Selasa, 27 Mac 2018

Result SEO : Hadiah Hari Guru 2018

with 4 comments
Hari Guru 2018 akan tiba tak lama lagi. Pada ketika ini, ibu bapa sudah mula membuat survey di internet untuk mendapatkan Hadiah Hari Guru 2018 yang sesuai untuk diberikan kepada guru-guru yang mengajar anak-anak mereka semasa hari Guru nanti.

Budaya memberi hadiah kepada guru semasa 16 Mei menjadi rutin/kebiasaan seluruh rakyat Malaysia pada setiap tahun. Bukan selalu pun nak bagi hadiah!. Setahun sekali sahaja, sebagai tanda penghargaan dan berterima kasih di atas tunjuk ajar dan pengorbanan guru-guru yang telah mendidik anak-anak kita.

Menyedari Keyword Hadiah Hari Guru 2018 akan mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, saya turut terpanggil untuk mengabadikan keyword tersebut di blog saya.

Syukur Alhamdulillah. Hasilnya agak memuaskan! Strategi SEO yang saya praktikkan menjadi kali ni. Di mana pada ketika ini, Blog Coretan Anuar berada di Ranking ke 6 Untuk Keyword "Hadiah hari Guru 2018"


Hadiah Hari Guru 2018
Result SEO : Hadiah Hari Guru 2018

Dan hasilnya juga agak memuaskan. Setakat ni sudah ada beberapa pelanggan mula membuat tempahan Hadiah Hari Guru 2018 daripada isteri saya.

Alhamdulillah... Ada sedikit rezeki saya dan isteri pada kali ini melalui Bisnes Printing dan Bisnes Cenderahati... Sekiranya anda berminat nak tahu lebih lanjut tentang peluang perniagaan melalui kedua-dua bisnes ini, saya syorkan anda layari kedua-dua laman web berikut:

Teknik Pemasaran Percuma Dengan Mendominasi Enjin Carian Google

Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah kelebihan mendominasi enjin carian google melalui SEO (Search Enjin Optimization) dengan menjadikan blog sabagai medium pemasaran.

Teknik pemasaran Percuma yang seharusnya diberi perhatian oleh sesiapa yang berminat nak menjalankan perniagaan secara online.

Sebenarnya ini yang cuba saya tekankan kepada para peserta peringkat Akhir Pertandingan Top sales Online Busines Challenge 2018

Kebetulan saya dilantik menjadi juri pada ketika itu.

Surat Lantikan Sebagai Juri Pertandingan Top sales Online Busines Challenge 2018

Bila student baru nak belajar berniaga secara online, dah tentu mereka mempunyai kekangan untuk membuat pengiklanan berbayar melalui google adword, FBAds, dan sebagainya. Sebab ianya memerlukan KOS.

Tapi, mereka masih lagi berpeluang untuk mendapatkan ramai pelanggan dengan menggunakan teknik pemasaran Percuma melalui SEO.

Sekiranya anda masih tak tahu apa itu SEO, dan bagaimana ia dapat membantu memasarkan perniagaan anda.. Saya rekemenkan anda download ebook Belajar Buat Blog secara PERCUMA!


Lepas baca sila amalkan!!
Lepas baca sila amalkan!!
Lepas baca sila amalkan!!

Itu sahaja pesanan dan nasihat saya pada kali ini..
Good Luck!!
Semoga anda berjaya di dunia dan akhirat..

Info Berkaitan:


4 ulasan:

  1. Tq Nuar... Teruskan berkongsi ilmu

    BalasPadam
  2. Hanya dengan perkataan dapat mendominasi rangking SEO Google...memang hebat. Yang lain terpaksa bergantung kepada Google Ads.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra