Jumaat, 4 Oktober 2013

10 Entri Popular Blog Coretan Anuar – September 2013

with 11 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Tanpa banyak bicara, bersama ini disenaraikan 10 entri terbaik blog Coretan Anuar bagi bulan September 2013... 

1) Malindo Air, Mas Dan Air Asia


Tak sanga entri simple macam ini, ramai orang yang sudi baca... Tentang pengalaman pertama Naik penerbangan Malindo Air... Tapi belum sempat lagi nak menulis pengalaman tersebut selengkapnya, dek kerana kekangan masa... 



2) Harga Minyak Naik 20 sen, Harga Ayam Goreng Naik 50 sen



Disebabkan isu kenaikan harga minyak dan juga isu kenaikan harga barang... Mungkin menjadi penyebab kenapa entri ini mampu berada di kedudukan kedua popular bagi bulan September 2013...  Erk... Siapa dekat sini suka makan Ayam Goreng ala-ala Uncle Bob ini, pasti agak terasa dengan kenaikan harga minyak... ;)

3) Aktiviti Menarik pada 22 dan 23 September 2013

Tanpa diduga entri ini tersenarai di tangga ke 3 dalam senarai 10 entri Popular Blog Coretan Anuar... Ada juga orang berminat nak tahu aktiviti menarik yang ingin saya sertai walaupun saya ni hanya manusia biasa... ;)


4) Pemenang Tidak Rasmi Contest SEO MyKad Smart Shopper


Entri ini sudah pasti dinanti-nantikan oleh para peserta Contest SEO MyKad Smart Shopper...  Ialah dah masuk contest, pasti mereka nak tahu siapa yang berjaya memenangi Contest tersebut...  Tapi ini baru keputusan tidak rasmi, disebabkan tiada peserta yang berjaya berada di page pertama Google... 

5) WW : Alpaht untuk dijual pada harga RM40K... Mahal ke?


Entri ini berjaya menarik perhatian ramai pembaca, sebaik sahaja hari pertama ianya dipublishkan... Anda pun tentu dapat mengagak, apa sebabnya?... Walaupun ejaan Alphat tu salah, tetapi tetap berjaya menarik perhatian pembaca... 

Bagi peminat kereta sudah semestinya mereka tahu nilai harga bagi sebuah kereta Toyota Alphat, walaupun kereta tersebut merupakan sebuah kereta terpakai.. Kalaulah betul ada orang nak jual kereta Alphat pada harga RM40K, sudah tentu saya nak beli dulu... Tak perlulah saya nak iklankannya di blog ini... ;) 

6) Hobi Terbaru Isteri Saya... Cantik tak? (Bahagian 19)


Antara entri bersiri yang terdapat di blog ini... Semakin hari, entri bersiri ini semakin diminati... Mungkin disebabkan ada pembaca blog ini yang ternanti-nanti, apa hasil kreativiti isteri saya yang seterusnya dalam memuaskan hati pelanggan beliau... 

Maklumlah nak hadiahkan sesuatu yang istimewa kepada si dia... Kenalah hadiahkan sesuatu yang cantik, menarik dan unik yang sukar untuk didapati di tempat lain.... Istimewa hanya Untukmu...  

7) Seminar SPM Didik Berita Harian Daerah Sabak Bernam 2013 di PSIS


Seminar SPM Didik Berita Harian antara program CSR yang dijalankan oleh Politeknik Sultan Idris Shah... Terima kasih diucapkan kepada Berita Harian kerana sekali lagi memberi kepercayaan kepada kami untuk menganjurkan seminar ini...  Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Tabung Haji kerana sudi menaja sepenuhnya Seminar ini yang kebetulan diadakan pada hari Pertama Jemaah haji berangkat ke Tanah Suci Mekah...

8) Pendapatan RM20K Sebulan dengan menjadi ejen Affiliate

Tak sangka entri ini turut tersenarai dalam 10 entri popular blog Coretan Anuar... Rupanya ramai juga yang berminat nak tahu cara menjana pendapatan yang lumayan melalui Affiliate... ;)

9) Pemenang Rasmi Contest SEO MyKad Smart Shopper

Entri ini tidak sepopular entri Pemenang Tidak Rasmi Contest SEO MyKad Smart Shopper... Mungkin disebabkan kebanyakan peserta contest ini, sudah dapat mengagak, siapa pemenangnya... Walaubagaimanapun entri ini tetap berjaya tersenarai dalam 10 entri popular blog Coretan Anuar bagi bulan September 2013...

10) Pelanjutan waktu perkhidmatan Kaunter serta Hotline PTPTN sempena tarikh akhir pemberian insentif Diskaun 20% Pembayaran Balik Pinjaman

Hahaha... Walaupun entri copy and paste dari email, tetapi ramai juga yang sudi membacanya... Sebenarnya teringin nak buat entri tentang tarikh akhir dapat diskaun 20% bayaran balik pinjaman PTPTN ini... Tapi, masa begitu mencemburui saya... Copy and Paste pun jadilah, sekurang-kurangnya dapat menyebarkan info yang bermanfaat ini kepada rakyat Malaysia yang memerlukannya...  

Entri yang saya senaraikan di atas, merupakan entri popular Blog Coretan Anuar yang dihasilkan pada bulan September 2013 sahaja... Kalau nak ikutkan statistik bilangan Pageview yang diperolehi pada bulan September 2013, ada entri-entri dulu yang lebih popular berbanding entri-entri tersebut... 

Walaubagaimanapun saya ucapkan terima kasih kepada pengunjung yang sudi singgah ke blog ini... Diharap rajin-rajinlah singgah ke blog ini selalu... ;)

11 ulasan:

  1. No satu memang org cari, nak tau macam mana servisnya

    BalasPadam
  2. saya suka entri yang pertama tu memang simple n terbaik :)

    BalasPadam
  3. Alpaht untuk dijual pun ada... Ada org beli tak? ha ha..

    BalasPadam
  4. Entri pasal kapal terbang memang ada peminatnya sendiri. Macam kat Malaysia ni, sebenarnya masih ramai lagi yang tak pernah naik flight, dan diorang ni memang nak sangat tau macam mana rasanya bila naik flight :-)

    BalasPadam
  5. yang kita sangka popular kecundang, yang tak kita sangka jadi popular. teruskan menulis bro :)

    BalasPadam
  6. boleh buka apa juga tajuk sebab semua akan ada yang mencarinya

    BalasPadam
  7. nanti kalau dah free jangan lupa share pengalaman naik Malindo Air tuh yer...;)

    BalasPadam
  8. Entri pengalaman naik malindo air tu kira SEO jugak tu.. Memang semua orang nak cari.

    BalasPadam
  9. Nampaknya ramai yang search pasal malindo kot..hehe..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra