Rabu, 25 September 2013

PELANJUTAN WAKTU PERKHIDMATAN KAUNTER SERTA HOTLINE PTPTN SEMPENA TARIKH AKHIR PEMBERIAN INSENTIF DISKAUN 20% BAYARAN BALIK PEMBIAYAAN

with 4 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan Pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 28 September 2012, peminjam PTPTN yang membuat penyelesaian hutang pinjaman / pembiayaan PTPTN sekaligus dalam tempoh 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013 layak untuk mendapat diskaun 20% atas baki hutang semasa pada masa penyelesaian hutang pinjaman / pembiayaan dilakukan.

Bagi memudahkan para peminjam PTPTN melaksanakan bayaran balik pembiayaan dan menikmati pemberian insentif diskaun 20 peratus sekiranya menyelesaikan hutang secara sekali gus selewat-lewatnya pada 30 September 2013, waktu operasi bagi perkhidmatan kaunter untuk semua Pejabat PTPTN Negeri dan One Stop Center KL Sentral akan dilanjutkan mulai 21 September 2013 hingga 30 September 2013. Sementara itu, perkhidmatan kaunter di mana-mana Pejabat Cawangan PTPTN di UTC adalah kekal seperti biasa.

Waktu operasi perkhidmatan kaunter PTPTN yang baru adalah seperti berikut:

Tarikh:
21 – 30 September 2013

Waktu Operasi :  

Isnin - Jumaat
8.30 pagi - 6.00 petang
(Waktu Rehat Jumaat : 12.15 tengahari - 2.45 petang)

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
9.00 pagi - 6.00 petang

Talian Hotline
8.00 pagi - 6.00 petang (Isnin - Jumaat)

9.00 pagi - 6.00 petang (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)

Sumber : Klik Di Sini

P/s: Kepada sesiapa yang nak dapatkan Insentif Diskaun 20% Bayaran Balik Pembiayaan PTPTN, bolehlah membayarnya dengan kadar segera sebelum 30 September 2013... 

4 ulasan:

  1. berita baik nih buat semua peminjam PTPTN...

    BalasPadam
  2. Tak mampu nak bayar sekaligus.. Bayar tiap2 bulan je skrg ni.

    BalasPadam
  3. Emm kalau sikit dah lama saya bayr sekaligus..ni banyak..tak mampu sangat..haha

    BalasPadam
  4. Ӏ enjoy what you guys are up too. This sortt of cleveг work and coverage!

    Keep up thе amɑƶing worms giys I've included yoս guys to my own blogroll.



    my homepage ... buy instagram likes fast

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra