Sabtu, 28 September 2013

Pendapatan RM20K Sebulan dengan menjadi Ejen Affiliate

with 21 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Siapa ada membaca Akhbar Harian Metro Bertarikh 16 September 2013? 

Sekiranya anda perasan pada ruangan Bisnes muka surat 45, ada satu artikel bertajuk Model Bisnes Affiliate yang di tulis oleh Mohd Azrul Mohd Nor atau nama glamournya Gero Azrul  yang merupakan Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM)...


Sumber : Harian Metro, 16 September 2013

Dalam artikel tersebut, Gero Azrul ada berkongsikan beberapa info tentang affiliate termasuk jenis-jenis affiliate (ejen Jualan) yang boleh kita sertai.. Contohnya seperti berikut:
  • PPL - Pay Per Lead : Ejen Affiliate akan di bayar setiap kali laman web berjaya mengumpul senarai email (Untuk maklumat lanjut tentang PPL, sila Klik Di Sini)
  • PPS - Pay Per Sale : Ejen Affiliate akan di bayar setiap kali laman web berjaya mendapat jualan melalui link affiliate yang kita promosikan (Untuk Maklumat lanjut tentang PPS, sila Klik Di Sini
  • PPC - Pay Per Click : Ejen Affiliate akan di bayar setiap kali mendapat Klik pada link affiliate yang mereka promosikan (Untuk Maklumat lanjut tentang PPC, sila Klik Di Sini
Kebanyakan program Affiliate secara online boleh disertai secara PERCUMA... tetapi ada juga yang berbayar...  Dan pendapatan melalui program Affiliate boleh mencecah sehingga RM20,000 sebulan... Wowww... Banyak tu..

Tak sangka betul... Pada zaman sekarang ni, ada orang boleh jana pendapatan 5 angka pada setiap bulan dengan hanya mengadap komputer, dan bekerja dari rumah sahaja... ;)

Antara contoh laman web affiliate di Malaysia yang dinyatakan oleh Gero Azrul dalam artikel tersebut ialah:
Sememangnya menarik isi kandungan artikel tersebut.. Maklumlah penulisnya bukan calang-calang orang... Gero Azrul ni merupakan salah seorang pakar usahawan internet yang terkenal di Malaysia... Beliau aktif menganjurkan bengkel usahawan internet.. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang bengkel usahawan internet yang dianjurkan oleh Gero Azrul, saya syorkan anda klik di sini..

Betul ker ada orang boleh dapat RM20k Sebulan dengan menjadi ejen Affiliate?

Berdasarkan pengalaman saya bertemu dengan jutawan internet di Malaysia, Irfan Khairi ... Hasil pendapatan beliau melalui internet pada ketika ini, menjangkau 6 angka pada setiap bulan.. Ramai peserta seminar (Pelajar PSIS) Irfan Khairi berasa kagum apabila mendengar pendapatan yang beliau perolehi.. 

Patutlah Irfan Khairi boleh manjadi jutawan internet seawal usia 25 tahun... kalau nak dibandingkan dengan Irfan Khairi, nilai pendapatan RM20K tersebut kiranya masih lagi kecil nilainya... tetapi kalau nak dibandingkan dengan pendapatan melalui affiliate yang pernah saya perolehi sehingga ke hari ini, pendapatan RM20K sebulan masih terlalu besar nilainya untuk dicapai...  ;)

Seorang lagi usahawan internet yang saya kagumi ialah Mohd Najib Asaddok ... Pengalaman bertemu beliau semasa menyertai Jomniaga Summit 2013, membuka mata ramai peserta seminar termasuk saya, tentang kelebihan menjana pendapatan melalui internet... 

Menurut Mohd Najib Asaddok , pekerjaan utama beliau ialah menjadi suri rumah tangga sepenuh masa... Membasuh baju, menyapu sampah, mengemas rumah dan memasak merupakan rutin pekerjaan harian beliau... Jemputan menjadi penceramah tentang teknik pemasaran melalui internet merupakan pekerjaan sambilan beliau... Dengan melaksanakan pekerjaan sambilan tersebut ditambah dengan perniagaan internet dan beberapa program affiliate yang telah beliau sertai... Membolehkan beliau memperolehi pendapatan sekitar 5 angka setiap sebulan... Tengok tu...  hanya bekerja dari rumah sahaja pun boleh dapat 5 angka sebulan... Terbaik... ;)

Disebabkan itu, tidak hairanlah mereka boleh menjadi usahawan internet secara sepenuh masa.. Dengan pendapatan melalui internet yang mereka perolehi pada setiap bulan boleh digunakan untuk membayar duit kereta, rumah, bil-bil, belanja dapur, buat pergi jalan-jalan dan sebagainya... 

Apakah Bukti yang menunjukkan mereka berjaya menjana 5 angka Sebulan dengan menjadi ejen Affiliate?

Betul... Pada zaman sekarang ini, semuanya memerlukan bukti... Denga bukti yang kukuh akan menambahkan keyakinan orang ramai untuk memulakan langkah pertama menjadi ejen affiliate...

Antara bukti yang dapat saya tunjukkan di sini ialah seperti dalam gambar di bawah:

Sumber : Klik Di Sini


Beberapa ejen affiliate berjaya memperolehi komisyen 5 angka daripada salah satu program affiliate yang disertai.... Belum tengok lagi cabaran Affiliate yang lain... Contohnya seperti dalam program affiliate dalam gambar di bawah:

Kredit : Projek-Raya

Beberapa ejen jualan berjaya memperolehi komisyen 4 angka daripada salah satu program affiliate yang disertai....

Satu lagi contoh cabaran Affiliate yang lain:

Kredit : Nasihat Niaga

Beberapa ejen jualan juga berjaya memperolehi komisyen 4 angka daripada salah satu lagi program affiliate yang disertai.... terdapat banyak lagi... dan banyak lagi cabaran affiliate yang boleh kita sertai untuk membolehkan kita mendapatkan hasil yang lumayan... Kalau saya nak tunjuk kesemuanya, nanti panjang lebar isi kandungan entri ini....

Antara cabaran Affiliate yang begitu menarik perhatian pada ketika ini ialah Cabaran Affiliate di laman web JomNiaga ... Persaingan antara ejen affiliate begitu sengit pada ketika ini.. Untuk maklumat lanjut, Anda boleh melihat gambar di bawah: 

Kredit : JomNiaga

Nah... Begitu ramai ejen affiliate yang berjaya menjana pendapatan lumayan menerusi program Affiliate di laman web JomNiaga ... Bilangannya semakin bertambah dan terus bertambah dari masa ke semasa... Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, tentang usahawan internet... Saya syorkan anda membaca kisah kejayaan otai-otai Usahawan Internet dan pakar affiliate yang perlu anda kenali seperti berikut: 
Saya rasa kagum dengan kejayaan demi kejayaan yang telah mereka kecapi.. Jadi tak hairanlah sekiranya mereka boleh dapat income 5 angka sebulan... walaupun bekerja sebagai "tukang basuh baju" dekat rumah pada setiap hari... ;)

Tak ada ker Affiliate yang boleh dilakukan secara Offline (Tanpa Internet) ?

Di Malaysia telah ada satu program Affiliate yang dilaksanakan secara Offline melalui Program MyKad Smart Shopper atau Affiliate Junction... Program Affiliate secara Offline pada asasnya sama seperti program affiliate secara online iaitu ejen affiliate menjadi orang tengah dalam menghubungkan pelanggan (pengguna MyKad) dan Penjual (pekedai yang mengambil bahagian).... Kemudian ejen affiliate mendapat komisyen hasil setiap transaksi jualan yang berlaku dalam program ini...



Program Affiliate secara Offline kelihatan lebih formal berbanding Program Affiliate secara Online... Ini kerana transaksi jualan berlaku secara bertentang mata di antara pembeli dengan penjual....

Saya menyertai Program MyKad Smart Shopper disebabkan saya rasa tertarik dengan keunikan program ini.. Program affiliate secara Offline yang pertama di Malaysia yang dapat:

  • Membantu Pekedai/penjual mendapatkan pelanggan
  • Membantu pelanggan mendapatkan harga diskaun dan poin ketika berbelanja

Dalam keadaan perbelanjaan harian yang semakin meningkat, saya percaya ramai rakyat Malaysia mahu berbelanja dengan cara berhemah... Kalau boleh nak membeli barang pada harga yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran... Jadi, program MyKad Smart Shopper akan dapat menjadi salah satu alternatif untuk membantu rakyat Malaysia berbelanja secara bijak... 

Nak tahu dengan lebih lanjut tentang keistimewaan program Affiliate secara Offline yang pertama di Malaysia, saya syorkan anda tonton video di bawah: 




Hmmm.. Macamana?? menarik bukan?

Sekiranya berminat nak tahu dengan lebih lanjut tentang cara menjadi ajen Affiliate bagi program MyKad Smart Shopper, anda boleh menghubungi saya menerusi no. telefon dan email adress yang tertera pada kad perniagaan di bawah:



11 januari 2014 merupakan saat-saat yang mendebarkan bagi ajen affiliate MyKad Smart Shopper... Pada ketika itu, akan diadakan satu malam yang dikenali sebagai "Award Gala Night".. Malam tersebut diadakan bertujuan untuk mengiktiraf kejayaan ejen-ejen affiliate program Mykad Smart Shopper, dalam masa yang sama melancarkan Fasa ke 3 bagi Pogram ini... 

In Shaa Allah, selepas berlangsungnya Award Gala Night ini, program MyKad Smart Shopper akan berkembang bukan sahaja di seluruh Malaysia, malah di negara-negara Asean yang lain.. Berikutan liputan yang akan dibuat oleh wartawan yang hadir pada ketika itu, juga para VVIP yang dijemput sama menyaksikan majlis pelancaran Fasa ke 3 ini nanti... ;)


Pilihan terletak di tangan anda untuk menyertai Program Affiliate secara Online atau secara Offline..

Tidak mahir menggunakan internet bukan menjadi satu penyebab, kenapa kita tidak boleh menyertai program Affiliate.. Sekarang ni dah ada program Affiliate secara Online ataupun secara Offline... Tinggal kita sahaja yang perlu memilih untuk menyertai yang mana satu.. Ataupun boleh menyertai kedua-duanya sekali seperti saya...

Saban hari semakin ramai orang yang berjaya menambahkan pendapatan mereka dengan menjadi ejen Affiliate... Pada ketika ini, saya dan rakan-rakan saya yang lain juga dalam proses mengikut jejak langkah mereka yang telah berjaya.. 

Nak berjaya seperti mereka, kita kena rajin berusaha dan jangan sesekali berputus asa... Motivasi untuk mencapai kejayaan kena tinggi... Jadi untuk mendapatkan suntikan motivasi, kita perlu mencari rujukan tertentu dalam kalangan individu-individu yang telah mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing... Antara individu-individu yang dapat menjadi sumber inspirasi kepada kita untuk berjaya ialah 8 orang mentro jutawan yang tidak asing lagi iaitu:
  • Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor!
  • Azizi Ali, Jurulatih jutawan
  • Chef Li (Dato' Dr Rusly), Jutawan Senyap
  • Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
  • Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
  • Dato’ Hussamuddin, Pengasas Kumpulan Karangkraf
  • Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapura
  • Irfan Khairi, Jutawan Internet
Untuk mendapatkan rahsia kejayaan 8 orang mentor jutawan ini, saya syorkan anda klik di sini

Semoga dengan membaca entri ini, saya berharap selepas ini ramai yang mula menceburi bidang perniagaan dengan menjadi ejen affiliate... Pendapatan yang berjaya kita perolehi pada permulaannya mungkinlah tidak sebanyak mereka-mereka yang telah saya senaraikan di atas... Tetapi sekurang-kurangnya dengan pendapatan tersebut bolehlah kita gunakan untuk membayar apa yang patut, tanpa perlu menyentuh duit gaji bulanan yang kita  melalui pekerjaan hakiki kita.... Banyak bil dan keperluan yang perlu saya bayar pada setiap bulan seperti berikut:

  • Bil Internet : RM110
  • Bil Astro     : RM80
  • Bil Elektrik : RM60-RM120
  • Bil Telefon : RM50-RM100
  • Minyak Kereta : RM500-RM1000
  • dan Lain-lain...


Alangkah bagusnya kalau kita dapat menyelesaikan bil-bil bulanan tersebut dengan pendapatan melalui ejen affiliate.... Dapatlah kita menambahkan simpanan melalui duit gaji kita untuk membolehkan kita menunaikan fardhu haji dengan secepat yang mungkin... In Shaa Allah... 

P/s: Maju ejen Affiliate untuk seluruh rakyat Malaysia... ;)


21 ulasan:

  1. sama-sama kita maju ke hadapan dalam bidang affiliate :)

    Entri terkini - Komen Saya Tentang Ebook Sifu Rumah Lelong

    BalasPadam
  2. Affliate nie memang boleh buat duit bagi yang bijak dengan strategi. Macam jual barang - pandai jual, banyak jual - banyak pendapatan :)

    BalasPadam
  3. Ape la diorang buat sampai dapat beratus ratus ribu...

    BalasPadam
  4. AJ ni nampaknya kedai-kedai mahal je yang baru join. Kedai-kedai popular macam kenny rogers, wendy, starbuks diorang dah ada program loyalty dan point collection mereka sendiri :-)

    BalasPadam
  5. Emm lambat lagi saya nak berjaya dalam dunia Affiliate sebagaimana mereka perolehi..

    BalasPadam
  6. kagum gak aku dengar diorang ni semua. hoho..

    BalasPadam
  7. best tu dapat beribu2x macam itu. nak jadi afiiliate pun ayat kena power.

    BalasPadam
  8. Nama yg hebat dalam dunia affilliate, mcm mn lah dorang bleh cemerlang mcm tu ye...

    BalasPadam
  9. dapat komisyen pasti sangat menyenangkan, bisa jadi penambah semangat dalam berblogging

    BalasPadam
  10. Perghh! gaji CEO public listed company dah tu. Ni yg buat kawe bersemangat nak ber affiliate lak ni..

    BalasPadam
  11. Tak pandai lagi nak ber affiliate ni..

    BalasPadam
  12. Terbaiklah kene byakkan usaha lagi ni nk kejar dieorang huhu

    BalasPadam
  13. memang betul tu, pada tahun 2007 - 2009 akak pernah aktif dalam dunia affiliate, kadang2 sehari boleh collect ribuan dengan mempromosikan ebook dan barang2 yang lainnya, semua affiliate yang akak buat adalah berbayar, sekitar rm50

    BalasPadam
  14. wah hebat2 income diorg... mmg best kl pandai teknik affiliate..

    BalasPadam
  15. wah, tahniah2...rezeki melimpah-ruah

    BalasPadam
  16. Anda hebat!!!!. Ttp kemusykilannya, kata masyuk gila bab... 15k per month. Bila acah nak pinjam 50 muka dah berubah.lps tu hp lenovo. Tp mungkin sifat peribadi dia. Bila g minum ajak P yg baru boleh plak byr sendiri. RAA wat x tahu jer. Padahal gaji 10-15k. Hrmmmm.... skali lagi. Anda hebat!!!!

    BalasPadam
  17. Anda hebat!!!!. Ttp kemusykilannya, kata masyuk gila bab... 15k per month. Bila acah nak pinjam 50 muka dah berubah.lps tu hp lenovo. Tp mungkin sifat peribadi dia. Bila g minum ajak P yg baru boleh plak byr sendiri. RAA wat x tahu jer. Padahal gaji 10-15k. Hrmmmm.... skali lagi. Anda hebat!!!!

    BalasPadam
  18. Selagi ada kesungguhan untuk belajar bisness online insyaallah akan berjaya!

    BalasPadam
  19. saya ingin bisa bisnis yang menguntunkan tapi sayah takut melangkah , akhir akhirni banyek yang atasnamakan bisnis tapi berujung pada tipu tupu , gimana cara memilih bisnis yang baik dan mengentahuinya ??? thanks

    BalasPadam
  20. itu link yang pay per click dak bisa di buka lagi ya ?? ada link barunya ?? need help

    BalasPadam
  21. dapat komisi pasti sangat menyenangkan, bisa jadi penambah semangat dalam berblogging

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra