Sabtu, 14 September 2013

Seminar SPM Didik Berita Harian Daerah Sabak Bernam 2013 di PSIS

with 5 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya pada 7 September 2013, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah berjaya menganjurkan Seminar SPM Didik Berita Harian di Dewan Syarahan Utama, PSIS... 


Seminar SPM Didik Berita Harian pada kali ini ditaja sepenuhnya oleh pihak Tabung Haji, melalui program Kelab TAHA... Terima kasih diucapkan kepada pihak Tabung Haji kerana sudi menaja sepenuhnya seminar SPM Berita Harian ini, untuk tajaan seramai 280 orang peserta di sekitar Daerah Sabak Bernam... 

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Didik Berita Harian kerana sekali lagi memberi kepercayaan kepada kami untuk menganjurkan program Didik Didik Berita Harian bagi Daerah Sabak Bernam, Selangor ... 

Pada tahun ini, Alhamdulillah...  kami mendapat tawaran yang lengkap untuk menganjurkan program didik Berita Harian bagi ketiga-tiga peringkat peperiksaan iaitu:
Walaubagaimanapun kami terpaksa menolak tawaran untuk menganjurkan klinik PMR Didik Berita Harian, disebabkan tarikh yang ditawarkan kepada kami untuk menganjurkan program tersebut jatuh pada 31 Ogos 2013... iaitu tarikh rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan... Pada ketika itu, kebanyakan staf kami memanfaatkan masa tersebut untuk bercuti bersama keluarga.... Jadi, saya memohon maaf kepada pihak Berita Hari kerana kami terpaksa menolak tawaran tersebut... Diharap permohonan maaf kami diterima...    

Kemudian pada minggu berikutnya (7 September) pula mendapat tawaran untuk menganjurkan seminar SPM Didik Berita Harian... Jadi, rakan-rakan saya bersetuju untuk menganjurkan Seminar SPM Berita Harian.. Lagipun seminar ini mendapat tajaan sepenuhnya daripada pihak Tabung haji, yang pastinya lebih memudahkan urusan kami.. ;)


Baiklah... Nak cerita sikit tentang pengalaman menganjurkan Seminar SPM Didik Berita Harian Daerah Sabak Bernam...

Bermula pada jam 6.20 pagi saya bertolak dari rumah saya menuju ke PSIS.. Semasa saya sampai di PSIS, 3 buah bas telah pun menunggu, dan 2 buah bas telah pun bergerak ke destinasi yang dituju untuk mengambil para peserta seminar ini... Terdapat 5 sekolah Menengah di sekitar Daerah Sabak Bernam yang menyertai seminar ini iaitu Sekolah Sungai Haji Dorani (41 Pelajar), SMK Tengku Ampuan Jemaah (26 Pelajar), SMK Sungai Besar (86 Pelajar), SMK Batu 38 (38 Pelajar) dan SAM Mohammadiah (65 Pelajar)... 

Saya bersama dua orang rakan dan dua orang pelajar ditugaskan untuk mengambil peserta dari  SMK Sungai Besar dengan menaiki dua buah bas... Sebuah bas milik Politeknik (PSIS) dan sebuah bas lagi milik Istitut Perakaunan Negara (IPN)


Pertama kali saya sampai di SMK Sungai Besar.. Walaupun dah lebih 2 tahun menetap di Sabak Bernam..

Memerhati para peserta menaiki bas.. 

Kedua-dua bas ini dipenuhi penumpang sehingga kesemua "konduktor" bas terpaksa berdiri...

Pada asalnya jangkaan bilangan peserta adalah sermai 280 orang.. Tetapi bilangan peserta yang datang cuma 227 orang... Tetapi program tetap diteruskan dengan jayanya... 

Jadual Seminar SPM Didik Berita Harian anjuran Kelab TAHA, Tabung Haji..

Saya sempat berada di dalam dewan ketika Seminar Bahasa Melayu diadakan.. Selepas itu, macam Chipsmore... Sekejap ada, sekejap tiada... 

Para peserta sedang tekun mendengar seminar yang disampaikan oleh Guru pakar Bahasa Melayu...

Antara ilmu yang berjaya saya perolehi melalui guru pakar Bahasa Melayu ini ialah:

1) Gunakan Bahasa Melayu yang betul dalam kehidupan seharian kita
2) Bahasa SMS merosakkan martabat Bahasa Melayu (Nasib baiklah penceramah ini tidak pernah membaca blog saya)
3) Jangan gunakan ayat ringkas sewaktu bercakap... Contohnya... 
  •      Pelajar : "Cikgu, Tandas"
  •      Cikgu   : "Ya"
  •    (Disebabkan terlalu banyak dialog tersebut digunakan di dalam kelas, silap hari bulan, cikgu betul-betul jadi tandas)

4) Banyak ayat Dalam Surat Khabar yang di kenal pasti mempunyai kesalahan dari segi Tatabahasa
5) Dan lain-lain

Sekiranya ada sesiapa berminat nak dapatkan senarai tajuk karangan SPM yang disyorkan  untuk diulangkaji oleh penceramah seminar ini, bolehlah menghubungi saya... ada 15 tajuk kesemuanya... Pada tahun lepas, beliau mengesyorkan para peserta seminar membuat ulangkaji terhadap 16 tajuk... 3 daripadanya keluar dalam peperiksaan SPM sebenar... ;)

Acara Perasmian dan Penutup diadakan pada pukul 4.30 Petang..

Semasa menganjurkan Klinik UPSR Didik UPSR Berita Harian sebelum ini, saya kena duduk di kerusi hadapan bersama VIP yang hadir... Masa tu maklumlah saya kena jadi ketua untuk program tersebut... Jadi, kenalah berprotokol sedikit, sehingga majlis selesai...  

Tapi untuk seminar SPM pada kali ini, saya kena turun pangkat sikit.. Saya tidak perlu lagi berprotokol di dalam dewan... Bolehlah duduk dekat mana-mana tempat yang saya suka... Snap gambar di sana sini dan boleh bergerak ke mana-mana sahaja yang saya suka... I like it... ;)

Tuan haji Ghazali, Pengurus Tabung Haji Sungai Besar memberikan ucapan... 

Slot Promosi kemasukan ke Politeknik yang disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Pengajian Politeknik (JPP)

Selain itu turut diadakan juga Pertunjukan daripada pasukan Robot Soccer PSIS yang telah memenangi tempat ke 3 dan ke 4 Dalam 18th FIRA ROBOWORLD CUP & CONGRESS 2013..

Nantikan gambar saya bersama pasukan Robot Soccer PSIS dalam akhbar Berita Harian.. ;)


Video persembahan pasukan Robot Soccer PSIS dalam majlis penutup Seminar SPM Didik Berita Harian 


Gimik penyampaian Sijil kepada para peserta oleh Robot Soccer... dan penyampaian Sijil oleh VIP..

Sekitar pada jam 6.00 petang, tamatlah sudah Seminar SPM Didik Berita Harian Daerah Sabak Bernam 2013 di PSIS... Semua peserta kelihatan gembira datang ke PSIS disebabkan dapat naik bas, mendapat input yang pastinya bermanfaat daripada 3 orang pakar dalam peperiksaan SPM, dapat melihat persembahan Robot Soccer, dapat melihat MC (Juruacara Majlis) terbaik kami yang telah mengendalikan majlis penutup dengan jayanya, dan lain-lain...

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi

Kalau ada jarum yang patah,
jangan disimpan di dalam peti,
Sekiranya ada silap dan salah,
jangan disimpan di dalam hati..

Yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T... Dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri...

Selepas selesai program, para peserta dihantar pulang ke sekolah masing-masing dengan menaiki 5 buah bas... Seperti pagi tadi, tugas terakhir saya menghantar pelajar ke  SMK Sungai Besar....  

Bas sudah menunggu untuk membawa peserta pulang ke sekolah masing-masing... 

Tamatlah sudah program bersama Didik Berita Harian untuk tahun ini... Untuk tahun hadapan, In Shaa Allah sekiranya diberi peluang sekali lagi untuk menganjurkan program-program bersama Didik Berita Harian...  Kami berharap program ini dapat diselitkan ke dalam takwim aktiviti Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Sabak Bernam, supaya lebih memudahkan urusan kami, guru besar, guru-guru, ibu bapa dan para pelajar... Dengan cara ini secara tidak langsung dapat memudahkan para pelajar (calon-calon peperiksaan) untuk menyertai program ini... ;)

Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini...

5 ulasan:

  1. Banyak manfaat seminar ni..dulu malas sangat saya nak hadirkan diri ke seminar..sekarang rasa agak menyesal gak..hahaha

    BalasPadam
  2. wah bro masuk BH yer , tahniah...:)

    BalasPadam
  3. tahniah buat adik-adik yang sertai program bagus ni.

    BalasPadam
  4. oh..saya baru perasan entri ni. anak2 murid saya pun turut serta (SAM Tengku Ampuan Jemaah).

    kalau tahu boleh cari anda di sana. hihi..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra