Selasa, 7 Ogos 2012

Amalkan Selawat Tafrijiyah : Semoga Murah Rezeki..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sempena berada di bulan Ramadhan ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan.. Memohon sebanyak-banyaknya doa kepada Allah S.W.T.. 

Antara doa yang biasa kita minta setiap kali selepas mengerjakan solat ialah semoga kita dimurahkan rezeki.. Jadi pada kali ini, saya ingin berkongsikan satu lagi bacaan yang sesuai untuk dibaca supaya kita sentiasa dimurahkan rezeki.. Selain daripada mengamalkan Ayat Seribu Dinar

Bacaan yang saya maksudkan ialah Selawat Tafrijiyah atau An-Nariyah.. Selawat ini dibaca untuk Memohon supaya segala hajat kita dikabulkan oleh Allah S.W.T.. Insya Allah..

Selawat Tafrijiyah atau An-Nariyah



Erti Doa Selawat Tafrijiyah
"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat yang sempurna dan limpahkanlah kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami nabi Muhammad, yang dengannya akan terurailah segala simpul ikatan dan dengannya akan terhapuslah segala kesusahan dan dengannya akan tertunailah segala hajat, dan dengannya akan tercapailah segala maksud dan kesudahan umur yang baik (mati dalam iman), serta terkabullah permohonan meminta hujan dengan zatnya yang mulia dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya pada setiap kelipan mata dan tarikan nafas dengan bilangan segala apa juga yang engkau ketahui.."

Di Antara Fadhilat membaca Selawat Tafriyah ialah:

1) Dibaca setiap hari 41 kali atau 100 kali: Insya Allah dapat menyelesaikan masalah Penting dan dimudahkan urusan hidupnya

2) Dibaca 11 kali setiap lepas solat Fardhu : Insya Allah rezeki anda tidak putus disamping mendapat kedudukan yang tinggi..

Semoga anda sentiasa dimurahkan rezeki.. Supaya dengan lebihan rezeki yang berjaya anda perolehi dapat disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.. Bila kita banyak bersedekah, Insya Allah kita akan mendapat keberkatan hidup di dunia dan Akhirat..
"Dan apabila matinya seseorang anak Adam itu, maka terhapuslah segala amalannya di dunia, melainkan tiga perkara iaitu:
  • sedekahnya yang berterusan, 
  • ilmu yang memberi faedah, dan 
  • anak-anak soleh yang mendoakannya kelak."
                                                                                                                       -Hadis Sohih-

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.. Marilah kita bersama-sama menghulurkan bantuan kepada Pertubuhan Baitul Aini yang terletak di Negeri Perak.. 

Untuk pengetahuan anda Baitul Aini merupakan pusat Tahfiz dan Jagaan anak-anak Yatim Miskin.. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pertubuhan Baitul Aini, sila klik di sini

Semoga dengan sedikit sumbangan yang anda berikan, akan dapat membantu pertubuhan ini untuk menguruskan kelengkapan dan keperluan harian Anak-anak Yatim Miskin yang tinggal di sana..

Selain itu, saya juga mengajak anda untuk menghulurkan bantuan bagi membantu Orang Kurang Upaya OKU di PDK Nur Kasih, Sungai Limau Dalam, Yan Kedah..   

Cara untuk menghulurkan bantuan ini mudah sahaja.. Anda hanya perlu membeli ebook Nota Ramadhan Nota Keinsafan yang berharga RM20 sahaja.. Sebahagian daripada hasil jualan tersebut akan disalurkan kepada PDK Nur Kasih tersebut sebelum berakhirnya bulan Ramadhan ini..

Dengan erti kata lain, anda akan mendapat dua faedah sekaligus dengan membeli ebook ini iaitu ilmu agama yang dapat menenangkan jiwa dan bersedekah..

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ebook nota Ramadhan Nota Keinsafan dan PDK Nur Kasih, sila klik di sini

Percayalah... Setiap perbuatan dan amalan baik yang anda lakukan dengan seikhlas hati, akan ada ganjaran yang bakal menanti anda samada berada di dunia atau di akhirat, atau kedua-duanya sekali.. Wallahualam..

2 ulasan:

  1. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pemurah,Pengasih dan Penyayang...

    BalasPadam
  2. Mudah-mudahan Allah swt memberikan kekuatan untuk beramal,walaupun sedikit yang biamalkan,dapat tahu banyak-banyak ilmu tetapi payah nak beramal atau tak dapat bertahan lama dalam beramal pun tak menjadi juga.Biarlah sedikit asalkan berterusan.Jazakallah.Wassalam.

    BalasPadam