Jumaat, 6 Disember 2013

Contest SEO Eridy bahan Ujikaji ke 6

with 66 comments

Contest SEO Eridy akan menjadi bahan ujikaji saya yang ke 6, sekiranya saya betul-betul berusaha untuk memberi komitmen dalam Contest ini. Kalau tak rajin, mungkin ini adalah entri pertama saya dan terakhir dalam Contest SEO Eridy ini, tanpa disusuli oleh entry yang lain.

Sumber : Klik Di Sini

Macamana Contest SEO Eridy boleh menjadi bahan Ujikaji Yang ke 6?

Sebelum ini saya pernah menyertai 3 Contest SEO dan pernah juga menganjurkan 2 Contest SEO. 

Hasilnya ada yang menggembirakan dan ada yang mendukacitakan. Daripada 3 Contest SEO yang pernah saya sertai, saya hanya berjaya memenangi hadiah 2/3 daripadanya. Dan daripada 2 Contest SEO yang pernah saya anjurkan, salah satu daripadanya sahaja yang membolehkan entri penyertaan berjaya berada di page pertama Google. Satu lagi hilang entah ke mana, hanyut dalam lautan ilmu di alam maya.

Setiap kali saya menyertai Contest SEO, sudah pasti ada sahaja ujikaji atau percubaan demi percubaan yang telah saya lakukan. Begitu juga sewaktu saya menganjurkan Contest SEO, ada percubaan yang telah saya lakukan untuk membolehkan entri pendaftaran penyertaan berada di page pertama google. Jadi, sehingga sekarang ni saya dah ada 5 ujikaji atau percubaan kesemuanya.

Disebabkan itu, Contest SEO Eridy merupakan ujikaji atau percubaan saya yang ke 6 dalam persaingan untuk berada di page pertama Google. 

Sejarah Hitam Dalam Penganjuran Contest SEO

Berdasarkan sejarah lalu, saya pernah mempunyai satu rekod yang buruk dalam penyertaan dan juga penganjuran Contest SEO sebelum ini. Paling mengecewakan sewaktu saya menganjurkan Contest SEO MyKad Smart Shopper

Bukan setakat entry pendaftaran sahaja gagal berada di Page Pertama Google, malah tiada peserta pun yang berjaya berada di page pertama Google. Sangat mengecewakan. Sehingga saya merasakan Contest SEO MyKad Smart Shopper telah menjadi Contest SEO dalam sejarah yang sangat mengecewakan.. huhuhu :(

Sumber : Klik Di Sini

Kesan daripada kegagalan ini, sebenarnya saya dah rasa agak keberatan untuk menganjurkan atau menyertai mana-mana Contest SEO. Tetapi setelah blog Coretan Anuar terpilih memenangi salah satu hadiah dalam Contest Honeymoon Package To Bali, kekecewaan tersebut sedikit reda.. Syukur Alhamdulillah

Sumber : Klik Di Sini

Hadiah yang berjaya saya menangi tersebut sebenarnya diperuntukkan untuk 3 peserta yang berjaya berada di page pertama Google. Tetapi disebabkan tiada peserta yang berjaya berada di 3 kedudukan teratas tersebut, maka keputusan pemenang ditentukan oleh pihak juri. Dan tak sangka blog saya turut terpilih sebagai salah seorang pemenang. 

Situasi yang berlaku dalam Contest Honeymoon Package To Bali hampir sama seperti situasi yang berlaku dalam Contest SEO MyKad Smart Shopper yang telah saya anjurkan sebelum ini. Tak sangka penganjur contest ini juga mempunyai nasib yang sama seperti saya. Dan terima kasih kerana memilih blog saya sebagai salah seorang pemenang. 

Sejarah Hitam Dalam Penyertaan Contest SEO

Sejarah hitam yang telah saya alami dalam penyertaan Contest SEO pula ketika menyertai 
Contest SEO 10 Blogger  terbaik Malaysia .Entri penyertaan saya sekejap timbul dan sekejap tenggelam. Di saat-saat akhir pertandingan entri saya terus tenggelam, dan tak muncul-muncul lagi selepas itu..

Masa tu saya dah tahu di mana kesilapan saya. Disebabkan terlalu teruja nak dapatkan banyak Keyword, saya telah meletakkan lebih daripada 40 keping gambar pada entri pertandingan. Hasilnya paparan entri tersebut menjadi sangat perlahan, disebabkan terlalu berat/sarat dengan gambar-gambar. Sehingga mendapat teguran oleh penganjur Contest sendiri iaitu Encik Titan

Bila dah kena tegur dengan pihak penganjur, faham-faham jerlah untuk memperbaiki keadaan tersebut. 

Jadi, saya pun buanglah sebahagaian besar gambar-gambar yang terdapat dalam entri penyertaan. Dengan harapan supaya Pak Cik Google dapat memaafkan kesalahan saya.

Walaubagaimanapun nasi sudah menjadi bubur, saya dah cuba berusaha untuk menambat semula hati Pak cik google.. tetapi malangnya Pakcik Google tak nak terima entri penyertaan saya untuk berada di page pertama google... Huhu sedihnya..

Apa nak buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak tindakan inilah padahnya. 


Pengalaman manis sewaktu menyertai dan menganjurkan Contest SEO

i) Ujikaji Pertama ketika menyertai Contest SEO Eyriqaaz Vs Denaihati

Pengalaman paling manis sewaktu menyertai Contest SEO ialah ketika melaksanakan ujikaji pertama dalam Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati. Masa tu saya rasa sangat bersemangat untuk bermain SEO, mungkin disebabkan itu merupakan pengalaman pertama saya berpeluang untuk menguji tahap kemampuan SEO blog Coretan Anuar.. 

Bagi saya contest tersebut sangat meriah dan mencabar di sebabkan membabitkan nama 2 blogger tersohor tanah air.. Kemudian penyertaannya juga sangat memberangsangkan disebabkan ramai blogger ternama tanah air dalam pelbagai latar belakang turut sama mengambil bahagian dalam Contest SEO tersebut. 

Masa mula-mula nak join tu tak fikir nak menang pun.. niat join sekadar suka-suka saja dan dalam masa yang sama nak belajar tentang seo daripada pakar-pakar seo yang mengambil bahagian

Tapi tak sangka pula saya berjaya memenangi tempat kedua dalam Contest SEO tersebut,.. Itupun setelah bertungkus lumus berusaha menulis sehingga 9 entri yang berkaitan dengan contest ini. 


Sumber : Klik Di Sini

Tengok tu bukan senang nak memenangi Contest SEO. Maklumlah blog tak hebat mana pun.. Kalau blog hebat macam Tuan Denaihati, ForBlogger, CikTomEncik Titan, Akma Omar Profhariz, dan lain-lain mungkin mereka hanya perlu menulis satu dua entri sahaja untuk berada di page pertama google.

Kalau blog tak hebat macam saya ni kenalah berusaha lebih kuat sedikit daripada mereka ;)

Antara ujikaji yang saya kira paling berkesan untuk membolehkan saya memenangi Contest tersebut ialah dengan mengadakan mini Contest dalam Contest. Sepanjang menyertai Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati, saya ada membuat dua mini contest iaitu Kuiz Tergempar Eyriqazz Vs Denaihati dan Pertarungan sengit antara Eyriqazz Vs Denaihati. Selain itu, ada lagi strategi lain yang telah saya lakukan, kalau nak tahu boleh bacanya dalam entri bertajuk Rahsia Kejayaan Pemenang Top 5 Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati

Bila difikirkan balik, tidak kesemua strategi/ujikaji yang pernah saya praktikkan sebelum ini menjadi. Ada yang menjadi dan ada yang tidak menjadi, sebab saya pun main try and error sahaja. Jadi, anda boleh baca dan pilih strategi mana yang sesuai untuk anda praktikkan  dalam  Contest SEO Eridy

Siapa tahu mungkin ini strategi terbaik yang boleh anda praktikkan untuk memenangi Contest SEO Eridy


ii) Ujikaji Kedua ketika menganjurkan Contest Blog Paling Popular 2

Pengalaman paling manis menjadi penganjur Contest SEO ialah sewaktu saya menganjurkan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2, iaitu sebaik sahaja selesai mengikuti Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati. 

Syukur ALhamdulillah, pada masa tersebut mungkin tuah bermain seo berpihak kepada saya. Lepas berjaya memenangi tempat kedua Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati, kemudian disusuli pula kejayaan menempatkan entri pendaftaran penyertaan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2 di page pertama google. 


Sumber : Klik Di Sini

Apabila difikirkan secara logik sememangnya itu yang sepatutnya berlaku. Entri Pendaftaran Penyertaan mana-mana Contest SEO sepatutnya boleh berada di page pertama google. Sebab dalam entri pendaftaran penyertaan ada mengandungi keyword tentang SEO yang dipertandingkan, kemudian mendapat banyak back link daripada setiap peserta dan yang paling penting sekali entri tersebut akan menjadi rujukan oleh peserta dan pemerhati.

Tetapi sebenarnya bukannya senang nak memastikan entri pendaftaran penyertaan sesuatu Contest SEO mampu berada di page pertama Googgle. Kegagalan dalam menganjurkan Contest SEO MyKad Smart Shopper menyebabkan saya serik untuk menganjurkan sebarang Contest SEO selepas ini..


Ada kesempatan ke nak join Contest SEO Eridy?

Pada mulanya saya agak keberatan untuk menyertai Contest SEO Eridy ini. Maklumlah saya agak sibuk pada ketika ini dengan urusan kelas sesi Disember 2013 yang baru sahaja bermula. Ditambah pula dengan urusan pembelian aset kerajaan yang belum lagi selesai. Tak sampai sebulan lagi akaun dah nak tutup, tapi masih ada beberapa kontraktor yang belum menyelesaikan job yang diberikan. Huh, sabar jerlah.


Dalam masa yang sama juga, waktu macam nilah audit rajin melawat ke tempat kerja kami. Maklumlah dekat hujung-hujung tahun ini, ada sahaja perkara yang nak di audit. Pihak kementerian nak audit aset, Pihak Sirim nak Audit dokumen. Lepas ni tak tahu audit apa lagi yang akan datang. Harap-harap audit MQA tak datanglah..  hehehe.. Kalau audit MQA datang, lagi banyak kerja nak kena buat.. 

Setakat ini saya belum sempat nak fikir sebarang strategi/ujikaji untuk memenangi Contest SEO Eridy. Dapat siapkan entri Contest SEO Eridy ini pun dah kira bersyukur sangat-sangat. Lega rasanya sempat hantar borang penyertaan. Fuh semangat.. 

Lepas ni kalau ada kesempatan masa, mungkin ada entri sokongan bakal menyusul untuk menyokong entri penyertaan ini. Itupun kalau ada, kalau tak ada masa nak buat macam mana.. Saya tak boleh nak bagi sebarang janji  


Harapan dalam penyertaan Contest SEO Eridy?

Saya sebenarnya tidak menaruh harapan yang tinggi untuk memenangi sebarang hadiah dalam Contest SEO Eridy. Maklumlah contest ini di buat pada hujung tahun, di saat saya agak sibuk dengan pelbagai urusan kerja di pejabat dan urusan keluarga di rumah. Jadi, saya cuma berharap dapat menempatkan diri di page pertama google.com pun dah kira syukur sangat-sangat.

Lagipun bila tengok senarai peserta yang join, kebanyakannya hebat-hebat belaka.. Ramai lagi yang layak untuk memenangi contest ini, berbanding pengalaman saya bermain seo yang baru setahun jagung ini..

Kepada blogger-blogger yang ada kelapangan masa, saya jemput anda untuk menyertai Contest SEO Eridy. Tak rugi pun anda menyertai Contest ini, sebab anda akan dapat mengetahui tahap kemampuan seo anda berbanding peserta yang lain.. Dan dalam masa yang sama dapat dapat menimba pengalaman untuk mempertingkatkan tahap penguasaan seo blog anda.

Menang kalah sememangnya adat pertandingan. Belum cuba belum tahu. Kalau anda takut dikalahkan, sampai bila pun anda tak akan berpeluang untuk menjadi pemenang.. Percayalah.. Dare To Fail.. 

Lekas daftar sebelum Pendaftaran / penyertaan  ditutup pada 11.12.13

Kepada rakan-rakan blogger yang berminat untuk menyertai Contest SEO Eridy berikut merupakan sedikit maklumat yang dapat saya kongsikan tentang contest ini:

Syarat Contest SEO ERIDY
  • Peserta bertandingan atas keyword ” Contest SEO Eridy ” .
  • Entri mengikuti kreativiti tersendiri .
  • Tempoh Contest : 12.12.13 – 30.12.13
  • Pemenang akan ditentukan melalui blog yang berada di kedudukan muka surat pertama carian Google bagi keyword “Contest SEO Eridy” . Carian dibuat di Google.com menggunakan private browsing.

Hadiah Contest SEO Eridy
  • Tempat pertama : RM200 x 1
  • Tempat kedua : RM 100 x 1
  • Tempat ketiga : RM 80 x 1
  • Saguhati : RM 20 x 6

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari blog Eridy

P/S: Saya kagum betul dengan owner blog Eridy ni, sebab walaupun blog masih baru bertapak tetapi dah bersemangat untuk menganjurkan Contest SEO Eridy

66 ulasan:

  1. fuh ada chance monang nih...good luck bro...=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tahulah ada peluang boleh menang ataupun tidak.. Memandangkan para peserta yang menyertai Contest Seo Eridy hebat-hebat belaka..

      Terima kasih di atas sokongan moral yang diberikan...

      Padam
  2. ramai saingan yang hebat-hebat dalam contest nih... good luck semua...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.. Ramai betul saingan dalam Contest SEO Eridy nih.. Good Luck untuk Akuro San juga..

      Padam
  3. Balasan
    1. Semoga berjaya buat suffer8zine juga.. Semoga ada sesutu yang dapat kita pelajari sepanjang menyertai Contest SEO Eridy

      Padam
  4. semoga berjaya kali ini menang tempat pertama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh tuan Mohd Shubhi. Bukan mudah untuk memenangi tempat pertama dalam Contest SEO Eridy .. Dapat berada di page pertama pun kira bersyukur sangat-sangat..

      Padam
  5. cuba aje, memang kalah..tu kiri punya cerita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Oh Cikgu.. Menang kalah adat pertandingan.. Yang peting kita join jer Contest SEO Eridy ini... ;)

      Padam
  6. Yeah cuba sahaja bro sayA pun sudah mula bermuhasabah diri tentang contest ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita onlajer... Kita cuba sahaja mana yang termampu... Semoga onlajer berjaya memenangi salah satu hadiah dalam Contest SEO Eridy ini.. Good Luck..

      Padam
  7. Bro tak rasa macam susah ke nak bersaing bila guna blog dari blogspot? (walaupun pada perkiraan saya, platform blogger lebih mudah nak ranking di search engine google)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Sabree Hussin.. Ada kalanya saya rasa susah untuk bersaing merebut page pertama di enjin carian google dengan menggunakan platform blogspot.. Tetapi saya tetap mencuba dan terus mencuba.. Semoga dalam Contest SEO Eridy ini, saya berjaya meletakkan entri ini di page pertama google...

      Padam
  8. insyAllah boleh menang...cuba sedaya upaya

    http://www.suterablogger.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan... Seperti yang saya tulis dalam entri ini, saya cuba berharap dapat berada di page pertama google dalam Contest SEO Eridy .. ;)

      Padam
  9. Setiap contest seo pasti memiliki kesulitan tersendiri dan bisa dinilai dari jumlah peserta ataupun keyword yang dibidik walau begitu teruslah melangkah sebab tak ada yang tak mungkin. Insya Allah akan jaya dalam contest ini ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Rina.. Bukannya senang untuk memenangi sebuah Contest SEO.. Lebih-lebih lagi dalam Contest SEO Eridy ini, disebabkan para peserta yang menyertai contest ini semuanya hebat-hebat belaka..

      Padam
  10. Wow persaingan semakin sengit...
    saje nak test SEO je..hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu Pendidik2u.. Persaingan Contest SEO Eridy ini semakin sengit.. Saya pun sekadar nak menguji tahap penguasaan seo blog coretan anuar... Supaya tak lupa nak mengasah sedikit kemahiran seo yang saya ketahui...

      Padam
  11. makin ramai makin meriah
    selamat masuk gelanggang, bro

    aku ni masih dalam proses belajar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sememangnya meriah penyertaan dalam Contest SEO Eridy ini.. Tengok dekat google pun dah tahu.. Sekarang ni dah lebih 100,000 result berkenaan contest ini melalui melalui hasil carian google.. Itu yang rasa terpanggil nak join Contest SEO Eridy ini..

      Padam
  12. ada ujikaji ni yg buat aku rasa nak kalah nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takderlah Encik Arman.. Ujikaji main-main jer ni.. Setiap contest seo kena cuba buat sesuatu kelainan, barulah menarik... Untuk Contest SEO Eridy ini, belum tahu lagi apa kelainan yang boleh saya lakukan..

      Padam
  13. Balasan
    1. Terima kasih Cik Amal... Semoga Contest SEO Eridy ini dapat berjalan dengan lancar... ;)

      Padam
  14. akhirnya Tuan join jugak. Tahniah ye. Hehe. Good luck!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kay Killua kerana memberi sokongan moral kepada saya dalam Contest SEO Eridy ini.. ;)

      Padam
  15. good luck bro semoga ujikaji berjaya seadaanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Ohmy.. Harapnya begitulah... Tapi sampai sekarang saya belum ada sebarang idea untuk melaksanakan ujikaji dalam Contest SEO Eridy ini... Awak ada sebarang idea tak? hehehe

      Padam
  16. masih berkira kira nak cuba atau tidak huhu...semoga berjaya bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah Suri.. Manalah tahu Suri boleh menjadi salah seorang pemenang dalam Contest SEO Eridy ini... Bak kaat orang tua-tua.. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu... ;)

      Padam
  17. Balasan
    1. Terima kasih tuan... Semoga tuan juga berjaya memenangi salah satu hadiah dalam Contest SEO Eridy ini..

      Padam
  18. Ulasan yang panjang lebar. Selamat maju jaya bro.

    Saya kalau google.com.my boleh juga nak layan. Ini google.com saya malas nak join :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.. Tak sengaja tertulis panjang lebar... Hmmm betul juga tu... Blog saya pun sebenarnya tak bernasib baik dalam Google.com berbanding google.com.my... Saya cuba juga join Contest SEO Eridy ini, sebab nak tahu tahap kemampuan saya dalam hasil carian di google.com

      Padam
  19. semoga berjaya.kalaua da rezki mana tahu ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Suri di atas sokongan yang diberikan kepada saya dalam Contest SEO Eridy ini.. Betul tu, saya cuba jer.. Manalah tahu ada rezeki saya dalam contest ini...

      Padam
  20. Aduh penatnya baca penulisan saudara Anuar ni.

    Hehehe ..

    Apapun kalau Penganjur tak baca penulisan Cik Anuar sampai habis & tak bagi Tuan Anuar menang sebab artikel ni berkualiti dari segi content tak tahulah nak kata macam mana?

    Apapun,semoga berjaya dalam Contest SEO Eridy ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... Sorry tertulis panjang sangat... Saya harap pun macam tulah.. Semoga penganjur Contest SEO Eridy dapat membaca hasil tulisan saya dari mula sehingga habis... ;)

      Padam
  21. semoga berada di posisi yang pertama nyah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin.. Terima kasih Sabila kerana memberi sokongan kepada saya dalam Contest SEO Eridy ini

      Padam
  22. Nice entry :) Datang BW dari contest yang sama :D

    Jom Terjah : Siapa Sebenarnya Eridy?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Good Luck Bro.. Semoga berjaya memenangi salah satu hadiah dalam Contest SEO Eridy

      Padam
  23. pernah sertai sekali jer dgn Denaihati...

    agak susah nak dptkan di page 1...

    tp sekurang2nya belajar...

    skrg kalu nak joint.. mesti x nak..sbb ramai yg otai2...

    apa2pun kak sumi ucapkan semoga berjaya!!

    http://Sumijelly.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kak Sumi di atas sokongan yang diberikan kepada saya dalam menyertai Contest SEO Eridy ... Betul tu.. Tujuan utama kita menyertai Contest SEO adalah untuk belajar memahami tentang seo itu sendiri...

      Padam
  24. Selamat berujikaji... Hehehe... Sy punya pun dah jauh tepelanting dah sekarang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan kepada blog ini dalam menyertai Contest SEO Eridy .. Samalah kita.. Buat masa ini entri ini juga dah jauh terpelanting... ;)

      Padam
  25. tgk makin ramai yg join...mmg saingan sengit contest kali ni..good luck!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tentu ramai yang menunggu Cik Tom untuk menyertai Contest SEO Eridy ini.. Sebab ramai yang nak belajar dengan Cik Tom cara untuk menguasai SEO.. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan...

      Padam
  26. Good luck bro, tgk pengalaman bro boleh tahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Hairul Hafiz.. Pengalaman saya bermain seo tidak seberapa sebenarnya jika hendak dibandingkan dengan para peserta lain yang lebih expert... Good Luck untuk Hairul Hafiz juga dalam Contest SEO Eridy

      Padam
  27. belum terlibat lagi dengan mana2 contest

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau macam tu, jemputlah kak Siti Rokiah untuk menyertai Contest SEO Eridy .. Manalah tahu ada rezeki akak memenangi salah satu hadiah.. ;)

      Padam
  28. Selamat berjaya bro,semoga blog ni boleh menang

    BalasPadam
  29. dari segi pencapaian..tuan ada peluang untuk menang

    BalasPadam
  30. ada peluang..dont worry..good luck :)
    liniey join juga..skadar mncuba nasib..hehe

    BalasPadam
  31. Good Luck yer, saya dah lama tak join kontest ni.

    BalasPadam
  32. Good luck bro for this Contest SEO Eridy - ramai yang hebat join :)

    BalasPadam
  33. terima kasih atas perkongsia ini bro. maklumat berguna untuk saya dalam mepelajari teknik seo

    BalasPadam
  34. seronok tengok orang pandai SEO ini. Sha tak pandai.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra