Jumaat, 22 Ogos 2014

SOLAT JENAZAH GHAIB : PENGHORMATAN KEPADA JENAZAH MH17

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Pada hari ini kami seluruh warga Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) turut mengadakan Majlis Penghormatan kepada Jenazah MH17. Saya kira di Jabatan-jabatan Kerajaan yang lain juga turut mengadakan majlis seumpama ini, sebagai tanda penghormatan kepada jenazah mangsa-mangsa tragedi MH17 yang telah selamat di bawa pulang ke Malaysia.

Majlis penghormatan Jenazah MH17 yang diadakan di PSIS melibatkan dua program iaitu:

1. MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL

    Hari : Khamis Malam Jumaat (21 Ogos 2014)
    Masa : Maghrib hingga Isya
    Tempat : Pusat Islam PSIS

2. SOLAT JENAZAH GHAIB
    Hari : Jumaat
    Tarikh : 22 Ogos 2014
    Masa : Sesudah Solat Jumaat
    Tempat : Pusat Islam PSIS.

Berikut merupakan cara untuk melakukan Solat Jenazah dan Solat Jenazah Ghaib untuk panduan kita bersama..

Cara untuk Melakukan Solat Jenazah dan Solat Jenazah Ghaib

Lafaz-lafaz niatnya ialah sebagai berikut:

1.  Niat jenazah yang diketahui namanya:

Sumber : Klik Di Sini

 2.  Niat jenazah yang dikenali jantinanya:

Sumber : Klik Di Sini


3.  Jika mayat yang ada itu ramai, lafaz niatnya adalah:

Sumber : Klik Di Sini


Cara Melaksanakan Solat Ghaib

Solat Ghaib boleh dilaksanakan secara bersendirian atau berjemaah. Cara melakukan solat ghaib sama seperti solat jenazah biasa, Cuma berbeza pada niatnya saja. Di dalam solat jenazah ghaib ini tidak terdapat rukuk, sujud, dan duduk tahiyyat hanya terdapat takbir dan salam. Iaitu semuanya dilaksanakan dalam keadaan berdiri, bermula dengan ‘Takbiratul Ihram’ dan berakhir dengan salam.

1.  Niat Dan Takbir Pertama
Niat solat Jenazah, hendaklah dilintaskan dalam hati sewaktu ‘Takbiratul Ihram’ (Takbir Pertama):

Sumber : Klik Di Sini
2.  Baca Surah Al-Fatihah


3.  Takbir Kedua.

Sumber : Klik Di Sini


4. Membaca Selawat;

Sumber : Klik Di Sini

Berselawat ke atas Nabi Muhamamd S.A.W. Lebih afdhal jika dapat dibaca Selawat Ibrahimiyah, seperti berikut:

Sumber : Klik Di Sini


5. Takbir Ketiga.

Sumber : Klik Di Sini


6. Membaca Doa:

Contohnya seperti doa ringkas berikut:

Sumber : Klik Di Sini


7. Takbir Keempat.

Sumber : Klik Di Sini


8. Doa untuk si mati ialah:

Sebelum memberi salam, boleh juga dibaca doa berikut:

Sumber : Klik Di Sini


9. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ 
Salam sejahtera ke atas kamu dan Rahmat Allah serta Keberkatan-Nya.


10. Doa Selepas Solat Jenazah:

Sumber : Klik Di Sini

Maksud Doa:
Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, penghulu semua Rasul dan juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah! Jadikanlah kubur si mati ini sebagai sebuah taman daripada taman-taman syurga. Ya Allah! Dikaulah Tuhan bagi si mati, Dikaulah yang menjadikannya dan Dikaulah juga yang menunjukkannya kepada agama Islam. Dikaulah  yang juga yang mencabut nyawanya, Dikau lebih mengetahui perkara-perkara zahir dan batinnya. Kami semua hadir atas tujuan memohon syafaat kepada-Mu untuk si mati. Ya Allah! Ampunkanlah kesalahan kami dan segala kesalahan yang telah dilakukan oleh si mati, limpahkanlah jua Kurnia-Mu wahai Allah, Tuhan Sebaik-baik Pengurnia rahmat! Selawat Allah dan kesejateraan ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W. dan ke atas keluarganya serta para sahabat Baginda seluruhnya. Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam.


Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: 
“Bila kamu solat atas mayat, maka ikhlaskan doa untuknya.” 
(Riwayat Abu Dawud dan dianggap shahih oleh Ibnu Hibban.)

Marilah kita sama-sama doakan semoga semua mangsa tragedi MH17 ditempatkan oleh Allah Ta'ala dalam kalangan orang-orang yang beriman.. Amin.

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra