Ahad, 24 Ogos 2014

Rujukan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41

with 0 Comment
Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 akan diadakan pada 6 September 2014. Ini merupakan maklumat terbaru yang saya terima daripada salah seorang rakan di Tim Infokerjaya.  


Pengesahan tarikh peperiksaan Online Penguasa Kastam W41


Maklumat Asas Jawatan Penguasa Kastam W41

Untuk mekluman anda, jawatan Penguasa Kastam W41 dibuka ambilannya melalui SPA dan diletakkan di bawah Jabatan Kastam dan Eksais Diraja. Berikut adalah maklumat asas yang berkaitan dengan jawatan ini:
  • Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
  • Kementerian/Jabatan : Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja
  • Jadual Gaji :


GAJI MINIMUM


GAJI MAKSIMUM

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,925.00
RM8,685.00
RM225.00
Jadual Gaji Penguasa Kastam W41

Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM1,925.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,131.73 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;[ Gaji Permulaan : RM2,235.51 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;[ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ] atau
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan; [ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan;[ Gaji Permulaan : RM2,754.41 ] atau
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia; [ Gaji Permulaan : RM2,858.19 ] dan 
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Kastam adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Penguasa Kastam Gred W41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: 
  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Penguasa Kastam W41

Deskripsi Tugas Penguasa Kastam W41:
  • Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen. 
  • Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
  • Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
  • Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.

=> Klik Di Sini Untuk Mendapatkan Rujukan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 <=


Rujukan Soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 

Sehingga ke hari ini masih belum ada mana-mana pihak yang telah mengeluarkan sebarang Rujukan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41. Ini kerana peperiksaan Online baru sahaja dilaksanakan oleh SPA bermula pada awal tahun ini.

Walaubagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana Tim Infokerjaya telah pun menyiapkan Rujukan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41, dan pada ketika ini sedang dalam proses mengemaskini sebelum jualan rasmi di buka dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi.



Format Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41

Berdasarkan format peperiksaan online terbaru yang dikeluarkan oleh pihak SPA Malaysia. Peperiksaan Penguasa Kastam W41 mempunyai 3 Seksyen utama iaitu;

  • Seksyen A: Pengetahuan AM
  • Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C: Ujian Psikometrik/Ujian Sahsiah


SEKSYEN A: PENGETAHUAN AM

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan urusan perkastaman, pengurusan sumber ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan semasa.

Masa : 40 Minit
Bilangan Soalan : 50

Berikut merupakan Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 Seksyen Pengetahuan AM mengenai Malaysia dan Dunia.

Contoh Soalan Pengetahuan AM Penguasa Kastam W41:

1. Jabatan Kastam Diraja Malaysia adalah sebuah badan kerajaan yang diletakkan di bawah;

    A.  Jabatan Perdana Menteri
    B.  Kementerian Kewangan
    C.  Kementerian Dalam Negeri
    D.  Perbendaharaan Negara

2. Manakah antara berikut yang telah diwartakan sebagai Pulau Bebas Cukai? 

    I Pulau Perhentian 
   II Pulau Langkawi 
  III Pulau Tioman 
  IV Labuan 

   A I dan III 
   B II dan IV 
   C I, II dan III 
   D II, III dan IV 


3. Sebuah Akademi yang dinamakan ____________ ditubuhkan berfungsi sebagai institusi latihan yang melatih wargakerja KDRM mengenai tugas dan ilmu perkastaman. Ianya di peraku oleh World Customs Organization (WCO) sebagai ‘training arm’ di rantau Asia Pasifik

    A. KDRMForce
    B. AKMAL
    C. BAKISKA
    D. ForceMY

4. Op-Outlet adalah kerjasama KDRM bersama KPDNKK beroperasi sejak tahun 2010. KDRM menghantar pasukan operasi yang dinamakan;

     A. Multees
     B. PenguasaPDNKK
     C. Aimdash Team
     D. Strike Team


SEKSYEN B: DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

(i) Kemahiran Menggunakan Logik untuk Menyelesaikan Masalah.

Dalam seksyen ini calon akan diberikan permasalahan yang berkaitan dengan pengurusan acara, pengurusan media dan perhubungan awam. Calon-calon dikehendaki menggunakan kepintaran pemikiran dan juga logik untuk menyelesaikan permasalahan yang diberikan.

Contoh Soalan: 


Contoh Soalan Menggunakan Logik Akal Penguasa Kastam W41


Contoh Soalan Menyelesaikan Masalah Penguasa Kastam W41


(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data

Calon akan diberikan data atau jadual yang menggunakan pelbagai perangkaan. Daripada perangkaan ini calon dikehendaki menganalisis data atau jadual yang diberikan dengan menggunakan kaedah seperti carta pai, carta bar atau graf.

Contoh Soalan Kemahiran Menginterpretasikan Data Penguasa Kastam W41

1. Carta Bar berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac. 



Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April. 

A. 20 orang 
B. 40 orang 
C. 60 orang 
D. 80 orang 


2. Rajah di bawah menunjukkan bilangan telefon bimbit yang dijual pada tahun 2010 dan 2011. Sebanyak 290 telefon bimbit telah dijual dari tahun 2010 hingga 2013 dengan nisbah pada tahun 2012:2013 adalah 3:4. 



Bilangan telefon bimbit yang dijual dalam tahun 2012 ialah 

A. 30 
B. 60 
C. 80 
D. 140 


(iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif.

Berikut merupakan Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41, Seksyen B Matematik yang mungkin di tanya. Ianya bukan soalan ramalan. Anda boleh menjadikan set soalan di bawah untuk mendapatkan gambaran jenis soalan, topik dan tajuk yang mungkin di tanya dalam peperiksaan nanti.

Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41:

1. Petak A dan C berbentuk segi empat sama dan keluasan petak C adalah 1/4 daripada keluasan petak A. 



Sekiranya lebar petak B adalah 7 meter, hitung keluasan petak B. 

A. 105m2
B. 125m2
C. 230m2
D. 245m2


2. Setiap bulan, Daud membelanjakan 20% daripada gajinya bagi membayar bil utiliti berjumlah RM100. Sekiranya gaji beliau dinaikkan sebanyak 50%, berapakah jumlah yang perlu dibayar bagi bil utilitinya? 

A. RM100 
B. RM150 
C. RM200 
D. RM250 




3. Amran membuat pesanan pembelian 15 unit komputer riba bernilai RM15,000 setiap satu dan 40 unit thumb drive yang bernilai RM100 setiap satu daripada syarikat ABC Sdn. Bhd. Berapakah yang perlu dibayar oleh Amran sekiranya syarikat berkenaan memberi diskaun sebanyak 5% bagi pembelian komputer riba melebihi 10 unit dan 10% bagi thumb drive yang melebihi 45 unit? 

A. RM74,850
B. RM75,250
C. RM79,000
D. RM80,000

4. Puan Juita telah membeli kabinet dapur import yang berharga RM21,040. Dia membayar RM5,200 sebagai pendahuluan. Bakinya dibayar secara ansuran selama 1 setengah tahun. Berapakah wang yang perlu dibayar

A. RM680
B. RM880
C. RM980
D. RM990

5. Sebuah kereta bergerak dengan purata laju 92KM/J. Kira jarak dalam KM yang dilalui oleh lori itu dalam 1 jam 15 minit?

A. 15
B. 75
C. 60
D. 65

6. Untuk menyaksikan suatu pertunjukkan sarkas di ibu negara, jumlah bayaran yang perlu dibayar bagi 5 orang dewasa dan 4 orang kanak-kanak ialah RM 160, manakala bayaran bagi seorang kanak-kanak ialah RM 15. Jumlah bayaran bagi seorang dewasa dan seorang kanak-kanak ialah

        A        30                                                       B        45
        C        35                                                       D        50

7. John memandu keretanya dengan kelajuan 110 km/jam. Kirakan anggaran masa yang digunakan John untuk bergerak 380 km.
        A        3 jam 45 minit                                    B        3 jam 27 minit
        C        3 jam 20 minit                                    D        3 jam 14 minit   

8.  Sebuah set meja makan dijual dengan harga RM 1940 selepas diskaun 20% diberi. Apakah harga asal set meja makan itu?
        A          RM 2540                                          B        RM 2350
        C          RM 2425                                          D        RM 2285

9. Bilangan telur ayam dalam sebuah reban ternakan ayam ditambah daripada 700 biji kepada 1330 biji. Berapakah peratus tambahan telur ayam itu?
       A          90.3%                                              B         90%
       C          91%                                                 D         91.5%

10.Gaji bulanan Sani ialah RM 1600. Setelah ditambah dengan RM 200, apakah peratus kenaikan gajinya?
       A          21.3%                                              B          23%
       C          14%                                                 D          12.5%

11.  20% sesuatu nombor ialah . Apakah nombor itu?
        A         42.5                                                  B       10.625
        C         50.25                                                D       56.75

12.     Fairuz telah melabur sebanyak RM 11,000 dalam Syarikat Mega. Jika syarikat itu membayar 6% dividen pada pertengahan tahun dan 9% pada hujung tahun, jumlah dividen yang diterima oleh Fairuz dalam tahun itu ialah
        A         1450                                                B         1650
        C         1750                                                D         1250

13.     80% daripada panjang sebuah terowong telah siap dibina. Jika bahagian yang telah siap dibina ialah 16 km, panjang keseluruhan terowong itu, dalam km ialah
         A         12.8                                                 B         28.8
         C         20.0                                                 D         28.0


14.   Panjang sebidang tanah yang berbentuk segiempat tepat ialah 4 kali ganda lebarnya. Perimeter tanah itu ialah 160 m. Panjang tanah dalam m ialah:
         A          16 m                                               B         64 m
         C          128 m                                             D         32 m



SEKSYEN C : UJIAN PSIKOMETRIK

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran. 

Sebenarnya seksyen ini adalah olahan semula dari seksyen yang lama iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat. Kami suka untuk berikan anda perkaitan ini untuk buang kegentaran anda. Bagi kertas sahsiah diri dan minat (format 2009 – 2012), soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan situasi di mana ……………………………………..


Ringkasan Format:
Masa: 60 minit
Jumlah Soalan: 200 soalan


Teknik Menjawab Soalan Ujian Psikometrik

Untuk menjawab soalan ini anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda. Apa tidaknya, soalan ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda. Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten. 

Terdapat sejumlah soalan yang hampir sama bertujuan untuk memerangkap calon‐calon yang berpendirian seperti lalang.


Contoh Soalan Ujian Psikometrik

1.  Saya berharap agar majikan memuji saya jika saya rajin bekerja.

       A. Setuju         B. Tidak setuju

2. Perubahan tingkah laku seseorang disebabkan oleh perkara tersirat yang saya dapat fahami.

       A. Ya                B. Tidak

3. Saya memerhati dan memahami kelakuan individu apabila saya tidak berpuas hati dengan kerja seseorang.

       A. Ya                B. Tidak

4.  Walaupun orang yang tidak dikenali, saya mudah mesra dengan mereka.

       A. Ya                B. Tidak

5.  Walaupun ada masa lapang, adalah kurang wajar menghabiskan tugas lebih awal.

      A. Setuju          B. Tidak setuju

6. Saya perlu bersikap positif apabila berhadapan dengan tugasan yang berisiko dan mencabar.

       A. Setuju         B. Tidak setuju

7.  Saya akan memberi teguran kepada sesiapa sahaja jika dalam keadaan tertekan.

       A. Setuju          B. Tidak setuju

8.  Kesemuanya akan gagal apabila saya cuba membuat sesuatu.

      A. Ya                B. Tidak

9.  Pemalu adalah sifat saya.

      A. Ya                B. Tidak

10.  Apabila mendapat arahan dan nasihat dari ketua kumpulan saya, ia membuatkan saya rasa tidak selesa.

      A. Ya                B. Tidak


Untuk soalan terperinci, anda boleh mendapatkan set lengkap Contoh Soalan Penguasa Kastam W41 ini melalui link Fanpage di bawah.

DAPATKAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM W41

Anda boleh mendapatkan contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam W41 daripada Admin Fanpage tersebut. Sila PM Admin untuk menjadi antara calon terawal mendapatkan panduan ini, apabila Jualan di buka tidak lama lagi. 

Klik link di bawah dan like Fanpage tersebut. Hebahan akan di buat di Fanpage tersebut apabila jualan telah di buka nanti.

Peperiksaan Penguasa Kastam W41

BELI PANDUAN KHAS PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM W41

Sebagai alternatif, anda juga boleh menyertai komuniti Fanpage ini. Pihak kami akan Pihak kami akan sentiasa Update info tentang Rujukan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 menerusi Fanpage tersebut.


KANDUNGAN PANDUAN PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM W41

Untuk dijadikan Panduan bagi Peperiksaan Penguasa Kastam W41, boleh dikatakan panduan yang dihasilkan merupakan satu seumpamanya yang didatangkan dengan pakej lengkap yang boleh dijadikan rujukan oleh calon W41. Tidak keterlaluan mengatakan begini disebabkan tidak banyak sumber yang boleh dijadikan rujukan, khasnya untuk calon Peperiksaan Penguasa Kastam W41.

Segala ilmu serta informasi yang terkandung di dalamnya merupakan ilmu serta informasi yang ‘real’, yang datang dari pengetahuan serta pengalaman mereka yang telah pun berjaya dalam peperiksaan W41. Inilah satu-satunya panduan yang boleh anda gunakan bagi mencapai impian menjawat jawatan kerajaan.

Berikut merupakan apa yang akan anda dapat sekiranya anda memiliki panduan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 ini.

  • Penerangan format Peperiksaan W41 yang menyentuh setiap pecahan Seksyen yang perlu dijawab oleh calon.
  • Huraian setiap Seksyen Peperiksaan W41 yang diperincikan.
  • Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41. Contoh soalan yang diberikan hanya untuk membiasakan calon menjawab soalan berkaitan perkastaman. Tidak lebih dari itu ia juga bukan SOALAN BOCOR.
  • Nota-nota berkaitan urusan perkastaman, kerjaya Kastam, Pengurusan Kastam dan nota lain yang berkaitan juga disediakan.

Lebih tepat ianya merupakan PANDUAN KHAS yang dikeluarkan sebagai alat bantuan Peperiksaan calon W41. Untuk makluman calon, TIADA PANDUAN LAIN seumpamanya yang diterbitkan sebagai rujukan calon. Ia merupakan inisiatif pihak Info Kerjaya membantu calon Peperiksaan SPA.
Kenapa anda perlu mendapatkan Rujukan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 daripada Tim Infokerjaya?

Untuk makluman anda, Tim Infokerjaya telah menyediakan Rujukan Peperiksaan SPA sejak tahun 2009 lagi. Dalam tempoh 5 tahun, Tim Infokerjaya telah membantu lebih 63,000 graduan di seluruh negara untuk mendapatkan rujukan untuk menduduki peperiksaan SPA.

Tim Infokerjaya sentiasa membuat analisis dengan merujuk kepada perbandingan contoh-contoh soalan Peperiksaan SPA pada tahun 2013 dengan contoh-contoh soalan peperiksaan SPA Online yang diadakan pada tahun 2014. 

Sebagai Contoh, kita boleh lihat dalam peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 yang telah diadakan pada 27 Mei 2014 yang lalu.


Apakah perbezaan diantara Format Peperiksaan Bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 tahun 2013 dengan Format Peperiksaan Online Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 tahun 2014?

Untuk makluman anda tiada perbezaan pada Seksyen A dan Seksyen B. Tetapi terdapat perbezaan pada seksyen C dan Seksyen D. Seksyen C - Esei Bahasa Melayu dan Seksyen C - Esei Bahasa Inggeris telah ditukarkan kepada satu seksyen sahaja iaitu Ujian Personaliti dalam Peperiksaan Online Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 tahun 2014.

Untuk mendapatkan gambaran peperiksaan secara online, saya syorkan anda menonton Video berikut:  


Video Panduan Menduduki Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41


Berdasarkan penelitian saya terhadap perubahan Format Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 (Tahun 2013) kepada Format Peperiksaan Online Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 (Tahun 2014), ada kemungkinan Format Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41, mirip kepada Format Peperiksaan Online Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 (Tahun 2014)


Testimoni Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 Yang Dikeluarkan Oleh Tim Infokerjaya

Berikut merupakan beberapa testimoni yang dapat saya kongsikan daripada para calon yang telah mendapatkan Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 daripada Tim Infokerjaya sebelum ini...

Testomoni Daripada Calon Yang Lulus Peperiksaan Penguasa Kastam W41 

Testomoni 2 Daripada Calon Yang Lulus Peperiksaan Penguasa Kastam W41 

Testomoni 3 Daripada Calon Yang Lulus Peperiksaan Penguasa Kastam W41 

Testomoni 4 Daripada Calon Yang Lulus Peperiksaan Penguasa Kastam W41 

Testomoni 5 Daripada Calon Yang Lulus Peperiksaan Penguasa Kastam W41 

Senarai Testomoni Daripada Calon Yang Lulus Peperiksaan Penguasa Kastam W41 


Berdasarkan contoh-contoh testimoni yang saya kongsikan di atas, terbukti Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 yang dihasilkan oleh Tim Infokerjaya mempunyai kreabilitinya yang tersendiri.. Dan telah terbukti dapat membantu ramai calon

Jadi, sekiranya anda berminat untuk mendapatkan update terkini tentang maklumat berkaitan Format Dan Contoh Soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 saya syorkan anda menyertai Group Tips Lulus Exam SPA menerusi pautan berikut:


dan Fanpage rujukan Exam Online PTD menerusi pautan berikut:

=>> https://www.facebook.com/rujukanExamOnlinePTD

P/S : Berdasarkan maklumat yang saya terima, dijangka seramai 50 ribu orang calon yang bakal menduduki Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 pada 6 September nanti.

Info Berkaitan :






0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra