Khamis, 12 Disember 2013

Cara Paling Mudah Meletakkan Blog Anda Di Page Pertama Google.. Terbukti berkesan!!

with 35 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bermain dengan SEO ini sangat seronok kalau tahu caranya.. Setiap kali blog kita berjaya di page pertama enjin carian Google, motivasi kita semakin meningkat... Masa tu semakin seronok kita membuat ujikaji berkaitan dengan seo.. 

Ya... Itulah perasaan yang saya alami... Daripada tak reti langsung bermain SEO, sekarang ni dah reti sikit-sikit... Tak kisahlah walaupun blog saya ini buruk dan hanya layak digelar blog picisan, tetapi sekurang-kurangnya saya berjaya menimba ilmu dan pengalaman berkaitan seo melalui blog ini...

Biarlah orang memandang blog saya buruk pada luarannya, asalkan pakcik Google masih sudi menerima blog saya seadanya... Itu pun sudah memadai... Samalah juga apabila kita melihat seorang wanita... Janganlah kita melihat kepada kecantikan rupa parasnya sahaja, tapi tengoklah juga pada kecantian hati budinya, pada ilmunya.. Betul tak?




Cara Paling Mudah Meletakkan Blog Anda Di Page Pertama Google

Baiklah.. Pada hari ini saya ingin berkongsi lagi satu hasil ujikaji seo yang telah saya lakukan menerusi blog ini... ujikaji seo  pada kali ini saya dedikasikan kepada salah seorang pengunjung blog saya yang dikenali sebagai @izY@N.. Berdasarkan komen yang beliau tulis seperti dalam gambar di bawah, beliau masih blur terhadap SEO.. Jadi, semoga apa yang saya kongsikan dalam entri ini sedikit sebanyak membantu beliau memahami SEO...

Sumber : Klik Di Sini

Saudari @izY@N.. Sebenarnya ada cara paling mudah untuk meletakkan blog anda di page pertama google.. Dan cara ini terbukti berkesan!! Sebab saya telah dua kali mencubanya, dan kedua-dua uji kaji tersebut berjaya dilaksanakan dengan jayanya... Pada hari tersebut saya menulis entri, dalam masa tak sampai 10 jam, tajuk entri yang saya tulis berjaya berada di Page pertama Google.. 

Inilah hasil ujikaji SEO yang telah saya lakukan pada kali ini.. 

Mendominasi enjin Carian Google untuk Keyword Irine Nadia Delete Fatin Liyana.. 


Berada di Page Pertama Google untuk Keyword Emas Terpakai untuk Dijual 2012

Dari mana saya mendapat Idea untuk Melaksanakan ujikaji SEO ini?

Idea ini saya perolehi melalui blog Pondok Kecil..

Ada masanya bila saya melawat blog Pondok Kecil, saya rasa pelik dengan entri yang beliau tulis.. Merapu, tetapi ada perkongsian info di dalamnya... Hafizul selaku pemilik blog Pondok Kecil suka menulis tajuk entri berdasarkan "keyword pelik" yang masuk ke blog beliau..

Apabila ada "keyword pelik" masuk ke blog beliau.. Ini bermakna ada orang mencari keyword tersebut, dan terkena tempiasnya ke blog beliau, walaupun keyword tersebut sebenarnya tidak berada pun di dalam blog Pondok Kecil... 

Apabila ada pengguna internet menaip sesuatu keyword di laman web google, ini bermakna beliau mempunyai hajat tertentu daripada keyword tersebut... Dan sekiranya keyword yang mereka cari, tiada yang tepat dengan apa yang mereka mahukan sudah pasti mereka akan kecewa... betul tak? 

Mana Engkau tahu?

Sebab saya sendiri pernah mengalaminya, sewaktu mencari nota-nota untuk dijadikan bahan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.. Memang kecewa, apabila kita tidak berjaya menemui apa yang kita cari di laman web google..... 

Sebagai seorang blogger inilah  peluang terbaik untuk kita membantu orang lain.. Merealisasikan impian mereka untuk mendapatkan info berkaitan keyword yang mereka cari.. In Shaa Allah, membantu orang ni ada ganjarannya di akhirat nanti..

Jadi, saya fikir menarik juga idea tersebut... Dan sudah pastinya lebih mudah untuk kita berada di page pertama dengan keyword tersebut, sekiranya ianya benar-benar wujud di blog kita... 


Macamana nak tahu samada Keyword tu pelik ke tidak?


Mula-mula sekali, anda kenalah klik pada Stats >>> Trafic Source (Untuk pengguna platform blogspot)

Lepas tu anda akan dapat senarai Search Keyword seperti dalam gambar di atas.. Apabila anda membaca senarai keyword tersebut, cuba anda ingat balik Keyword apa yang tak pernah anda tulis, tapi boleh tersenarai dalam keyword tersebut... 

Berdasarkan pemerhatian saya, saya tak pernah pun tulis sebarang keyword tentang Emas Terpakai untuk Dijual 2012 dan Irine Nadia Delete Fatin Liyana  ... Tidak pernah tulis keyword tersebut, tapi terkena tempiasnya di blog ini.. Jadi inilah rezeki saya untuk mewujudkan keyword tersebut dan menjadikanyya sebagai tajuk salah satu entri di blog saya... Mudah bukan.. Dan hasilnya seperti yang telah saya tunjukkan dalam gambar di atas tadi.. ;)

Contoh seterusnya... Jom tengok senarai Keyword di bawah pula... 



Masa bila saya kenal rapat dengan Kak Ton.. Sampai anak Kak Ton pun boleh masuk dekat blog saya ni.. hehehe... 

Setahu saya Kak Ton yang saya kenal merupakan pengasas produk kecantikan, yang iklannya selalu tersiar dekat televisyen tu.. Cantik tak Kak Ton?... Cantik... 

Tapi tidaklah saya mengenali beliau atau pernah berjumpa beliau secara bersemuka... Jadi, macamana keyword tersebut boleh masuk ke blog saya?

Ini semua google punya kerja... Saya dapat agak keyword tersebut terhasil setelah saya menulis entri ini.. Dalam entri tersebut mengandungi nama Irine Nadia Marcello, gurauan Kak Ton, dan anuar sebagai penulisnya.. Kesan daripada gabungan ke tiga-tiga nama ini, terhasillah nadia annuar anak kak ton.. hehehe..  Bila difikirkan balik memang kelakar melihat situasi yang berlaku kesan daripada penangan SEO..

Ok... Macamana? Anda dah dapat dah cara paling mudah meletakkan blog anda di page pertama google? Lepas baca kenalah praktikkan, barulah boleh tengok hasilnya... 

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang SEO, saya syorkan anda baca maklumat-maklumat lain yang saya kongsikan di bawah ini:



P/S : Saya sedang menanti keyword Contest SEO Eridy menerjah masuk ke blog saya untuk saya membuat ujikaji SEO seterusnya.. Harap-harap adalah satu atau dua keyword Contest SEO Eridy menerjah masuk ke blog ini.. Terus menunggu bagaikan bulan jatuh ke riba.. ;)

35 ulasan:

  1. Perkongsian yang menarik. Tqvm. Nak pi godek la keyword tu..Hehe

    BalasPadam
  2. tak susah nak main keyword yang takde persaingan ni. hehe..

    BalasPadam
  3. ni kalau irine nadia tau ni mau dia nangis ni..hehehe

    BalasPadam
  4. kadang-kadang memang best juga bermain dengan keyword..terutamanya keyword keyword pelik :)

    BalasPadam
  5. Ada betul, tapi rasanya ada sikit tak betul,,,
    Kalau anda sorang sahaja tulis entry "keretapi langgar ayam pak su mat" sudah pasti entry anda akan berada di page pertama,,,

    BalasPadam
  6. Perkongsian menarik. Aku blm cuba lagi guna teknik ini. Lagipun belum banyak lagi keyword yang masuk. Yang masuk pun keyword yang aku reset jer. Keyword sesat blm ada lagi aku tengok...

    BalasPadam
  7. Hebat dan perkongsian menarik.. Boleh cuba untuk blog saya..

    BalasPadam
  8. Terima kasih atas perkongsian. Sebenarnya banyak lagi cara untuk menempatkan blog atau website kita ke muka depan google, yahoo dan bing. memang rumit kerjanya tapi berbaloi2 sebab kita tak perlu susah payah iklankan pendapat atau produk kita kat tempat yang tak ramai orang tengok.

    Harap dapat baca lebih banyak lagi maklumat tentang SEO dari blog ni...

    Blog Kanopi

    BalasPadam
  9. Menarik teknik ni. Biasa dgn gabungan keyword, tapi gabungan style memang baru tau...thanks bro...

    dah dapat idea dah...terima kasih byk2 bro Anuar!

    BalasPadam
  10. Hehe..macam ohcikgu katakan lah..keyword ni kalau tak banyak persaingan memang seronok..kalau banyak persaingan macam keyword contest seo eridy tu, memang agak sukar..kena buat artikel banyak2 gitu..huhu..terima kasih sebab hargai penulisan saya..hehe

    BalasPadam
  11. oooo..macam tu
    boleh yumida praktikkan nanti
    nak try la..nice sharing..tengkiu

    BalasPadam
  12. patutlah dia ni terer dlm bab seo hehheeh
    terima kasih ats perkongian ni..

    BalasPadam
  13. cantik
    ilmu baru untuk semua pembaca
    tapi lepas ni kena la usaha buat entri yang sesuai

    BalasPadam
  14. Bro...gua siap bookmark page ni untuk reference. haha

    BalasPadam
  15. molek sangat
    kita perlu terus belajar untuk terus dapat bersaing

    BalasPadam
  16. bagus jugak idea ni. boleh tambah idea untuk menulis bagi yang tak tau nak tulis apa, kekeringan idea.

    BalasPadam
  17. rajinnya sungguh bermaind dengan SEO. Sekarang dah kurang main SEO ni. Teruskan usaha, kejayaan pasti akan datang nanti. Macam tak sempat je nak masuk Contest Eridy tu. Good luck, ya.

    BalasPadam
  18. kita ni umpama penjual produk, kena tahu apa yang orang nak

    BalasPadam
  19. pelik2 jugak keyword yg masuk dlm blog ni..bagus jgk utk idea entry baru...

    BalasPadam
  20. kalau nak tahu keyword yang banyak dicari orang ada unsur lucah..

    BalasPadam
  21. nice tip....boleh dipraktikkan....

    BalasPadam
  22. Terima kasih sebab berkongsi :) Info yang sangat berguna untuk saya.

    BalasPadam
  23. Banyak lagi yang perlu belajar

    BalasPadam
  24. terima kasih atas info dan tips ini. baru saya tahu..

    BalasPadam
  25. terima kasih bro.. banyak yang saya pelari dalam blog ni

    BalasPadam
  26. info yg sgt berguna..trima kasih :)

    BalasPadam
  27. mmg terbaiklah...nk try lagiiii

    BalasPadam
  28. Assalam...Salam persaudaraan Islam saudara M.Anuar!..pening m.cik yang tak pandai ni...xfaham n xreti..dah tua2 baru nak berblog nilah jadinya he3...m.cik main hentam ja apa yang terasa nak buat...artikel m.cik buat sekejap ja send dah ada dkt CEO..tp yg m.cik xfaham ada sekejap dah hilang..g mana?

    BalasPadam
  29. Assalam...Salam persaudaraan Islam saudara M.Anuar!..pening m.cik yang tak pandai ni...xfaham n xreti..dah tua2 baru nak berblog nilah jadinya he3...m.cik main hentam ja apa yang terasa nak buat...artikel m.cik buat sekejap ja send dah ada dkt CEO..tp yg m.cik xfaham ada sekejap dah hilang..g mana?

    BalasPadam
  30. thanks atas perkongsian walaupon banyak sy tak faham utk newbie ni..haha

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra