Isnin, 16 Februari 2015

7 kelebihan menyertai Contest SEO yang anda perlu tahu!

with 23 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada ketika ini terdapat dua Contest SEO yang sedang menghangatkan enjin carian Google Malaysia iaitu Contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan Contest SEO Jom Aktifkan Mykad

Sehingga kini, bilangan peserta yang telah menyertai Contest SEO Malaysia Best Blog 2015 ialah seramai 73 peserta, manakala bilangan peserta yang telah menyertai contest SEO Jom Aktifkan Mykad adalah seramai 61 peserta.

Tahniah diucapkan kepada Khirul Hazwan, kerana telah berjaya menganjurkan Contest SEO Malaysia Best Blog 2015 yang sangat disukai oleh kebanyakan blogger di Malaysia. Ramai blogger-blogger handalan Malaysia menulis tentang contest ini di blog mereka, walaupun tidak turut sama menyertai contest ini. ;)

Malaysia Best Blog 2015

Contest SEO Jom Aktifkan Mykad yang saya anjurkan pula, kurang menyerlah jika hendak dibandingkan Contest SEO "Malaysia Best Blog 2015". Walaubagaimanapun, saya tetap berpuas hati dengan bilangan peserta yang telah menyertai Contest ini. Setakat ini telah pun melepasi bilangan sasaran yang saya tetapkan. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada rakan-rakan blogger yang sudi memeriahkan Contest ini. ;)

Malaysia Best Blog 2015
  

7 Kelebihan Menyertai Contest SEO


Baiklah.. Berbalik kepada tajuk entri ini, iaitu 7 kelebihan menyertai Contest SEO . Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri, dan juga berdasarkan pemerhatian saya skodeng entri peserta contest SEO yang lain.

#1. Dapat memperkenalkan blog kita kepada rakan-rakan blogger yang lain
Dengan menyertai Contest SEO, anda dapat memperkenalkan blog anda kepada rakan-rakan blogger lain yang turut sama menyertai contest SEO tersebut. 
Kebiasaannya para peserta contest SEO akan skodeng entri penyertaan peserta lain, untuk melihat teknik penulisan dan isi kandungan entri yang dihasilkan. Jadi, sekiranya sebelum ini blog anda langsung tidak dikenali, inilah masa terbaik anda dapat memperkenalkan blog anda kepada blogger-blogger lain di luar sana.

#2. Dapat meningkatkan trafik blog kita melalui entri contest SEO
Kalau trafik blog anda sebelum ini suam-suam kuku, eloklah anda menyertai contest SEO. Berdasarkan pengalaman saya menyertai Contest SEO, belum pernah lagi entri penyertaan mendapat trafik di bawah 1000 view. Semuanya melebihi 1000 View sehingga 4000 view. Jadi, sekiranya anda nak mendapatkan trafik melebihi 1000 view bagi satu entri dengan mudah, eloklah anda menyertai contest SEO. Pasti anda akan tersenyum gembira melihat trafik yang masuk ke blog anda. ;)

#3. Dapat menarik minat blogger-blogger otai @ Retis untuk membaca blog kita
Pernah tak blog anda dikunjungi oleh blogger-blogger otai atau Retis?
Apa perasaan anda sekiranya ada blogger otai yang sudi mengunjungi blog anda dan kemudian meninggalkan komen atau motivasi kepada anda untuk memenangi Contest SEO yang anda sertai?
Pasti anda akan rasa seronok sangat. Betul tak?
Inilah yang pernah saya alami. Yang terbaru Amanz.my bagi support pada saya dalam Contest SEO Malaysia Best Blog 2015. Rasanya inilah kali pertama Amanz.my singgah di blog saya. ;) 

Malaysia Best Blog 2015
Sumber : Klik Di Sini

Dah lama betul Bro Zarul tidak mengunjungi blog saya.. Mungkin beliau terlalu sibuk sekarang ni.

Malaysia Best Blog 2015
Sumber : Klik Di Sini

#4. Mendapatkan Backlink PERCUMA daripada penganjur dan rakan peserta
Bagi saya inilah salah satu kepuasan menyertai Contest SEO. Biasanya penganjur akan memberikan backlink PERCUMA kepada entri penyertaan kita, sebagai penghargaan kerana menyertai contest SEO yang mereka anjurkan. Ingat senang ke nak dapatkan backlink PERCUMA macam ni? Jadi, eloklah ambil kesempatan ini untuk mendapatkan backlink percuma daripada penaja contest SEO yang sedang sedang berjalan pada ketika ini. Untuk maklumat lanjut boleh baca di Senarai Peserta Contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan Senarai Peserta Contest SEO Jom Aktifkan Mykad.

#5. Dapat menguji tahap kemampuan SEO Blog anda
Adakah anda tahu tahap kemampuan sebenar SEO blog anda? Cukupkah sekadar dengan mencari beberapa keyword yang kurang persaingan dan anda dapati blog anda berada di page pertama google?
Kalau nak tahu samada SEO blog anda benar-benar berkesan atau tidak? Caranya ialah dengan menyertai Contest SEO. Sebab kesemua peserta akan fokus mempersembahkan 'permainan SEO sebenar'. Kalau anda dapat menjadi salah seorang pemenang dalam cabaran SEO yang anda sertai, ini bermakna teknik SEO yang anda praktikkan sebelum ini terbukti berkesan. Bukan nasib! 

#6. Dapat mempelajari teknik penulisan entri yang mesra SEO daripada para peserta yang lain
Dalam contest SEO sama juga seperti anda menyertai contest-contest yang lain, pasti ada yang menang dan pasti ada yang kalah. Kepada yang kalah, inilah masa terbaik untuk anda mempelajari kesilapan dan belajar sesuatu daripada blogger yang memenangi contest tersebut. Lihat teknik yang telah mereka praktikkan untuk menulis entri yang mesra SEO. Cara meletakkan keyword, jumlah perkataan yang mereka hasilkan, cara mereka membuat backlink, dan teknik-teknik killer yang unik berbanding peserta lain. Pasti ada rahsia kejayaabn mereka yang perlu anda selongkar untuk kebaikan blog anda ;)

#7. Berpeluang memenangi Hadiah yang disediakan
Setiap peserta yang menyertai Contest SEO, pastinya teringin nak memenangi hadiah yang disediakan. Betul tak?
Lebih-lebih lagi sekiranya hadiah yang disediakan besar macam hadiah pemenang tempat pertama Contest SEO Malaysia Best Blog 2015. Siapa yang tak suka kalau dapat menang hadiah sebesar itu? Betul tak?
Jadi, kalau nak menang tempat pertama kenalah menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Kalau anda dah cuba sedaya upaya, tapi tak menang juga anggaplah ia bukan rezeki anda. Tak dapat menang tempat pertama, sekurang-kurangnya berjaya tersenarai di page pertama google pun dah kira syukur sangat-sangat.

Secara kesimpulannya, banyak kelebihan yang akan kita perolehi melalui penyertaan dalam contest SEO. Sebagai seorang blogger, rugilah sekiranya anda tidak memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya. Jadi, jomlah sertai dua Contest SEO yang sedang hangat diperkatakan pada ketika ini iaitu:



Sekiranya anda rasa tak mampu nak menyertai contest SEO tersebut disebabkan terdapat beberapa kekangan. Saya syorkan anda menyertai Segmen Mudah : Kira dan menang wang tunai

Segmen ini memang betul-betul mudah! Anda tak perlu pening kepala nak memikirkan tentang SEO. Tugas anda hanya perlu mengira dan menulis bilangan keyword pada ruangan komen. Kemudian tunggu keputusan pihak penganjur ;) 


23 ulasan:

  1. betul la tu
    masuk segmen mudah lagi mudah
    haha

    tapi siapa yang mahu berjaya mesti sentiasa sanggup hadapi cabaran yang susah
    kita perlu banyak ilmu untuk dapat lagi banyak ilmu

    BalasPadam
  2. Apa yang paling menarik ialah dapat contextual backlink yang relevancy daripada pihak penganjur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, link juice yang sangat sangat bagus untuk sesebuah blog .. lebih2 lagi jika dah lama pegang keyword yang hampir2 sama ...

      Padam
  3. banyak kelebihan dan kaedah untuk popularkan blog. akak suka sangat

    BalasPadam
  4. Memang susah nak menang dalam mana-mana kontest seo sebab terpaksa bersaing dengan pakar seluruh malaysia. Apapun saya sekadar memeriahkan contest rakan blogger sambil mengharapkan sedikit tuah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, itulah keseronokkan bila menulis entri yang menjurus kepada SEO ini. Kita boleh 'baca' teknik SEO digunakan dalam penulisan entri. Mungkin satu hari lain, boleh aplikasikan teknik serupa untk dimanfaatkan dalam perkara yang lebih baik.

      Padam
  5. Terima kasih untuk info tentang 7 kelebihan menyertai Contest SEO yang anda perlu tahu!

    BalasPadam
  6. Posting yang bagus tentang 7 kelebihan menyertai Contest SEO yang anda perlu tahu!

    BalasPadam
  7. saya setuju dengan pendapat bro ini..memang ada banyak kelebihan apabila menyertai contest terutama contest SEO nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambil bersaing, sambil belajar mengenai teknik SEO .. :) ye kan...

      Padam
  8. untung nasib manusia kita tak tahu..kalau hantar penyertaan, peluang mesti ada..kalau tak hantar, konfem2 dah rugi hehe

    semoga berjaya bro

    BalasPadam
  9. Huhu..memang seronok bila masuk contest SEO ni..dapat ilmu..dapat kawan-kawan baru..yang paling gembira..dapat jadi juara..haha

    BalasPadam
  10. good luck bro, yang join contest ni bukan calang-calang orangnya..

    BalasPadam
  11. itu lah saya pernah kata untung orang join contest seo, saya pun suka join hanya kekadang tu memang stuck untuk menulis

    BalasPadam
  12. betul la.
    Memang terasa perubahan.
    dengan menyertai contest, semakin meriah semua blogger-blogger masing.
    Hubungan terbina secara tak langsung.

    BalasPadam
  13. teknik-teknik SEO ada pelbagai, dan untung sangat buat mereka yang nak belajar SEO menerusi kontest Malaysia Best Blog 2015 kerana diberikan peluang untuk gunakan segala teknik - blackhat, redhat, yellowhat dan macam2 hat yang ada dalam dunia SEO.

    Jom Aktifkan MyKad untuk dapatkan banyak kelebihan menarik.

    BalasPadam
  14. terus semangat membuak nak join contest. hehe

    BalasPadam
  15. Terima Kasih 4 sharing tips2 yang terbaek bro... Memang penting backlink nih....

    http://supernifzvitamin.com/panjat-candi-borobodur-tatkala-hamil-7-bulan/

    BalasPadam
  16. tak dinafikan meman banyak kelebihan join kontes. trafik laju je

    BalasPadam
  17. Saya setuju sangat dengan 7 kelebihan menyertai contest SEO. Mungkin lebih daripada itu lagi sebenarnya. Wslaupun saya tidak bernasib baik tetapi komen daripada peserta mencurah-curah.

    Terima kasih saudara Muhamad Anuar sudi menganjurkan contest SEO dan tiddk dilupa juga Saudara Khirul Hazwan.

    Jom kunjungi entri berkaitan:
    Malaysia Best Blog 2015

    BalasPadam
  18. Dah pelbagai cara gunakan berkaitan SEO, mungkin ada kesilapan semasa menulis artikel. Perlu banyak belajar lagi berkaitan SEO ini.

    Jom kunjungi entri berkaitan:
    Malaysia Best Blog 2015

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra