Jumaat, 1 April 2016

FBAds VS SEO . Mana satu pilihan anda?

with 10 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bagi mereka yang baru pertama kali belajar membuat pemasaran secara Online.. Tentu ada yang confuse.... samada untuk membuat promosi dengan menggunakan FBAds atau SEO (pemasaran melalui penulisan blog)?.

In Shaa Allah, dalam entri kali ni, saya nak share sedikit pengalaman Buat FBAds dan bermain SEO... Kedua-dua teknik pemasaran ini penting untuk usahawan internet, samada secara sambilan atau secara sepenuh masa..

FBAds VS SEO : Mana satu nak pilih ni?
FBAds VS SEO : Mana satu nak pilih ni?


Bagi yang baru nak berjinak-jinak dalam pemasaran internet, eloklah belajar tentang kedua-dua teknik pemasaran ini... Terutamanya SEO, sebab kalau tahu caranya ia boleh menjimatkan kos pemasaran... Malah, ada yang langsung tak keluar modal apabila memasarkan peniagaan mereka melalui Strategi SEO..


Perbezaan diantara FBAds dan SEO: 

  • FB ADS - Interest targetting
  • SEO - Keyword targetting

FB ADS - Interest targetting

Sekiranya kita baru mula nak berniaga, dan anda memilih FBAds sebagai medium pemasaran anda... Pada peringkat awal pengiklanan di FB ADS, kita perlu settingkan iklan berdasarkan interest audience yang kita mahu sasarkan.

Contohnya, jika anda menjual Pam Susu. Antara maklumat yang perlu anda setting pada Ads adalah seperti berikut:
  • Jantina ->> wanita 
  • Umur ->> 24-30 tahun
  • Status Perkahwinan ->> sudah berkahwin 
  • Tinggal ->> di sekitar KUALA LUMPUR, IPOH, JOHOR BHARU, PENANG (Kawasan Padat penduduk yang sebahagian besar kaum ibu bekerja).

Kuncinya... 
  1. Kita perlu mengenali siapa pelanggan kita 
  2. Pelanggan yang macamana akan memerlukan produk kita 
  3. Kemudian kita setkan iklan untuk golongan sasaran, supaya mereka membaca iklan kita setiap kali mereka bersosial di facebook.
  4. Kita boleh mencari "Pelanggan yang tepat" dengan menggunakan Database yang dimiliki oleh facebook. (Facebook berjaya mengumpul database setiap pengguna melalui Update Status Profile yang telah mereka isi).   
Ingat... Dalam FBAds Kita Perlu Mencari Pelanggan.. Jangan Berharap pelanggan datang mencari kita.

SEO - Keyword targetting

Berbeza dengan SEO, kita sasarkan pelanggan dengan menggunakan keyword targetting. Sebelum proses ranking dibuat, kita perlu buat kajian kata kunci dahulu.

Buat kajian apakah perkataan yang ditaip oleh prospek untuk mendapatkan info atau produk yang kita jual.

Contoh jika anda menjual Tudung, keyword - keyword yang berkaitan yang mungkin anda boleh sasarkan adalah :
  • Tudung
  • Tudung 3 Layer
  • Tudung 4 Layer
  • Tudung Terkini 2016
  • Tudung Bawal
  • Tudung Shawl
  • Tudung Bawal Crepe
  • Tudung Labuh
  • Tudung online
  • dan sebagainya..

Proses KEYWORD RESEARCH adalah proses paling penting didalam pemasaran SEO. Anda salah di bahagian ini, maka hasilnya anda akan sasarkan pelanggan yang kurang tepat.

Berikut saya tunjukkan beberapa contoh Keyword dalam blog saya, yang berjaya berada di page Pertama Google..

Cara nak aktifkan Mykad
Rank Pertama Google untuk Keyword : Cara nak Aktifkan Mykad


Senarai Homestay Di Seri Iskandar Perak
Rank Ke4 di page Pertama Google untuk Keyword : Senarai Homestay Di Seri Iskandar Perak

Senarai Homestay Di Batu Gajah Perak
Rank Ke2 di Page pertama Google untuk Keyword : Homestay Di Batu Gajah Perak


Proses Keyword research ini tidaklah sangat rumit. Namun anda perlu teliti & tahu apakah tool-tool yang anda perlu guna untuk dapatkan senarai kata kunci yang betul untuk bisnes anda.

Ingat... Dalam SEO Pelanggan Yang Akan Datang Mencari Kita.. Tugas kita hanya perlu memastikan Keyword yang terdapat pada blog/laman web dapat berada di rangking terbaik di laman web google.

---------------------------------------------------------------------------

Jadi, Sekarang terpulang kepada anda... Samada nak gunakan FBAds atau SEO untuk mempromosikan perniagaan anda? 


  • FBAds - Confirm Kena keluarkan kos Pemasaran 
  • SEO - Kos Pemasaran Percuma, kalau tahu caranya. ;)

Saya biarkan anda sendiri untuk menentukan jawapannya.. Disamping itu, jom kita lihat perkongsian Rahsia Kejayaan SEO Top Affiliate Cabaran PTD 2016.. Iaitu Tuan Zeo Unic yang berjaya menghasilkan jualan sebanyak RM51,000 dalam tempoh 12 hari.


Rahsia Kejayaan SEO Top Affiliate Cabaran PTD 2016 : Jualan RM51,000 dalam Tempoh 12 hari

Sepanjang Cabaran ini berlangsung, Tuan Zeo Unic hanya mengeluarkan bajet sebanyak RM400 sahaja, untuk buat iklan di FBAds. Hasilnya beliau berjaya mendapat 22 sales. Sales selebihnya daripada 650++ datang daripada Blog dan SEO.


Top Affiliate Cabaran PTD 2016
Senarai Top Affiliate PTD 2016

Saya juga turut menyertai cabaran PTD 2016 pada kali.. Disebabkan kekangan masa, saya tidak berkesempatan unutk menulis sebarang post di blog. Saya hanya bergantung kepada pemasaran FBAds semata-mata. Hasilnya dengan kos RM450 yang saya keluarkan, saya hanya berjaya mendapat jualan sebanyak RM1160.00. Dan komisyen yang berjaya saya perolehi adalah sebanyak RM800++..

Jauh berbeza pencapaian saya berbanding tuan Zeo Unic yang telah mengoptimumkan sepenuhnya kekuatan blog beliau, disamping mempraktikkan ilmu SEO yang telah beliau kuasai.
Perkongsian Kejayaan Zeo Unic Top Affiliate PTD 2016
Jumlah jualan Zeo Unic 650++ Unit... 
22 diperolehi melalui FBAds dan selebihnya melalui Blog dan SEO + Pemasaran Email.

Mari kita sama-sama baca perkongsian Tuan Zeo Unic yang saya copy n paste dari Status Facebook beliau.. sila HADAM info EMAS ini.
"Jualan yang terhasil dari blog. berdasarkan tracking & jualan (tidak details tapi boleh beri gambaran).blog setup khas pada tahun 2013.
280+ sales pada tahun 2014 
650+ sales pada tahun 2016 (promosi produk yang sama)
Apa saya buat?
+ recycle artikel tahun 2013
+ publish 2 article sebelum kempen bermula
+ publish 5 article baru semasa kempen berlangsung
+ hantar 1 email utama setiap hari semasa kempen berlangsung
+ hantar 2 email utama kepada subscriber baru selepas mereka selesai opt-in
+ hantar 3 email utama pada hari akhir promosi
Hasilnya
+ 5000+ subscriber dalam masa 10 hari
+ total unsubscribe -30 sepanjang promosi
+ dari blog ke 3 mailing list berbeza
+ mailing list penyumbang terbesar jualan
+ juga mencuba fb ads (kos RM400) - boost post + retargeting"
- Sumber Status FB Tuan Zeo Unic, Top Affiliate Cabaran PTD 2016 -


Komisyen keseluruhan yang berjaya Tuan Zeo Unic perolehi dalam cabaran PTD pada kali ini ialah RM30,294 (dalam tempoh 12 hari cabaran ini berlangsung). Dapat income RM30K++ dalam tempoh 12 hari... memang banyak tu... ;)
Komisyen Top Affiliate PTD 2016
Komisyen Cabaran PTD 2016

Nampak tak permainannya di situ...

Produk-produk informasi seperti ebook PTD, lebih sesuai dipromosikan menerusi enjin carian google. Sebab prospek akan mencari maklumat PERCUMA terlebih dahulu, sebelum membuat keputusan untuk membeli.

Untuk produk seperti ini, kemahiran mendominasi enjin carian google samada menerusi SEO atau Adwords sangat membantu untuk menghasilkan jualan.

Dapatkan Tip Adword (Klik Pada Link di bawah)
Adwords : Rahsia Pemasaran Affiliate dengan Google Adwords.

Jadi, kesimpulannya... Kalau nak jimatkan kos pemasaran, kenalah tahu teknik untuk mendominasi enjin carian... 

Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda untuk menilai strategi pemasaran FBAds VS SEO 

Good Luck!!




10 ulasan:

  1. memang gabungan semua tu boleh jadi mantap..kena pelbagaikan..tak boleh hanya satu source saja

    BalasPadam
  2. Wah...perkongsian yang amat berguna dan pentng untuk pengguna atau pembaca. Lebih menitik beratkan pembelajaran sudah pasti blogger, bagaimana nak hasilkan jualan mencanak.

    BalasPadam
  3. Baik penulisan coretanuar...gaya ayat yang mudah fahami..baru sy jumpa blog saudara. Kalau sudi exchange link blog sy dlm bloglist saudara...lokmanamirul.blogspot.com.

    BalasPadam
  4. mantap perkongsian ni. terfikir gak beza dua2 medium makerting ni.setiap satu ada pros n cons. persoalan sekarnag, nak jual produk apa je

    BalasPadam
  5. mnarik..

    Kalau gabungkan kesemuanya..memang sale naik mencacak..

    BalasPadam
  6. lagi advance dapat mastering kedua2xnya. memang masyuk master dapat tu.

    BalasPadam
  7. FBADS pun bagus dan ia bergantung kepada produk apa yang ingin kita pasarkan

    BalasPadam
  8. kalau saya memang tak guna fbads sebab tak bersedia lagi untuk kos. tapi agak susah juga kalau nak bersaing dengan seo terutama posting. pening nak research keyword

    BalasPadam
  9. Pendapat saya kedua-keduanya ada pro dan contra masing-masing.. cuma bagi SEO tempatan persaingan tidak sedahsyat SEO peringkat antarabangsa atau English keyword..

    BalasPadam
  10. kalao punya uang yang berlebih maka fb ads merupakan cara yang bagus, lebih menghemat waktu dan tentunya lebih meringankan pekerjaan kita

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra