Rabu, 4 September 2013

Harga Minyak Naik 20 sen, Harga Ayam Goreng Naik 50 sen...

with 10 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada setiap hari Rabu... seperti biasa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumah, saya akan singgah di Pekan Rabu untuk membeli juadah makan malam...

Maklumlah suami dan isteri sama-sama bekerja, jadi ada kalanya tak larat nak masak makan malam... Nak memudahkan kerja, beli sahaja sedikit lauk dan kemudian masak nasi... Habis cerita..  Dapat menjimatkan masa memasak dan dapat meluangkan masa bersama anak-anak dan mengunjungi surau di hadapan rumah saya.. ;)

Sampai sahaja di Pekan Rabu, saya terjumpa dengan rakan sekerja di Politeknik, tetapi bekerja di Jabatan akademik yang berlainan... Pada ketika itu, beliau telah selesai berbelanja dan sedang menghidupkan enjin kereta untuk memandu pulang ke rumah...


Anuar : "Assalamualaikum... Encik Nizam, dah selesai memborong ker?"

Encik Nizam : "Waalaikumsalam... Tak boleh nak memborong sekarang ni, kena berjimat cermat sebab harga minyak dah mahal dah"

Anuar : "Kena catu sedikit Budget lah macam ni"

Encik Nizam : "Macam tulah nampak gayanya.. hehehe"

Sambil berlalu pergi, dalam hati saya berbisik... Sekarang ni semua orang terus memperkatakan tentang kenaikan harga minyak... Dekat Office, Dekat Facebook, Dekat WhatsApp, masih rancak membincangkan tentang kenaikan harga minyak.. Lepas ni mungkin produk-produk penjimatan minyak yang terbukti berkesan akan laris di jual di pasaran... Atau nak lebih jimat lagi, tukar kereta anda menggunakan bahan api NGV.. Confirm boleh jimat kos penggunaan bahan api... 

Apabila mengenangkan keadaan ini, nampak gayanya saya kena berusaha dengan lebih gigih lagi supaya tidak perlu mencatu makanan kami seharian semata-mata untuk menampung kos kenaikan harga minya kereta... Diharap ada rezeki tambahan melalui JomNiaga atau JobDirumah macam Encik Titan... 

Apabila rezeki bertambah, In Shaa Allah tak akan terasa sangat dengan bahang kenaikan harga minyak yang sedang melanda negara pada ketika ini... Itulah azam saya... Terus berfikiran positif dengan menjadikan kenaikan harga minyak sebagai satu cabaran untuk lebih berjaya pada masa akan datang... 

Ok... Berbalik semula cerita di Pasar Rabu.... 

Antara makanan yang biasa kami beli di Pasar Rabu ialah Ayam Goreng... Biasanya Ayam Goreng ni saya beli pada harga RM5.50 seketul... Cukuplah untuk hidangan makan malam kami 4 beranak, ditambah dengan beberapa makanan pelengkap yang lain...

Ayam Goreng.. Dulu RM5.50 seketul, kini RM6.00 seketul

Anuar :"Abang, beli ayam Goreng satu"

Penjual : "Ok, dah siap"

Anuar :"Berapa harganya?"

Penjual : "RM6.00"

Setelah membayar harga yang ditetapkan, saya pun berlalu pergi sambil berbisik di dalam hati... "Tak sangka.. besar betul kesan kenaikan harga minyak"... Ayam goreng yang sebelum ini berharga RM5.50 seketul telah bertukar menjadi RM6.00 seketul... Nampak gayanya lepas ni semakin tinggilah kadar inflasi di negara kita... 

Ya.. Betul.. Kesan kenaikan harga minyak akan mempengaruhi penjual untuk menaikkan barang dagangan mereka... Mungkin ada sebahagian daripada mereka (peniaga) sengaja mengambil kesempatan... Atau ada juga sebahagian peniaga "terpaksa menaikkan harga" , disebabkan kos bahan mentah yang mereka perolehi daripada pembekal semakin meningkat... 

Jadi, sukar untuk kita membuat tuduhan atau andaian yang tidak berasas... Jadi, apabila ada peniaga yang menaikkan harga barang, terima sajalah... kalau nak juga beli barang tu , terus bayar...  kalau rasa mahal, tak usah beli...  

Antara andaian yang dapat saya buat, kenapa harga Ayam Goreng tersebut meningkat sebanyak 50 sen

"Pembekal menggunakan minyak kereta untuk menghantar barang kepada peniaga..  peniaga juga menggunakan minyak kereta untuk membawa barang dagangan ke Pasar Rabu... Apabila harga petrol naik, kos pengangkutan pastinya akan bertambah.. Dan pembeli yang perlu menanggung kos kenaikan harga petrol tersebut... "

Tak kisahlah kereta jenis apa yang dinaiki oleh Pembekal dan peniaga... Tetapi kos harga minyak untuk perniagaan, tetap perlu di bayar oleh pembeli...  Itulah hakikatnya..


Senarai Anggaran Harga Minyak Bagi Setiap Tangki Penuh Kereta...

Apabila mengenangkan keadaan ini, saya juga perlu berusaha mencari dana bagi menampung kos kenaikan harga minyak kereta saya... Maklumlah saya ni bukan seorang peniaga... saya hanya bekerja makan gaji sahaja... Cukup bulan saya hanya menerima gaji daripada majikan, dan hanya akan mendapat kenaikan gaji setahun sekali...

Antara inisiatif yang dapat saya lakukan untuk menambahkan pendapatan ialah melalui perniagaan Tanpa Modal...  Jom kita beramai-ramai berniaga tanpa modal dengan Kos Perniagaan PERCUMA dengan mendaftar di laman web berikut:

P/s: Daripada terus merintih tentang kenaikan harga minyak dan mengharap subsidi kerajaan, lebih baik kita berusaha untuk memajukan diri sendiri.. Ingat, rezeki datangnya daripada Allah S.W.T, dan bukan daripada belas ikhsan sesama manusia...

10 ulasan:

  1. Harga barang dah naik dah? cepatnya

    BalasPadam
  2. Harga ayam yg rm5.50 ke rm6 tue.. kat umah aku, masa bula puasa dah naik...
    Minta2 lepas minya naik, dia tak naikkan..

    BalasPadam
  3. Barang pengguna tak boleh dielakkan dah kenaikkannya, sbb mereka pun pengguna gak. Mereka pun nak kena guna duit yang sama untuk beli barang keperluan mereka. Yang jadi mangsa ialah mereka yang bukan dalam bidang ini, hanya makan gaji.

    BalasPadam
  4. Haha..apa boleh buat bro..kita sebagai rakyat yang prohatin dan sayangkan pemimpin, kena usaha kot lain lah..mereka lebih mengetahui nya.kan bro..hehe

    BalasPadam
  5. Pelik bila dalam berita mereka war-warkan kesai kenaikan harga barangan akibat kenaikan harga minyak ini hanyalah 0.01% ...? macam mana dia orang kira agaknya!

    BalasPadam
  6. Peniaga memang suka mengambil kesempatan.

    BalasPadam
  7. nanti bulan puasa tahun depan agak-agak berapa harga ayam goreng di bazar ramadhan?

    BalasPadam
  8. kalau sedap, aku tak kesah sangat. hehe..

    BalasPadam
  9. masak ayam goreng kat rumah, ok juga.. sekali sekal tak efek sgt kot..

    dalam hal ni, peniaga kena jujur lah, time minyak naik, dia naik harga. time minyak turun, tak de pulak dia nak turun harga..

    BalasPadam
  10. sangat besar kesannya naik satu efek kepada semua barangan

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra