Khamis, 21 November 2013

Pemenang Tempat Ke 3 Contest "Honeymoon Package To Bali".. Syukur Alhamdulillah...

with 21 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Pada minggu lepas saya mendapat satu panggilan telefon daripada seorang wanita yang tidak saya kenali.... Suspen juga sebenarnya apabila dapat panggilan telefon daripada orang yang kita tak kenal ni.... Risau... Manalah tahu ada orang dari ejen insurans atau ejen kad kredit menghubungi saya untuk mempromosikan servis mereka.... 

Tetapi.... Mujur pula pemanggil membawa berita gembira kepada saya... Beliau memaklumkan saya berjaya memenangi tempat ke 3 dalam Contest Honeymoon Package To Bali...  Contest yang telah saya sertai pada bulan Ogos yang lalu.... 

Sumber : Klik Di Sini


Sebenarnya saya tak sangka dapat terpilih menjadi salah seorang pemenang Contest ini, memandangkan semua peserta yang menyertai Contest ini hebat-hebat belaka... Lebih-lebih lagi apabila Encik Titan dan Akma Omar yang terkenal sebagai raja Contest dan puteri Contest juga turut sama menyertai Contest ini... 

Biasanya kalau mereka join mana-mana contest, ada sahaja hadiah yang berjaya mereka menangi... Jadi, dalam contest ini pun saya menjangka mereka berdua akan tersenarai sebagai pemenang.... Walaupun saya tahu peluang nak menang sangat tipis, tapi saya tetap join juga contest ini, dengan harapan supaya dapat mempromosikan blog Coretan Anuar secara tidak langsung... ;)

Apabila diumumkan sebagai salah seorang pemenang tempat ke 3, tentulah rasa gembira di hati... Syukur Alhamdulillah.... Sebagai manusia normal tentulah saya rasa gembira apabila terpilih menjadi salah seorang pemenang dalam contest yang kita sertai.... 

Sumber : Klik Di Sini

Tahniah saya ucapkan kepada para pemenang yang lain... Terima kasih saya ucapkan kepada iluvtour.com kerana sudi menganjurkan Contest ini.... Dan terima kasih saya ucapkan kepada Tareeq Al-Jannah kerana sudi menjadi penaja Contest ini...  


Apabila rakan-rakan sepejabat saya tahu saya menjadi salah seorang pemenang Contest Honeymoon Package To Bali ... Mereka menyangka saya berjaya memenangi Package percutian ke Bali... hehehe...

Sebenarnya saya hanya memenangi hadiah di tempat ke 3 sahaja.... Hadiahnya berupa rebat tunai RM200 untuk pergi melancong ke semua destinasi pelancongan yang diwarkan oleh Tareeq Al-Jannah.

Hmmm... Bilalah agaknya saya dapat gunakan hadiah kemenangan ini... Nak pergi bawa keluarga pergi melancong memang menarik... Tapi masalahnya pada ketika ini saya baru sahaja mendapat anak ke 3... Dan isteri saya masih cuti berpantang, sedangkan saya pula tak boleh nak bercuti disebabkan dalam pemangkuan kenaikan pangkat DH44... 

Jadi, tak dapatlah nak gunakan hadiah tersebut dalam masa terdekat ini... Sekiranya boleh, diharapkan pihak penganjur dapat menukarkan hadiah tersebut kepada wang tunai... Kalau bolehlah... Kalau tak boleh tak apa, mungkin bukan rezeki saya.... ;) 




21 ulasan:

  1. Tahniah! Tak semua bernasib baik boleh menang hadiah macam ni :-)

    BalasPadam
  2. Hadiah dah best, tapi timing pulak yang tak kena. Takpe la, kalau boleh convert ke wang tunai kira orait la jugak yer. Hehe

    BalasPadam
  3. cuba masuk dari domain utama. aku rasa ada something wrong kat blog aku.

    BalasPadam
  4. tahniah!! aah wife br lepas bersalin..xsesuai nk gi jln2...try runding dgn pihak sponsor..

    BalasPadam
  5. Tahniah! walaupun tempat ketiga pun ok jugak tuh..

    BalasPadam
  6. Tahniah! bro..bukan senang nak dapat dalam top 3 tu.

    BalasPadam
  7. tahniah bro. rezeki berganda ni, lepas dikurniakan anak.

    BalasPadam
  8. tahniah bari saya tahu dalam diam-diam blog ini ada rezki tau..yeh ;)

    BalasPadam
  9. Hehe..tahniah bro..memang rezeki berpihak kepada bro lah tu..hehe

    BalasPadam
  10. Mungkon belum rejekinya, mudah-mudahan lain kali akan mendapat rekjeki dari tempat yang lain

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra