Isnin, 7 Mei 2018

Pemasaran Tanpa Modal masihkah releven pada hari ini?

with 8 comments
Semasa di peringkat awal pembabitan saya dalam dunia pemasaran internet, saya bergantung kepada pemasaran tanpa modal semata-mata. 100% PERCUMA!! 

Masa tu persaingan tak banyak.. Buat post blog berkaitan dengan produk-produk affiliate, kemudian tunggu sahaja komisyen affiliate yang terhasil melalui artikel-artikel blog yang dihasilkan..


Ini cerita berdasarkan pengalaman saya pada tahun 2009. Pada masa tu masih ramai lagi belum tahu  tentang Affiliate, tentang Blog, tentang FBAds, Tentang Google Adwords, tentang Insta Ads, dan sebagainya.


Masuk sahaja tahun 2014 segalanya berubah. Saya rasa perlu sangat mengunakan FBAds dan Google Adwords pada ketika itu. Pemasaran dengan menggunakan blog semata-mata sudah tidak lagi boleh membuahkan hasil.

Cuba anda bayangkan. Andas sedang berada di medan peperangan dengan hanya berbekalkan sebilah pisau. Sedangkan pesaing-pesaing yang lain bertarung lengkap dengan pelbagai senjata seperti pistol, senjata api, bom, peluru berpandu dan sebagainya. Agak-agak mampu tak anda nak menang dalam persaingan tersebut?

Jadi, untuk melengkapkan diri di medan pertempuran, saya pun mencari rujukan-rujukan yang dapat membantu saya buat pengiklanan secara berbayar. Antara rujukan yang boleh saya rekemenkan ialah:


Ini cerita tahun 2014!!

Alhamdulillah... Masa tu best juga... Ada Rezeki masyuk!!
Buat pengiklanan berbayar.. berhasil..
Kalau saya spend kos pengiklanan RM400, In Shaa Allah saya boleh dapatkan pulangan antara RM800 hingga melebihi RM1000++

Tapi kegembiraan tersebut tak lama.. 
Facebook selalu ubah algorithm...
Golongan yang tak berapa Up to date macam saya ni, mudah menjadi mangsa facebook dengan perubahan algorithm tersebut..
Kesannya... Buat pengiklanan berbayar... RUGI!!

                  Buat pengiklanan berbayar... RUGI!!
                  Buat pengiklanan berbayar... RUGI!!


Sumber : Klik Di Sini

Kesudahannya... Saya mengambil keputusan untuk Back To The Basic...
Di mana saya bermula tanpa sebarang kos pengiklanan... Bergantung kepada blog dan facebook...

Alhamdulillah... Strategi saya pada kali ini berhasil..

Berbalik kepada persoalan yang saya ajukan..

 

Pemasaran Tanpa Modal masihkah releven pada hari ini? 


Jawapan saya masih lagi releven bergantung kepada persaingan terhadap sesuatu keyword..

Alhamdulillah.. Kebetulan keyword yang sedang saya perjuangkan pada kali ini iaitu Hadiah Hari Guru 2018 tiada persaingan daripada pengiklan-pengiklan berbayar menerusi Google Adwords. Jadi, peluang terbaik untuk blog saya terus kekal di rank ke dua google bagi keyword tersebut sehingga ke hari ini (7 Mei 2018)



Result SEO : Hadiah Hari Guru 2018 pada 7 Mei 2018

Hasilnya juga Alhamdulillah.. cukup memberangsangkan... Boleh dikatakan agak lumayan juga hasilnya... Cuma jumlah jualan belum lagi mencecah 5 angka untuk hadiah hari Guru 2018. 
Iklan Khidmat Masyarakat:

Macamana nak buat Pemasaran Tanpa Modal?

Tiada sebarang Rahsia melainkan 3M.
  • Membaca
  • Mempraktikkan
  • Mencuba dan terus mencuba sehingga Berjaya

Bagi saya SEO adalah satu latihan..

Nak praktikkan SEO kena ada sedikit ilmu... Sekurang-kurangnya tahu ilmu basic tentang SEO pun dah cukup... kalau tahu update terkini Algorithm google terkini lagi bagus 
(Yang ni jangan tanya saya.. Sebab saya sendiri pun tak tahu tentang update terkini Algorithm google)

Saya cuma tahu tentang asas SEO yang saya kongsikan dalam Ebook Belajar Buat Blog..

Tanpa mengetahui tentang update terkini Algorithm google, saya hanya mencuba dan terus mencuba... Dan Alhamdulillah, akhirnya kejayaan menjadi milik saya 

Apa yang ingin saya kongsikan di sini.. 
Hari ini ilmu pemasaran sangat unik..
Ada banyak cara dan strategi pemasaran samada secara percuma atau secara berbayar.

Nak jalan Shorcut guna sahaja pengiklanan  berbayar... Tapi kena berhati-hati... Tersilap langkah duit lebur, tapi pulangan tak setimpal...


Nak jalan Longcut guna sahaja pengiklanan Percuma... Tapi risikonya jauh lebih tinggi daripada pengiklanan berbayar.. Cuma Duit tak lebur... Tapi kena rajin... Ini Rahsianya...



Ok... Cukup setakat itu sahaja perkongsian saya pada kali ini... Semoga info yang saya kongsikan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada pembaca blog ini..

Info Berkaitan:

8 ulasan:

  1. seronok bermain dengan SEO ini. untuk permulaan biarlah percuma dahulu. lama2 nanti mesti timbul keinginan nak satu kejayaan yang lebih hebat dengan membeli ebook dari otai2 yg dah memang berjaya.

    BalasPadam
  2. Bagusnya ,saya pun perlu belajar tntang pemasaran bnyk duit habis ni

    BalasPadam
  3. masih relevan pemasaran tanpa modal duit..

    modal idea dan masa masih diperlukan..

    jika sibuk..nak tengok blog 30 minit pun tak sempat..

    BalasPadam
  4. tak mudah kalau nak bersaing dengan yang berbayar ni..

    BalasPadam
  5. Kaedah pemasaran ni memang masih relevan. Cuma ia mungkin bukan untuk semua (obviouly). Bagi yang nak nampak RESULT yang cepat, better jauhkan diri dari kaedah pemasaran tanpa modal ni.

    BalasPadam
  6. Perkongsian yang baik ni, thanks sharing :)

    BalasPadam
  7. Perkongsian yang baik. Bagi saya pemasaran tanpa modal masih lagi relevan cuma perlukan effort yang lebih kerana sudah banyak pesaing yang hebat.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra