Jumaat, 22 Februari 2013

Blog 5 Minit Vs Blog 3 tahun

with 19 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru-baru ini ada seorang rakan bertanya saya : "Anuar, aku tengok blog ko makin mantap... Aku nak minta ko tolong aku buat satu kursus menulis blog, boleh tak?"

Saya Jawab: " Boleh juga, apa salahnya... Tapi aku ni bukanlah pakar sangat dalam menulis blog ini"

Rakan : " Aku tengok blog ko dah kira oklah tu... Aku ni lagilah.. Langsung tak ada blog.. Kawan-kawan kita yang nak berkursus ni pun sama macam aku.. Langsung takder blog.. Bila tengok ko ada blog, kita orang pun teringin juga nak ada blog... 

Rakan: "Ko buat blog ni boleh dapat duit ker?"

Saya : "Adalah juga dapat duit sikit-sikit"

Rakan : "Macamana nak buat duit melalui Blog?"

Saya Jawab: "Ada banyak cara nak buat duit melalui Blog ni.. Antaranya melalui pengiklanan seperti Nuffnang, Google Adsense, Bidvertiser, Komli, Advertlets dan sebagainya..... Melalui Program Affiliate seperti Clickbank, Amazon.com, Commision Junction, Klikjer, Jomniaga dan sebagainya..... Kemudian boleh juga buat duit melalui tempahan iklan, review produk, jual/pomosi produk/perkidmatan, Mendapat Sponsor Post daripada syarikat tertentu, menjadi penulis jemputan dan bla...bla...bla...bla.."

Rakan : "banyak juga yer cara nak buat duit melalui blog ni... Patutlah semakin ramai orang berminat nak buat blog.."

Saya :"Memang banyak pun.. Kalau kita rajin berusaha, Insya Allah usaha kita menulis blog pasti berbaloi... 

Rakan : " Erk... Susahker nak buat Blog ni? Berapa lama masa yang ko ambil untuk buat  sebuah blog?"

Saya: "Mudah jer nak buat blog.. Dalam masa 5 minit sahaja kita boleh menghasilkan sebuah Blog dengan domain Blogspot"

Rakan: "Biar betul ko ni.. takkanlah semudah itu nak buat blog"

Saya : "Ya betul!!.. Setakat nak menghasilkan sebuah blog (blogspot) dengan satu post ringkas...Dalam masa 5 minit sahaja pun kita boleh menghasilkannya.. Tapi kalau nak mempunyai sebuah blog yang mampu memberikan pendapatan yang konsisten, mungkin mengambil masa beberapa bulan hingga ke beberapa tahun" 

Rakan : "Kalau macam tu, bukan senang juga nak jadi kaya dengan menulis blog ni.. Tapi aku tengok kencang jer Income Blog  Red Mummy tu.."

Saya : " Ko cuba tengok berapa lama dia dah menulis blog.. Semasa dia mula menulis blog dulu, masa tu persaingan mungkin tidak sebanyak sekarang ni.. Bila blog Red Mummy dah femes masuk surat Khabar... Masa tu baru ramai orang berminat nak menulis blog.. Persaingan dah mula banyak... Tapi blogger-blogger lama macam red Mummy tu tentu mempunyai kelebihan, sebab mereka lebih dikenali oleh pengiklan (nuffnang) berbanding blogger baru macam aku ni.."

Inilah antara perbualan yang sempat saya kongsikan kepada anda tentang kelebihan blog lama berbanding blog baru.. Lagi lama kita terlibat dalam bidang penulisan blog, blog kita semakin dikenali.. Apabila blog semakin dikenali.. Insya Allah, semakin bertambah rezeki yang bakal kita perolehi melalui penulisan blog.. 

Apa yang saya perkatakan ini ada kebenarannya.. ianya berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri yang telah mempunyai 7 buah blog sehingga kini..  Setiap rezeki yang saya perolehi menerusi blog tak sama.. Masing-masing ada kelebihannya tersendiri.. Walaubagaimanapun blog lama tetap memberi kelebihan berbanding blog baru..

1) Sembang hari2

Sumber : Klik Di Sini

Blog Sembang Hari2 merupakan blog Pertama saya yang dihasilkan pada bulan Disember 2009.. Blog pertama juga yang saya daftarkan melalui pengiklanan Nuffnang.. Mungkin disebabkan itu, inilah satu-satunya blog yang membolehkan saya mendapat CPUV dari Nuffnang.. Sehingga kini ada sahaja CPUV yang berjaya diperolehi melalui Blog ini... Tapi disebabkan masalah teknikal yang dihadapi oleh blog ini, membuatkan saya malas nak update.. Jadi, walaupun sentiasa dapat CPUV/BE daripada Nuffnang, tetapi tidak membolehkan saya dapat income yang banyak melalui pengiklanan Nuffnang... Sabar jer lah... Walaubagaimanapun saya sentiasa bersyukur dengan rezeki yang saya perolehi melalui blog ini... 

2) Discount Hari2

Sumber : Klik Di Sini

Blog Discount Hari2 merupakan blog kedua saya yang dihasilkan pada bulan Oktober 2010.. Tujuan Blog ini dihasilkan ialah untuk memberi kemudahan kepada orang ramai untuk memasarkan/mengiklankan perniagaan mereka secara percuma.. Disamping memberi peluang kepada saya untuk mempelajari selok belok perniagaan menerusi internet... Produk paling hot pernah dijual di Blog ini pada suatu masa dahulu ialah BabyLand Cloth Diapers

Strategi Blog ini ialah untuk menjual barang yang jauh lebih murah dari pasaran sebenar.. Tak untung takper, yang penting pengunjung blog ini bergembira dapat membeli barang yang berkualiti pada harga yang murah.. 

Setelah saya berpindah ke Sabak Bernam.. Saya mempunyai masalah untuk mengeposkan barang disebabkan kedudukan pejabat pos agak jauh dari tempat saya bekerja.. Lebih-lebih lagi apabila Pos Malaysia tidak membenarkan kita mengeposkan barang dengan menggunakan sampul pos Express, semakin susah untuk saya mengepos barang yang memerlukan saya berurusan di kaunter pejabat pos... Jadi ini antara salah satu penyebab, saya tidak aktif memasarkan produk melelui platfom blog ini.. walaubagaimanapun sekiranya ada yang berminat nak meletakkan iklan secara percuma di blog ini, saya masih mengalu-alukannya... 

3) Coretan Anuar


Sumber : Klik Di Sini

Blog Coretan Anuar merupakan blog ketiga saya yang dihasilkan pada bulan April 2011..  Mula menggunakan Domain berbayar pada bulan Disember 2011.. Satu-satunya blog saya yang kerap berupdate.. Dan syukur Alhamdulillah adalah sikit-sikit rezeki yang berjaya saya perolehi menerusi blog ini.. tetapi sayangnya sehingga kini belum pernah dapat satu CPUV pun daripada Nuffnang.. Nak buat macamanan belum ada rezeki daripada Nuffnang, walaupun mempunyai bilangan pengunjung yang boleh mencecah sehingga 1k sehari.. 

4) Info Keluarga

Sumber : Klik Di Sini

Info Keluarga(dot)net merupakan satu-satunya blog yang menggunakan domain dan hosting berbayar.. Blog ini telah wujud pada bulan Disember 2011.. Tetapi dek kerana kemalasan pemiliknya, sehingga sekarang blog ini belum lagi mempunyai sebarang entri.. Disebabkan sayang dengan Domain blog ini, saya tetap renew semula dengan netkl.com walaupun blog ini dibiarkan bersawang sehingga kini...

Saya mempunyai perancangan yang besar dengan blog ini dan menganggapnya sebagai satu aset yang berharga pada suatu hari nanti... Zaman tetap akan berubah.. Pada hari ini kita masih ada atuk, nenek, emak dan ayah yang mash mewarisi petua-petua tradisional untuk kesejahteraan keluarga.. Satu hari nanti ilmu tersebut mungkin beransur-ansur hilang.. Sebelum ilmu tersebut hilang, kita perlu mendokumenkan ilmu tersebut sebagai rujukan generasi akan datang... Tapi, buat masa ini, saya masih belum berkesempatan untuk update blog "Anak Emas" ini..   

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi penulis jemputan di blog ini, saya sangat mengalu-alukannya... Insya Allah ada ganjaran yang disediakan untuk setiap artikel yang berjaya diterbitkan di blog ini..  

5) Kelab catur PSIS

Sumber : Klik Di Sini

Blog Kelab catur PSIS dihasilkan pada bulan Mac 2012.. Blog ini diwujudkan untuk Kelab catur Politeknik Sultan Idris Shah.. Buat masa ini blog ini dijadikan sebagai bahan salah satu bahan experimen untuk saya menguji kod HTML/Java yang saya perolehi... 

Jadi jangan terkejut.. kalau ada benda pelik-pelik yang terdapat di blog ini..

6) Blog Rasmi Kejohanan Catur SUKIPT

Sumber : Klik Di Sini

Blog Kejohanan catur SUKIPT dihasilkan pada bulan November 2012.. Blog ini diwujudkan dengan tujuan untuk memudahkan pemberian info dan keputusan semasa bagi Kejohanan Catur SUKIPT kepada setiap peserta.. Blog ini akan dijadikan sebagai rujukan untuk kejohanan catur SUKIPT pada masa akan datang... 

7) JKE PSIS

Sumber : Klik Di Sini

Blog JKE PSIS merupakan blog terbaru saya yang dihasilkan pada bulan Disember 2012..  Tujuan blog ini dihasilkan ialah untuk dijadikan sebagai blog rasmi bagi jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Idris Shah... Walaubagaimanapun blog ini belum berjaya dikemaskini sepenuhnya... Masih banyak lagi maklumat yang sepatutnya dimasukkan ke blog ini belum sempat saya laksanakan..

Sekadar sedikit pendapat dan pandangan tentang Blog 5 Minit Vs Blog 3 Tahun berdasarkan pengalaman saya:
  • Buat blog guna domain percuma (blogspot) bukannya susah, tapi nak menjadi seorang penulis blog berjaya bukannya senang
  • Ramai orang boleh buat blog percuma dalam masa 5 minit, tetapi tak ramai yang sanggup memberi komitmen sehingga mampu bertahan sehingga 3 tahun
  • Blog 3 tahun lebih disukai dan dipercayai oleh pengunjung berbanding blog 5 minit umpama perbandingan kedai makan lama Vs kedai makan baru 
  • Blog lama boleh mendominasi SEO melalui beberapa entri yang pernah dihasilkan sebelumnya berbanding blog baru yang hanya ada beberapa entri didalamnya
  • Blog 3 tahun boleh mendapatkan trafik tambahan secara bermusim melalui entri terdahulu yang "kena" dengan hasil carian google untuk keyword tertentu seperti Mukah Sarawak, SMS Ucapan Hari Raya, Rumah banglo Satu Tingkat, Teka-Teki Lucah, Jadual Pembayaran Gaji, Tips murah rezeki, Homestay, Pelaburan Emas, Pelaburan hartanah, Peluang Pekerjaan dan sebagainya..
  • Jadi, Tepuk dada tanyalah selera... Saya percaya anda dapat menilai sendiri perbezaan di antara blog 5 minit Vs Blog 3 tahun 
Walaupun pernah menghasilkan 7 buah blog... Tetapi blog yang pernah saya hasilkan semuanya biasa-biasa sahaja.. Tidaklah sehebat 10 Blogger Terbaik Malaysia...

Sekiranya rakan saya masih mengharapkan bantuan saya untuk mengadakan kursus  menulis blog, saya akan cuba membantu setakat mana yang termampu.. Insya Allah setiap peserta akan berjaya mempunyai sebuah blog... Cuma blog anda mungkin tidaklah sehebat 10 Blogger Terbaik di Malaysia seperti yang terdapat dalam banner di bawah

19 ulasan:

  1. good luck utk contest 10 blogger terbaik di Malaysia

    eh nampak mcm ada gambar sha lah...huhu (perasan pulak)

    anyway banyak betul blog2 awak ye. semua bagus ye

    BalasPadam
  2. memang susah utk mentenkan blog agar sentiasa update, adakalanya kita akan jd sgt malas walaupun byk bahan utk di entrikan..

    BalasPadam
  3. Setuju dengan pandangan saudara.nak buat blog memang mudah.Tapi nak menulis entry, bukan kerja mudah..banyak yang perlu dibuat..tapi kalau usaha, tak putus asa dengan apa objektif yang kita dah set, tak mustahil boleh berjaya.

    BalasPadam
  4. aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
    http://slapmestore.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. macamana pun masih lagi yang terbaik bro! memang mudah nak buat blog. setakat blog sahaja lah. kalau nak betul betul generate income visitor kena konsisten. saya tertarik dengan ayat Abang Nara dulu. nak berblogging tak semestinya kena update isu semasa sahaja. apa yang penting kita menang di hati pembaca tentang apa yang kita tulis. itu jugak dah dianggap berjaya.

    BalasPadam
  6. byknye blogg..yg ado 3, yg terurus 1 je fuhh2..tabik toink3

    BalasPadam
  7. terbaik ah bro...blog banyak kn...
    mesti power maen catur nie kan?
    hehe

    BalasPadam
  8. wah.. dah mcm promoter plak borak ngan kawan2 ye.. heh..

    byk jugak blog.. ini baru betul2 nak cari duit dekat internet..

    BalasPadam
  9. Aduhai ada 7 blog untuk dikendalikan, berapa banyak masa yang habis untuk publish disetiap blog, walaupun ada diantara 7 blog tu bersawang. Apapun tahniahlah..ada 7 blog. Pasti ada kelebihan masing2 setiap blog. Hendak melihat agar blog coretan anuar terus bertahan dan hidup selagi hayat dikandung badan.

    BalasPadam
  10. You have to be capable to predict and manage his a reaction to things which can be accomplished through getting in touch using the
    male psyche. countries around the world each and
    every year on February 14th, and is. In certain instances, there
    exists little a man can do in order to bring back a waning wanger; it might just be a sad side-effect of aging.



    Take a look at my page ... guide casino en ligne

    BalasPadam
  11. Benar sangat ..nak buat sekejap aje..nak maintan memang bertahun-tahun...Tahniah tuan kerana berjaya kekal berblogging sehingga kini...

    BalasPadam
  12. Banyak rupanya blog tuan admin nih ya... hurm...

    http://supernifzvitamin.com/panjat-candi-borobodur-tatkala-hamil-7-bulan/

    BalasPadam
  13. banyaknya blog admin..kena ada disiplin yang kuat untuk uruskan dan pastikan blog sentiasa update kan..

    BalasPadam
  14. berapa lama nak uruskan semua blog sebanyak itu apalagi tanpa team

    BalasPadam
  15. Banyak blog best untuk main PBN (private blog network). Utk SEO sangat best!

    BalasPadam
  16. wahh..baru saya tau tuan ada blog2 lain selain dari blog ini.
    saya percaya kini rezeki blog ini dah makin bertambah dari hari ke hari berbanding ketika entri ini ditulis..betul tak..
    selamat maju jaya tuan.. :)

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra