Contest SEO Eridy akan menjadi bahan ujikaji saya yang ke 6, sekiranya saya betul-betul berusaha untuk memberi komitmen dalam Contest ini. Kalau tak rajin, mungkin ini adalah entri pertama saya dan terakhir dalam Contest SEO Eridy ini, tanpa disusuli oleh entry yang lain.

Sumber : Klik Di Sini

Macamana Contest SEO Eridy boleh menjadi bahan Ujikaji Yang ke 6?

Sebelum ini saya pernah menyertai 3 Contest SEO dan pernah juga menganjurkan 2 Contest SEO. 

Hasilnya ada yang menggembirakan dan ada yang mendukacitakan. Daripada 3 Contest SEO yang pernah saya sertai, saya hanya berjaya memenangi hadiah 2/3 daripadanya. Dan daripada 2 Contest SEO yang pernah saya anjurkan, salah satu daripadanya sahaja yang membolehkan entri penyertaan berjaya berada di page pertama Google. Satu lagi hilang entah ke mana, hanyut dalam lautan ilmu di alam maya.

Setiap kali saya menyertai Contest SEO, sudah pasti ada sahaja ujikaji atau percubaan demi percubaan yang telah saya lakukan. Begitu juga sewaktu saya menganjurkan Contest SEO, ada percubaan yang telah saya lakukan untuk membolehkan entri pendaftaran penyertaan berada di page pertama google. Jadi, sehingga sekarang ni saya dah ada 5 ujikaji atau percubaan kesemuanya.

Disebabkan itu, Contest SEO Eridy merupakan ujikaji atau percubaan saya yang ke 6 dalam persaingan untuk berada di page pertama Google. 

Sejarah Hitam Dalam Penganjuran Contest SEO

Berdasarkan sejarah lalu, saya pernah mempunyai satu rekod yang buruk dalam penyertaan dan juga penganjuran Contest SEO sebelum ini. Paling mengecewakan sewaktu saya menganjurkan Contest SEO MyKad Smart Shopper

Bukan setakat entry pendaftaran sahaja gagal berada di Page Pertama Google, malah tiada peserta pun yang berjaya berada di page pertama Google. Sangat mengecewakan. Sehingga saya merasakan Contest SEO MyKad Smart Shopper telah menjadi Contest SEO dalam sejarah yang sangat mengecewakan.. huhuhu :(

Sumber : Klik Di Sini

Kesan daripada kegagalan ini, sebenarnya saya dah rasa agak keberatan untuk menganjurkan atau menyertai mana-mana Contest SEO. Tetapi setelah blog Coretan Anuar terpilih memenangi salah satu hadiah dalam Contest Honeymoon Package To Bali, kekecewaan tersebut sedikit reda.. Syukur Alhamdulillah

Sumber : Klik Di Sini

Hadiah yang berjaya saya menangi tersebut sebenarnya diperuntukkan untuk 3 peserta yang berjaya berada di page pertama Google. Tetapi disebabkan tiada peserta yang berjaya berada di 3 kedudukan teratas tersebut, maka keputusan pemenang ditentukan oleh pihak juri. Dan tak sangka blog saya turut terpilih sebagai salah seorang pemenang. 

Situasi yang berlaku dalam Contest Honeymoon Package To Bali hampir sama seperti situasi yang berlaku dalam Contest SEO MyKad Smart Shopper yang telah saya anjurkan sebelum ini. Tak sangka penganjur contest ini juga mempunyai nasib yang sama seperti saya. Dan terima kasih kerana memilih blog saya sebagai salah seorang pemenang. 

Sejarah Hitam Dalam Penyertaan Contest SEO

Sejarah hitam yang telah saya alami dalam penyertaan Contest SEO pula ketika menyertai 
Contest SEO 10 Blogger  terbaik Malaysia .Entri penyertaan saya sekejap timbul dan sekejap tenggelam. Di saat-saat akhir pertandingan entri saya terus tenggelam, dan tak muncul-muncul lagi selepas itu..

Masa tu saya dah tahu di mana kesilapan saya. Disebabkan terlalu teruja nak dapatkan banyak Keyword, saya telah meletakkan lebih daripada 40 keping gambar pada entri pertandingan. Hasilnya paparan entri tersebut menjadi sangat perlahan, disebabkan terlalu berat/sarat dengan gambar-gambar. Sehingga mendapat teguran oleh penganjur Contest sendiri iaitu Encik Titan

Bila dah kena tegur dengan pihak penganjur, faham-faham jerlah untuk memperbaiki keadaan tersebut. 

Jadi, saya pun buanglah sebahagaian besar gambar-gambar yang terdapat dalam entri penyertaan. Dengan harapan supaya Pak Cik Google dapat memaafkan kesalahan saya.

Walaubagaimanapun nasi sudah menjadi bubur, saya dah cuba berusaha untuk menambat semula hati Pak cik google.. tetapi malangnya Pakcik Google tak nak terima entri penyertaan saya untuk berada di page pertama google... Huhu sedihnya..

Apa nak buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak tindakan inilah padahnya. 


Pengalaman manis sewaktu menyertai dan menganjurkan Contest SEO

i) Ujikaji Pertama ketika menyertai Contest SEO Eyriqaaz Vs Denaihati

Pengalaman paling manis sewaktu menyertai Contest SEO ialah ketika melaksanakan ujikaji pertama dalam Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati. Masa tu saya rasa sangat bersemangat untuk bermain SEO, mungkin disebabkan itu merupakan pengalaman pertama saya berpeluang untuk menguji tahap kemampuan SEO blog Coretan Anuar.. 

Bagi saya contest tersebut sangat meriah dan mencabar di sebabkan membabitkan nama 2 blogger tersohor tanah air.. Kemudian penyertaannya juga sangat memberangsangkan disebabkan ramai blogger ternama tanah air dalam pelbagai latar belakang turut sama mengambil bahagian dalam Contest SEO tersebut. 

Masa mula-mula nak join tu tak fikir nak menang pun.. niat join sekadar suka-suka saja dan dalam masa yang sama nak belajar tentang seo daripada pakar-pakar seo yang mengambil bahagian

Tapi tak sangka pula saya berjaya memenangi tempat kedua dalam Contest SEO tersebut,.. Itupun setelah bertungkus lumus berusaha menulis sehingga 9 entri yang berkaitan dengan contest ini. 


Sumber : Klik Di Sini

Tengok tu bukan senang nak memenangi Contest SEO. Maklumlah blog tak hebat mana pun.. Kalau blog hebat macam Tuan Denaihati, ForBlogger, CikTomEncik Titan, Akma Omar Profhariz, dan lain-lain mungkin mereka hanya perlu menulis satu dua entri sahaja untuk berada di page pertama google.

Kalau blog tak hebat macam saya ni kenalah berusaha lebih kuat sedikit daripada mereka ;)

Antara ujikaji yang saya kira paling berkesan untuk membolehkan saya memenangi Contest tersebut ialah dengan mengadakan mini Contest dalam Contest. Sepanjang menyertai Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati, saya ada membuat dua mini contest iaitu Kuiz Tergempar Eyriqazz Vs Denaihati dan Pertarungan sengit antara Eyriqazz Vs Denaihati. Selain itu, ada lagi strategi lain yang telah saya lakukan, kalau nak tahu boleh bacanya dalam entri bertajuk Rahsia Kejayaan Pemenang Top 5 Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati

Bila difikirkan balik, tidak kesemua strategi/ujikaji yang pernah saya praktikkan sebelum ini menjadi. Ada yang menjadi dan ada yang tidak menjadi, sebab saya pun main try and error sahaja. Jadi, anda boleh baca dan pilih strategi mana yang sesuai untuk anda praktikkan  dalam  Contest SEO Eridy

Siapa tahu mungkin ini strategi terbaik yang boleh anda praktikkan untuk memenangi Contest SEO Eridy


ii) Ujikaji Kedua ketika menganjurkan Contest Blog Paling Popular 2

Pengalaman paling manis menjadi penganjur Contest SEO ialah sewaktu saya menganjurkan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2, iaitu sebaik sahaja selesai mengikuti Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati. 

Syukur ALhamdulillah, pada masa tersebut mungkin tuah bermain seo berpihak kepada saya. Lepas berjaya memenangi tempat kedua Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati, kemudian disusuli pula kejayaan menempatkan entri pendaftaran penyertaan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2 di page pertama google. 


Sumber : Klik Di Sini

Apabila difikirkan secara logik sememangnya itu yang sepatutnya berlaku. Entri Pendaftaran Penyertaan mana-mana Contest SEO sepatutnya boleh berada di page pertama google. Sebab dalam entri pendaftaran penyertaan ada mengandungi keyword tentang SEO yang dipertandingkan, kemudian mendapat banyak back link daripada setiap peserta dan yang paling penting sekali entri tersebut akan menjadi rujukan oleh peserta dan pemerhati.

Tetapi sebenarnya bukannya senang nak memastikan entri pendaftaran penyertaan sesuatu Contest SEO mampu berada di page pertama Googgle. Kegagalan dalam menganjurkan Contest SEO MyKad Smart Shopper menyebabkan saya serik untuk menganjurkan sebarang Contest SEO selepas ini..


Ada kesempatan ke nak join Contest SEO Eridy?

Pada mulanya saya agak keberatan untuk menyertai Contest SEO Eridy ini. Maklumlah saya agak sibuk pada ketika ini dengan urusan kelas sesi Disember 2013 yang baru sahaja bermula. Ditambah pula dengan urusan pembelian aset kerajaan yang belum lagi selesai. Tak sampai sebulan lagi akaun dah nak tutup, tapi masih ada beberapa kontraktor yang belum menyelesaikan job yang diberikan. Huh, sabar jerlah.


Dalam masa yang sama juga, waktu macam nilah audit rajin melawat ke tempat kerja kami. Maklumlah dekat hujung-hujung tahun ini, ada sahaja perkara yang nak di audit. Pihak kementerian nak audit aset, Pihak Sirim nak Audit dokumen. Lepas ni tak tahu audit apa lagi yang akan datang. Harap-harap audit MQA tak datanglah..  hehehe.. Kalau audit MQA datang, lagi banyak kerja nak kena buat.. 

Setakat ini saya belum sempat nak fikir sebarang strategi/ujikaji untuk memenangi Contest SEO Eridy. Dapat siapkan entri Contest SEO Eridy ini pun dah kira bersyukur sangat-sangat. Lega rasanya sempat hantar borang penyertaan. Fuh semangat.. 

Lepas ni kalau ada kesempatan masa, mungkin ada entri sokongan bakal menyusul untuk menyokong entri penyertaan ini. Itupun kalau ada, kalau tak ada masa nak buat macam mana.. Saya tak boleh nak bagi sebarang janji  


Harapan dalam penyertaan Contest SEO Eridy?

Saya sebenarnya tidak menaruh harapan yang tinggi untuk memenangi sebarang hadiah dalam Contest SEO Eridy. Maklumlah contest ini di buat pada hujung tahun, di saat saya agak sibuk dengan pelbagai urusan kerja di pejabat dan urusan keluarga di rumah. Jadi, saya cuma berharap dapat menempatkan diri di page pertama google.com pun dah kira syukur sangat-sangat.

Lagipun bila tengok senarai peserta yang join, kebanyakannya hebat-hebat belaka.. Ramai lagi yang layak untuk memenangi contest ini, berbanding pengalaman saya bermain seo yang baru setahun jagung ini..

Kepada blogger-blogger yang ada kelapangan masa, saya jemput anda untuk menyertai Contest SEO Eridy. Tak rugi pun anda menyertai Contest ini, sebab anda akan dapat mengetahui tahap kemampuan seo anda berbanding peserta yang lain.. Dan dalam masa yang sama dapat dapat menimba pengalaman untuk mempertingkatkan tahap penguasaan seo blog anda.

Menang kalah sememangnya adat pertandingan. Belum cuba belum tahu. Kalau anda takut dikalahkan, sampai bila pun anda tak akan berpeluang untuk menjadi pemenang.. Percayalah.. Dare To Fail.. 

Lekas daftar sebelum Pendaftaran / penyertaan  ditutup pada 11.12.13

Kepada rakan-rakan blogger yang berminat untuk menyertai Contest SEO Eridy berikut merupakan sedikit maklumat yang dapat saya kongsikan tentang contest ini:

Syarat Contest SEO ERIDY
  • Peserta bertandingan atas keyword ” Contest SEO Eridy ” .
  • Entri mengikuti kreativiti tersendiri .
  • Tempoh Contest : 12.12.13 – 30.12.13
  • Pemenang akan ditentukan melalui blog yang berada di kedudukan muka surat pertama carian Google bagi keyword “Contest SEO Eridy” . Carian dibuat di Google.com menggunakan private browsing.

Hadiah Contest SEO Eridy
  • Tempat pertama : RM200 x 1
  • Tempat kedua : RM 100 x 1
  • Tempat ketiga : RM 80 x 1
  • Saguhati : RM 20 x 6

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari blog Eridy

P/S: Saya kagum betul dengan owner blog Eridy ni, sebab walaupun blog masih baru bertapak tetapi dah bersemangat untuk menganjurkan Contest SEO Eridy