Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Syukur Alhamdulillah..
Semalam (24 Oktober 2026), Saya berpeluang berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang kecerdasan buatan (AI)... khususnya untuk membina Bahan PDP Digital Dan Gamifasi Melalui AI, bersama peserta kursus (cikgu-cikgu sekolah SK Seri Makmur) yang ingin meningkatkan kemahiran digital mereka.
Poster Bengkel yang disediakan oleh pihak urusetia.. Cantikkan poster ni..
Bengkel Gemini: Membina Bahan PDP Digital Dan Gamifasi Melalui AI di SK Seri Makmur, Sungai Besar Selangor
- Tarikh : 24 Oktober 2026
- Tempat : SK Seri Makmur, Sungai Besar Selangor
- Bil Peserta : 60 orang guru Sk Seri Makmur
Pengisian Program
24 Oktober 2026
Slot 1 — Pengenalan AI dalam PdP
Slot 2 — Demonstrasi Gemini untuk bahan PdP
Slot 3 — Aktiviti amali Cabaran Cipta Bahan PdP digital
- Pengenalan Gemini dan potensi AI dalam pendidikan.
- Contoh penggunaan AI oleh guru.
- Penerangan hasil akhir bengkel.
Slot 2 — Demonstrasi Gemini untuk bahan PdP
- Teknik membina prompt.
- Menjana nota, lembaran kerja dan soalan.
- Menyemak serta menambah baik output AI.
Slot 3 — Aktiviti amali Cabaran Cipta Bahan PdP digital
- Peserta menghasilkan bahan mengikut mata pelajaran sendiri.
- Semakan hasil menggunakan senarai semak.
Tugasan peserta:
Slot 4 — Demonstrasi gamifikasi menggunakan AI
Slot 5 — Cabaran amali gamifikasi (Cabaran Guru Kreatif)
Slot 6 — Perkongsian, penilaian dan penutup
- Pilih satu mata pelajaran dan satu topik.
- Gunakan Prompt yang disediakan untuk menjana bahan pembelajaran.
- Pilih satu hasil untuk dikemaskan menjadi nota, lembaran kerja atau kuiz.
- Semak sekurang-kurangnya tiga jawapan atau fakta.
- Hasil: Satu bahan PdP digital yang sedia disemak untuk digunakan.
Slot 4 — Demonstrasi gamifikasi menggunakan AI
- Konsep permainan pendidikan.
- Menjana soalan dan peraturan dengan Gemini.
- Membina kuiz menggunakan platform tambahan.
Slot 5 — Cabaran amali gamifikasi (Cabaran Guru Kreatif)
- Peserta membina kuiz atau permainan mini yang interaktif.
- Menguji soalan, jawapan dan skor.
- Gunakan soalan daripada Aktiviti A.
- Jana sepuluh hingga dua puluh soalan menggunakan Prompt yang disediakan.
- Hasilkan pelbagai jenis soalan seperti objektif, padanan, isi tempat kosong, Drag and drop, dan lain-lain.
- Uji permainan dan semak jawapan serta markah.
- Hasil: Satu prototaip permainan kuiz pendidikan.
Slot 6 — Perkongsian, penilaian dan penutup
- Demonstrasi ringkas hasil peserta.
- Refleksi dan penilaian hasil.
- Rumusan penggunaan AI secara bertanggungjawab.
Sesi pengenalan diri
Mengapa AI Penting untuk Pendidik?
Anak-anak generasi Z ni dah terdedah dengan gadjet sejak dari usia kecil lagi. Mungkin ada yang dari baby lagi, ibu dan ayah dah biasakan mereka dengan gadjet untuk mententeramkan mereka dari menangis.
Ada ibu bapa yang nak menidurkan anak-anak dengan gadjet..
Nak bagi anak-anak ketawa dengan gadjet..
Ada ibu bapa yang nak menidurkan anak-anak dengan gadjet..
Nak bagi anak-anak ketawa dengan gadjet..
Nak bagi anak-anak rasa terhibur dengan gadjet di saat ibu dan bapa sibuk bekerja..
Bila anak-anak berada di sekolah, mereka melalui sesi PDP secara face to face..
Guru mengajar di hadapan dengan sumber PDP sedia ada yang disediakan di sekolah seperti White Board, LCD Projector (sekiranya ada) dan lain-lain.
Guru mengajar di hadapan dengan sumber PDP sedia ada yang disediakan di sekolah seperti White Board, LCD Projector (sekiranya ada) dan lain-lain.
Masalah PDP yang boleh diselesaikan dengan Bantuan AI
Untuk mempelbagaikan bahan PDP, supaya dapat menarik fokus dan tumpuan para pelajar.. sekali-sekali perlu juga menggunakan bahan-bahan PDP yang bersifat interaktif yang dapat disediakan dengan bantuan AI... seperti:
- Slide powerpoint yang menarik
- Poster/infografik pembelajaran yang menarik
- Mindmap yang menarik
- Penceritaan dalam bentuk video atau audio yang menarik
- Game yang interaktif
- dan lain-lain
Di sinilah AI boleh membantu.
AI boleh digunakan untuk menghasilkan bahan-bahan PDP yang menarik...
Walau bagaimanapun, AI bukanlah pengganti kemahiran dan pengalaman manusia. Sebaliknya, AI bertindak sebagai pembantu yang membolehkan kita bekerja dengan lebih cekap dan meneroka idea baharu.
AI boleh digunakan untuk menghasilkan bahan-bahan PDP yang menarik
Hasil yang dijana AI juga perlu disemak sebelum diterbitkan, khususnya dari segi:
- Objektif pembelajaran
- Sukatan pelajar berdasarkan silibius yang dikeluarkan oleh KPM
- dari segi ejaan
- Dari segi maklumat yang disampaikan mengikut tahap umur pelajar
- memenuhi aras kesukaran yang ingin diukur
- atau hubungan dan ketepatan visual.
Matlamatnya bukan sekadar menghasilkan bahan PDP yang cantik, menarik dan interaktif tetapi menghasilkan bahan PDP yang dapat membantu pelajar menguasai topik yang diajar dengan lebih mudah dan efektif.
Suasana Pembelajaran: Bukan Sekadar Mendengar, Tetapi Terus Mencuba
Salah satu perkara yang saya tekankan dalam sesi latihan ialah kepentingan pembelajaran secara praktikal.
Peserta bukan sekadar melihat slaid pembentangan. Mereka turut menggunakan komputer/tablet untuk mencuba arahan AI, meneroka idea kandungan dan menghasilkan bahan pembelajaran mereka sendiri.
Melalui pendekatan amali, peserta dapat melihat sendiri bagaimana arahan yang diberikan kepada AI mempengaruhi hasil yang dijana.
Jika hasil pertama belum memuaskan, arahan boleh diperbaiki. Jika slide pembelajaran atau game interektif yang dihasilkan tidak memenuhi objektif pembelajaran, kita boleh meminta AI mengubah susunan kandungan.
Proses ini mengajar kita bahawa penghasilan bahan PDP menggunakan AI bukan sekadar menekan satu butang dan mengharapkan hasil yang sempurna.
Sebaliknya, kita perlu belajar memberikan arahan, menilai hasil dan membuat penambahbaikan.
AI Boleh Membantu, Tetapi Idea dan Kreativiti Tetap Penting
Satu perkara yang ingin saya tekankan ialah penggunaan AI tidak bermaksud kita boleh menyerahkan semua keputusan kepada teknologi.
Kita masih perlu memahami pelajar, mengenali kelebihan bahan PDP yang dihasilkan dan memastikan maklumat yang disampaikan adalah benar.
Pada pandangan saya, gabungan kemahiran tradisional dengan teknologi moden merupakan satu pendekatan yang sangat berpotensi. Kemahiran PDP di salam kelas sangat bernilai untuk membentuk pelajar, manakala AI membuka ruang baharu untuk menarik minat dan fokus pelajar untuk menguasai subjek yang diajar.
Mahu Belajar Menghasilkan Bahan PDP Menggunakan AI?
Bagi mereka yang berminat untuk meneroka penggunaan AI dalam menghasilkan bahan PDP, saya turut berkongsi bahan pembelajaran melalui kumpulan Telegram AI dan Pemasaran.
Dalam kumpulan ini, anda boleh mendapatkan maklumat dan bahan berkaitan AI yang dikongsikan, termasuk slaid kursus yang tersedia secara percuma.
Sertai kumpulan Telegram AI dan Pemasaran di sini:
Anda boleh mula belajar secara berperingkat, daripada memahami cara memberikan arahan kepada ChatGPT/Gemini, menghasilkan idea bahan PDP yang menarik, sehinggalah merancang video promosi menggunakan AI.
Tidak perlu menunggu sehingga menjadi pakar untuk mula belajar. Mulakan dengan satu slide, satu poster/infografik dan satu game interaktif . Kemudian, perbaiki hasilnya berdasarkan maklum balas dan respons pelajar.
Kesimpulan: Kemahiran, Teknologi dan Keberanian untuk Mencuba
Pengalaman mengendalikan Bengkel Gemini: Membina Bahan PDP Digital Dan Gamifasi Melalui AI ini mengingatkan saya bahawa teknologi hanya akan benar-benar bermanfaat apabila kita menggunakannya untuk menyelesaikan masalah sebenar.
Kita tidak perlu meninggalkan kemahiran yang telah dipelajari selama ini. Sebaliknya, kita boleh menggabungkan pengalaman sedia ada dengan teknologi baharu supaya kemahiran tersebut terus relevan dan mempunyai nilai ekonomi.
Berikut saya kongsikan gambar-gambar semasa bengkel tersebut.
Mohon maaf di atas Segala kekurangan Dan kelemahan Dari saya..
Akhir kata, Terima kasih saya ucapkan kepada Cikgu Nurnazmi selaku urusetia program ini kerana telah memberi peluang dan kepercayaan kepada saya untuk berkongsi sedikit info dan pengalaman..
Terima kasih juga kepada semua peserta yang memberikan kerjasama sepanjang sesi latihan. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dalam kehidupan, pekerjaan dan usaha untuk menyampakan ilmu kepada pelajar masing-masing.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan perkongsian yang telah saya sampaikan...
Boleh muat turun slide Bengkel Gemini: Membina Bahan PDP Digital Dan Gamifasi Melalui AI dengan klik pada botton di bawah:
Semoga bermanfaat..
Info berkaitan:
- Dari Kemahiran Menjahit ke Pemasaran Digital: Belajar Menghasilkan Poster dan Video Promosi Menggunakan AI
- 888 peserta mendaftar Kursus Hasilkan Video AI Express : Siap Video AI dalam Masa 1 Jam sempena Minggu national Traning Week 2026
- Mentor Inkubator Keusahawanan Digital PSIS
- Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) Skala 2026, anjuran SME Corp. Malaysia
- KURSUS ASAS PENERBITAN BUKU DIGITAL DI INSTUN TANJUNG MALIM PERAK
- Selamat Hari Pekerja 2026 dan 3 Berita Gembira Sempena Hari Pekerja...
- Carta Ebook Terlaris Mac 2026
- Rahsia Buat Duit Dengan Buku Digital
- Untung Bisnes Online 100% dengan Onpay
- Top 10 Best-seller Jan 2026
- Bagaimana BANKRAP menjadikan aku kaya?














0 Ulasan