Ahad, 11 Januari 2015

Saya tak layak nak bagi Tips tentang SEO

with 8 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Selepas selesai membaca Kitab SEO Merah Jambu, hasil tulisan Encik Titan... Saya rasa dah tak layak untuk memberikan sebarang Tips berkaitan SEO di blog ini..

Bagi saya isi kandungan Kitab SEO warna pink tu memang mantap.. Siap ada testimoni kejayaan penulis sendiri... Bukan testimoni kejayaan orang lain yer, tapi testimoni sebenar hasil daripada kejayaan penulis kitab warna pink tersebut..

Sumber : Klik Di Sini


Bagi saya beliau merupakan yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.. Disebabkan itu, tak hairanlah sekiranya beliau menerima undangan daripada Tuan Denaihati (Seminar Buat Duit Affiliate melalui Blog) dan Sifu FB ads (Seminar Lajen IM), untuk memberi talk tentang SEO..

Ya!! Dah ramai rakan-rakan blogger mendengar seminar tentang SEO yang disampaikan oleh Cikgu Titan pada tahun ini... Malah ramai juga rakan-rakan blogger yang telah mendapatkan Kitab SEO Merah Jambu tu.. Tentu semakin ramai yang dah pandai bermain SEO sekarang ni. 

So, lepas baca kitab SEO tersebut, harap praktikkan... Jangan baca sahaja, kemudian simpan dalam Hard Disk.. 

Banyak assignment yang perlu anda lakukan, untuk menguji keberkesanan ilmu SEO yang diajar oleh cikgu Titan..     

Kalau anda tak tahu keyword apa yang boleh anda uji, untuk mengetahui tahap "kehandalan" seo blog anda..

Saya syorkan anda semak dekat Google Trends.. 

Dengan bantuan Google Trends anda boleh semak keyword apa yang sedang 'hot' dicari oleh pembaca menerusi enjin carian Google... Gunakan keyword-keyword hangat tersebut untuk menulis entri terbaru blog anda... Kenalah rajin sikit kalau nak berjaya macam Cikgu Titan...

Dalam gambar di bawah ni merupakan senarai keyword yang tengah hot dekat google, dalam tempoh 7 hari kebelakangan ini.. 

Sumber : Klik Di Sini

Senarai keyword tersebut di dominasi oleh Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.. Disebabkan babak yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia dalam final Gegar Vaganza 

Disebabkan ramai yang tak tengok Final Gegar Vaganza, termasuk saya.. Maka ramai yang ingin mengetahui kesahihan berita tersebut.. Atau cerita sebenar melalui carian di Google..

Pada ketika itu, sekiranya anda berjaya menempatkan entri blog anda di page pertama google untuk keyword Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, sudah tentu anda berjaya mendapatkan limpahan trafik daripada ribuan rakyat Malaysia.. 

So, nampak tak permainannya di situ?

Tapi, persaingannya bukanlah semudah seperti yang anda sangka.. Ramai blogger-blogger hiburan dan akhbar-akhbar online juga turut bersaing untuk mendapatkan perhatian Pakcik Google... So, nak tak nak kena jadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik... 

Jadi, untuk cabaran pada masa akan datang... anda perlu mula berlatih dari sekarang untuk mempraktikkan ilmu seo yang telah anda pelajari..

Salah satu caranya ialah dengan menyertai Contest SEO yang dianjurkan oleh blogger-blogger di Malaysia... Contohnya seperti dalam banner di bawah:



Menyertai Contest SEO, sambil belajar daripada rakan-rakan peserta yang berjaya berada di page Pertama Google..

Lihat, bagaimana cara mereka menghasilkan entri contest?, Bagaimana cara mereka "mempersembahkan keyword" contest?, Kesan di mana kedudukan setiap keyword?, Bagaimana mereka membuat tag terhadap Keyword?, apa yang terkandung dalam gambar atau video yang terdapat dalam entri contest? dan sebagainya... 

Inilah masa yang paling baik untuk anda selidik dan belajar daripada para peserta yang mempunyai potensi untuk memenangi contest ini...

Sekian sahaja daripada saya kali ini... 

Good Luck kepada semua peserta Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad   

8 ulasan:

  1. ohh..bulan Mac eh..

    lambat lagi. Bulan februari nanti la aku tulis. haha..

    sibuk sket sekarang.

    BalasPadam
  2. Jika punya ilmu...anda layak dan perlu menyampaikan. Setiap orang ada cara tersendiri utk menyampaikan dan memahami... Maka jangan sesekali berkata tidak layak ya...
    Yg penting... ilmu yang disampaikan bukanlah ilmu ajaran sesat...hehe.

    BalasPadam
  3. Hidup adalah satu pencarian,mencari yang terbaik begitu juga ilmu,ilmu ada di mana mana,bersama kita mencari nya :)

    BalasPadam
  4. Bro Anuar pun nampaknya semakin menguasai ilmu seo dgn baik...selamat maju jaya bro!

    BalasPadam
  5. Emm entah la..SEO ni kadang-kadang boleh buat saya down sangat-sangat..kadang-kadang macam kebetulan pun ada..entah la..

    BalasPadam
  6. memang bukan mudah tapi tak mustahil kalau nak bagi tips SEO ni.,..

    BalasPadam
  7. Pemahaman seo semakin meningkat dari tahun ke tahun

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra