenarnya untuk pelaburan diri sendiri..
Dalam pelaburan, lebih banyak kita boleh membuat penjimatan boleh mendatangkan lebih banyak keuntungan... Strategi pemasaran emas GSR adalah unik jika hendak dibandingkan dengan strategi pemasaran syarikat penjual produk emas yang lain...
Ini kerana syarikat GSR menjual emas tanpa mengenakan kos upah seperti yang biasa dikenakan oleh kedai-kedai emas... Secara jujurnya saya mengatakan GSR telah meletakkan kos upah dalam harga jualan... Kalau tak percaya anda boleh klik di sini
tetapi sekiranya anda membandingkan (harga Emas + kos upah) di kedai-kedai emas dan harga emas yang diletakkan oleh syarikat GSR (tanpa kos upah)... harga yang dapat anda perolehi di syarikat GSR masih lagi murah.... Melainkan anda dapat tawar-menawar kos upah dengan tokey kedai emas sehingga tokey tersebut memberikan kos upah percuma... ;)
Jadi, saya menyertai syarikat emas GSR sekadar untuk membuat perbandingan harga... Sekiranya Tokey kedai emas tidak boleh bertolak ansur dengan kos upah, saya membeli emas di GSR... Tetapi sekiranya tokey kedai emas boleh bertolak ansur dengan kos upah ,sehingga boleh memberikan kos upah percuma saya beli emas di kedai emas... ;)
4) Topi 4: Sebagai hamba Allah S.W.T..
Sempena bulan ramadhan ini, inilah topi pilihan hati saya...
Lebai yang saya gunakan untuk mengimarahkan surau yang terletak di hadapan rumah saya... Semoga pada bulan Ramadhan tahun ini dapat memberi peluang kepada saya untuk menikmati malam Lailatul Qadar yang sekian lama dirindui...
Malam yang lebih baik daripada seribu bulan.. malam di mana setiap doa kita lebih mudah dimakbulkan... In shaa Allah..
banyak topi tuan. jangan tersalah pakai udah lah..
BalasPadamtopi yang memegang amanah tertentu dalam apa yg dilakukan seharian, semoga berjaya melaksanakannya dengan baik sekali.
BalasPadamTerbaiklah topi keempat tu...heee. salam ramadhan buat bro juga.
BalasPadamselamat berpuasa, memang meriah dengan business card yang banyak2 tu
BalasPadamterbaik.. selamat berpuasa juga :)
BalasPadamwaaaaa... banyaknya topi dia. yang penting topi keempat itu yang penting.
BalasPadamSy sangat berminat untuk melabur dalam gold untuk keperluan keluarga time sesak2.. tapi dengan kedudukkan gold sekarang naik turn naik turun yang dikatakan paling teruk sejak 2010, sy delay action saya
BalasPadamsaya suka kepada topi no.4..satu gambaran bahawa beberapa banyakpun tugas kita didunia ternyata menjadi hambaNya lebih utama.
BalasPadamKene panggil Sir ke? Hehe..
BalasPadamBOleh la kalau aku nak tanye something bout electrical lpas nie.
Banyak jenis kad perniagaan. Hati-hati hulur tak salah kad. :-)
BalasPadampeh. gua ada satu aje. Itupun ntah mana gua letak.
BalasPadamsampai tiga...boleh tahan banyak tu..
BalasPadamElok juga buat 3 business card untuk 3 topi berlainan.. kebetulan juga lain-lain bidangnya..topi keempat tu x ada business card nya.. tapi boleh tahan juga tu 'keuntungan'nya.. selamat berpuasa bro..
BalasPadamokla tu.. de tujuan masing2 kan..
BalasPadamyg last tu paling ok.. hehe
Terbaiklah!
BalasPadamKad penting utk apa2 urusan...senang nak contact nanti
yg ke-4 tu terbaik!
Wahh pasti ramai yang teruja nanti..hehe
BalasPadam