Ahad, 8 Julai 2012

Rumah Banglo Satu Tingkat Di Batu Gajah, Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sekarang ini saya berada di Batu Gajah Perak (rumah Ayah Mertua saya).. Sambil pergi meronda-ronda dekat Pekan Batu Gajah, ternampaklah iklan rumah Banglo satu tingkat yang  pernah menjadi idaman saya sebelum ini.. 

Pada kira-kira dua tahun yang lepas, saya dan isteri berharap sangat dapat memiliki Rumah Banglo Satu Tingkat Di Taman Desa Permai, Batu Gajah, Perak ini.. 


Plan Rumah (Klik di sini)

Spesifikasi:
  • Single Storey Bangalow House
  • Keluasan Tanah 50 'x 80'
  • Jenis A (3 ruangan) - Build-up 1134 Kaki Persegi.
  • Jenis B (4 bilik) - Build-up 1251 Kaki Persegi.

Ciri-ciri:
  • Pembeli Mempunyai Pilihan Untuk Perubahan Reka Bentuk dan Susun Atur
  • Kualiti Bahan Bangunan & Design
  • Rekabentuk yang luas dan praktikal
  • lokasi yang strategik
  • Berhampiran dengan kemudahan Awam
  • Harga yang sangat berpatutan
  • Pinjaman Sehingga 95% (Pemohon yang layak sahaja)
Taman Desa Permai, Batu Gajah terletak di lokasi yang strategik berhampiran dengan infrastruktur dan kemudahan awam seperti sekolah, kedai, pasar raya dan kemudahan sistem pengangkutan. Di samping itu, ia terletak berdekatan lebuh raya Ipoh-Lumut dan stesen keretapi komuter ke Rawang.

Dari stesen Keretapi ini, kita boleh menaiki keretapi express untuk pergi ke Kuala Lumpur.. Masa perjalanan dari sini ke KL Central dengan menaiki keretapi Express cuma 2 jam sahaja.. 

Semasa saya berhasrat untuk membeli rumah ini, saya dan isteri bertugas di Mukah Sarawak.. Jadi, dengan adanya rumah ini secara tidak langsung akan memudahkan perjalanan kami dari Batu Gajah ke KLIA.. 

Dari Batu Gajah-KL Central (2 jam).. Dari KL Central-KLIA (tak sampai satu jam).. Total perjalanan ke KLIA cuma mengambil masa 2 jam setengah sahaja.. Berbanding 4 jam sekiranya menaiki kereta.. 




Bagi pendapat peribadi saya, rumah ini memang berbaloi untuk dimiliki, disebabkan harganya sangat berpatutan.. Ketika fasa 1 rumah ini dibangunkan, harganya cuma RM148,000 sahaja.. Pada ketika itu, bukannya senang nak dapatkan rumah Banglo satu tingkat dengan harga di bawah RM150K...

Ketika di peringkat pembinaan Fasa 1, saya berkesempatan melihat pembinaan tersebut dijalankan.. Saya dapati rumah ini dibina dengan menggunakan batu bata tanah liat (warna merah)... Ini menunjukkan pemaju menjaga standard dan kualiti rumah-rumah yang mereka bangunkan di taman tersebut..



Gambar Rumah Banglo Satu Tingkat, Lot tengah

Apabila dah berminat.. saya pun telah membuat tempahan untuk membeli seunit rumah di taman tersebut.. Rumah yang kami tempah tersebut adalah rumah Lot Tepi untuk  pembangunan pada fasa yang ke 4.... Kebetulan pula pada ketika itu tinggal dua unit lot tepi sahaja yang masih ada.. Jadi kami telah menempah salah satu daripadanya.. 

Dapat Fasa ke 4 pun jadilah.. Asalkan berjaya mendapatkan rumah tersebut..;)

Masa tu saya fikir berbaloi membeli rumah banglo lot tepi ini disebabkan rumah yang saya ada sebelum ini adalah rumah tengah.. Lagipun harga yang ditawarkan untuk rumah Lot tepi di  sini, bagi saya memang sangat berbaloi dengan keluasan tanah tambahan yang diberikan..  

Kalau tak silap saya, rumah Corner Lot yang telah kami tempah tersebut berharga RM178,000 untuk keluasan tanah dalam lingkungan 85' X 80'.. Iaitu berbeza sebanyak RM30K daripada harga "rumah tengah"..

Rumah di sini dibangunkan secara berperingkat, mengikut Fasa.. Apabila telah selesai pembangunan rumah untuk Fasa 1, pemaju akan membangunkan rumah pada Fasa yang ke 2, seterusnya Fasa ke 3 dan akhir sekali adalah Fasa yang Ke 4.. 

Jadi pihak pemaju memberitahu saya, supaya menunggu kira-kira 2 tahun sehingga tiba giliran membangunkan rumah untuk Fasa yang ke 4..

Setelah dua tahun berlalu, pemaju baru sempat untuk membangunkan rumah ada Fasa yang ke 3.. Sedangkan harga rumah Banglo satu tingkat ini telah dinaikkan sebanyak RM20k..


Harga "Rumah tengah" telah dinaikkan kepada RM168,800



Sebelum ini rumah Banglo tersebut berharga RM148,800.. Tapi sekarang harga rumah Banglo tersebut telah menjadi RM168,800.. 

Ini merupakan harga untuk "rumah tengah".. Harga untuk rumah Lot tepi saya tidak pasti pula berapa.. Saya menjangkakan harga rumah lot tepi tersebut tentu boleh mencecah sehingga RM200,000.. huhuhu.. 

Saya rasa agak terkilan juga di atas peningkatan harga rumah tersebut.. Rasa terkilan disebabkan tidak berjaya membelinya pada harga dua tahun yang lepas.. 

Nak buat macamana, dah terpaksa menunggu giliran.. Dan saya percaya apabila Fasa ke 4 dibangunkan nanti, berkemungkinan besar harga rumah Banglo satu tingkat ini akan naik lagi..

Jadi saya memohon pendapat daripada anda.. 

Adakah wajar saya membeli Rumah Banglo satu tingkat tersebut (Lot tepi), sekiranya harganya melebihi RM220K?




Ps: Lepas ni saya dah tak sanggup untuk membeli rumah baru.. Jadi mulai sekarang saya kena belajar dengan AbangEnsem macamana nak beli rumah terpakai..

Pss: Apa agaknya yang sedang berlaku di antara Eyriqazz Vs Denaihati


50 ulasan:

  1. Rasanya wajar kot.. tak rugi kalau beli rumah harga mahal pun sbb harga rumah sentiasa naik.. so, pendek kata confirm tak akan rugi.. kalau beli RM200k.. Nanti kalau nak juai beberapa tahun lagi, harga rumah tu mesti dah naik 250k.. so, dh untung 50k dh kann.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih di atas pendapat yang diberikan..

      Padam
    2. wow. mudahnya buat duit.

      Padam
    3. Pelaburan Hartanah memang boleh buat duit kalau tahu caranya.. Setakat ini saya sedang belajar ceranya daripada Abang Ensem..

      Padam
  2. Ok gak tu...mcm best jeOk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih di atas pendapat yang diberikan..

      Padam
  3. kalau ada duit tak rugi beli rumah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih di atas pendapat yang diberikan..

      Padam
  4. Kalau rumah tu untuk duduk sendiri dan harganya masih dalam kemampuan anda, just proceed je sebab untuk duduk dan untuk investment adalah 2 perkara yang berbeza.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih di atas info yang diberikan..

      Sebenarnya Rumah ini dibeli untuk duduk sendiri.. Tapi tunggu dapat berindah ke Ipoh..

      Sebelum dapat berpindah ke Ipoh, mungkin rumah ini akan dijadikan sebagai Homestay..

      Padam
  5. Batu Gajah - Tempat kelahiran saya dan saya membesar.... teringat Taman Tasik SM NOOR masik kecik2x dulu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tentu banyak nostalgia awak di Batu gajah.. ;)

      Saya baru mengenali Batu gajah semasa saya baru mula bercinta dengan anak Pak mertua saya..

      Padam
  6. Kalau cukup pada budget boleh je bro.. sebab semakin hari semakin ditangguh pembelian tu.. harga semakin naik.. dekat area aku duduk damansara ni.. memang tak mampu dah nak beli rumah teres setingkat ni.. semua harga setengah juta je.. tapi kalau masih lingkugan 200k boleh je beli..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu saya setuju dengan pandangan yang awak berikan.. harga rumah semakin lama semakin mahal.. macam rumah dekat kawasan batu Gajah ni masih mampu lagi kita nak beli..

      kalau dekat kawasan Damansara memang tak dapat harga rumah macam ni mengikut sepesifikasi yang saya nyatakan di atas.. ;)

      Padam
  7. harga RM220K tu masih relevan lagi terutama kalau nak beli untuk kegunaan sendiri.. lagipun kalau tangguh lagi mesti harga masa depat akan lebih tinggi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu saya setuju dengan pandangan yang awak berikan.. harga rumah semakin lama semakin mahal.. Semakin kita tangguh semakinlah kita menggigit jari bila nak beli rumah..

      Padam
  8. Bagi saya masih releven dan boleh beli :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih di atas pandangan yang awak berikan.. Secara tidak langsung dapat membantu saya membuat keputusan..

      Padam
  9. Bagaimana klu dgn prospek masa depan yg cerah.. dia tukar buat banglo 2 tingkat plak..? atau semiD 2 tkt yg harga lebih mahal dari sekarang..? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rumah Bunglow satu tingkat ini di bina secara berperingkat..

      Daripada semi D saya prefer membeli bunglow satu tingkat.. Sebab kanan-kiri kita akan dapat tanah..

      Untuk rumah dua tingkat pula saya kurang berkenan disebabkan tak larat nak mengemas rumah atas dan bawah.. Kalau rumah setingkat ni senang sikit nak kemas rumah.. ;)

      Untuk rumah Banglo satu tingkat ini.. Sebelum pembeli bersetuju untuk membina rumah, pembeli boleh bincang dengan pemaju terlebih dahulu, tentang design rumah yang kita nak..

      Disebabkan itu saya berminat untuk membeli lot tepi.. Jadi ada lebihan tanah untuk saya membuat sebuah taman untuk berekreasi.. hehehe.. Sekadar cadangan jer tu..

      Walaubagaimanapun kena ikut budget yang mampu saya keluarkan nanti.. ;)

      Padam
  10. Menarik betul rumah ni...tapi batu gajah la pulak....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampaknya kita mempunyai pendapat yang serupa..

      Padam
  11. 220k untuk banglo setingkat? Berbaloi utk duduk sendiri!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih di atas pendapat yang diberikan.. ;)

      Padam
  12. Kalau nak ulang alik mudah ke KLIA, cadangan saya lebih baik ambil yg betul-betul dekat dengan KLIA. 2 jam bukannya dekat.

    Saya ada jumpa satu kawasan banglo yang sedang dalam proses untuk dibuat di Salak tinggi, Sepang. Sgt dekat dgn KLIA (15 minit), rumah lebih besar dan mewah, tp harga pun mahal sikit lah. Sgt sesuai untuk orang yg nk settle down.

    https://www.facebook.com/menjual.rumah

    Sekadar cadangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih di atas komen yang diberikan..

      Untuk pengetahuan Tuan, syatu masa dahulu saya amat memerlukan tempat paling mudah untuk sampai ke batu Gajah selepas turun dari kapal terbang..

      Tapi sekarang selepas saya dapat bertugas di semenanjung, ianya bukan lagi satu keperluan..

      Sebenarnya saya memang ada berhasrat untuk membeli rumah sebagai pelaburan di kawasan KL.. Sebab kita semua sedia maklum, dekat KL ni senang nak dapatkan penyewa..

      Tapi bila difikirkan balik.. siapa nak menjenguk rumah saya nanti? Takkanlah saya nak menjenguk penyewa rumah saya ni sebulan sekali?

      Jadi mungkin saya cuba untuk mencari kawasan-kawasan yang berdekatan dengan kampung halaman saya sahaja.. ;)

      Padam
  13. masih ok lagi harganya tu..kalau di area taiping rumah berkembar 3 bilik tidur pun dh mencecah 250k...hartanah di batu gajah masih lagi dikatakan murah lagi berbanding tempat lain yang pesat membangun....

    BalasPadam
  14. Beli di Sabak Bernam pon OK baaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dekat Sabak Bernam harga rumah mahal.. Rumah teres biasa pun dekat RM200k.. Rumah semi D dekat RM250K..

      Masa mula-mula pindah ada juga niat nak beli rumah dekat Sabak Bernam.. Tapi bila mengenangkan nak berpencen dekat kawasan Ipoh, jadi survey rumah dekat kawasan Ipoh jugalah..

      Lagi pun harga rumah dekat sana lebih murah berbanding dekat Selangor..

      Padam
  15. Rumah tu ayah Saya Ckp tanah lombong, pasal tu murah... Lagipon kaw.tu selalu banjir?.cube Tgk rail train kt ctu..tggi kan? Tny pemaju spe byk beli uma tu Kalo byk org lua Ipoh mknenye dyeorg x tw kaw.tu Cmne..

    BalasPadam
  16. Kalo Banglo murah cmtu kt Ipoh ni slalunya hbis x Sempat org lua nk beli.. I kot logik gak... Mustahil cine2 kt epo ni Xnk wt asset dgn banglo murah cmtu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih di atas maklum balas yg diberikan.. Ayah mertua saya membesar di kawasan ini..beliau pernah mendirikan sebuah rumah utk abg beliau @ pakcik isteri saya yg terletak dlm lingkungan 1 km daripada kawasan banglo tersebut.. Setakat ni alhamdulillah.. Tak pernah lagi berlaku banjir dkt kawasan tersebut.. Sepertu yg tuan kata.. Saya setuju kawasan ini merupakan kawasan lombong.. Ayah mertua saya kerap memancing ikan talapia dkt lombong yg ada sejak beliau muda lagi. Menurut ayah mertua saya, tapak perumahan utk rumah bunglo tersebut bukan tapak lombong.. Disebabkan itu beliau yg telah mengesyorkan saya membeli rumah tersebut..

      Padam
    2. Terima kasih di atas maklum balas yg diberikan.. Ayah mertua saya membesar di kawasan ini..beliau pernah mendirikan sebuah rumah utk abg beliau @ pakcik isteri saya yg terletak dlm lingkungan 1 km daripada kawasan banglo tersebut.. Setakat ni alhamdulillah.. Tak pernah lagi berlaku banjir dkt kawasan tersebut.. Sepertu yg tuan kata.. Saya setuju kawasan ini merupakan kawasan lombong.. Ayah mertua saya kerap memancing ikan talapia dkt lombong yg ada sejak beliau muda lagi. Menurut ayah mertua saya, tapak perumahan utk rumah bunglo tersebut bukan tapak lombong.. Disebabkan itu beliau yg telah mengesyorkan saya membeli rumah tersebut..

      Padam
  17. sya pun pernah mengidam untuk beli rumah kat situ tapi setelah survey memang kawasan banjir dan agak jauh kedalam perlu merentasi sungai denganjambatan yang agak uzur.last buat keputusan beli kt lahat tropicana pengkalan rm205,800.00 design lg cantik dan dekat ngan bandar dan juga dekt denmgan stesen keretapi lahat.
    masih ada lagi kot 3unit

    BalasPadam
  18. salam,
    desa permai weekend ni nk tgk sb dkt dgn sekolah wifey. tp mmg betul pernah sblm ni banjir kt sana disebabkan air sungai naik slps hujan lebat. lahat tropicana pengkalan tu menarik tp knpe xde org duduk lagi?

    BalasPadam
  19. Sy pun berminat jga dgn rmh banglo kat situ..ttp btl ke ianya tanah lombong n kawasan banjir..risau jga nk beli..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banglo utk dijual di RPT Kg Sentang, Bt Gajah. Keluasan binaan : 43 x 36 kaki persegi ; 3Bilik 2 Bath 1 Ruang solat. Keluasan lot tanah 90 x 60 kaki persegi. Ketinggian tanah dari jalan 4 kaki. Berhampiran sekolah, masjid, sekolah agama, tadika, kedai makan, bengkel motor/kereta, kedai runcit, car wash, setesen KTM Batu Gajah & kws perumahan. Harga : RM 220K . Hubungi : 019-4408588.

      Padam
  20. Pandangan saya eloklah buat rumah sendiri, setahu saya tanah lot kawasan sini harganya murah jika nak dibandingkan dengan kawasan saya(Alor Setar). Bila ada tanah, bolehlah buat rumah sendiri dengan plan sendiri, maksud saya cari tukang buat dan kita beli barang. Harganya jauh lebih murah dari harga banglo yang saudara kehendaki, tapi kerjanya rumit sikit la, sbb kita kena bersusah paya sikit. Saya rasa kalau keluasan rumah 32' x 50' perbelanjaannya dalam 100k hingga 120k saja. Itu pun ikut kawasan la plak.

    BalasPadam
  21. Slm..dlm mencari info ttg desa sentral ni terjumpa blog en anuar ni..sy sedikit cnfuse dgn tulisan d ats.bl anuar bli rmh ni?sy jg bru beberapa hr lps g booking rmh dkt cni.sy jg ambil corner lot 100x80ft lbh kurg dgn hrga rm256k utk fasa yg ke 4..btl ke kawasan ni kawasan banjir?sy bkn org batu gajah tp org teluk intan..rmh d teluk intan sgt2 melampau hrganya..semi d double storey pun dh mencecah 690k..memandangkan sy mencari rmh yg ada tanah ayh mencdgkan sy cari d bt gajah sbb kemudahan n dia pnh bekerja d cni..so rsnya btl ke pilihan utk tinggal d taman ni?tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya..

      Saya pernah booking rumah Banglo corner lot di kawasan ini pada tahun 2010.. Masa tu harga yang ditawarkan untuk lot tepi masih murah lagi.. Tapi bila harga rumah di kawasan tersebut naik, saya tidak jadi membeli rumah tersebut..

      Pakcik isteri saya tinggal di kawasan kampung bersebelahan dengan kawasan rumah banglo ini.. Ayah mertua saya pernah membantu beliau mendirikan rumah di kampung tersebut.

      Jadi pakcik isteri saya dan ayah mertua saya tahu selok belok kawasan Banglo batu Gajah ini, seperti dimana kedudukan lombong dan di bahagian mana kawasan yang dinaiki air..

      Sewaktu saya nak booking rumah tersebut dua tahun yang lalu, ayah mertua saya turun sekali melihat peta rumah.. Tujuannya untuk memastikan kawasan rumah yang bakal saya beli bukan kawasan lombong..

      Tapi untuk kes puan ni saya tak tahu lokasi mana yang puan beli.. Kalau saya tengok peta tersebut pun saya tak tahu samada kawasan tersebut, kawasan lombong ataupun tidak,,

      Setakat ni saya tak pernah dengar daripada mereka yang mengatakan kawasan tersebut banjir.. Kalau banjir tentu saya boleh tahu sebab pakcik isteri saya, tinggal di kawasan tersebut..

      Jadi, buat masa ini saya rasa kawasan tersebut selamat untuk diduduki..

      Padam
    2. terima kasih krn membalas..oh phm sudah.. =)
      sy baru booking di kawasan yg sm dgn yg ada dlm gambar kt ats tu..baru2 ni g survey kt taman ni..rekabentuk rumah pun sm..cuma ruangan dalaman yg fasa ke 4 ni dh sedikit berbeza...sbb sgt teruja nk ada rmh sndiri n harga yg bgs dgn keluasan tnh yg bsr..sy rs berbaloi beli rmh kt sini..lgpun kemudahan semua ada dkt2..1 lg sy rasa pemaju dh tukar nama taman ni kot dr desa permai ke desa sentral..

      Padam
    3. Banglo utk dijual di RPT Kg Sentang, Bt Gajah. Keluasan binaan : 43 x 36 kaki persegi ; 3Bilik 2 Bath 1 Ruang solat. Keluasan lot tanah 90 x 60 kaki persegi. Ketinggian tanah dari jalan 4 kaki. Berhampiran sekolah, masjid, sekolah agama, tadika, kedai makan, bengkel motor/kereta, kedai runcit, car wash, setesen KTM Batu Gajah & kws perumahan. Harga : RM 220K . Hubungi : 019-4408588.

      Padam
  22. Salam,saya baru semalam booking rumah di tempat yang sama,tapi saya ambil lot tengah untuk fasa 4,RM 148k untuk 3bilik 2bilik air.kalau dilihat area rumah ni memang berbaloi ambil..tapi risau la pulak kalau kawasan ni kawasan banjir...tapi memang elok sangat2 rumahnya,batu bata memang pakai yang warna merah punya..tp dah dgr kwsn banjir ni..takut jgk sbb kwsn ni mmg berhampiran dgn sungai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Slm tanpa nama..beberapa hari lps sy pergi blik dkt kawasan ni tp kbtln ms tu baru lps hjn..apa yg sy dapati kawasan dkt sekitar ni penuh dgn takungan air..tb2 baru sy sdr yg kawasan rmh ni ada longkang ke x. .tp sy rs xder..btl x?sy xingat..dh dkt kg baru tersedar..so ianya membuatkan sy pk balik n survey rmh2 lain..lg 1..sy rs projek ni agak lembap n pekerja binaan xramai..ini buatkan sy pk balik..bl nk dpt rmh ni..byk plak risikonya..aduh poning..ye la kan..nk beli rmh bkn sesenang nk bli pisang goreng..tkt tersilap beli sakit plak esk2..

      Padam
    2. Banglo utk dijual di RPT Kg Sentang, Bt Gajah. Keluasan binaan : 43 x 36 kaki persegi ; 3Bilik 2 Bath 1 Ruang solat. Keluasan lot tanah 90 x 60 kaki persegi. Ketinggian tanah dari jalan 4 kaki. Berhampiran sekolah, masjid, sekolah agama, tadika, kedai makan, bengkel motor/kereta, kedai runcit, car wash, setesen KTM Batu Gajah & kws perumahan. Harga : RM 220K . Hubungi : 019-4408588.

      Padam
  23. Untuk fasa ke 4. lokasi nya di kwsn tnh tnggi bebnding fasa sbelumnya. Lbih kurang 5 kaki tinggi. kawasan d tepi lmbong jauh gak la. bkn lmbong y di kambus.pernah bnjir tp bkn di kawasan perumahan tp di kawasan perumahan di sebelah sekolah menengah berdekatan sklh memandu pada tahun 1999. Masa tu sy pernah mengharungi bnjir tersebut. paras betis juga la.So minggu lps sy dh survey kawasan tu dh dipebaiki. sungai pn dh dlm. Bg peminat memancing. mmg best. ikn kt lmbong tu mau joran Rm500 keats ja..ha.

    BalasPadam
  24. slam klu kita nk ikut org ckp,sampai bila kita xdpt menduduki rumah dan membeli rumah banglo yg kita idamkan selama ne.ok say nk tanye tuan d puanx adakah kerjaan pusat tersbut x trun pdang klu berlaku bencanax yg x diingini.klu kws tersbut berlaku banjir.sory say berckp klux tersinggung persaan yg meluahkn tempat tersbut

    BalasPadam
  25. Hrga rumh skrg mmg mhl...200 k tu kira berbaloi la...

    BalasPadam
  26. Terlihat biasa tapi keren dan elegan sob, sesuai lah dengan harganya....

    BalasPadam
  27. latest fasa 4 keluasan tanah sama 50x80 tapi binaan rumah makin kecil iaitu 24x38...huhuhuhuhu saya pun baru cadang nak beli kat situ.

    BalasPadam